Thursday, March 19, 2009

Ceramah Nizar & Anwar di Bukit Gantang Dihalang

BUKIT GANTANG 19 Mac.- Deretan trak polis dan FRU kelihatan di jalan Simpang malam ini. Tinjauan wartawan Satu Umat pada jam 8.00 malam tadi mendapati sekatan jalan dilakukan oleh pasukan polis di beberapa tempat.

Dipercayai kehadiran pihak berkuasa yang begitu ramai pada malam ini ialah untuk menghalang ceramah yang hendak diadakan oleh Pakatan Rakyat melibatkan Anwar Ibrahim dan Ir. Mohd Nizar. Orang ramai kelihatan berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil di sepanjang bahu jalan.

Dua minggu lalu ceramah melibatkan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz menyaksikan kehadiran pendengar yang luar biasa. Bahu jalan dari simpang empat Changkat Jering hingga ke Simpang dipenuhi kenderaan. Banyak kereta yang gagal mendapatkan tempat untuk meletak kereta terpaksa beredar. Dipercayai pada malam ini kehadiran pengunjung adalah lebih besar lagi sekiranya ceramah berjaya diadakan.

Mohd Nizar dan Mohd Sabu terlibat dengan satu lagi ceramah pada malam ini juga bertempat di Trong.- wartawan Satu Umat

0 comments: