MANILA 6 Mac - Kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang menculik tiga petugas Palang Merah Antarabangsa di selatan Filipina, menolak rundingan dengan wakil kerajaan untuk membebaskan mereka.
Pemimpinnya, Albader Parad dalam temubual melalui telefon bersama televisyen ABS-CBN malam semalam berkata, mereka hanya akan menerima tawaran itu jika pasukan tentera dikeluarkan dari hutan Pulau Jolo, dimana mangsa ditahan sejak 50 hari lalu.
Pasukan tentera telah menolak tuntutan seumpamanya tetapi sehingga kini belum melancarkan gerakan menyelamat kerana bimbang akan mencederakan mangsa culik iaitu rakyat Switzerland, Andreas Notter; warga Itali, Eugenio Vagni dan rakyat Filipina, Mary Jean Lacaba.
Penghantaran pengasas kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari sebagai wakil kerajaan Filipina ke Jolo adalah usaha terbaru untuk membebaskan tahanan tetapi beliau masih belum dapat bertemu dengan Abu Sayyaf. - AP
0 comments:
Post a Comment