Wednesday, March 11, 2009

IRAQ- Bom, 28 Terbunuh

BAGHDAD 10 Mac - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 28 yang lain cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri semasa lawatan para pemimpin kabilah dan pegawai keselamatan di sebuah pasar di barat Baghdad hari ini.

Jurucakap pasukan keselamatan, Mejar Jeneral Qassim Moussawi berkata, serangan itu berlaku semasa sekumpulan tokoh kenamaan termasuk pegawai tentera melawat sebuah pasar yang penuh sesak di daerah Abu Ghraib.

Bagaimanapun, satu sumber polis melaporkan, 25 orang terkorban dan 20 lagi cedera dalam serangan yang dilancarkan ketika para pemimpin kabilah meninggalkan satu perhimpunan di ibu pejabat majlis perbandaran Abu Ghraib.

Antara mangsa yang terbunuh termasuk wartawan, anggota polis dan askar, menurut sumber itu.

Dua hari lepas, seorang pengebom berani mati yang berbasikal membunuh 30 orang di timur Baghdad. - Reuters

0 comments: