Sunday, November 29, 2009

Syeikh Salah- Jerusalem Tetap Tanah Islam Selamanya

Syeikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948, mengatakan bahawa penjajah zionis Israel tidak dapat mencuri kegembiraan kaum muslimin pada hari raya Idul Adha khususnya di wilayah pendudukan Jerusalem.

Syeikh Salah mengatakan, dalam khutbah Idul Adhanya setelah Solat Ied yang dilakukan di dekat tenda keluarga Al-Ghawi di pinggiran kota Syeikh Jarrah - bahawa dirinya telah melihat adanya sebuah kempen intensif yahudisasi pada tahun ini: "Kami tidak akan menemukan sesuatu yang lebih berharga daripada tanah ini, daripada bumi atau harta, juga tidak dapat kami menemukan identiti yang lebih mulia dan kami memberitahukan penjajah Israel bahawa mereka tidak dapat melemahkan tekad kami, kami akan tetap tinggal di sini .. "

Dia menambahkan bahawa di setiap rumah di Sheikh Jarrah, di Eisaweyyeh, di Silwan, Ras al-Amoud, Wad al-Jouz dan di seluruh Jerusalem, ada sukacita khusus pada kesempatan hari raya Idul Adha, dan itu adalah sesuatu hal tidak pernah boleh mereka curi dari kami.

Dia mengatakan bahwa bangsa Palestin di Jerusalem dan di seluruh Palestia akan membela akar asal usul mereka walaupun rintangan yang ada, dan kami akan tetap setia kepada Jerusalem dan Masjid Aqsa.

Dia menekankan bahawa Jerusalem milik bangsa Palestin meskipun penjajah Israel berencana dan berupaya terus-menerus melakukan yahudisasi, identiti Jerusalem akan tetap Islam dan Arab dan akan dikembalikan ke pemiliknya yang sah dan tidak untuk para penjajah.

Sementara itu, ribuan jamaah berduyun-duyun ke Masjid Aqsa dari Jerusalem dan ke wilayah Palestin yang diduduki untuk melaksanakan solat Idul Adha di Masjid.(fq/pic)

sumber

0 comments: