ISRAEL (Arrahmah.com) - Israel sedang bersiap-siap melancarkan serangan besar-besaran di Jalur Gaza setelah membunuh lebiih seribu orang Palestin dalam serangan maut sebelumnya.
"Tentera Israel bersiap melakukan serangan besar-besaran dan kasar pada bila-bila masa pun," Ma'an, dari pejabat berita Palestin melaporkan Jumaat (6/3), mengutip sumber berita Israel.
Ahad (1/3) yang lalu, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert bersumpah memberikan 'balasan yang menyakitkan' atas projektil yang gagal Israel hentikan.
Dengan menyalahkan Hamas Palestin terhadap pelbagai serangan yang dilancarkankan oleh berbagai-bagai kumpulan bersenjata Palestin, Israel mengumumkan perang dan menyerang Gaza, wilayah dengan jumlah penduduk yang padat sejak 27 Disember 2008 hingga saat ini.
Penyerangan Israel membunuh 1.330 orang Palestin dan melukai 5.450 orang lain -- kebanyakan wanita dan anak-anak.
Ancaman Jumaat (6/3) muncul setelah Perdana Menteri Israel Ehud Olmert (la'natullaah 'alayh) mengatakan minggu lalu bahawa roket-roket Palestin akan dibalas dengan balasan yang menyakitkan, kasar, dahsyat, dan tak kompromistis oleh angkatan perangnya. (Althaf/arrahmah)
0 comments:
Post a Comment