Friday, April 17, 2009

Fatah Temui Kilang Bom Hamas

paksi.net, 15/04/09 - Anggota Keselamatan Fatah mendakwa berjaya menemui tempat membuat bom milik Hamas di ruang bawah tanah sebuah masjid di Qalqiliya, Tebing Barat, Ahad (12/4). Menurut keterangan Kementerian Dalam Negeri Fatah, bom-bom tersebut merupakan bom rakitan dan banyak di antaranya yang sudah digunakan.

Menyusul penemuan "kilang bom" Hamas, pihak keselamatan Fatah menangkap dan memindahkan banyak penduduk Tebing Barat. Penemuan ini semakin meruncingkan ketegangan antara Fatah-Hamas yang kini sedang mengusahakan proses damai.

Sementara itu, sumber-sumber di kalangan keselamatan Mesir mengungkapkan bahawa mereka juga menangkap seorang lelaki yang membawa wang sebanyak dua juta dollar di utara Sinai. Wang itu disyaki akan diseludupkan untuk Hamas.

Sebelum ini, pihak Mesir menangkap 15 orang yang dituduh menyeludup roket-roket untuk pejuang Hamas melalui terowong-terowong dari sempadan Mesir. Polis Mesir mendakwa berjaya menyita kira-kira 60 roket dalam operasi penangkapan di kota Syaikh Zuwayed, Sinai yang terletak berdekatan dengan sempadan Rafah di Mesir.

sumber

0 comments: