Saturday, February 28, 2009

ARKIB BERITA FEBRUARI 2009

Lambat Lagi Najib Jadi PM?

BUKIT GANTANG 28 Februari.- Seorang pimpinan PAS pada hari Khamis lalu membayangkan Dato' Seri Abdullah Badawi tidak akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat ini memandangkan beliau sudah pun membentangkan takwim aktivitinya sebagai Perdana Menteri sehingga bulan Ogos baru-baru ini. Hal ini menunjukkan Dato' Najib kemungkinan besar tidak akan menjawat jawatan Perdana Menteri dalam pemilihan UMNO nanti.- wartawan Satu Umat

Ziarah Sejarah Kaum Nabi Salleh

Salam, baru-baru ni sahabat ana ada pergi ziarah ke Madain Salleh iaitu kota-kota Nabi Salleh di Al Ula. Al Ula adalah tempat bersejarah dizaman Nabi Salleh mereka membina rumah dan bangunan didalam bukit-bukit batu. Jaraknya antara Madinah dan Al Ula ini sejauh lebih kurang 400km, dan penjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Rombongan Cik Kiah ini telah diketuai oleh Sheikh Norshamdin@Jinz dan dibantu oleh sahabatnya dari Somalia iaitu Zakaria@Pak Yah.
Saksikan lah gambar-gambar yg sempat diambil oleh jurufoto berpengalaman yang diimport khas dari Jeddah iaitu Hj Rosman@Promoter dan dibantu Sheikh Sharul.

Bergambar di hadapan rumah ana sebelum memulakan perjalanan rombongan cik kiah ni... dr kiri Sharul, Rosman, Jinz dan Pak Yah.



MasyaAllah.. Kecanggihan teknology ketika itu. Salah satu dari pintu utama bangunan atau rumah-rumah di kota ini.







Ni dia ketua rombongan Sheikh Norshamsudin@Jinz@HJ SHAMSURIn...






sumber

Friday, February 27, 2009

BUKIT GANTANG- 4 Isu BN dalam Pilihan Raya

BUKIT GANTANG 27 Februari.- Datuk Rosli Husin selaku ADUN Trong secara tidak langsung menggariskan 4 isu yang bakal dibawa oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya kali ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong petang ini.

Isu pertama ialah halalnya kerajaan BN di Perak sekarang. Kenyataannya ini bersandarkan kepada 'majoriti' yang diperolehi Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat dan lantikan oleh sultan. Isu kedua ialah orang Melayu yang menyokong pembangkang di Perak digunakan oleh orang-orang bukan Melayu. Kenyataan ini bersandarkan kepada peristiwa demonstrasi di Kuala Kangsar yang hanya disertai oleh kaum Melayu. Isu ketiga ialah kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membenarkan sesiapa saja berbogel kerana itu adalah hak peribadi ketika membela seorang ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang gambar bogelnya tersebar. Sementara isu keempat ialah kes Kugan. Menurut Datuk Rosli, Kugan ialah seorang penjenayah tetapi dipertahankan bagai seorang hero. Menurut beliau lagi, kes Kugan ini menunjukkan dunia sudah akhir zaman kerana manusia sudah menyokong yang salah dan menolak yang benar.

Dalam majlis itu juga Datuk Rosli mengumumkan sumbangan RM 1000 kepada PIBG sekolah tersebut. Sebagai makluman, DUN Trong ialah salah satu daripada 3 DUN dalam Bukit Gantang.- wartawan Satu Umat

Video PALESTIN- Kisah Dari Gaza

Ceramah Nizar di Kuala Kangsar 27/2/09

KUALA KANGSAR.- Ceramah oleh Mohd Nizar dan Abdul Wahid Endut akan diadakan di Kampung Sayong Tengah malam ini.- wartawan Satu Umat

BUKIT GANTANG- Surat Hina Sultan Disebar

BUKIT GANTANG 27 Februari.- Beberapa buah rumah di sekitar Changkat Jering dan Trong menerima surat yang berisikan kempen agar mengundi PAS dalam pilihan raya yang akan datang. Surat itu juga mengandungi maksud ayat-ayat al-Quran sebagai penguat hujah. Di bahagian belakang sampul surat itu pula mengandungi perkataan-perkataan mencaci-maki Sultan Perak. Dipercayai ia diedarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu memburukkan pandangan masyarakat ke atas PAS.- wartawan Satu Umat

Kartun Israel Hina Islam

Setelah beberapa waktu lalu Zionis Israel melakukan pelecehan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad di salah satu channel TV nya, sekarang Israel kembali melecehkan Islam dan Arab melalui filem kartun yang di upload di laman YouTube.

Uni Emirat Arab telah memblok filem kartun buatan Israel di laman YouTube karena dianggap kandungan dari filem kartun tersebut menghina Islam dan melecehkan UEA, hal itu disampaikan oleh dua penyedia jasa internet di negara tersebut hari Rabu lalu.

Filem kartun yang kontroversial ini berjudul “Ahmad Salim”, dalam filem ini digambarkan seorang anak laki-laki yang karakternya lebih tertarik kepada budaya pop barat daripada mengikuti keinginan bapanya yang menginginkan dia mati menjadi syuhada dengan melakukan serangan 'teror' kepada orang-orang Yahudi dan Amerika.

Pihak yang mengatur regulasi telekomunikasi UEA mengatakan, keputusan untuk memblok filem kartun itu datang setelah menerima banyak komplen dari berbagai organisasi yang mana mereka mengatakan filem itu sangat merendahkan Islam.

“Kami menyampaikan kepada dua penyedia jasa layanan internet UEA yaitu Etisalat dan Du untuk memblok filem itu,” kata salah seorang juru bicara pihak pengatur regulasi telekomunikasi UEA kepada Alarabiya.net. “Sekarang pengguna yang akan mencoba melihat film itu di YouTube akan mendapatkan pesan “akses ditolak”.

Dalam film ini juga ditampilkan salah satu dari dua anak laki-laki menggunakan pakaian khas Arab dan satu lagi menggunakan penutup muka. Filem ini menggunakan subtitle berbahasa Ibrani dan Inggeris dan ketawa penonton dapat didengar sebagai latarnya.

Dibeberapa adegan ditampilkan bendera UEA dan ada di salah satu adegan, seorang anak laki-laki ditugaskan untuk meledakkan sebuah bis Israel dan sebagai gantinya mereka akan mendapatkan ais krim, ketika mereka kembali mereka baru sedar mereka telah salah meletakkan bom kerana bis yang jadi target mereka ternyata berbendera UEA.

Beberapa aktivis yang berbasis di UEA meluncurkan kempen di internet untuk mendukung penyekatan laman YouTube kerana telah memasukkan konten yang menghina Islam dan Arab.

Namun jurucakap pengatur telekomunikasi UEA mengatakan kepada koran Khaleej Times:”Kami telah memberikan pilihan kepada pengguna internet di negeri ini dan tidak memblok laman web secara keseluruhan. Konten-konten dewasa yang ada di laman yang jelas-jelas bertentangan dengan agama, budaya, politik dan nilai-nilai moral yang ada di UEA secara automatik akan diblok.”

Etisalat, salah satu dari dua provider internet di UEA mengatakan telah menerima surat dari pihak pengatur telekomunikasi UEA untuk memblok filem kartun tersebut.

“Sekarang semua pelanggan internet di UEA tidak dapat mengakses film kartun itu,” kata Vice Presiden Etilasat – Ahmad Ali Bin. (fq/alarabiya)

sumber

PALESTIN- Hamas & Fatah Sedia Berdamai

KAHERAH 26 Feb. - Puak-puak Palestin yang bertelagah, Fatah dan Hamas malam tadi bersetuju untuk membebaskan tahanan daripada kedua-dua pihak dan menghentikan perang media antara mereka menjelang rundingan perdamaian anjuran Mesir yang bermula hari ini.

Persetujuan itu dicapai semasa kedua-dua puak itu mengadakan rundingan dengan tujuan untuk membuka jalan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Fatah dan Hamas bersetuju untuk menyelesaikan isu tahanan itu dalam tempoh sebelum berakhirnya dialog antara puak Palestin, kata mereka.

"Sebilangan tahanan akan dibebaskan pada permulaan dialog.

"Tahanan lain akan dibebaskan secara berperingkat-peringkat supaya isu ini akan diselesaikan sepenuhnya sebelum berakhirnya dialog kebangsaan Palestin," menurut kenyataan daripada pemimpin blok Fatah di Parlimen Palestin, Azzam al-Ahmad dan pegawai kanan Hamas, Mahmud Zahar.

Zahar berkata, 80 anggota Hamas yang ditahan di Tebing Barat di bawah pentadbiran Fatah telah dibebaskan manakala 300 lagi masih ditahan.

Di pihaknya, Hamas telah menarik balik perintah tahanan di rumah ke atas sebilangan anggota Fatah di Genting Gaza.

Kedua-dua puak sudah lama berseteru tetapi perseteruan mereka memuncak pada Jun 2007 apabila Hamas merampas kuasa di Gaza dengan menumpaskan pasukan bersenjata yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas berikutan pertempuran maut selama berhari-hari.

Proses perdamaian itu dilancarkan semula oleh Mesir selepas berakhirnya serangan Israel selama 23 hari ke atas Hamas bulan lepas.

Rundingan hari ini sangat penting kerana dana berbilion-bilion dolar untuk membangunkan semula Genting Gaza boleh disalurkan jika syarat-syarat yang ditetapkan oleh penderma antarabangsa dipenuhi sebelum persidangan penderma di Mesir minggu depan. - AFP

sumber

Thursday, February 26, 2009

PALESTIN- Fatah Mahu Hamas Serah Gaza

Lebih dari 100,000 pendukung Fatah dan PLO (Palestine Liberation Organization) mengadakan demonstrasi di kota Nablus pada hari Rabu semalam, berkaitan dengan pembicaraan mengenai persatuan Palestin yang akan di mulai di kota Kaherah Mesir.

Salah seorang peserta aksi yang sudah berumur - Abu Abdallah - menangis terharu karena gembira melihat banyaknya peserta demo dan panjangnya barisan demonstran sekitar 3 kilometer;""Fatah sudah kembali, PLO sudah kembali dan revolusi sudah kembali juga." kata Abu Abdallah.

Gubernur Nablus dari autoriti Palestin, Jamal Muheisin berbicara pada peserta demo mengatakan bahawa jika negoisasi dengan Zionis Israel gagal, Fatah akan kembali ke jalur perjuangan bersenjata.

“Mereka salah apabila berfikir bahawa perundingan adalah satu-satunya pilihan bagi Fatah. Justru sebaliknya, semua kemungkinan terbuka, termasuk perjuangan bersenjata selama kita mencari perdamaian dan mereka tidak. "

"Jerusalem adalah pintu gerbang ke perdamaian dan juga pintu gerbang untuk perang," ujar Muheisin, "Israel masuk ke tanah kami dan itu sudah merupakan bahagian dari peperangan."

Gabenor itu juga mengatakan bahawa PLO dapat membuka 120 kedutaan besar Palestin di seluruh dunia setelah lebih dari 40 tahun berjuang.

Juga berbicara dalam aksi itu, sekretaris Fatah wilayah Nablus - Haytam Al-Halabi, beliau mengatakan,"“Fatah meminta dialog dan perdamaian yang sebenarnya di Kaherah nanti. Langkah pertama yang harus dilakukan terhadap semua ini Hamas harus menyerahkan jalur Gaza kepada pihak autoriti Palestin yang legitimasi.

"Kami telah siap menerima Hamas untuk bergabung dengan PLO, tapi tidak untuk PLO bergabung dengan Hamas,' kata Al-halabi.

"Inilah Fatah datang untuk memperbarui janji yang sebelumnya telah dilakukan PLO,"tambahnya, "Fatah telah menandatangani perjanjian Oslo untuk memimpin ke arah perdamaian, namun hal itu malah menimbulkan aksi Intifadha yang telah menelan banyak korban jiwa."

Seorang anggota dari komite eksekutif PLO, Qais Abu Laila berkata: "PLO akan tetap menjadi satu-satunya perwakilan rakyat Palestin yang representatif. Rakyat Palestin telah membayar darah mereka sebagai biaya dari perjuangan itu." (fq/mna)

sumber

PALESTIN - Heli Israel Serang Gaza 25/2/09

Helikopter Israel pada petang Rabu 25/2 kembali menggempur terowong-terowong yang sering dipakai pejuang Palestin untuk menyeludupkan senjata - yang ada di selatan jalur Gaza, di sepanjang perbatasan dengan Mesir.

Saksi mata mengatakan paling tidak dua roket ditembakkan di daerah Salam dan persaudaraan Brazil kota Rafah.

Namun dilaporkan tidak ada korban jiwa dalam serangan itu.

Pihak militer Israel yang dimaklumkan mengenai serangan tersebut mengatakan bahawa serangan mereka itu disasarkan kepada tujuh terowong yang terpisah.

Sebelumnya, dua roket buatan ditembakkan dari wilayah terbuka sebelah timur jalur Gaza pada Rabu pagi, dan tidak menyebabkan adanya kerosakan dan korban terluka.

Menurut militer Israel, dua roket yang yang ditembakkan itu mendarat di daerah Sha'ar Hanegev. Dan ini merupakan serangan yang pertama yang dilakukan sejak Isnin.

Sebuah kelompok pejuang yang menamakan diri mereka “Hizbullah Palestin” mendakwa bertanggung jawab atas serangan dua roket buatan yang ditembakkan ke wilayah Israel itu.

Kelompok pejuang tersebut mengatakan serangan yang mereka lakukan itu mereka sebut “Pengorbanan untuk Jerusalem.”

Kelompok ini juga menegaskan dalam sebuah pernyataan mereka akan melanjutkan operasi militer, dan ini merupakan peringatan terhadap serangan Israel kepada Masjid Al-Aqsa dan Kota Suci Jerusalem. (fq/mna)

sumber

Ghaddafi Dakwa Israel Berperanan di Darfur

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang baru terpilih menjadi Presiden Uni Afrika, menyatakan kekuatan asing termasuk Israel berada di sebalik konflik di Darfur, Sudan Selatan. Pernyataan Gaddafi, yang baru saja memimpin Uni Afrika ini, menunjukkan keberaniannya membuka akar konflik, yang selama ini ditutupi media khususnya media Barat.

Konflik di Darfur dan Sudan Selatan, yang dikuasai kelompok pemberontak Kristian, yang dipimpin John Garang, tak lain ingin memecah belah Sudan, yang menciptakan etidakstabilan di kawasan itu secara berterusan. Hal ini disebabkan pemerintahan Sudan di bawah Jenderal Omar Hasan el-Bashir lebih menunjukkan kecondongannnya kepada Islam. Bahkan, di masa pemerintahan George Bush, ibukota Sudan, Khartoum pernah di bom oleh AS, kerana dituduh menghasilkan senjata kimia.

Pernyataan Gaddafi yang keras menuduh Israel di sebalik konflik di Darfur, sangatlah berasalan, kerana Sudan dianggap menjadi tempat persembunyian pengganas, dan mendukung gerakan teroris. Bahkan ICC telah melegalkan kempen yang ingin menangkap Presiden Omar Hasan el-Bashir, yang dituduh melakukan jenayah perang di Darfur.

Dalam pertemuan di antara para pemimpin Uni Afrika, pemimpin Uni Afrika, menyerukan agar menghentikan penghukuman terhadap Omar Hasan el-Bashir yang dituduh sebagai penjahat perang. Di dalam pertemuan itu, yang menggagas perluasan kerjasama antara negara-negara Uni Afrika itu, Gaddafi, menunjukkan kepedulian terhadap kes yang sekarang dihadapi pemimpin Sudan. “Mengapa kami berdiri di belakang Presiden Omar el-Bashir, atau pemerintahan Sudan, kerana konflik yang terjadi di Darfur, Sudan Selatan itu, kes yang diciptakan oleh pihak luar, dan Tel Aviv (Israel), bertanggungjawab atas konflik di wilayah itu”, kata Gaddafi. Gaddafi terang-terangan menuding Israel dibalik segala krisis yang terjadi di Darfur, yang menyebabkan perang saudara, dan krisis kemanusiaan, yang memprihatinkan.

“Ini bukan rahsia. Kami mempunyai bukti yang cukup dan sangat jelas, tentang adanya keterlibatan pihak asing di Darfur, yang sekarang menjadi api”, kata Gaddafi. “Kami mempunyai bukti-bukti diantaranya para pemberotak itu mempunyai pejabat di Tel Aviv”, tambahnya. Memang, apa yang disebutkan Gaddafi mempunyai bukti yang kuat, kerana salah satu tokoh pemberontak di Darfur itu, mempunyai pejabat di Tel Aviv.

Israel selalu menciptkan konflik di negeri-negeri Muslim, yang tujuannya agar negeri itu terpaksa bergantung kepada Israel. Seperti di Sudan Selatan, khususnya di Darfur, yang menunjukkan secara jelas keterlibatan Israel, yang menginginkan pemerintahan Presiden Omar Hasa el-Bashir jatuh. (m/jp)

sumber

Wednesday, February 25, 2009

PAS mesti memiliki kekuatan sendiri.

(Harakah-Fikrah, Edisi Isnin 23-26 Feb 2009, m/s F14)

Pandangan Muraqib al-Am Ikhwan Muslimin Jordan
“Parti Islam SeMalaysia (PAS) mesti miliki kekuatan tersendiri.” Syeikh Dr.Hammam Said

Dalam kunjungan ke Jordan baru-baru ini wakil Harakah, Imran al-Malizi sempat menziarahi Syeikh Dr.Hammam Said di ibu pejabat pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin di ibu negara Amman. Ikuti temuramah yang dapat dirakamkan dalam pertemuan tersebut pada hari Sabtu, 7hb Feb 2009 iaitu sehari selepas kejatuhan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Harakah: Asssalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Syeikh Dr. Hammam Said: Wa’alaikumus-Salam wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sebelum ini tuan lebih dikenali dalam lapangan bidang akademik khususnya dalam bidang ilmu-ilmu hadis. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan semasa menuntut ilmu?
Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu bermula di rumah, di mana ayah saya merupakan salah seorang ulama hadis. Saya terdedah dengan perpustakaan yang secara khususnya mengandungi kitab-kitab hadis semasa usia yang sangat muda. Lebih kurang usia 10 tahun, saya sudah membaca kitab-kitab besar yang berkaitan dengan ilmu hadis, kesusasteraan, bahasa Arab seperti karangan al-Mutanabbi dan lain-lain. Begitu juga buku-buku yang berkaitan dengan biodata para perawi hadis, juga karangan Ibnu Hajar dan lain-lain. Perkembangan awal ini semua membantu pengajian saya di peringkat universiti. Saya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Sudah diketahui umum, pengajian syariah di universiti tersebut sangat sukar, yang lulus hanya sekitar 5-6 orang sahaja. Malah kadang kala hanya 3 orang. Antara guru-guru yang mendidik saya ialah Syeikh Mustafa Siba’ie, Dr. Mustafa Zarqa dan ramai lagi ulama yang besar. Kemudian setelah bekerja hampir 5 tahun, saya ke Universiti al-Azhar dan mempelajari ilmu hadis dalam kuliah Usuluddin. Saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat M.A dan Phd dengan pangkat pertama. Dengan kurnia dari Allah, tesis yang saya hasilkan sangat jarang dilakukan iaitu mengenai illal hadis merupakan yang pertama pernah ditulis seumpamanya. Tesis tersebut berbeza dengan yang lain. Kemudian hasil kajian saya itu tersebar dan menjadi subjek yang diajarkan di universiti-universiti, bermula dengan Universiti Jordan di fakulti syariah. Kajian saya itu dianggap sebagai syarah kepada kitab al-‘Ilal karangan Imam al-Tirmizi. Ianya kemudian diajarkan dalam dunia Islam di peringkat pengajian tinggi. Alhamdulillah. Saya juga aktif dalam bidang keilmuan dan selama 25 tahun, saya telah menulis dalam pelbagai displin ilmu. Di antara ialah himpunan hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman, hukum-hakam kewangan, kesempurnaan Nabi, jihad dan lain-lain. Semua ini sedang dalam proses untuk cetakan. InsyaAllah.

Di manakah tuan menyumbangkan khidmat setelah tamat pengajian?
Saya mengajar di Universiti Jordan hingga tahun 1988 sebelum dipilih menjadi ahli (parlimen) Majlis Perwakilan Jordan pada 1989. Saya dipilih semula menjadi ahli perwakilan pada tahun 1993 dan kekal hingga tahun 1997. Kemudian saya dilantik menjadi penasihat syar’ie bagi Hospital Islam di Jordan. Kemudian saya mengajar di universiti swasta Al-Zarqa selama setahun. Setelah itu, saya dilantik menjadi Muraqib al-‘Am dalam jemaah al-Ikhwan al-Muslimin.

Bilakah tuan menyertai gerakan al-Ikhwan al-Muslimin dan bagaimana tuan memandang tanggungjawab sebagai Muraqib al-‘Am (Jordan) ketika ini?
Saya menyertai jamaah al-Ikhwan al-Muslimin pada waktu yang sangat awal iaitu ketika berumur 12 tahun. Alhamdulillah, saya masih ingat sejarah itu dan kini saya masih berada dalam jemaah ini. Tugas saya sekarang ini sebagai Muraqim al-‘Am sangat berat dan bukanlah tugas yang mudah. Tanggungjawab ini sangat besar kerana ia berkaitan dengan maslahah beratus-ratus ribu para pemuda Islam untuk membawa mereka menuju ke satu matlamat pada masa yang mendatang. Memperbaiki jamaah ini agar dapat berperanan dalam masyarakat. Memimpin jamaah ini untuk memastikan ianya dapat mencapai matlamat-matlamat Islam. Semoga Allah memudahkan segala urusan ini.

Dalam majalah al-Mujtama’ (3-9 Zulkaedah 1429H) tuan pernah menyeru kaum muslimin kepada sistem ekonomi antarabangsa yang baru dengan bersumberkan rujukan Islam. Mengapakah dunia Islam terlalu bergantung pada sistem kapitalisme, seolah-olah sukar sekali untuk keluar daripadanya?
Sistem kapitalisme telah gagal di negara-negara mereka (Barat). Mereka menghadapi kehabisan sumber dengan satu ledakan yang besar. Ledakan ini diibaratkan ia telah meninggalkan satu ruang kosong. Manusia menyangka kegiatannya masih berjalan. Ekonomi yang hanya memaparkan jumlah angka, apabila mereka cuba mendapatkan kepastian mengenai jumlahnya, lalu mereka mendapati tiada jumlah apa pun. Semua ini hanya mempersendakan orang ramai dan permainan yang menipu. Tiada aktiviti ekonomi yang berlaku pada hakikatnya. Kerana ia hanyalah ibarat jaminan yang dibuat tanpa akad yang sah. Begitulah sistem kapitalisme, ia tidak berdiri di atas perkara yang jelas secara hakiki. Ia hanya dibina atas dasar kepercayaan di antara mereka yang terlibat. Kini sudah jelas dasar kepercayaan ini sebenarnya adalah satu pembohongan. Tiada jumlah dalam simpanan secara realiti. Dalam beberapa bulan, berlaku kejatuhan ekonomi dengan kerugian berbilion-bilion dolar di Amerika.. begitu juga di Britain dan Eropah. Sistem ini telah gagal dan tiada siapa yang mampu untuk mempertahankannya.
Beberapa hari lalu, saya telah mendengar daripada Pengarah Bank Islam Jordan, bahawa negara Britain yang dulunya meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk membuka bank-bank Islam di negara itu, kini telah mempelawa perbankan Islam agar datang ke Britain untuk membuka cawangan-cawangannya dan dipermudahkan untuk beroperasi. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Islam di negara mereka mempunyai kedudukan yang dihormati. Kita mahu meluaskan ekonomi Islam, tiada riba, tiada penipuan berbentuk spekulasi, tiada monopoli (ihtikar) dan tiada perniagaan atas kertas tanpa kewujudan nilai wang yang jelas. Iaitu ekonomi dengan dokumen yang jelas dan berpijak di bumi yang nyata. Kita perlu memperkemaskan sistem ekonomi Islam di negara kita dan jadikan ia pelindung ekonomi di negara kita. Kemudian menyebarkannya ke peringkat antarabangsa.

Apa pendapat tuan, jika sesetengah pihak menganggap mustahil dunia Islam dapat keluar dari sistem kapitalisme?
Yang menjadi perkara mustahil di sini ialah mustahil sistem ini dapat bertahan di negara-negara barat. Mesti ada alternatif lain sebagai pengganti. Sistem sosialis telah gagal dan sistem kapitalis juga gagal. Yang tinggal hanya sistem Islam.

Tuan tentu mengetahui kejayaan parti-parti pembangkang yang diketuai oleh PAS dalam pilihanraya tahun lalu (2008). Tuan juga pernah menghadiri Muktamar PAS di negeri Perak pada tahun lepas. Adakah tuan tahu bahawa baru-baru ini (Jumaat, 6 Feb 2009) kerajaan negeri Perak telah dijatuhkan dengan pengkhianatan 3 orang Adun yang tidak berpegang dengan prinsip Islam. Apa komen tuan berhubung perkara ini?
Perkara paling penting, Parti Islam (PAS) mesti memiliki kekuatan dalam menentukan perjalanan(nya) dan kekuatan di kalangan anggota masyarakat. Sekiranya kekuatan ini teguh, inilah yang dapat menjamin satu kerajaan yang kuat. Tetapi pada hakikatnya, kadang-kala bergabung dengan parti-parti lain... kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku sekiranya terjadi pertembungan pada kepentingannya atau kaedah ancaman digunakan. Ketika itu bertukarlah haluannya dan kita telah membina hubungan di atas asas yang tidak kukuh. Kita sepatutnya membina kekuatan yang kukuh dan meletakkan pergantungan yang tinggi dalam saf kita, di kalangan para pemuda kita dan (PAS) mesti memiliki kekuatan kita sendiri. Betulkah kerajaan Perak sudah dijatuhkan? Tiada daya upaya kita melainkan dengan izin Allah… (sambil menggelengkan kepala).

Secara peribadi, tuan sudah mengenali Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sekian lama, apa pandangan tuan pada peribadi, kepimpinan dan kesungguhan usaha beliau dalam lapangan dakwah Islam di negaranya dan di peringkat antarabangsa?
Saya mengenali Syeikh (Tuan Guru) Haji Abdul Hadi bin Awang, sudah melebihi 20 tahun. Ke mana sahaja saya pergi dalam dunia Islam ini pasti saya akan mendapati beliau berada bersama di hadapan saya. Beliau adalah seorang yang memiliki kesungguhan sekian lama dalam dakwah (menyeru manusia) kembali kepada agama Allah dan aktif dalam menjalankan kerja-kerja Islam. Beliau bukanlah seorang tokoh hanya di peringkat negara Malaysia, bahkan ketokohan beliau berada pada peringkat dunia Islam. Saya mengucapkan tahniah kepada negara Malaysia kerana peribadi beliau dan kepimpinannya. InsyaAllah, saya dapat melihat padanya terdapat sifat ikhlas, benar, tsabat (tetap pendirian) dan istiqamah. Semoga Allah sentiasa membantu beliau dan menambahkan keberkatan pada usahanya. Amin.

Tuan pernah menyebut bahawa PAS perlu menguatkan tarbiah terhadap ahli-ahlinya, memperbanyakkan kegiatan dakwah Islam dan tidak hanya dalam urusan politik.. boleh tuan jelaskan mengapa tarbiah ini sangat penting?
Tidak syak lagi, bahawa tarbiah adalah satu juzuk asas dalam pembentukan jemaah. Parti Islam SeMalaysia mengambil peranan yang banyak dalam bidang politik dan mungkin aspek tarbiah berkurang. Kita mahu mengambil ruang yang lebih besar dalam aspek tarbiah dan mengambil berat terhadapnya. Jemaah al-Ikhwan al-Muslimun juga mempunyai manhaj tarbiah yang terperinci di semua negara-negara. Inilah yang menjaga jemaah dan menjadikannya kuat. Untuk itu, Parti Islam juga perlu memiliki program tarbiah yang terperinci untuk ahli-ahli dan para pengikutnya.

Apa pandangan tuan tentang masa depan PAS di bawah pimpinan ulama? Apakah kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya kepimpinan parti Islam ini tidak lagi dipimpin oleh para ulama sebaliknya oleh golongan intelektual dalam parti tersebut?
Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut. Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu. Namun, kepimpinan yang ada ini jika berterusan seperti yang dituntut, akan bertambah kekuatannya dengan izin Allah. Masa depan akan menjadi baik. Saya menjangkakan suatu hari nanti, parti ini akan mendapat majoriti kuasa. InsyaAllah.

Akhir sekali, apa nasihat tuan untuk rakyat Malaysia?
Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu peluang untuk menyebarkan agama Islam. Juga saya nasihatkan agar diadakan pembelajaran bahasa Arab dan memperkemaskan kemahiran dalam bahasa Arab. Saya mendapati ada penggunaan bahasa Arab di Malaysia. Namun, saya mahu bahasa Arab menjadi bahasa utama di Malaysia. Ini boleh berlaku dengan usaha orang-orang yang berkebolehan, terpilih dan (sedia) berjihad dengan kurniaan Allah. Kamu berikan keutamaan kepada bahasa Arab dan laksanakan syariat Islam dan hukum hakam Islam dalam segala lapangan kehidupan. Kerana agama kita inilah yang menjaga kehidupan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberikan taufik kepada kamu semua. Amin.

Palestin - PM Israel Desak Eropah Boikot HAMAS

Presiden Israel Shimon Peres mendesak Eropah agar tidak menjalin hubungan dengan Hamas. Keada ketua parlimen Eropah Hans-Gert Poettering, Peres menyebut Hamas sebagai kelompok Islam "teroris yang mematikan", yang berkuasa di Jalur Gaza.

"Negara-negara Eropah mesti tahu bahawa Hamas adalah organisasi yang membawa mautdan berbahaya. Eropah mesti segera menghentikan simpati dan dukungannya pada Hamas, kerana sikap seperti ini menggagalkan proses perdamaian," kata Peres pada Poettering yang memimpin delegasi parlimen Eropah dalam kunjungan mereka ke Jalur Gaza hari Isnin lalu.

Poettering mengungkapkan keprihatinannya yang besar melihat situasi dan keadaan warga Palestin di Gaza akibat sekatan dan agresi brutal rezim Zionis Israel. "Kita harus menolong warga Gaza dengan membuka semua perbatasan," kata Poettering.

Ketua parlimen Eropha itu juga menyatakan setuju jika senjata-senjata Hamas dilucuti. "Kami berpihak pada perdamaian dan menentang peperangan serta terorisme," sambung Poettering tanpa peduli bahawa selama ini rejim Zionislah yang telah melakukan aksi-aksi keganasan terhadap rakyat Palestin, terutama warga Gaza dengan langkah sekatan dan serangan-serangan militernya.

Setelah delegasi parlimen Eropah, ketua tindakan luar negeri Uni Eropah Javier Solana juga dijadualkan berkunjung ke Gaza minggu ini dalam rangkaian kunjungannya ke negara-negara Timur Tengah. Solana berkunjung ke Gaza dengan tujuan melakukan konsolidasi bagi usaha gencatan senjata antara Israel-Hamas.

Kunjungan delegasi Eropah dan delegasi AS ke Jalur Gaza minggu lalu merupakan hal yang jarang terjadi, kerana AS dan Eropah selama ini menjaga jarak dengan Jalur Gaza sejak Hamas menguasai wilayah tersebut tahun 2007 lalu. Selain itu, Eropah dan AS juga memasukkan Hamas ke dalam daftar organisasi teroris meskipun faktanya Hamas-lah yang memenangi pilihan raya di Palestin. (ln/DailyStar)


sumber


sumber

Palestin- Sekitar al-Aqsa Diyahudikan

Gerakan Perlawanan Hamas, Selasa, menyatakan kekuatan sayap militer dan faksi-faksi perlawanan di Palestini, siap mempertahankan Masjidil al-Aqsa, dan tempat-tempat suci kaum Muslimin yang berada di bawah pendudukan Israel, khususnya kota Jerusalem yang sekarang ini menghadapi penghancuran yang dilakukan rejim Zionis-Israel.

Jurucakap Hamas di Jalur Gaza, Fauzi Bahrum, di dalam sidang akhbarnya, di kota Gaza menyatakan rejim Zionis-Israel pasti akan membayar setiap tindakan perosakan yang mereka lakukan terhadap Masjidil al-Aqsa, kezaliman terhadap umat Islam di Jerusalem, dan pengusaan terhadap wilayah Jerusalem. Langkah-langkah yang dilakukan pemerintah Israel, yang akhir-akhair melakukan pengusiran secara besar-besaran terhadap penduduk Arab yang berada di kota suci itu dan menghancurkan rumah-rumah mereka, serta mendirikan rumah-rumah bagi pendatang haram Yahudi merupakan tindakan pelanggaran yang tidak dapat dipertimbangkan.

“Kami tidak dapat menerima orang-orang Yahudi yang mengambil tanah kami, dan adanya tentera Israel, dan pengusiran terhadap orang-orang Palestin. Kami akan mempertahankan tanah suci “, ujar Bahrum. Selain itu, Bahrum juga menuduh pemerintah Israel, menggunakan program dan perencanaan yang tujuannya mengurangi populasi Muslim di Jerusalem, dan menghilangkan identiti Jerusalem sebagai kota kaum Muslimin. Pemerintah Israel juga mengganti simbol-simbol Islam dengan simbol Yahudi, yang mengakibatkan Jerusalem mengalami proses Yahudinisasi. Tindakan pemerintah Israel betul-betul merupakan tindakan kriminal, yang telah merusak dan menghancurkan penduduk dan melakukan pengusiran ribuan penduduk Palestin.

Pemimpin Hamas itu, mengingatkan kepada kaum muslimin di seluruh dunia bahawa pemerintah Israel, secara sistematis melakukan penghancuran terhadap Masjidil al-Aqsha, dengan melakukan penggalian pondasi Masjidil al-Aqsa, yang setiap saat akan hancur. Bahrum, menyerukan kepada seluruh umat sedunia : “Masjidil al-Aqsa bukan hanya milik rakyat Palestin. Tapi, tempat suci yang terletak di Jerusalem itu, milik kaum seluruh kaum Muslimin. Kerana itu tanggung jawab mempertahankan Masjidil al-Aqsa bukan ada di bahu rakyat Palestin dan Arab, tapi seluruh kaum Muslimin”. Tegasnya. (m/pic)

sumber

Monday, February 23, 2009

Sejarah Penderhakaan di Malaysia

Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato� Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno. Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato� Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato� Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato� Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato� Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato� Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato� Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato� Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato� Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato� Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato� Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato� Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato� Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato� Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato� Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato� Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato� Onn.

Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato� Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato� Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai �kacang lupakan kulit� dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato� Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato� Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini! Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno?

sumber

Palestin- Jihad Islam Bertempur dengan Askar Israel

Gaza (Arrahmah.com) -Pejuang Palestin mengakui mereka telah terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan Zionis Israel yang berusaha masuk dan menyerbu Gaza di bahagian selatan jalur Gaza pada Jumaat lalu.

Briged Al-Quds – sayap militer dari kelompok Jihad Islam mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa tembakan roket dan serangan bom tangan mereka telah menyerang pasukan Israel di sebelah timur kota Al-Qarara di dekat perbatasan Israel.

Jurucakap militer Israel yang di konfirmasi mengenai serangan itu mengatakan bahawa dia tidak mengetahui serangan yang di lakukan oleh Briged Al-Quds tersebut.

Sumber di Gaza juga mengatakan dua roket Israel telah menghancurkan rumah-rumah di sekitar kota Khan Younis, namun tidak ada korban jiwa dari serangan itu.

Israel melaporkan terdapat lebih dari 10 tembakan mortar jatuh di daerah Eshkol, sebelah timur Jalur Gaza. Dilaporkan tidak ada mangsa terluka atau kerusakan akibat serangan itu. (Prince/eramuslim)

sumber

Bkit Gantang Terkini 23 Februari

BUKIT GANTANG 23 Februari.- Sumber Parti Islam mengatakan di sekitar DUN Trong saja sudah ada 700 orang SB. Rumah-rumah kosong di sekitar Bukit Gantang menjadi rebutan oleh pihak-pihak tertentu. Ada rumah yang sudah ditempah untuk tempoh kempen dengan bayaran RM 240 sehari. Malah ada yang mendakwa menerima tempahan RM 2000 sehari.

Sumber UMNO pula mendakwa seramai 250 orang ahli Parti Islam di Changkat Ibol telah menyertai UMNO semalam. Mereka yakin Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya kali ini.- wartawan Satu Umat

Kamarulail Serah Pada Parti

Timbalan ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon terbaik untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April depan.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan parti mengenai perkata tersebut asalkan ia membawa kebaikan kepada parti.

“Tetapi kita perlu meletakkan calon yang boleh diterima oleh pengundi Bukit Gantang.

“Kalau calon yang hebat tetapi kalah dalam pilihanraya tidak guna juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kamarulail antara tiga nama yang disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Dua orang lagi ialah naib ketua bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan bahagian, Ismail Saffian.

Pilihanraya Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS awal bulan ini.

'Calon paling popular'

Kamarulail berkata, ketiga-tiga nama yang disebut itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Ismail menjadi calon paling popular untuk bertanding di Bukit Gantang, Kamarulail berkata: “Kalau calon yang hebat tetapi kalah, tidak guna.

“Masing-masing ada kelebihan, yang penting Umno menang kerusi Bukit Gantang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Kamarulail yang juga pensyarah di Kolej Islam Perak berkata, beliau akur dengan keputusan parti untuk memilih sesiapa sahaja menjadi calon BN.

Katanya, soal siapa yang menjadi calon tidak penting tetapi yang perlu diutamakan ialah BN merampas semula kerusi Bukit Gantang dari PAS.

Sementara itu, Ismail ketika dihubungi berkata, beliau sedia memikul tanggungjawab menjadi calon BN jika dipilih oleh parti.

Iktibar dari KT

“Saya bukan melobi hendak menjadi calon tetapi saya mempunyai pengalaman dua penggal sebagai pengarah pilihanraya BN Bukit Gantang dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

“Saya juga sudah 24 tahun dalam Umno Bukit Gantang,” katanya.

Ismail berkata, baru-baru ini ibu pejabat Umno menelefonnya berhubung pemiihan calon BN untuk parlimen Bukit Gantang.

“Saya diberitahu supaya berjumpa dengan masyarakat, siapakah calon yang mereka hendak.

“Jangan pilih ikut suka hati mengikut kehendak mereka sahaja tanpa mengambil kira pandangan pengundi.

“Jangan jadi seperti pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kita tetap dengan calon kita, walaupun tahu rakyat tidak suka,” katanya.

sumber

Bukit Gantang- Ceramah Dr. Lo' Lo' & Mohd Sabu

BUKIT GANTANG 23 Februari.- Ceramah oleh Dr. Lo' Lo' akan diadakan di Kampung Prmatang Raja, Trong sementara ceramah Mohd Sabu di Air Kuning pada 24 Februari jam 9.00 malam.- wartawan Satu Umat

Sudan Usaha Tamatkan Konflik di Darfur

KAHERAH 22 Feb. - Presiden Sudan, Omar al-Beshir berada Mesir hari ini bagi mengadakan rundingan mengenai usaha untuk menamatkan konflik selama enam tahun di Darfur, berikutan perjanjian antara kerajaan beliau dengan kumpulan pemberontak paling kuat di wilayah Sudan itu.

Beshir dijadual menemui Presiden Hosni Mubarak semasa lawatan sehari itu, yang dilakukan ketika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dipercayai semakin hampir untuk memutuskan sama ada hendak mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan tersebut atau tidak.

Ketua Pendakwa ICC pada Julai lalu meminta panel hakim mahkamah itu mengeluarkan waran tangkap terhadap Beshir kerana didakwa melakukan pembunuhan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Darfur.

Akhbar New York Times awal bulan ini melaporkan ICC telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap tetapi jurucakap mahkamah di The Hague itu menegaskan, "buat masa ini, belum ada waran tangkap."

Pada minggu lepas, kerajaan Khartoum dan kumpulan pemberontak paling aktif di Darfur, Gerakan Keadilan dan Kesamaan (JEM) menandatangani perjanjian di Doha bagi meletakkan batu asas untuk melancarkan rundingan damai lebih luas.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk membina keyakinan kedua-dua pihak, Sudan semalam membebaskan 24 pemberontak Darfur yang ditahan. - AFP

sumber

Palestin- Rafah Dibuka 3 Hari

BANDAR GAZA 22 Feb. - Sempadan antara Gaza dan Mesir, satu-satu jalan keluar dari Israel di Genting Gaza, dibuka kepada para pelajar dan mereka yang sakit untuk tempoh tiga hari bermula hari ini.

Pegawai Hamas di sempadan Gaza-Mesir, Adel Zurub memberitahu AFP, laluan sempadan di Rafah itu mula dibuka pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan dan dijadual berlanjutan untuk tempoh tiga hari sahaja.

Laluan di Rafah itu ditutup sejak Jun 2006, dengan tentera rejim Zionis bertindak merampas, menyerang dan menembak mati mereka yang cuba melintasi sempadan tersebut.

Selepas tentera rejim Zionis Israel berundur dan keluar dari Gaza, mengikut perjanjian 2005, Rafah dibuka dengan pemerhatian oleh Kesatuan Eropah dengan pemantauan terus oleh kamera litar rejim Zionis. - AFP

sumber

Siapa Biayai Zionis? Ini Dia!

Dr.Yusuf Qardhawi terkejut apabil ada umat Islam yang menyebut bahawa mereka tidak dapat hidup tanpa produk Amerika. “Satu riyal yang anda keluarkan keluarkan untuk membeli produk Israel dan Amerika, sama dengan satu butir peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestin” – Dr.Yusuf Al-Qardhawi.


1) Coca Cola – Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada Negara itu selama 30 tahun. Coca Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel. Pada Feb 2002, Coca Cola bekerjasama dengan Friend Of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.


Tahun 2002, Coca Cola membangun pabrik diatas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca Cola kepada mereka. Produk yang masih berafiliasi dengan Coca Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist dan Schweppes.


2) Johnson & Johnson – Tahun 2008, wakil perusahaan mereka, Roger S.Fineon mendapat penghargaan Jubilee Award dari PM Israel, Benyamin Netanyahu. Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan syarikat ini memperkuat ekonomi Israel.


3) Nestle – Satu perusahaan dengan Johnson & Johnson. Beberapa produk Nestle yang dipasarkan di Indonesia antara lain Nestle Dancow, Nescafe, Nestle Milo, Nestle Bubur Bayi, Kit Kat, Polo, gula-gula FOX, Maggie dan Susu Cap Nona.


4) Revlon – Menurut majalah Forbes, pemodal perusahaan ini, Ronald Perelman adalah seorang zionis. Dia dikenal pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama didunia dan kerap mempromosikan Israel.


5) The Limited Inc – Pendiri, Presiden sekaligus CEO The Limited Inc, Les Wexner adalah seorang Zionis. Dia menjadi Dewan Direktor Emet, media pro-Israel yang berfungsi memastikan bahawa semua media di Amerika tetap bias dan membela Israel.

Emet dalam bahasa Ibrani berarti ‘kebenaran’. Satu group dengan sayap bisnes mereka adalah Structure, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Intimate, Lerner New York, The White Barn Candle, Express, Henri Bendel, NY & Company dan Mast Industries.


6) Marks & Spencer – Sir Marcus Sieff , chairman M&S menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah membantu perkembangan ekonomi Israel ( Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990 ). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagang sekitar $233 juta per/tahun ( Jerusalem Report, 5 Jun 2000 ).


7) Nokia – Manajer umum Nokia, Lars Wolf mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 Mac 2001 “kami benar-benar berfokus pada Israel dari semua sudut pandang kerana kami memiliki projek Internal bernama Project Israel”.


8) Time Warner Inc – dikenal sebagai perusahaan raksasa media. Wakil director Time Warner Inc, Kenneth Novack, pernah terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel. Satu group dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros dan ICQ (Internet chat program).


9) IBM – Internasional Business Machines Corporation (IBM) dikenal memiliki hubungan dekat dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi Lawrence dalam sebuah wawancara dengan akhbar Israel, The Jerusalem Post mencatat bahawa perusahaan ini telah mempekerjakan 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL) 25 Jun 2001 yang diselenggarakan Ariel Sharon seorang jenderal pembantai umat Islam Shabra & Shatila, Palestin.


10) L’Oreal – Dianggap sahabat dekat Israel dan telah menanamkan investasi besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan ‘kepuasannya’ dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai ‘teman hangat’ . L’Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan investasi dan manufactur di negeri itu. Masih satu group adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay dan Carson.


11) Danone – Tahun 1998, Franck Riboud yang berkebangsaan Israel atas nama perusahaan Danone menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan oleh PM Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998. Danone dikenal memiliki banyak jenama air proses diseluruh dunia .Di Asia mereka tampil dengan Yili, di Indonesia Aqua, di China ada Wahaba. Masih ada group dengan perusahaan ini adalah Biskuit Oreo, Ritz dan Keju Kraft.


12) McDonald’s – Menurut Chicago Jewish Community Online (situs web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markaz Besar McDonald’s Corporation yang berpengkalan diluar Chicago adalah sahabat bisnes Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federation.


Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dukungan militer, ekonomi dan diplomatic Amerika, mengawasi bahkan jika mengontrol, pemberitaan media atas Israel. Salah satu CEO McDonalds, Jack M.Greenberg adalah anggota kehormat Kamar (bilik) Dagang dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).


13) Delta Galil Industries Ltd – sebuah perusahaan tekstil terbesar. Pendiri dan pemegang saham utama perusahaan ini Dov Lautman, merupakan sekutu dekat Pres.Israel, Ehud Barak. Jenis produk perusahaan ini adalah kasut Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Wrangler, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Redup, Old Navy Dockers, Celio, J.Crew, JC Penney, Caterpillar, Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati dan Kolombia.


Toko pengecer perusahaan ini yang sudah mulai berkembang di Indonesia adalah Carefour.


14) Philip Morris – syarikat ini mendermakan 12% keuntungan untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebesar 10% atau $80 juta sehari ,maka &9.6 juta wang umat Islam diberikan kepada Israel. Perusahaan raksasa rokok dunia asal Amerika itu kini mengambil alih 40% saham perusahaan rokok swasta nasional Sampoerna Tbk.


Produk-produk dibawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Winston, Gold Cost, Coted’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.


15) Estee Lauder – directornya, Ronald Lauder adalah salah seorang ketua konferensi Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang ia menjabat presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish National Fund). Selain dikenali sebagai seorang Zionis, Ronald juga aktif dibeberapa organisasi Yahudi. Antaranya adalah The Conference of President of Major American Jewish Organisation, The Jewish National Fund dan The World Jewish Congres.


16) Starbucks Cofee – directornya, Howard Shultz dikenal sebagai aktivis Zionis. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Israel 50thard oleh Jerusalem Fund of Aish Ha Torah. Disaat banyak perusahaan lain mati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks memutuskan menolong ekonomi Israel yang sedang krisis dan menanam modal untuk membuka caunter Starbucks di Israel (Shalom Coffe Co). Anniversary Friend of Zion Tribute Aw


17) News Coporation – syarikat raksasa media milik Rupert Murdoch yang berinvestasi besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas dukungannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.

Group News Corp adalah Fox TV Network, 20 th Century Fox Films, Fox Kids, Sky TV Network dan Star TV Network, National Geographic (Journal & TV), News of The World, The Sun, The Times, The Sunday Times, The Telegraph, Gold Coast Herald Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collin Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, China Byte.com, dan Festival Records. Buletin,


18) Club Bola Sepak – Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga Hak Asasi Manusia (HAM) Islam (The Islamic Human Rights Commision) melakukan kempen memboikot club bola sepak Arsenal ( Arsenal Footbal Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan pelancongan.



Dipetik dari: Majalah Hidayatullah, (majalah Islam bulanan) Indonesia, edisi 10-Feb 2009.

sumber