Thursday, June 4, 2009

Anak Yusuf Qardhawi Perlekehkan Ikhwanul Muslimin

Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi
Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi
Anak lelaki ulama berkarisma Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi, menolak untuk menjawab secara panjang lebar ketika dia ditanya lebih jauh perihal keluarganya.

"Saya hanya ingin berbicara dalam kapasiti saya sebagai seorang penyair Mesir, dan tidak membawa-bawa keluarga saya," demikian kata Abdurrahman ketika sidang media di pejabat akhbar Aljazair, as-Syuruq (1/6).

Selain itu, Abdurrahman juga menolak secara tegas berbagai-bagai macam tuduhan yang dialamatkan kepada dirinya oleh beberapa media Arab yang mengatakan jika dirinya adalah Syi'ah.

"Saya bukan seorang Syi'ah, bukan pula seorang al-Ikhwan al-Muslimun. Saya adalah seorang Arab Nasionalis dan mencintai persatuan," tegas Abdurrahman.

Justru, Abdurrahman sedikit mengkritik organisasi yang diasaskan Hasan al-Banna itu dengan mengatakan "al-Ikhwan sepanjang tahunnya gigih merancangbangun (organisasi), namun mereka kalah dalam perang pemikiran yang sebenarnya."

Beberapa waktu sebelumnya, media-media Arab memberitakan bahawa Abdurrahman, putra Syaikh Yusuf al-Qardhawi, adalah seorang Syi'ah. Ini kerana ia menulis beberapa puisi yang menyinggung perang Israel-Palestin dan memuji Hezbollah.

Di samping itu, Hasan Nashrallah, pucuk pimpinan gerakan Hezbollah Lebanon yang berafiliasi Syiah, memberikan tanggapan atas puisi Abdurrahman dengan pujian melangit. Dus, Nashrallah pun mengutarakan keinginannya untuk dapat bertemu dengan Abdurrahman.

Ada benarnya lirik dari nasyid yang dinyanyikan oleh Raihan ; Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa...(L2/afq)

sumber

1 comment:

ummah protector said...

KPD KREW SATUUMAT,

saya agak tertarik dgn tajuk kontroversi disiarkan oleh pihak tuan berkenaan tajuk ini.

saya tidak melihat kenyataan anakanda Dr Yusuf Qardhawim ini sbg memperlekeh perjuangan Ikhwan tetapi sebaliknya ingin memberi peringatan kpd Ikhwan agar hentikan pertelagahan dan pertelingkahan sesama jemaah.

anakanda Yusuf ini juga dikatakan oleh pihak tuan sbg penganut Syiah. jadi, dimana salahnya? apakah Syiah yang dianuti hezbullah itu sesat atau x berlandaskan Islam? perlu tuan kaji fatwa Syeikh mahmood Shaltoot(ketua universiti al-azhar) berkenaan syiah dan mazhab2 didalamnya serta fatwa ahli majlis fatwa termuda mesir sekarang ini yang pandai berbahasa melayu itu.

apapun, satuumat still the best in order to perform as Islamic latest news and infos. tq