Friday, March 13, 2009

Pembaling Kasut ke Muka Bush Dipenjara 3 Tahun

BAGHDAD 12 Mac - Mahkamah di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Wartawan televisyen Al-Baghdadiya, Muntadar Al-Zeidi (gambar) didapati bersalah atas tuduhan menyerang seorang pemimpin asing.

Muntadar, 30, menjadi terkenal di seluruh dunia dan mendapat sanjungan penduduk Arab apabila beliau membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dalam rangka lawatannya di negara ini pada Disember lalu.

Beliau juga menggelar bekas Presiden AS itu sebagai anjing.

Muntadar yang menggambarkan tindakannya itu sebagai "tindak balas yang wajar terhadap pencerobohan" berteriak "hidup Iraq" apabila keputusan dibacakan. - Agensi

sumber

0 comments: