Mursyid Am Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin, Muhammad Mahdi Akif menyatakan akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat ini. Pucuk pimpinan tertinggi IM itu juga menegaskan, bahawa bakal calon pengganti dirinya boleh jadi bukan berasal dari Mesir.
Akif menerangkan, yang jelas, pemimpin yang kelak bakal menggantikan dirinya itu terlebih dahulu dipilih oleh perhimpunan khusus dewan Majlis Syura IM dari seluruh dunia, sekaligus diputuskan oleh dewan tertinggi IM itu.
"Pengganti saya boleh jadi bukan berasal dari Mesir. Yang jelas, dia nanti akan dipilih dan diputuskan oleh perhimpunan agung Dewan Syura IM," terang Akif kepada harian berbahasa Arab al-Quds al-Arabi (7/4).
Dewan Syura itu sendiri beranggotakan 130 orang, yang terdiri dari 90 anggota dari Mesir, dan 40 anggota dari luar Mesir. Merekalah yang nantinya akan memilih Mursyid Am IM dengan jalan musyawarah.
Berhubung kemungkinan calon penggantinya bukan berasal dari Mesir, Akif menyatakan jika "Majlis Syura IM Antarabangsa senantiasa mengajukan tokoh dari Mesir untuk menduduki amanah Mursyid Am. Barangkali ini kerana kehormatan mereka dan kecintaan mereka terhadap Mesir."
Akif (80), yang akan mengakhiri amanahnya sebagai Mursyid Am akhir tahun ini, menegaskan bahawa dirinya tidak ingin kembali mencalonkan dan dijadikan sebagai Mursyid Am untuk kepemimpinan baru kerana menimbankan faktor usia dan ketentuan organisasi.
Berhubung cara pemilihan calon penggantinya itu, Akif tidak memberikan penjelasan lebih jauh. Ini adalah "rahsia perusahaan" IM. "Kami akan mengadakan pemilihan tersebut dengan cara kami, dan kemungkinan yang paling terjangkau oleh kami," ungkapnya sambil tersenyum.
Dari beberapa khabar yang tersebar, calon kuat yang dijangka menggantikan Akif adalah Dr. Abdul Mun'im Abu al-Futuh dan Dr. Isham Uryan. Kedua-duanya dipandang sebagai dua tokoh besar yang mampu mewarisi kapabiliti dan karisma seorang Mursyid Am, sebagaimana Akif.
Selain keduanya, sempat juga muncul nama-nama pentolan pemimpin IM lainnya yang akan menggantikan Akif, misalnya Dr. Muhammad Habib, Dr. Muhammad Mursi, dan juga Dr. Ali Abdul Fattah.
Terkait siapa saja yang nanti akan menggantikan Akif, Asyraf Badruddin, pemimpin anggota parlimen IM di Mesir menyatakan sosok tersebut haruslah mampu memegang dan menjalankan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya.
"Kerana itu adalah amanah dan tanggung jawab yang berat, sangat berat," ungkap Badruddin.
Terkait pengganti Mursyid Am dari unsur non-Mesir sebagaimana dikatakan Akif, Kamal al-Balhawi, pemimpin IM terkemuka yang tinggal di London menyatakan jika Musyid Am memang boleh berasal dari negara mana pun. Hal ini, kerana IM sendiri menganut keyakinan universalisme (syumuliyyah) Islam, yang tidak mengistimewakan bangsa tertentu.
"Bahkan boleh jadi dari Malaysia," ungkap al-Balhawi.
Apakah juga kemungkinan pengganti Muhammad Mahdi Akif sebagai Mursyid Am berikutnya akan berasal dari Indonesia? Wallahu a'lam. Yang jelas, Indonesia belum disebut-sebut di perbincangan seputar isu tersebut. (L2/qda)
0 comments:
Post a Comment