Bagi pasukan tentera AS di Iraq, perang sama sekali belum berakhir. Selama bulan Mei 2009, angka kematian tentara AS di Iraq meningkat.
Tambahan tentera AS yang mampus hanya 24 orang sepanjang satu bulan lalu, namun hal itu sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa hal ini mengalami peningkatan drastik. Keseluruhannya, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh AS, sejak 2003, tentera AS yang mampus di Iraq mencapai 4300 orang.
Dengan perkembangan ini, militer AS yang memang sedianya akan ditarik dari Iraq mulai September 2009 nanti, maka Jun ini akan diusahakan tidak lagi bertugas di jalan-jalan utama kota. Ini untuk menghindari korban lebih banyak lagi.
Namun, tentu saja, mampusnya tentera AS tidak seimbang dengan korban awam warga Iraq selama bulan Mei. Sekitar 124 orang awam maut akibat aktiviti tentera AS. Angka ini sebenarnya lebih sedikit dari korban yang maut bulan sebelumnya (April) yang berjumlah 355, demikian menurut laporan AFP.
Presiden AS Barack Obama telah berjanji untuk menarik semua pasukan AS dari Iraq, selain mereka yang terlibat dalam pelatihan, pada akhir 2011.
Nicholas Witchell, reporter BBC melaporkan bahawa kondisi terus meningkatnya korban dari pihak tentera AS, telah menimbulkan ketakutan dan kegelisahan di kalangan tentera AS. Mereka terus mendesak agar pemerintah AS segera menarik mundur tentera dari Iraq dengan alasan Iraq sudah mampu memerintah sendiri tanpa ada tentaea AS. (sa/bbc)

0 comments:
Post a Comment