
15 Februari- Majlis Perwakilan Mahasiswa Jordan (MPPMJ) telah menganjurkan Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia SeJordan (PERTAMA) kali ketiga pada 12 hingga 14 Februari lalu. Program yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan di Dewan al-Kindy, Universiti Yarmouk, Irbid. Pihak MPPMJ telah menjemput beberapa buah persatuan mahasiswa Malaysia dari negara-negara Timur Tengah untuk membentangkan kertas kerja di persidangan tersebut. PMRAM telah diundang bagi mewakili mahasiswa di Mesir selain Persatuan Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN). Turut dijemput Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman (PERMAYA), PPMS (Syria), PPM (Arab Saudi) dan juga tuan rumah persidangan, MPPMJ.
PMRAM membentangkan kertas kerja pada hari kedua persidangan yang bertajuk "Yoga dan Pengkid: Benarkah Islam Semakin Menyekat?" melalui wakilnya, Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husain Al-Jufri. Kupasan dan pembentangan beliau mendapat tumpuan daripada para peserta disebabkan isu tersebut merupakan isu yang berkaitan hukum dan syariat dalam Islam. Pada sesi malamnya pula, Ustaz Syed Abdul Kadir yang juga Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM telah diundang menjadi panel forum yang bertajuk "Mahasiswa Kita- Kuantiti Bukanlah Jaminan Kualiti". Dalam forum tersebut yang turut disertai oleh ahli panel dari negara Jordan dan Syria, ia telah membincangkan isu mahasiswa serta permasalahannya yang perlu diperhalusi bagi menjamin keberkesanan kualiti mahasiswa setelah tamat pengajian daripada kuantiti yang telah dihasilkan. Forum tersebut juga turut membincangkan mengenai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam meneruskan tugas sebagai seoran dai`e (pendakwah) dan dalam masa yang sama sebagai intelektual dan profesional.
Pada keesokan harinya, dialog antara benua yang melibatkan perwakilan diadakan dalam
memperkenalkan dasar dan hala tuju persatuan setiap perwakilan. Dalam slot ini, mantan Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Mohd Firdaus Madzlan telah mewakili PMRAM sebagai pesera dialog. Beliau menjelaskan peranan PMRAM serta permasalahan dan penyelesaian yang perlu dilakukan. Antara yang disentuh dalam slot ini juga mengenai kesatuan antara mahasiswa Perubatan dan Pengajian Islam dalam meneruskan misi menjaga kebajikan mahasiswa serta menolak segala unsur perpecahan.
Di kesempatan ini juga, Ustaz Syed Abd Kadir yang juga selaku Pengarah Bait Muslim PMRAM mengambil peluang keemasan ini berbincang bersama pihak MPPMJ mengenai konsep bait muslim di Jordan serta bertukar idea dan pendapat dalam pengurusan bait muslim yang telah sedia ada di bawah seliaan PMRAM.
(Laporan ini disediakan oleh Ustaz Mohd Farkhan Md. Zain yang turut menyertai persidangan tersebut.)
PMRAM membentangkan kertas kerja pada hari kedua persidangan yang bertajuk "Yoga dan Pengkid: Benarkah Islam Semakin Menyekat?" melalui wakilnya, Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husain Al-Jufri. Kupasan dan pembentangan beliau mendapat tumpuan daripada para peserta disebabkan isu tersebut merupakan isu yang berkaitan hukum dan syariat dalam Islam. Pada sesi malamnya pula, Ustaz Syed Abdul Kadir yang juga Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM telah diundang menjadi panel forum yang bertajuk "Mahasiswa Kita- Kuantiti Bukanlah Jaminan Kualiti". Dalam forum tersebut yang turut disertai oleh ahli panel dari negara Jordan dan Syria, ia telah membincangkan isu mahasiswa serta permasalahannya yang perlu diperhalusi bagi menjamin keberkesanan kualiti mahasiswa setelah tamat pengajian daripada kuantiti yang telah dihasilkan. Forum tersebut juga turut membincangkan mengenai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam meneruskan tugas sebagai seoran dai`e (pendakwah) dan dalam masa yang sama sebagai intelektual dan profesional.
Pada keesokan harinya, dialog antara benua yang melibatkan perwakilan diadakan dalam
memperkenalkan dasar dan hala tuju persatuan setiap perwakilan. Dalam slot ini, mantan Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Mohd Firdaus Madzlan telah mewakili PMRAM sebagai pesera dialog. Beliau menjelaskan peranan PMRAM serta permasalahan dan penyelesaian yang perlu dilakukan. Antara yang disentuh dalam slot ini juga mengenai kesatuan antara mahasiswa Perubatan dan Pengajian Islam dalam meneruskan misi menjaga kebajikan mahasiswa serta menolak segala unsur perpecahan.Di kesempatan ini juga, Ustaz Syed Abd Kadir yang juga selaku Pengarah Bait Muslim PMRAM mengambil peluang keemasan ini berbincang bersama pihak MPPMJ mengenai konsep bait muslim di Jordan serta bertukar idea dan pendapat dalam pengurusan bait muslim yang telah sedia ada di bawah seliaan PMRAM.
(Laporan ini disediakan oleh Ustaz Mohd Farkhan Md. Zain yang turut menyertai persidangan tersebut.)
0 comments:
Post a Comment