Monday, July 20, 2009

Jihad Penyelesai Isu Palestin

Seorang ulama Qatar pada Jumaat lalu mengatakan bahawa pembebasan Jerusalem dan Palestin hanya boleh dilakukan dengan jihad bukan melalui rundingan damai.

Pada khutbah Jumaat itu, Syeikh Abdullah Al-Bakri mengatakan Israel tidak akan menyerahkan Al-Quds (Jerusalem) melalui negoisasi dan rundingan damai dengan rakyat Palestin dan masyarakat Arab.

"Dalam keyakinan orang Yahudi, Jerusalem merupakan warisan dan sebagian dari pemahaman keagamaan mereka dan mereka tidak akan melepaskan Jerusalem. Oleh kerana itu, Yahudi tidak akan melepaskan Jerusalem begitu saja melalui damai atau meskipun mereka menerima adanya rundingan damai tersebut," kata Syeikh Bakri dalam khutbah Jumaatnya di masjid Umar bin Khattab di kota Khalifa Qatar.

"Sebagaimana ucapan dari para pemimpin mereka, Israel mungkin akan melepaskan Tel Aviv tetapi tidak mungkin bagi mereka untuk menyerahkan Jerusalem," kata Syeikh Bakri menambah.

Syeikh Bakri merupakan seorang pakar pada kementrian Waqaf dan urusan KeIslaman Qatar, ia juga mengkritik banyak negara-negara Muslim yang berusaha mengurangi subjek pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah terutama soal Palestin, sambil mengatakan umat Islam harus memahami bahawa persoalan Palestin juga sebagian dari subjek pelajaran Agama Islam bukan sekedar persoalan politik ataupun persoalan lokal Palestin saja.

'Palestin hanya akan akan terbebas oleh para Mujahidin yang setia, seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad kepada kita,"imbuhnya.(fq/gt)

sumber

1 comment:

Azri Aziz said...

Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..



Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar terkini dari bumi Palestine..



[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?



http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/



Syukran..