Saturday, April 25, 2009

Madihah belajar di Jordan

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang yang memperoleh 20A peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Kamal, 18, sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik, di Jordan University Science of Technology dan akan memulakan pengajian, September ini.

Bapanya, Nik Mohd Kamal, yang menemani pelajar itu ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di Johor Bahru semalam, berkata pengajian persediaan akan bermula 23 Mei ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Nik Nur Madihah yang juga penerima anugerah Biasiswa Kijang Emas, Bank Negara Malaysia akan meneruskan pengajiannya atas biasiswa penuh bank pusat itu. Majlis penerimaan anugerah itu Selasa lalu.

Nik Mohd Kamal, ketika ditemui pemberita di tapak MSAM 2009 di Padang B, Plaza Angsana, berkata beliau bersyukur dengan tawaran pengajian di Jordan berkenaan walaupun berat hati untuk melepaskan anak sulungnya itu.

Nik Nur Madihah yang diundang ke MSAM 2009 untuk sesi 'Ikon Inspirasi' sebelum itu meluangkan masa kira-kira satu setengah jam untuk memberi taklimat dan memberikan panduan belajar kepada sebahagian pengunjung pameran tahunan anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu. Hampir 200 pelajar dan orang dewasa mendengar pengalaman dan nasihat beliau.

sumber

ciksantun : ahlan wa sahlan madihah.

2 comments:

Cikgu Hasan said...

semoga allah memberi kesihatan dan memudahkan urusan aik madihah melanjutkan pelajarannya di Jordan.

butterfly said...

alhamdulillah...
contoh seperti dik madihah yang kita inginkan sekarang....
Mudahan2 inilah permulaan bg kita sebagai umat islam untuk menjejak perubahan...dimana kejayaan bukan buku semata-mata tapi akhlak,amal ibadah juga mempengaruhi...
Wallaualam