Kontroversi Golput kini menebar ke seluruh kelompok masyarakat. Golput ad
alah akronim kepada ‘golongan putih’ iaitu mereka yang mengambil keputusan untuk tidak keluar memilih atau berpihak kepada mana-mana partai.
Pro dan kontra meletus gara-gara fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) lebih sebulan yang lalu yang mengharamkan mereka yang menjadi Golput iaitu tidak mahu memilih. Kecaman demi kecaman menerjah keputusan MUI tersebut. Menurut MUI memilih pemimpin adalah kewajipan dan semua pihak bertanggungjawab memilihnya.
Bagi beberapa pihak seperti Hizbut Tahrir Indonesia, mereka berpenat lelah menyampaikan penerangan-penerangan melalui risalah dan majlis-majlis mereka yang meminta agar umat Islam
di Indonesia tidak keluar memilih atau menjadi Golput. Ini kerana, bagi mereka, menglibatkan diri dengan system demokrasi adalah haram dan bukan penyelesaian masalah. “Khilafah perlu menggantikan demokrasi’. Itulah slogan mereka yang sangat baik, namun masih kekurangan apabila penjelasan bagaimana system itu bisa tertegak, melalui kaedah dan step-step yang bagaimana, tidak digariskan secara jelas. Sedangkan perubahan system itu bisa berlaku melalui ‘islah al-hukumah’ terlebih dahulu iaitu memperbaiki kerajaan dan kerajaan itu mesti diserahkan kepada orang-orang yang terpercaya matlamat Islam sebagai perjuangannya.
Namun, bagi pihak-pihak sebegini, mereka berkeyakinan bahawa semua calon-calon pemilu tidak cukup syarat untuk menjadi pemimpin umat Islam dari sudut keimanannya, kethiqahannya dan taqwanya. Kaedah, mengambil mudarat yang paling ringan apabila bertemu dua mudarat yang besar sukar difahami bagaimana mereka membahasnya. Wallahua’lam.
Terkini
Sebuah website terkenal Indonesia iaitu http://www.detik.com/ yang telah membuat Polling SMS mengenai partai-partai yang menjadi pilihan pembaca, sehingga tarikh 25 Mac jam 07.36 pagi tadi ( 8.36 Malaysia) mendapati keputusan setakan ini seperti berikut:
a) Partai Kadilan Sejahtera (PKS) : partai no 8
46%
b) Partai Demokrasi Pembaruan (PDP) : partai no 16
13%
c) Partai Demokrat (Susilo Bambang) : partai no 31
12%
d) Partai Damai Sejahtera (PDS) – partai Kristian : partai no 25
08%
e) Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) : partai no 5
04%
0 comments:
Post a Comment