Friday, May 8, 2009

PAS DAP:Khalifah Umar menghina Islam,LIM GUAN ENG CELUPAR



Khalifah Umar a.k.a Lim Guan Eng menghina islam, kalau di depan PAS & melayu lain ayat nya,lain lenggok bahasa nya, tetapi di belakang,Islam di hina dan menjadi bahan lawak.


Kurang ajar Ketua Menteri Pulau Pinang ini sudah melampaui batas, apa Islam harta mak bapak hang ka? PAS dah bagi lesen besar ka untuk hina Islam.Nik Aziz dah bagi wahyu kat hang ka?
Hoi PAS jangan jadi bangsat DAP la, Lim Guan Eng hina islam PAS diam.



Kenapa dengan Melayu Umno yang ternyata islam sanggup lawan,menghina & mengkafirkan, tapi si celaka Lim Guan Eng buat kenyataan menghina agama sendiri semua menyorok dalam jubah ulamak .




Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada pagi tarikh lebih kurang April 25hb, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam.

Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Berikut adalah kenyataan beliau:

"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton.

Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh ugama Islam ke atas penganutnya.

Sebagai orang bukan Islam, mereka tidak ada hak untuk mempersoalkan kebudayan dan hukum-hukum agama Islam. Inikan pula agama Islam adalah lebih tinggi taraf sebagai agama Persekutuan yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Bukankah ini adalah hak asasi orang Islam untuk mengamalkan kebudayaannya?

Dalam mereka mempermainkan amalan poligami di kalangan orang Islam, adakah amalan poligami juga tidak berlaku dan diterima di kalangan kaum Cina? Malah lebih teruk lagi, isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai hak undang-undang berbanding dengan amalan poligami orang Islam.

Mengapa ini tidak diperjuangkan DAP dan diberi penakanan oleh DAP? Poligami diamalkan di kalangan saudagar dan hartawan Cina. Tentu sekali mereka tidak mahu lakukan kerana ianya akan memutuskan aliran pembiayaan parti DAP dari saudagar dan hartawan Cina.

Dari segi politik, di manakah kononnya kata-kata meraikan kepelbagaian ugama dan budaya berbilang kaum yang diwar-warkan oleh ideologi Malaysian Malaysia anjuran DAP? Dimanakah sikap kemanusian untuk hormat menghormati sesama insan?

Kenyataan ini hanya menunjukkan lagi sikap prejudis perkauman disebalik topeng demokrasi dan kemanusiaan yang mereka konon war-warkan.

Ianya juga menunjukkan dengan peningkatan pengaruh dan kuasa politik, Cina-Cina DAP sudah sanggup lakukan apa saja termasuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ideologi politik mereka dan dan hak asasi manusia untuk mengembangkan pengaruh.

Bayangkan saja, apa lagi yang mereka sedia lakukan jika berkuasa?

Sumber

Ciksantun : Politik, politik juga. Hukum islam jangan dibuat main. Hikmah poligami sebenarnya lebih banyak memberi keadilan pada wanita. Benar, bukan??? Hanya orang yang berfikir menggunakan mata hati sahaja yang dapat kecapi nilai Islam sebenar.. LGE pernah bicara tentang hudud, membuatkan orang islam juga terdiam.. namun sejauh manalah kita harus percaya pada orang kafir?? Wallahu A'lam..

8 comments:

MR. SATU UMAT said...

Saya sudah tanyakan hal ini kepada seorang aktivis Parti Islam (PAS). Saya sampaikan pandangannya (lebih kurang bunyinya):

DAP tolak poligami, UMNO pun tolak poligami juga.

DAP persenda hudud, UMNO pun persenda hudud juga.

Begitulah seterusnya.

Persoalannya sekarang, dari sudut pandangan Islam, siapa lebih berbahaya? Tentangan dari luar ataupun tentangan dari dalam? Sudah tentu tentangan dari dalam (dia sebut sebagai munafiqin).

Oleh itu, mengikut fitrah perjangan Islam dan kewarasan akal fikiran, menjatuhkan yang LEBIH BERBAHAYA adalah lebih aula. Dua-dua bahaya, tapi mana lebih bahaya?

Jika orang bukan Islam kata "solat ni tak payah buat"... biasalah. Tapi kita tidak boleh menjadikan itu sebagai penghalang hubungan dalam usaha menentang ketidakadilan.

Tapi jika orang Islam sendiri mengatakan "solat ni tak perlu dibuat", ia boleh mempengaruhi banyak orang Islam.

Jadi katanya, kerjasama dengan DAP sebagai satu usaha untuk menghapuskan YANG LEBIH BERBAHAYA. Kemudian setelah mendapat kejayaan, YANG KURANG SIKIT BAHAYA TU pun akan dijatuhkan juga. Ini namanya strategi pejuangan.

WA.

Sekadar menyampaikan...

cik santun.. said...

ya, mungkin pimpinan PAS puyai perancangan yang mantap..

Cuma tidak berpuas hati apabila orang cina memperlekehkan agama islam..

Sedar, kita bukan minta bantuan dari mereka, cuma inginkan kerjasama.. tapi hak-hak dalam agama, perlu ditegakkan..

Andai perkara kecil begini, kita berdiam diri, kelak mereka akan
brani buat perkara yang lebih besar, dan kita sudah tak mampu berbuat apa2..

Sekadar pandangan..

~masih setia dengan PAS.. dan yaqin PAS punyai perancangan tersendiri yang hebat..

psychedelicmundo said...

we can't understand.ini y kuar dr mulut guan eng kalo btol la dr mulot die.n y plg pntg sape yg slh kalo org bkn Islam yg fhm tntg Islam?xde sape yg sampai kan secare sserius pade die.sy harap jgn la bende ni jd isu.

cik santun.. said...

Hukum yang diperlekehkan tu, bukan sahaja hukum PAS, malah hukum Islam.. dan ingat balik,"Mengapa saya nak bersama PAS?", "Mengapa saya sokong PAS?", yg jawapannya ada setiap penyokong PAS.
Sudah tentu untuk menegakkan semula Islam dan kembalikan khalifah.. ya, tidak??

Tapi, apabila ada org yang turut mebantu dalam perjuangan ini, (tidak kira islam atau tidak), mempermainkan hukum islam, bagaimana hendak membantu menaikkan islam..

Pentadbiran PAS mungkin ada strategi tersendiri yang tidak kita nampak pelaksanaannya dari luar..

lailafillah said...

salam..erm..ana setuju dgn pendpt aktivis pas.. kalau nak diikutkan biasenya tentangn dr dalm itu lebih bahaya..kalau org islam sndr dah wat gitu..automatik influence org bkan islam dan memandg serong terhadp islam..tetapi jike org bkn islam yg perlekeh, sush skt org nak percaye dn terpengaruh..kerana jike bkn tuan punye hak yang berkata..bkn mudah org nak caye..
waAllahua'lam..

cik santun.. said...

ya, mula memikirkan..
terima kasih pada semua..

ustaz, perlu sy delete pos ini??

Wan. said...

salam...tak pelek langsung org bukan islam perlekehkn islam....tp yg peleknye org islam sendiri perlekeh dan tolak islam......tak pelek juga orng bukan islam tak mau faham atau tak faham islam...tp yg peleknya ade org islam tak faham2 dan tak nk faham islam....saya setuju dgn pendapat org PAS yg disampaikan oleh mr satu umat tu...tp strategi tu tak patutla di jelaskan secara detail...takut terbaca oleh pihak sana....

jon said...

em jangan harap PAS ada rancangan hebat sebab PAS langsung tiada rancangan hebat, sudah 17 tahun menjadi pengikut PAS tapi apa yang saya belajar cuma maki hamun dan melihat pemimpin yang cetek ilmu pengetahuan dunia dan agama.. memalukan...
PAS tergedik-gedik nak kuasa dalam rakyat sampai mengiakan orang-orang kafir dalam PR tu terutamanya anwar celaka tu dan bangsa cina zionis DAP tu..
PAS jangan cuba bercakap pandai lagi dalam hal agama kerna ALLAH S.W.T melihat apa yang kamu buat..
bertaubatlah saudaraku.. bertaubatlah...