Saturday, March 21, 2009

FATAH & HAMAS Gagal Berdamai

KAHERAH 20 Mac - Rundingan antara puak-puak Palestin yang bertelagah anjuran Mesir di sini semalam gagal mencapai sebarang persetujuan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, sekali gus menghalang usaha untuk menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.

Kegagalan rundingan antara Hamas dan Fatah itu juga boleh memburukkan lagi perbezaan di kalangan negara Arab menjelang Persidangan Liga Arab akhir bulan ini di Qatar, selepas pakatan Amerika Syarikat (AS)-Asia Barat termasuk Arab Saudi mengharapkan penyatuan di kalangan parti dalam negara Palestin.

Kegagalan membentuk kerajaan perpaduan itu juga berlaku dua hari selepas rundingan di Kaherah antara pemimpin Hamas di Genting Gaza dengan Israel berhubung pertukaran banduan yang turut mencapai jalan buntu.

Dua rundingan itu yang tidak mencapai sebarang persetujuan menimbulkan persoalan tentang rancangan masyarakat antarabangsa untuk membangunkan semula Gaza yang musnah teruk akibat serangan besar-besaran Israel, baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Hossam Zaki berkata, kegagalan rundingan itu disebabkan perpecahan di kalangan negara Arab.

''Amat sukar untuk mencapai perdamaian di Palestin dengan konflik negara-negara Arab yang masih berterusan,'' katanya sambil merujuk kepada Syria dan Iran yang menyokong Hamas. - AP

sumber

1 comment:

marisol said...

I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.


Betty

http://desktopmemory.info