Setiap hari, dua helikopter Black Hawk AS mundar-mandir di atas Bagram, Afghanistan sebelah timur. Di situlah Nato mendirikan markas besarnya selama invasi ke negeri itu.
Kedua helikopter itu tak ubahnya seperti teksi yang mengantarkan segala macam benda, termasuk manusia, melintasi kota dan pegunungan. Bukan hanya helikopter milik AS, udara Afghanistan juga dipenuhi oleh pelbagai helikopter dari militer berbagai negara; misalnya Perancis di provinsi Kapisa.
Helikopter itu hanya berputar-putar, dan berputar saja tanpa kontrol dan tujuan yang jelas, seakan menandakan bahawa AS dan Nato gagal memecahkan permasalahan Afghanistan.
Sekarang, Nato dan pemerintah Afghanistan telah menjalin kerjasama, sedangkan Taliban dikhabarkan didekati oleh milisi Pashtun dan lainnya. Apa ertinya? Setelah lebih dari tujuh tahun, fungsi keamanan telah hilang, kematian terus bertambang, dan populariti pemerintahan Kabul terus tergembosi, sementara tentera-tentera yang bertugas di Afghanistan terus-terusan mengarahkan hidungnya pada arah jalan pulang.
Dan Taliban, jelas bahawa mereka terus menguasai semua medan, bahkan melintasi batas di Pakistan, bersiap terhadap segala penyerangan yang dipredisikan meletus musim panas nanti, ketika pemilu Afghanistan digelar. Inilah ujian sesungguhnya buat AS dan Eropah.
Minggu ini, Barack Obama, Presiden AS telah kembali mengirimkan pasukan tenteranya berjumlah 17.000 orang, bergabung dengan 30.000 tentera yang sudah berada di sana sebelumnya. Britain dan negara Eropah lainnya telah mati-matian memujuk AS, tapi yang mereka dapatkan selalu penolakan dari Washington, sebaliknya AS bersikap keras, tak ada yang pulang dalam waktu sekarang ini.
Bagram telah menjelma menjadi sebuah kota kecil. Di sana anda Bruger King dan Dairy Queen, tenda-tenda besar, jalanan yang baru diaspal, dan boulevard. Truk kontainer menjadi pemandangan biasa, dan dengan mendadak, Bagram mempunyai populasi sebanyak 18.000 orang! Bagram hanya berjarak 80 km dari Kabul.

Banyak hal yang dilihat di Bagram. Pertama kali datang, sebuah tulisan besar akan menyambut, "Ini adalah penghormatan terhadap mereka yang gugur di medan Operasi Enduring Freedom.
Jalani hidup anda kerana pengorbanan mereka." Slogan yang sangat terkenal ini diperuntukan untuk pemerintahan AS sebagai sebuah sindiran.
Di satu sudut ada dua buah televisyen besar, yang tak pernah sepi dikerumuni oleh para tentera. Di tandas, banyak kata jorok ditulis yang jelas menggambarkan perilaku seksual tentera-tentera itu yang tak tersalurkan. Selebihnya adalah makian terhadap Bush.
Ditambah, para askar itu sadar betul bahawa cepat atau lambat mereka akan bertemu dengan Taliban yang sama sekali tak takut mati. Tentera Jerman, terletak di sebelah Utara Afghanistan. sekarang sudah berat hati untuk mengadakan rondaan malam. Mereka juga menolak bepergian tanpa ditemani oleh ambulan.
Satu hal yang sangat dibenci oleh tentara Nato adalah makanannya. Tak lain tak bukan, kerana selalu makanan Amerika yang segera yang disajikan. Tak hairan, Dick Cheney, seorang pegawai militer AS telah memenangi tender penyediaan makanan tentera di Afghanistan.

(sa/jp)
0 comments:
Post a Comment