Tuesday, March 24, 2009

Husam Beri Kuliah Pagi Di Majlis Tafsir Al Quran Surakarta


Pada 15hb Mac 2009 yang lalu, Naib Presiden Parti Islam Se Malaysia, YB. Dato’ Haji Husam Bin Musa dijemput memberi kuliah ringkas di Program Jihad Pagi anjuran Majlis Tafsir Al Quran (MTA) Surakarta.

Majlis mingguan itu di hadiri oleh lebih 6,000 umat Islam dari daerah-daerah berdekatan. Ia juga dipancarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dan secara live streaming melalui internet ke seluruh dunia.

Ini merupakan kuliah pertama yang dilangsungkan di bangunan MTA 5 tingkat yang baru dirasmikan pada 8 Mac lalu oleh Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Dato’ Husam di dalam kuliahnya menyifatkan program Jihad Pagi ini adalah sebuah majlis yang seumpama Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati, cuma ianya didalam skala yang jauh lebih besar.

Sambil menyampaikan salam siratulrahim dari Parti Islam Se Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam turut meluahkan rasa bangga bercampur terharunya melihatkan sambutan begitu besar terhadap majlis-majlis sedemikian. Dato’ Husam juga menjemput pihak MTA untuk datang dan memberi kuliah di Medan Ilmu di Kota Bharu.

Dato’ Husam juga mengambil kesempatan untuk menjawab isu-isu semasa dan isu-isu agama yang dikemukakan oleh hadirin yang menyertai majlis tersebut.

Bagi mendengar Kuliah Dato’ Husam di Program Jihad Pagi sila ke http://download.mtafm.com/mp3/090315_Jp.mp3.

sumber

baca juga di sini.

1 comment:

FiRe said...

Say no to Najib! Sign petition!
http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html