Saturday, September 19, 2009

DEBU, Kumpulan Nasyid Sufi di Indonesia

DEPOK, Indonesia 18 Sept. - Dengan berambut perang, sebuah kombo nasyid, Debu, membuat penampilan di atas pentas mengadakan persembahan dengan mendendangkan lagu nasyid, sambil memuji dan menyebut 'Allah, Allah' di sebuah pusat membeli-belah di tengah bandar Indonesia.

Dianggotai sekumpulan adik-beradik warga Amerika, kumpulan yang menyokong tasawuf Islam itu tidak putus-putus mendapat perhatian ramai sepanjang Ramadan ini di negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia.

Kumpulan itu yang tinggal di selatan Jakarta di bawah jagaan seorang guru Sufi berusia 60 tahun berasal dari California, sering mencetuskan kekeliruan antara Barat dengan Islam di kalangan orang ramai.

Pada tahun lepas ketika kumpulan itu melawat Iran telah muncul membuat persembahan di televisyen bersama Presiden Mahmoud Ahmadinejad, meskipun peraturan birokrasi menghalang mereka mengadakan persembahan secara langsung kerana mereka memegang pasport AS.

"Salah satu perkara yang membuatkan mereka terkejut ialah terdapat sekumpulan warga Amerika dan wanita memakai hijab menyanyi di dalam bahasa Indonesia," kata penyanyi utama, Mustafa Daood, 28, dalam loghat Amerika serta berambut panjang berwarna perang kepada AFP.

"Atau di Turki, kami menyanyi dalam bahasa Turki, jadi mereka tidak ada idea di mana hendak meletakkan kami," kata Daood sambil ketawa.

Ketika ditanya pandangan mereka mengenai Ahmadinejad, Daood yang teragak-agak kemudian berkata, dalam satu pertemuan singkat kumpulan itu dengan Presiden Iran itu pemimpin yang sering menerima kutukan di negara Barat itu dilihat sebagai 'seorang yang baik'.

Debu yang membawa maksud 'habuk' dalam bahasa Indonesia, ditubuhkan pada 2001 dan memain alat muzik daripada 'oud', sejenis kecapi dari Asia Barat, gendang tabla, gitar flamenco dan kepada bass elektrik.

Daood berkata, bunyi-bunyian itu telah membuatkan album mereka terjual sebanyak 200,000 di Indonesia, selain mereka berjaya memiliki program sendiri yang disiarkan setiap hari di televisyen tempatan sebelum solat Zuhur sepanjang bulan Ramadan ini.

Namun, apabila kumpulan yang dianggotai oleh 12 orang itu termasuk seorang warga Indonesia dan Britain, menyanyikan lagu-lagu kerohanian, mereka dilabel sebagai alim. - AFP

sumber

1 comment:

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com