Tuesday, April 28, 2009

SAUDI Kejar Kemajuan, Musnahkan Sejarah

Arab Saudi, seperti juga negara-negara lain yang bergelumang harta, terus melakukan modernisasi. Selain secara pemikiran, seperti diangkatnya seorang wanita dalam jajaran kementerian di negara itu, juga pembangunan fizikal pun dilakukan. Tetapi, perkembangan Arab Saudi, khususnya kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan peninggalan-peninggalan sejarah Islam. Makin habis bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Bangunan-bangunan itu dibongkar atas berbagai-bagai alasan, namun sebahagian besar kerana ingin seiringan dengan rupa kota-kota besar di dunia. Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam akan dibongkar untuk perluasan tempat meletak kereta. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu digusur. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga anak-anaknya dilahirkan serta Khadijah meninggal.

Beberapa bulan yang lalu, Sami Angawi, pakar arkitek Islam di wilayah Arab mengatakan bahawa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam dimusnahkan. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

“Saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bahagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat meletak kereta,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir.

Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994.Nasib peninggalan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul SAW.

Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi yang dikejar. Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeologis (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah mahupun sebelumnya dengan dalih obyek wisata.

Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari. Wallohu alam bi shawab. (sa/skpc)

sumber

SATUUMAT: Dulu keturunan Nabi Muhammad di Hijaz mereka serang, bunuh, siksa dan singkir. Kini sisa-sisa Rasulullah pula hendak mereka lenyapkan. Sila baca INFO ARAB SAUDI untuk maklumat lanjut (sebelah kanan bawah).

Monday, April 27, 2009

Ashabul kahfi

Catatan gua ashabul kahfi di abu alanda

kenangan jelajah jordan bersama abg jimin dan tetamu mesir tahun lepas

Alhamdulillah, bulan lepas aku ada bawa seorang tetamu malaysia jalan-jalan di jordan.
Aku berkesempatan membawa makcik yg datang dari jauh ke gua ashabul kahfi di Amman.
Aku mmg suka sngt pergi ke ashabul kahfi coz banyak sejarah silam termaktub di gua ini.
kisah pemuda yang berusaha melarikan diri daripada raja yg zalim semata-mata ingin menjaga iman mereka yang telah dibentangkan dalam Surah Al-Kahfi bermula ayat 9-26

Apapun, ziarah aku kali ini mencatatkan satu sejarah juga coz aku tidak tersesat.
Aku dah banyak kali pg sini bawa org jalan asyik tersesat je.. termasuklah family aku.
tapi, alhamdulillah perjalanan kali ini lancar.
lagipun, kali ini aku menggunakan jalan highway.
tak masuk tengah bandar amman
so, bagi sesiapa yang blur-blur balad amman tu boleh guna jln highway ni
guna jalan nak ke airport, aqabah dan laut mati, jalan ni lebih mudah dan tidak sesak.

pelan ke gua ashabul kahfi

mengikut perbincangan aku dgn abg jimin berdasarkan bukti dari ayat Al-Qur'an
terdapat tiga ciri utama yang mengatakan gua ashabul kahfi di amman adalah tempat sebenar berlakunya kisah silam ini

3 ciri utama yang diberitahu dlm Surah Al-Kahfi adalah:-

1. Pencahayaan - ayat ke-7
2. Tempat ibadat - ayat ke-21
3. Kawasan lapang - ayat ke-7

gambar sekadar ilustirasi bagi memudahkan pembaca

pengkajian tempat berlakunya kisah ini tidak akan habis
namun yang lebih penting adalah pengajaran yg dapat kita ambil daripada kisah pemuda Ashabul Kahfi

"kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk"

(Al-Kahfi:13)

cahaya matahari terbenam masuk melalui pintu utama

Apapun, bagi pengkaji sejarawan sepert abg jimin kita, teruskan usaha anda, kerana melalui pengkajian anda menyebabkan lebih ramai org umum dapat mengetahui kebenaran ayat Al-Qur'an..

dari atas bumbung gua cahaya matahari terbit masuk

semoga entry kali ini menyebabkan anda semua tidak jemu ke gua ashabul kahfi..hir3
wallahua'lam

sumber : senior munir

Ciksantun : Ashabul Kahfi adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong Jordan, namun saya sehingga kini belum pernah menjejakkan kaki ke sana.
Berjalanlah menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Berjalan.. Melihat.. dan Mentafsir..

Saturday, April 25, 2009

Madihah belajar di Jordan

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang yang memperoleh 20A peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Kamal, 18, sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik, di Jordan University Science of Technology dan akan memulakan pengajian, September ini.

Bapanya, Nik Mohd Kamal, yang menemani pelajar itu ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di Johor Bahru semalam, berkata pengajian persediaan akan bermula 23 Mei ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Nik Nur Madihah yang juga penerima anugerah Biasiswa Kijang Emas, Bank Negara Malaysia akan meneruskan pengajiannya atas biasiswa penuh bank pusat itu. Majlis penerimaan anugerah itu Selasa lalu.

Nik Mohd Kamal, ketika ditemui pemberita di tapak MSAM 2009 di Padang B, Plaza Angsana, berkata beliau bersyukur dengan tawaran pengajian di Jordan berkenaan walaupun berat hati untuk melepaskan anak sulungnya itu.

Nik Nur Madihah yang diundang ke MSAM 2009 untuk sesi 'Ikon Inspirasi' sebelum itu meluangkan masa kira-kira satu setengah jam untuk memberi taklimat dan memberikan panduan belajar kepada sebahagian pengunjung pameran tahunan anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu. Hampir 200 pelajar dan orang dewasa mendengar pengalaman dan nasihat beliau.

sumber

ciksantun : ahlan wa sahlan madihah.

Thursday, April 23, 2009

Media Saudi Bela Israel Terang-terangan

Beberapa media massa di Arab Saudi menunjukkan pembelaannya kepada Israel. Sudahlah memberikan dukungan, media massa Saudi malah mengejek pidato Presiden Iran di konferensi anti-rasisme Durban II di Geneva yang isinya mengecam kebiadaban Israel.

Dengan sinis pemimpin redaksi Sharq Al-Awsat-akhbar paling laris di Saudi-Tareq Al-Homayed menyebut pidato Presiden Iran ironis. "Apakah Iran mengorbankan satu satu kurma untuk Palestin? Apakah Tehran kehilangan satu saja warganya dalam pertempuran enam hari melawan Israel?," kata Al-Homayed.

Akhbar Saudi lainnya, Al Madina dalam editorialnya menulis bahawa Presiden Iran bukan orang yang berkualiti untuk mengecam rasialisme Israel. "Presiden Iran sudah melakukan hal yang benar melontarkan tuduhan rasis pada Israel. Tapi Ahmadinejad tidak pada tempatnya mengatakan hal itu," tulis Al Madina.

Editorial akhbar itu menyatakan bahawa Israel diakui sebagai negara agresor dan rasis. "Israel melakukan serangan hampir setiap hari ke tanah dan rakyat Palestin serta dataran tinggi Golan. Tapi Iran juga telah menduduki tanah-tanah Arab dan selama lebih dari 38 tahun menempatkannya di bawah dominasi Iran," kata Al-Madina.

Akhbar itu menyebutkan pulau-pulau seperti Pulau Besar, Pulau Kecil Tunb dan Pulau Abu Musa yang terletak di dekat Selat Hormuz yang berada di bawah wilayah Iran sejak tahun 1971 dan kebelakangan didakwa sebagai pulau milik Emirat Arab.

Akhbar Al Riyadh memuat tulisan kolomnisnya Youssef Al Koulait yang menyebut pidato Ahmadinejad yang berapi-api telah memicu reaksi keras. Dalam kolomnya, Kouloit mengatakan bahawa Israel-lah menjadi pemenang konferens Durban II kerana kebijakan politik Israel ternyata banyak yang melindungi. Sedangkan Islam, kata Kouloit, masih tetap dipandang sebagai agama terorisme dan fasisme.

Kecaman serupa terhadap pidato Ahmadinejad juga di lontarkan akhbar Saudi Al Hayat. Akhbarini bahawa memberikan posisi khusus untuk komentar Ketua Intelejen Israel Major Jenderal Amos Yadlin. Dalam komentarnya yang dimuat Al Hayat, Yadlin mengatakan bahawa Iran adalah ancaman bagi negara-negara Arab moderat dan bagi Timur Tengah.

Selama berminggu-minggu sebelum pelaksanaan konferensi anti-rasis Durban II, media massa Arab Saudi sudah memuat berita-berita yang isinya mengkritik negara Iran. Iran dituding berambisi untuk meluaskan ekspansinya di kawasan Teluk dan dituduh melindungi para anggota al-Qaeda yang ingin melakukan serangan terorisme ke Arab Saudi.

Media massa di Saudi cenderung menjadi corong pemerintah Saudi yang lebih pro Barat dan Israel ketimbang membela kepentingan negara-negara Islam dan Muslim. Kerajaan Saudi sejak lama juga selalu melontarkan kecurigaannya terhadap negara Iran. (ln/mol)

sumber

Tokoh Ikhwanul Muslimin Kutuk Israel

Israel, AS, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Itali, Perancis, Poland, dan beberapa negara lainnya, terang-terangan memboikot Konferens Anti Rasisme, yang berlangsung di Geneva, Austria. Tindakan Israel dan sekutu mereka, yang terang-terangan menentang konferens itu, kerana konferens itu mengkritik segala tindakan Israel, yang sangat kejam dan brutal terhadap rakyat Palestin selama berpuluh tahun.

Bahkan, akibat kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis-Israel itu, kalangan gerakan diberbagai-bagai negara menjuluki Zionis-Israel sebagai wujud atau bentuk Nazi (Hitler) abad ini, yang dengan segala kekejaman, kebiadaban, serta kebrutalannya, yang terus berlangsung sampai hari ini. Di Israel sekarang berlangsung peringatan tentang terjadinya ‘Holocaust’, sebuah peristiwa yang terjadi di zaman Nazi, di mana orang-orang Yahudi dimasukkan kem konsentrasi, kemudian di bantai oleh Nazi. Dan, praktek kekejaman Nazi itu, sekarang dipraktekkan secara telanjang oleh Zionis-Israel terhadap rakyat yang tidak berdosa di Palestin dan Arab.

Wakil Mursyid ‘Aam IKhwanul Muslimin, Dr.Mohammad El-Sayyid Habib, memberikan komentar terhadap Konferensi Anti Rasisme yang berlangsung di Geneva, dan diboikot oleh Israel serta negara Barat itu. Habibi menyatakan, bahawa sesungguhnya Zionis-Israel, tak lain adalah sebuah entiti yang sangat rasis dan penjajah. Watak atau karakter bangsa Yahudi,yang sekarang membentuk negara di tanah Palestin, dan merupakan hasil rampasan dari rakyat Palestin itu, benar-benar penjajah, yang sekarang mendapatkan perlindungan dan dukungan dari negara-negara Barat, khususnya AS.

Bukti paling nyata atas sikap rasis Israel adalah praktik-praktik politik penjajahan, pencaplokan tanah-tanah milik rakyat Palestin dengan menggunakan kekuatan militer secara biadab dan kejam, pembunuhan secara besar-besaran terhadap rakyat Palestin, pengusiran terhadap rakyat Palestin, pemenjaraan ribuan rakyat Palestin, penyiksaan terhadap rakyat Palestin, menolak kembalinya warga Palestin ke tanah air mereka, membiarkan pengungsi Palestin diaspora dan menjadi terlantar diberbagai negara, dan Zionis-Israel melakukan genoside terhadap rakyat Palestin di Gaza. ”Itulah catatan kejahatan Israel”, ujar Habib. Tapi, para pemimpin Barat masih menutup mata atas kejahatan yang dilakukan oleh Zionis-Israel, ungkap El-Sayyid Habib.

Menurut El-Sayyid Habib, di dalam Islam itu, tidak ada sikap rasisme, dan tidak ada perbezaan antara Arab dan non Arab, karena setiap individu mempunyai hak yang sama, dan mereka memiliki kesetaraan (equality) dalam hidup. Tidak ada rasa superioriti antara entiti satu dengan yang lainnya, mereka semua memiliki kesetaraan dan hak yang sama. Tidak orang kulit putih memiliki superioriti atas orang kulit hitam. Menurut Habib, Islam sangat lah menghormati setiap eksistensi mahluk atau manusia.

Selanjutnya, menurut El-Sayyid Habib, bahawa di dalam Islam setiap negara mesti menghormati atas budaya, agama, toleran, dan nilai-nilai keadilan yang bersumber kepada Islam. Tidak ada hak sebuah negara memberlakukan secara kejam dan tidak adil atas negara lain atau penduduk di sebuah negara, seperti yang sekarang dijalankan oleh Israel, tegas El-Sayyid Habib. (m/Ikhwnwb)

sumber

Obama Mula Sentuh Isu PALESTIN

WASHINGTON 22 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini 'memulakan usaha' untuk mengerakkan rundingan damai Asia Barat dengan menjemput pemimpin Arab dan Israel ke Washington dan menyeru agar semua pihak bersikap jujur.

Obama menunjukkan tanda-tanda 'serius' untuk melibatkan diri secara mendalam dalam proses damai Asia Barat, beberapa minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengetuai kerajaan zionis Israel dan menolak penyelesaian pembentukan dua negara yang disarankan oleh pentadbiran baru AS.

Jurucakap Obama, Robert Gibbs berkata, beliau menerima kunjungan kehormat daripada Raja Abdullah II di Oval Office semalam, turut menjemput Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke White House.

Gibbs memberitahu pemberita bahawa lawatan-lawatan tersebut dijangka akan berlaku dalam beberapa minggu lagi dan akan dibuat secara berasingan sebelum Obama melawat Normandy sempena Hari Peringatan D-Day pada Jun ini.

Selepas mengangkat sumpah jawatan Presiden AS pada 20 Januari lalu, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton menamakan George Mitchell sebagai duta khas AS ke Asia Barat dalam usaha mengerakkan rudingan damai Arab-Israel, tindakan yang disifatkan penganalisis sebagai tanda penglibatan peringkat tinggi yang serius.

Bekas Presiden AS, George W. Bush sebelum ini mengalaskan beban proses damai di atas bahu bekas Setiausaha Negara, Condoleezza Rice selepas persidangan di Annapolis, Maryland pada November 2007 yang diadakan bagi melancarkan semula rundingan damai selepas tertunda selama tujuh tahun.

"Harapan saya adalah dalam masa beberapa bulan dari sekarang.... kita akan mula melihat lambang kejujuran daripada semua pihak.

"Saya tidak mahu memperincikan hal tersebut, tetapi saya berpendapat kesemua pihak di rantau itu jelas mengenai langkah rundingan yang perlu dalam usaha membina keyakinan," kata Obama selepas pertemuan dengan pemerintah Jordan itu.

Hillary pada masa yang sama mengulangi sokongan pentadbiran Obama terhadap penyelesaian isu Asia Barat dengan pembentukan dua negara dan Raja Abdullah II turut bersetuju dengan cadangan itu. - AFP

sumber

Penculikan Bangsa Belanda Cemaskan Yaman

Oleh : Imran al-Malizi

Minggu lalu, dalam ruangan ini saya telah melaporkan tentang serangan kumpulan pelampau terhadap rakyat Korea Selatan. Kali ini, masih lagi isu keselamatan menjadi tajuk utama media massa di negara republik ini.

Dalam perkembangan terbaru, pasangan warga Belanda telah diculik oleh sekumpulan rakyat tempatan bagi menyuarakan protes mereka. Penculikan itu berlaku ketika pasangan tersebut dalam perjalanan mereka menuju ke kompleks kerajaan.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa penculikan itu, Jan Hoogendoorn, 54 dan isterinya Helen Janszen, 49 dilaporkan berada dalam keadaan baik. Menurut Hoogendoorn, para penculik memberikan apa sahaja yang mereka mahu termasuk telefon bimbit. Katanya, “Kami berada dalam keadaan baik dan kawasan di sini bagus. Kami ada banyak buku untuk dibaca dan mahu berada di sini.”

Dalam perbualan telefon dengan pihak wartawan, pasangan tersebut meminta agar pihak polis tidak melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, kawasan tersebut telah pun dikepung oleh pihak keselamatan.

Penculikan itu dilakukan oleh sekumpulan rakyat yang tidak berpuas hati dan hanya bermotifkan untuk menarik perhatian pemerintah berikutan kejadian yang berlaku kira-kira 5 bulan lalu di salah satu pusat pemeriksaan di luar bandar Sana’a. Dalam kejadian itu, beberapa anggota keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka. Lalu mereka menuntut agar kesemua pegawai keselamatan yang terlibat dibawa ke muka pengadilan atau pihak pemerintah membayar ganti rugi sebagaimana yang telah dijanjikan.

Menurut Ali Nasser Seraj yang bercakap bagi pihak penculik, dalam kejadian tembakan itu 4 orang saudara mereka mengalami kecederaan teruk. Mereka ialah Ali Mohammed Seraj, Ali Saleh Talib Seraj, Naji Nasser Talib Seraj, Mohammed Ali Talib Seraj. Mereka juga pernah mengalami koma terpaksa menanggung seluruh kos perubatan di Hospital Presiden, Ma’reb. Ketika ditanya tentang keadaan mereka, Ali Nasser menjawab bahawa sebahagian mereka telah menjadi tidak berkeupayaan dan tidak boleh berjalan.

Menurut para penculik tersebut, setakat ini mereka tidak menerima apa-apa pampasan dari pemerintah. Mereka sudah mencuba berbagai saluran untuk menyampaikan hasrat mereka. Tetapi tuntutan mereka seakan tidak dilayan lalu memaksa mereka merancang penculikan warga asing tersebut langkah terakhir untuk mendesak pihak pemerintah bertanggungjawab.

Para pemimpin kabilah Bani Dhabyan telah mengutuk tindakan penculikan tersebut. Sheikh Abdullah bin Ali al-Dhahri mengatakan, “Perbuatan menculik adalah asing bagi negara Yaman, agama Islam dan masyarakat. Mereka sudah menjadi golongan yang memeras ugut dan kami tidak bersetuju dengan mereka walau apa pun alasan mereka. Kesilapan mereka membawa isu ini akan menyebabkan lebih banyak lagi penculikan. Kerana ini akan mengalakkan orang lain melakukannya bagi mendapatkan pampasan. Kami menentang cara penyelesaian yang seperti ini..”

Sheikh Ali Saleh al-Okaimi pula berkata, “Kami sudah tentu menentang tindakan penculikan ini dan mengutuknya. Ianya berlaku di luar pengetahuan kami. Pihak berkuasa telah menahan ramai ahli-ahli kabilah kami (akibat kejadian ini).”

Menurut Al-Talib Sultan Siddiq, “Kami mengutuk penculikan ini dan kabilah kami menerima kesan negatif akibat tindakan beberapa individu.”

Sheikh Hussein Mohsen al-Tahiri pula mengulas, “Kami mengutuk segala bentuk penculikan rakyat Yaman dan warga asing. Kesalahan beberapa pegawai kerajaan tidak sepatutnya menyebabkan orang bertindak dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.”

Sheikh Ali Mabkhot al-Salimi pula berpandangan, “Sangat menyedihkan pihak pemerintah tidak memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah rakyat sehingga memaksa mereka melakukan penculikan.”

Setakat berita ini ditulis, masih belum terdapat apa-apa perkembangan terbaru berhubung penculikan rakyat Belanda itu. Pihak pemerintah juga gagal memberikan apa-apa respon melainkan menghantar pihak keselamatan mengepung kawasan yang menjadi tempat perlindungan para penculik.

Tindakan ini sebenarnya hanya memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian yang terbaik adalah pihak berkuasa sepatutnya mengakui kesalahan mereka dan membayar pampasan akibat kecuaian beberapa anggota keselamatan yang bertindak melulu.

Al-Qaeda serang warga Korea Selatan di Yaman

Oleh: Imran al-Malizi

Orang-orang Arab kebanyakkannya tidak dapat membezakan di antara warga Malaysia dan Indonesia dari segi rupa paras. Itu tidaklah menghairankan kerana kedua-duanya berasal dari satu etnik iaitu bangsa Melayu.

Bagi warga Malaysia yang pernah menetap di mana-mana negara Arab, pasti pernah menghadapi situasi di mana penduduk tempatan bertanyakan satu soalan lucu, “Awak ni orang Cina ke?”

Pertanyaan seperti ini terbit daripada kekeliruan orang-orang Arab yang tidak berpendidikan dan kurang berpengetahuan tentang ilmu geografi. Mereka menyangka semua orang Asia adalah berasal dari negara China. Malah ada sahabat saya yang berbangsa India juga pernah disangka sebagai berketurunan Cina.

Apabila berkembangnya sektor ekonomi dan hubungan perdagangan, lama kelamaan orang-orang Arab mula mengenal bangsa-bangsa lain seperti Korea, Jepun, Filipina dan lain-lain. Namun, mereka masih menganggap kesemua bangsa dari Asia adalah sama sahaja.

Baru-baru ini semua warga asing terutamanya pemegang passport negara-negara Asia tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam darat seperti bas ekpress dan seumpamanya untuk bergerak ke mana-mana wilayah di dalam negara Yaman.

Ini bukanlah kali pertama syarikat pengangkutan enggan menjual tiket bas kepada mana-mana warga Asia. Sebelum ini, langkah keselamatan pernah diambil oleh pihak berkuasa ketika meningkatnya siri penculikan dan serangan terhadap warga asing terutamanya para pelancong dari Eropah dan negara-negara barat.

Kali ini tindakan tersebut diambil berikutan berlakunya serangan dan siri letupan di kawasan pergunungan Shibam, Hadramaut yang menyaksikan 4 orang warganegara Korea Selatan menjadi sasaran. Dua hari kemudian, kenderaan yang membawa delegasi Korea Selatan untuk menyiasat kejadian tersebut turut diserang. Namun serangan kali kedua ini dilaporkan telah gagal.

Al-Qaeda didakwa bertanggungjawab ke atas serangan ini. Tuduhan ini dibuat setelah dua bulan berlakunya penggabungan organisasi pertubuhan tersebut dari Arab Saudi dan Yaman di bawah pimpinan Nasser al-Wihaishi. Namun tiada sebarang bukti kukuh yang boleh dikemukakan.

Serangan ini dikaitkan dengan penglibatan Korea Selatan dalam kempen Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memerangi keganasan sebelum ini. Namun, agak menghairankan kerana Korea Selatan telah mengumumkan pada bulan September 2008 bahawa mereka sudah mengundurkan kekuatan tentera dari Iraq semenjak tahun 2004 lagi.

Seorang pengkaji, Moneer al-Mawri, berpendapat serangan terhadap warga Korea Selatan ini mempunyai dua sebab utama. Pertama, pertubuhan al-Qaeda mahu menghantar mesej kepada pentadbiran Korea Selatan agar tidak mengambil bahagian dalam sebarang misi ketenteraan di Afghanistan dalam perkembangan terkini. Kedua, Al-Qaeda bertindak demikian akibat meningkatkan penglibatan aktivis-aktivis Korea Selatan dalam pendakyahan agama Kristian di negara-negara umat Islam.

Bagaimanapun, seorang pakar lain, Abdul Elah Haidar Shaya mengatakan bahawa setakat ini Al-Qaeda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedua-dua serangan ini. Beliau berpendapat, terdapat kumpulan-kumpulan lain yang melakukan operasi serangan tersebut.

Berikutan itu, lebih 1000 warga Korea Selatan berdemonstrasi di ibu negara Seoul bagi membantah serangan tersebut manakala kementerian luarnya pula menggesa rakyat Korea Selatan supaya meninggalkan negara Yaman.

Pihak berkuasa Yaman menawarkan sejumlah wang bagi sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat tentang individu-individu yang terlibat dalam serangan itu atau mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dalam melakukan sabotaj terhadap keselamatan dalam negara.
Kementerian dalam negeri juga telah mengumumkan 12 orang yang dikehendaki kerana disyaki terlibat. Mereka dikatakan masih berumur dalam lingkungan 20-an.

Perkara yang menjadi persoalan berhubung serangan terbaru ini ialah bagaimana pihak yang melakukan serangan memperolehi maklumat mengenai pergerakan delegasi Korea Selatan dari segi lokasi dan waktu kenderaan tersebut bertolak dari lapangan terbang Sana’a? Ini seolah-olah menunjukkan maklumat tersebut bocor dari dalam pentadbiran keselamatan sendiri.

Para pengkaji berpendapat pergerakan bersenjata akan terus melancarkan serangan demi serangan sehinggalah pemerintah yang ada pada hari ini dapat dijatuhkan.

Tiada siapa pun yang dapat memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Yang pastinya, isu keganasan ini adalah satu potensi untuk dipergunakan oleh pihak pemerintah untuk terus mendapatkan sokongan kuasa-kuasa luar dalam memerangi keganasan dalam negara ini. Ia juga menjadi alasan untuk mereka terus mempertahankan kuasa pemerintahan.

Wednesday, April 22, 2009

HAMAS Minta Pemimpin Zionis Dihukum

Untuk kesekian kalinya PM. Palestin Ismail Haniyah meminta kepada Mahkamah Antarabangsa untuk menangkap pemimpin tertinggi Israel atas kejahatan perang yang mereka lakukan selama 22 hari ke Jalur Gaza. Haniyah mengatakan bahawa tentera Zionis Israel secara terang-terangan telah melakukan pembantaian massal terhadap penduduk awam di Gaza.

Pernyataan tersebut disampaikan Haniyah dihadapan peserta Konferensi Antarabangsa Jaksa Negara-Negara Islam yang dibuka pada Selasa (21/4) di ibukota Iran, Tehran. "Apa yang terjadi di jalur Gaza adalah penghinaan terhadap nilai kemanusiaan", jelas Haniyah.


Haniyah juga menyampaikan kes penawanan yang dilakukan Zionis Israel terhadap bangsa Palestin. Ia katakan bahawa saat ini lebih dari 11.000 warganya merengkok di dalam penjara Israel. “Mereka adalah orang-orang yang paling menderita akibat politik kotor dan pelanggaran kemanusiaan yang dilakukan Israel”, jelasnya.


sumber

HAMAS Buka Bank

Sebuah bank yang yang berafiliasi dengan gerakan Hamas untuk pertama kalinya dibuka pada hari Selasa lalu dibawah bayang-bayang sekatan Israel .

"Kami membuka bank hari ini dan akan mulai menawarkan layanan kami ke masyarakat," kata Alaa Al-Rafati, ketua dari Bank Islam Nasional, kepada AFP.

Bank Islam Nasional memiliki 20 juta dollar modal awal dan akan beroperasi dibawah aturan Syariah Islam (bank Syariah).

Dengan pejabat di sebuah bangunan yang berlantai empat di pusat kota Gaza, bank tersebut akan menangani 6000 rekening pegawai Hamas yang gajinya disimpan pada bank itu.

Rafati tidak mengatakan bagaimana gerakan Hamas dapat memperoleh modal awal sebesar 20 juta dollar sedangkan jalur Gaza dibawah embargo Zionis Israel sejak Hamas berkuasa di sana pada tahun 2007 lalu.

Akibat dari sekatan Israel, bantuan kemanusiaan serta barang-barang keperluan asas tidak dapat masuk ke Gaza dan Bank di Gaza sudah mengalami krisis likuiditas.

Rafati mengatakan hal tersebut tidak akan berpengaruh dan mengganggu bank yang baru.

"Kami benar-benar tidak dalam krisis likuiditas, baik wang lokal maupun dollar. Dan hal ini akan memungkinkan kami meyakinkan nasabah yang akan bertransaksi di bank ini."

Meskipun sebahagian besar dewan direksi adalah anggota Hamas, termasuk Rafati, dia mengatakan Bank Islam Nasional adalah sebuah perusahaan swasta yang bertujuan untuk mencari keuntungan dan tidak secara langsung terkait dengan Hamas ataupun pemerintahan di Gaza.

Pihak Autoriti Palestin sebelumnya telah menolak untuk mengeluarkan izin penubuhan bank kerana terikat dengan seruan Israel untuk memboikot pemerintahan Hamas di Jalur Gaza.(fq/alarabiya)

sumber

Sunday, April 19, 2009

Nik Nur Madihah memilih Jordan untuk meneruskan pelajaran.




KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

sumber

ciksantun : ahlan wasahlan nik nur madihah.. kalau benar, kita akan berjumpa insyaallah..

Friday, April 17, 2009

Video Ceramah Aman PALESTIN







SAUDI Beri Anugerah Nobel kepada Prof Yahudi

Ada-ada saja Arab Saudi. Tindakan dan manuver politiknya benar-benar membingungkan umat Islam di dunia. Belum lama, negeri yang dipimpin oleh Raja Abdullah ini memberikan penghargaan Arab Nobel kepada seorang profesor Yahudi dalam bidang medik yang bernama Ronald Levy. Bahkan Levy sendiri yang menerima penghargaan itu mengatakan bahawa dia tak tahu motif apa yang dibawa oleh Saudi dalam penghargaannya itu. "Mungkin saja politik," ujarnya dalam lawatannya ke kerajaan Saudi.

Saat ini Levy berumur 67 tahun. Levy adalah kepala departemen onkologi Universitas Stanford dan ia menjadi tamu Yahudi pertama yang menerima Penghargaan Antarabangsa Raja Faisal. "Tujuan saya adalah untuk menyatukan kesamaan, dan tampaknya Saudi menerimanya." paparnya.

Levy merasa penghargaan itu sangat bererti kerana ia merupakan jebolan Institut Weizman Israel. "Lebih spesial dibandingkan penghargaan dari Jepun." ujarnya.

Levy mengunjungi Saudi bersama isterinya yang juga Yahudi totok, Shoshana, dan ketiga-tiga anak perempuannya. Levy mengatakan bahawa dia mendapatkan perlakuan khusus kelas satu dari kerajaan Saudi sejak mereka mendarat di Riyadh dan meninggalkan Saudi. Sebuah kereta limusin mengantarkannya ke mana-mana, dan dia diajak pula melihat-lihat beberapa tempat penting di dalam ibukota. (sa/jp)

sumber

SATU UMAT: Untuk memahami lebih lanjut hubungan nenek moyang Bani Saud dan fahaman Wahhabi dengan Yahudi, sila klik pada arkib Info Arab Saudi (sebelah kanan laman ini, bawah)

Fatah Temui Kilang Bom Hamas

paksi.net, 15/04/09 - Anggota Keselamatan Fatah mendakwa berjaya menemui tempat membuat bom milik Hamas di ruang bawah tanah sebuah masjid di Qalqiliya, Tebing Barat, Ahad (12/4). Menurut keterangan Kementerian Dalam Negeri Fatah, bom-bom tersebut merupakan bom rakitan dan banyak di antaranya yang sudah digunakan.

Menyusul penemuan "kilang bom" Hamas, pihak keselamatan Fatah menangkap dan memindahkan banyak penduduk Tebing Barat. Penemuan ini semakin meruncingkan ketegangan antara Fatah-Hamas yang kini sedang mengusahakan proses damai.

Sementara itu, sumber-sumber di kalangan keselamatan Mesir mengungkapkan bahawa mereka juga menangkap seorang lelaki yang membawa wang sebanyak dua juta dollar di utara Sinai. Wang itu disyaki akan diseludupkan untuk Hamas.

Sebelum ini, pihak Mesir menangkap 15 orang yang dituduh menyeludup roket-roket untuk pejuang Hamas melalui terowong-terowong dari sempadan Mesir. Polis Mesir mendakwa berjaya menyita kira-kira 60 roket dalam operasi penangkapan di kota Syaikh Zuwayed, Sinai yang terletak berdekatan dengan sempadan Rafah di Mesir.

sumber

Ekstremis Yahudi Cuba Ceroboh Al-Aqsa

paksi.net, 17/04/09 - Pemerintah Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haniyeh, mengecam keras tindakan kelompok ekstremis Israel yang menyerang dan cuba menceroboh masuk ke masjid Al-Aqsa beberapa kali dalam beberapa hari kebelakangan ini. Pemerintah menekankan bahawa ini tindakan provokatif mencuba langkah-langkah untuk menyeret seluruh kawasan Palestin dan Timur Tengah untuk melakukan pertempuran hakiki yang temanya “membela tempat Isra' Rasulullah dan tempat suci”.

Dalam pernyataannya yang dikeluarkan dalam pertemuan mingguan malam Selasa (14/4), dalam salinannya yang diterima oleh Infopalestina bahawa langkah-langkah kelompok ekstrim Israel itu adalah rangkaian dari semua tindakan mereka di seluruh wilayah Al-Quds dan dan pelbagai wilayah di Tebing Barat dalam rangka menerapkan politik "transfer" atau mengusir warga Palestin yang berusaha mereka terapkan pada masa kabinet Netanyahu, yang paling menonjol dari mereka adalah Lieberman dan elemen ekstremis di partinya. Pemerintah meminta kepada bangsa Arab di peringkat pimpinan dan masyarakat umum untuk mengambil langkah dan sikap tegas terhadap ancaman nyata yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Tebing Barat dan tempat suci di sana yang kali ini lebih berbahaya daripada sebelumnya.

sumber

Thursday, April 16, 2009

Video- Muslimin Eropah yang Dibunuh

Perisik Zionis Tangkap 2 Penduduk PALESTIN

HEBRON (Arrahmah.com) - Askar perisik zionis Israel menangkap dua penduduk Palestin setelah menyerang kenderaan mereka di desa Ithna, dekat Hebron, petang Isnin (13/4).

Sumber tempatan mengatakan dua Muslim Palestin tersebut dipaksa menghentikan kenderaan mereka sebelum tentera yang menggunakan penutup wajah memukul mereka dan membawa mereka ke suatu tempat.

Keduanya dikenali sebagai Samih Mahmoud Al Teet, 37, dan Ashraf Bahjat Al Alami dari kota Beit Ummar, dekat Hebron.

Keluarga Al Teet mengatakan bahwa empat pemuda pernah mendatangi rumah mereka dan menanyai soal Samih lalu keluarga memberikan nombor telefon Samih kerana mereka (keempat pemuda tersebut) mendakwa akan membeli sebuah kenderaan dari Samih.

Mereka sepakat untuk bertemu di simpang Safa, namun mereka diperangkap, tentera samaran yang telah menunggu keduanya di sana dan dengan sigap para tentera tersebut menculik keduanya. Hingga kini belum ada berita lebih lanjut mengenai keduanya. (haninmazaya/imemc/arrahmah.com)

sumber

INDONESIA- Calon Bunuh Diri, 2 Mati Mengejut

JAKARTA: Seorang calon yang gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen yang sengit di republik ini membunuh diri dan sekurang-kurangnya dua lagi maut akibat serangan jantung, kata polis dan laporan berita semalam.

Sri Wahyuni, seorang calon di wilayah Jawa Barat menggantung dirinya dari atas bumbung pondok miliknya di pinggir bandar selepas keputusan awal menunjukkan dia tidak menghampiri undian yang diperlukan untuk menang, kata agensi berita rasmi Antara memetik suaminya sebagai memberitahu polis.

Dua lagi calon wanita di bandar Buleleng dan Solo maut akibat serangan jantung selepas mendapat tahu tidak mempunyai peluang untuk menang, kata polis.

Beribu-ribu calon di negara 235 juta penduduk itu melaburkan wang simpanan seumur hidup dan dalam sesetengah kes, rumah mereka, untuk berkempen dalam pilihan raya ketiga sejak pemerintah diktator Suharto disingkir daripada kuasa sedekad lalu.

Kerusi dalam perundangan nasional, wilayah dan tempatan menjadi rebutan. Jawatan itu mendapat bayaran memuaskan mengikut standard Indonesia dengan gaji bulanan AS$1,200 (RM4,308) berbanding gaji bulanan purata kurang AS$200 (RM718) dan dilihat sebagai peluang untuk meraih kuasa dan pengaruh.

Pilihan raya parlimen minggu lalu yang menjadi pentas undian presiden 8 Julai ini membenarkan warga negara ini buat kali pertama mengundi calon serta parti politik.

Calon bertanding menjual rumah, tanah atau meminjam wang daripada along. Hospital mental menambah kakitangan untuk menyediakan kaunseling kepada calon yang tertekan. - AP

sumber

Saturday, April 11, 2009

CHECHNYA Seru Poligami & Bakal Jajah Rusia

Chechnya, Presiden Republik Chechnya, Rusia, Ramzan Kadyrov (Ramadhan Qadaruf), menyeru kalangan laki-laki dari rakyatnya, baik yang belum menikah atau pun yang sudah, untuk menikahi lebih dari satu perempuan, alias berpoligami.

Seruan Kadyrov tersebut dikemukakan dalam wawancaranya dengan harian Rusia pro-pemerintah Rusiskya Jazita pada hari Selasa (7/4) lalu. "Saya berpendapat dan berkeyakinan, jika kita, para lelaki pada waktu ini sangat menghajatkan atas poligami," ungkap Kadyrov.

Apa yang dilontarkan oleh Kadyrov sejatinya sangatlah bertentangan dengan undang-undang Rusia, yang melarang poligami. Harian berbahasa Arab yang terbit di Washington, USA, Afaq (10/4) melaporkan, jika apa yang distatemenkan Kadyrov adalah usaha penegasan independensi republik yang tengah dipimpinnya, yang majoriti penduduknya beragama Islam, dari sentralitas pemerintahan di Moscow.

Kadyrov sediri menegaskan hal tersebut. "Di Rusia memang undang-undang negara tidak membolehkan poligami. Tetapi saya hendak menegaskan kepada rakyat saya, bahawa siapa saja kaum lelaki Chechnya yang memiliki keinginan sekaligus kemampuan material dan mental, hendaklah mereka berpoligami," kata Kadyrov.

Presiden republik yang sempat bergolak dengan pemimpin pusat Rusia itu menegaskan, di Chechnya jumlah perempuan lebih banyak dari jumlah pihak laki-laki.

"Di Chechnya, jumlah perempuan melebihi jumlah laki-laki. Tentu saja kaum perempuan memerlukan kepada sandaran hidup mereka. Dan saya fikir poligami adalah salah satu penyelsaian terbaik," ungkapnya.

Ditambahkannya, meski pemeritahan pusat di Moscow melarang hukum poligami, tetapi hal tersebut boleh menjadi pengecualian bagi republik Chechnya.

Sejak menjawat sebagai Presiden Republik Bahagian Chechnya pada tahun 2007 silam, Ramzan Kadyrov mampu memainkan diplomasi yang cantik dengan pemerintahan pusat di Moscow. Sebelum masa Kadyrov, Chechnya dan Rusia memiliki hubungan buruk yang berdarah-darah. Hubungan tersebut mulai berubah menuju lebih baik semenjak diperintah oleh Kadyrov.

Selain itu, Kadyrov juga banyak melakukan reformasi di dalam tubuh pemerintahan Republik Bahagian Chechya. Ia juga banyak menerapkan undang-undang Islami dalam pemerintahannya, seperti penganjuran para perempuan Muslimah Chechnya untuk memakai jilbab di tempat bekerja mereka, baik di instansi pemerintah atau swasta.

Di pihak yang lain, Moskwa sendiri memberikan kelonggran dan autonomi penuh kepada Kadyrov untuk mengurusi negaranya secara lebih bebas dan terbuka. Autonomi tersebut bahkan tercatat sebagai yang terlonggar dibanding republik bagian Rusia lainnya.

Sebagian pengamat politik sayap kanan Rusiakhuatir akan autonomi yang luas ini. Mereka takut jika pada suatu saat nanti, Cechnyalah yang justru akan "menjajah" Rusia. (rjz/afq/L2 Cairo)

sumber

IRAN Gantung 2 Ulama Sunni

Tehran- Dua orang ulama besar mazhab Sunni Iran baru-baru ini dihukum gantung oleh pemerintah negeri Mullah yang menganut mazhab Syiah itu. Kedu-duanya dihukum dengan tuduhan kesalahan "menentang dan memusuhi" gerakan Revolusi Islam/Syiah Iran.

Harian Mesir berbahasa Arab al-Jumhuriyyah (9/4) melaporkan, kedua ulama tersebut adalah Mawlaya Khalilullah Zari dan Hafizh Shalahuddin Sayyidi. Mereka digantung secara terbuka di kawasan tempat tinggal mereka, di pekan Sistan, wilayah Zahdan, sekitar seminggu lalu.

Selain tuduhan permusuhan terhadap gerakan Revolusi Islam/Syiah Iran, keduanya juga dituduh merencanakan gerakan makar. Pihak keamanan Iran mendapati beberapa pucuk senjata di rumah kedua ulama tersebut.

Gabenor Zahdan, Ismail Ahmadi mengatakan, di kawasan Sistan yang terletak di wilayah Timur Iran tersebut memang kerap ada aktiviti pemisah dan pengganas. (jmr/L2 Cairo)

sumber

Friday, April 10, 2009

PALESTIN- Polis Israel Membunuh Lagi

JERUSALEM (Arrahmah.com) - Polis Israel telah menembak mati seorang warga yang sedang menunggang motosikal ke arah mereka ketika mereka sedang meratakan rumah seseorang yang disyaki membunuh tiga orang Israel tahun lalu.

Mickey Rosenfeld, seorang jurucakap polis Israel, mengatakan penunggang motor tersebut cuba merempuh sekelompok pegawai di pos pengawasan dekat sebuah rumah di daerah pendudukan Jerusalem Timur pada Selasa (7/4).

"Seorang Palestin mengendarai kendaraannya ke arah penjaga perbatasan, sehingga tiga di antaranya terluka di kaki," kata Rosenfeld.

"Kemudian, seorang perwira yang ada di tempat itu menembak dan membunuhnya."
Pihak keamanan telah dikerahkan di tempat kejadian sedangkan sebahagian rumah tempat Husam Dweiyat tinggal telah dibongkar sebagai salah satu alat pencegah serangan mendatang terhadap Israel.

Bulan lalu, orang-tua Dweiyat kehilangan banding pada mahkamah agung Israel melawan perintah untuk membongkar sebhagian rumah mereka, meskipun ada putusan komisi militer pada 2005 bahawa tindakan seperti itu tidak efektif. (Althaf/arrahmah/alj)

sumber

Benarkah Sirul dan Azilah Bersalah Sepenuhnya?

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :



1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20270&Itemid=28


KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - "Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya."


Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita). - azm/mks. _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20269&Itemid=28


Ikhwanul Muslimin Bakal Dapat Mursyidul Am Baru

Mursyid Am Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin, Muhammad Mahdi Akif menyatakan akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat ini. Pucuk pimpinan tertinggi IM itu juga menegaskan, bahawa bakal calon pengganti dirinya boleh jadi bukan berasal dari Mesir.

Akif menerangkan, yang jelas, pemimpin yang kelak bakal menggantikan dirinya itu terlebih dahulu dipilih oleh perhimpunan khusus dewan Majlis Syura IM dari seluruh dunia, sekaligus diputuskan oleh dewan tertinggi IM itu.

"Pengganti saya boleh jadi bukan berasal dari Mesir. Yang jelas, dia nanti akan dipilih dan diputuskan oleh perhimpunan agung Dewan Syura IM," terang Akif kepada harian berbahasa Arab al-Quds al-Arabi (7/4).

Dewan Syura itu sendiri beranggotakan 130 orang, yang terdiri dari 90 anggota dari Mesir, dan 40 anggota dari luar Mesir. Merekalah yang nantinya akan memilih Mursyid Am IM dengan jalan musyawarah.

Berhubung kemungkinan calon penggantinya bukan berasal dari Mesir, Akif menyatakan jika "Majlis Syura IM Antarabangsa senantiasa mengajukan tokoh dari Mesir untuk menduduki amanah Mursyid Am. Barangkali ini kerana kehormatan mereka dan kecintaan mereka terhadap Mesir."

Akif (80), yang akan mengakhiri amanahnya sebagai Mursyid Am akhir tahun ini, menegaskan bahawa dirinya tidak ingin kembali mencalonkan dan dijadikan sebagai Mursyid Am untuk kepemimpinan baru kerana menimbankan faktor usia dan ketentuan organisasi.

Berhubung cara pemilihan calon penggantinya itu, Akif tidak memberikan penjelasan lebih jauh. Ini adalah "rahsia perusahaan" IM. "Kami akan mengadakan pemilihan tersebut dengan cara kami, dan kemungkinan yang paling terjangkau oleh kami," ungkapnya sambil tersenyum.

Dari beberapa khabar yang tersebar, calon kuat yang dijangka menggantikan Akif adalah Dr. Abdul Mun'im Abu al-Futuh dan Dr. Isham Uryan. Kedua-duanya dipandang sebagai dua tokoh besar yang mampu mewarisi kapabiliti dan karisma seorang Mursyid Am, sebagaimana Akif.

Selain keduanya, sempat juga muncul nama-nama pentolan pemimpin IM lainnya yang akan menggantikan Akif, misalnya Dr. Muhammad Habib, Dr. Muhammad Mursi, dan juga Dr. Ali Abdul Fattah.

Terkait siapa saja yang nanti akan menggantikan Akif, Asyraf Badruddin, pemimpin anggota parlimen IM di Mesir menyatakan sosok tersebut haruslah mampu memegang dan menjalankan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya.

"Kerana itu adalah amanah dan tanggung jawab yang berat, sangat berat," ungkap Badruddin.

Terkait pengganti Mursyid Am dari unsur non-Mesir sebagaimana dikatakan Akif, Kamal al-Balhawi, pemimpin IM terkemuka yang tinggal di London menyatakan jika Musyid Am memang boleh berasal dari negara mana pun. Hal ini, kerana IM sendiri menganut keyakinan universalisme (syumuliyyah) Islam, yang tidak mengistimewakan bangsa tertentu.

"Bahkan boleh jadi dari Malaysia," ungkap al-Balhawi.

Apakah juga kemungkinan pengganti Muhammad Mahdi Akif sebagai Mursyid Am berikutnya akan berasal dari Indonesia? Wallahu a'lam. Yang jelas, Indonesia belum disebut-sebut di perbincangan seputar isu tersebut. (L2/qda)

sumber

Tuesday, April 7, 2009

Video Pengumuman Keputusan Bukit Gantang


-
-



bukit gantang 2009 by election results 070409

Tahniah
Ditulis oleh Te@M.IT

Disediakan oleh : Team e-Media P059



bukit gantang 2009 by election results 070409

Tahniah
Ditulis oleh Te@M.IT


Disediakan oleh : Team e-Media P059

Video Pergaduhan di Air Terjun 7 April 09

Penyokong BN menyekat muslimat PAS, secara sengaja ataupun tidak dia meramas/ teramas dada muslimat menyebabkan beberapa penyokong PAS meluru untuk menyelamatkan muslimat. Tiba-tiba puluhan botol berisi air mineral dibaling oleh penyokong BN ke arah penyokong PAS. Pergelutan berlaku beberapa ketika sebelum berjaya dileraikan.


- The best bloopers are here


9.20pm Bukit Gantang OFFICIAL RESULTS

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

Bukit Gantang 7 April- Gambar-gambar 6


Nizar di depan cermin



Video Jalan Kuala Kangsar 7 April


-

Bukit Gantang 7 April- Gambar-gambar 5




Jalan masuk ke Changkat Ibol


Topeng Nizar yang dipakai petugas dan penyokong PR

Bukit Gantang 7 April - Gambar-gambar 4


Bilik GerakanDAP-Keadilan Pekan Trong

India Hindu berselimut bendera Parti Islam


Aksi-aksi di Trong

Video Suasana Trong & Changkat Ibol 7 April


-

Bukit Gantang 7 April- Gambar-gambar 3

Muslimat PAS
Hebat pakcik ni!
Bulan-bulan di angkasa

Video Lawan Sorak di Bukit Gantang 7 April


-

Bukit Gantang 7 April- Gambar-gambar 2




Barisan penyokong PAS di Sekolah Toh Johan, Trong
Petugas-petugas BN sedang makan tengah hari di sebuah bilik gerakan Trong

Video Dr. Hatta Ramli Ketua Sorak 7 April


- More free videos are here

Bukita Gantang 7 April- Gambar-gambar 1

Penyokong PAS di pekan Trong


Begitu banyak bas yang mencurigakan.
Antara sepanduk BN