Monday, November 9, 2009

THAILAND - 2 Pelajar Maut di Pattani

BANGKOK 9 Nov. — Dua penuntut sebuah sekolah pengajian Islam berasrama mati manakala seorang lagi cedera parah apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka di wilayah bergolak Pattani malam tadi.

Jurucakap polis berkata, Mohamad Mohamad Zin, 24, dan Abdullah Ismail, 18, mati di tempat kejadian manakala Mohamad Sofi Harun, 18, dimasukkan ke Hospital Pattani.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8 malam Ahad di daerah Panarek, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mereka ketika mereka berjalan ke gerai makan berhampiran untuk makan malam.

Beliau berkata Mohamad juga merupakan guru tadika di sekolah yang sama.

- BERNAMA

sumber

No comments: