IPOH 14 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.
Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.
Katanya, keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh pada Khamis lepas yang meminta supaya ketujuh-tujuh ADUN Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan. - Bernama
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pada sidang akhar di sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment