Saturday, May 30, 2009

Tragedi Tak Bai- Tentera THAILAND Tidak Bersalah!

SONGKHLA 29 Mei - Hampir lima tahun selepas insiden Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam dan dilihat sebagai satu daripada pencetus konflik di Selatan Thai, sebuah mahkamah Thai hari ini memutuskan bahawa tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan.

Panel dua anggota dalam inkues post-mortem membuat kesimpulan bahawa pegawai tentera dan polis bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.

Hakim Yingyut Tanor-Rachin, yang bersidang bersama Hakim Jutarath Santisevee, berkata para pegawai hanya menjalankan tugas mereka dan mempunyai alasan kukuh bagi mengangkut lebih 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan dari Tak Bai di sempadan Thai-Malaysia ke Kem Tentera Ingkayuthaborihaan di Pattani pada 25 Oktober, 2004.

Insiden itu berlaku ketika lebih 1,500 orang menyertai tunjuk perasaan di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi mendesak pembebasan enam sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan kerana disyaki membuat laporan palsu kepada polis membabitkan rompakan senapang patah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Polis menggunakan semburan air dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, manakala peluru hidup ditembak ke udara dan ke arah orang ramai bagi menyuraikan tunjuk perasan itu yang mengakibatkan tujuh orang terbunuh.

Kira-kira 1,292 orang ditahan oleh pihak berkuasa. Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang dan ditumbuk, ada antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang.

Tahanan itu kemudiannya dimuatkan ke dalam trak serta diletak bertindih-tindih sebelum dipindahkan ke Kem Ingkayuthaborihaan, dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa jam. Sejumlah 78 orang ditemui mati dalam trak itu dalam kejadian yang berlaku dalam bulan Ramadan.

Banyak pertubuhan tempatan dan badan hak asasi manusia menyalahkan peningkatan keganasan dalam insiden Tak Bai, selain insiden yang berlaku pada April 2004, apabila 32 kumpulan disyaki pemberontak terbunuh selepas pihak berkuasa menyerbu masjid Krue Se yang berusia 300 tahun di Pattani berikutan perbalahan selama sembilan jam.

Ketika membacakan keputusan itu di Mahkamah Wilayah Songkhla yang penuh sesak, Hakim Yingyut berkata, pegawai keselamatan terpaksa mengambil tindakan pantas untuk memindahkan tahanan dalam keadaan seperti itu ke Pattani atas sebab keselamatan memandangkan lokasi tunjuk perasaan itu tidak jauh dari Thaksin Ratchaniwet Palace dan sempadan Malaysia.

Keputusan itu sukar diterima oleh kalangan keluarga mangsa yang melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer untuk ke mahkamah.

Zainah Saleme, yang menubuhkan sebuah kumpulan wanita bagi memperjuangkan keadilan untuk mangsa Tak Bai berkata, beliau berasa amat kecewa dengan keputusan itu.

"Tak timbang langsung keadaan mangsa, perasaan keluarga. Mahkamah kata mereka (78) mati bukan kena bedil... tapi mereka diletak bertindih-tindih. Langsung tidak fikir nyawa mereka," kata Zainah yang anak lelakinya ditahan dua tahun kerana terlibat dalam demonstrasi itu.

Hamiah Ahmad, 53, berkata, beliau amat sedih kerana tidak langsung ada keadilan pada mangsa-mangsa dan keluarga mereka yang terpaksa berulang-alik ke mahkamah sejak kes itu bermula beberapa tahun lepas.

"Anak saya kebetulan berada di situ tetapi terkena tembakan dan mati," kata Hamiah yang mendapat upah membuat tudung untuk dijual di Malaysia dan mendapat pampasan RM2,000 (20,000 baht) daripada kerajaan.

Muhammad Hassan, 50, yang kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau yang meninggal dunia selepas diletak bertindih-tindih dalam lori, berkata beliau terkejut dengan keputusan itu.

"Anak saya bekerja baiki rumah dan memang selalu keluar kampung... saya langsung tidak tahu dia pergi Tak Bai. Apabila dia tidak pulang untuk berbuka puasa dan melihat di televisyen tentang Tak Bai, kami pergi ke balai polis untuk cari dia," katanya.

Kerajaan Thai sebelum ini yang dipimpin Perdana Menteri yang dilantik oleh tentera, Surayud Chulanont membayar pampasan berjumlah 42 juta baht (RM4.2 juta) kepada anggota keluarga mangsa Tak Bai, menggugurkan pertuduhan terhadap 56 orang yang terbabit dalam tunjuk perasaan itu dan memohon maaf kerana tragedi yang berlaku itu. - Bernama

sumber

SAUDI Haramkan Buku Sayyid Qutb

Kementerian Pendidikan Arab Saudi baru-baru ini memerintahkan untuk menarik dua buku Sayyid Qutb dari perpustakaan-perpustakaan sekolah di Saudi, kerana dinilai berisi idea-idea ektrimis dan dapat menyesatkan para siswa-siswi yang membacanya.

Perintah penarikan kedua buku itu diakui oleh direktor sekolah khusus anak lelaki di provinsi Asir, Abdul Rahman al-Fasil dan direktor sekolah khusus anak perempuan di provinsi Abha, Ibrahim al-Hamdan.

Dua buku Sayyid Qutb yang diperintahkan untuk ditarik dari perpustakaan berjudul "The Lies About Sayyid Qutb" dan "The Jihad in the Way of God".

"Kedua buku itu sebenarnya sudah lama ada di perpustakaan-perpustakaan sekolah, tapi belum pernah dilakukan pengawasan apakah buku itu pantas dibaca para siswa atau tidak," kata Abdul Rahman al-Fasil.

"Tujuan penarikan kedua buku ini untuk melindungi siswa-siswi yang masih muda dari ideologi-ideologi yang menyimpang," sambung Ibrahim al-Hamdan.

Sayyid Qutb adalah penulis dan tokoh intelektual pendiri gerakan Ikhwanul Muslim di Mesir pada era tahun 1950-1960-an.

Penulis Saudi, Abdul Wahid al-Ansari berpendapat, jika kedua buku Qutb dianggap berbahaya untuk siswa sekolah, maka tindakan kementerian pendidikan Saudi mengeluarkan perintah penarikan buku tersebut sudah benar. Menurutnya, bukan tidak mungkin masih banyak buku-buku yang berisi ideologi-ideologi ekstrim yang beredar di Saudi.

Kementerian Pendidikan Saudi menyatakan, pihaknya sudah beberapa kali mengeluarkan perintah penarikan buku-buku yang dianggap tidak pantas dibaca siswa dari perpustakaan-perpustakaan sekolah. Buku-buku yang dinyatakan dilarang, dimusnahkan atau disimpan di satu tempat khusus. (ln/aby)

sumber

Blog Bekas Ahli Parti Komunis Malaya

KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas anggota komunis telah mewujudkan blog bagi mengagungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membunuh beribu-ribu rakyat negara ini antara tahun 1948 hingga 1960.

Individu berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60, mendakwa beliau pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun.

Rejimen itu yang diwujudkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D. hanya dianggotai kaum Melayu.

Menurut Mat Amin, dia mewujudkan blog itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan media arus perdana yang telah menyisihkan bekas anggota PKM.

"Majlis menandatangani persetujuan damai tiga pihak di Hatyai sudah berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana.

"Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitan," katanya.

Mat Amin berharap dengan memaparkan sejarah silam rejimen itu dan perkembangan terkini bekas anggotanya yang kini menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand, persepsi serong terhadap PKM dapat diperbetulkan.

sumber

Friday, May 29, 2009

Kenali FIS Algeria

Kenali Harakah Islamiyyah (07)
Front Islamic Salvation (FIS) - Algeria
Setelah menggerakkan proses tarbiyyah melalui usrah di masjid-masjid sekitar pusat bandar, akhirnya sekitar awal tahun 80-an, FIS diisytiharkan penubuhannya. FIS atau ringkasan kepada Barisan Penyelamat Islam dipimpin oleh gabungan ulama' dan profesional Algeria. Antaranya adalah Prof. Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj yang berasal dari Indonesia. Jun 1990, FIS yang melibatkan diri dengan pilihan raya mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya peringkat tempatan dan kebangsaan pusingan pertama ( 26 Dis 1991 ). Pilihanraya pusingan kedua pada 13 Jan 1992 akhirnya dibatalkan oleh Menteri Pertahanan Algeria. Akhirnya regim tentera mengambil alih negara dan mengisytiharkan pembatalan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada FIS dengan keputusan yang membanggakan. Tentera membunuh aktivis Islam, mengepung masjid, melarang perhimpunan, menggeledah rumah-rumah aktivis dan menangkap 30,000 anggota FIS. Impaknya, FIS diharamkan tanggal 09 Feb 1992.

24 Mujahiddin AFGHANISTAN Terkorban?

PAKTIKA (Arrahmah.com) - Pasukan pelbagai negara yang dipimpin oleh Amerika Syarikat di Afghanistan mendakwa telah berhasil membunuh sekurang-kurangnya 24 mujahid Taliban di dekat perbatasan Pakistan.

Serangan yang terjadi pada Khamis (28/5), menurut militer NATO, memang sengaja disasarkan ke kem latihan mujahidin di Paktika, sebuah wilayah yang terletak di timur Afghanistan.

Para tentara kafir itu sedang memburu keberadaan Sangeen, panglima Taliban, namun mereka tidak memberikan keterangan lebih lanjut apakah mereka berhasil membunuhnya dalam serangan tersebut ataupun tidak.


sumber

Israel Kembali Menangkap Warga PALESTIN

TEBING BARAT (Arrahmah.com) - Angkatan bersenjata Israel kembali menangkap 11 warga Palestin dalam operasinya yang dilaksanakan sepanjang malam di beberapa tempat di Tebing Barat, kata militer.

Operasi tersebut dilakukan sejak Rabu (27/5) pagi hingga malam dan menginvasi berbagai kota di Tebing Barat termasuk Nablus, Jenin, Ramallah, al-Khalil, dan Bethlehem.

Saksi mengatakan selama penculikan dilakukan, pasukan Zionis itu menggeledah dan mendobrak rumah-rumah penduduk, sebagaimana yang dilaporkan oleh International Middle East Media Center.

Kemudian pada Khamis (28/5), pasukan Israel kembali menangkap 26 warga Palestin di kota Qal-qiliya, Tebing BaratBarat.

Orang-orang Palestin yang bertempat-tinggal di TepbingBarat ikut jadi korban operasi Israel, meskipun ada jaminan keamanan yang ditandatangani oleh Israel dan pemerintah Palestin.

Berdasarkan perjanjian tersebut, pemerintah Palestin memiliki berkewajiban atas keamanan wilayah Tebing Barat, sedangkan Israel tidak memiliki kewenangan sedikitpun.

Sebuah sumber mengatakan Israel telah menculik 2.400 warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza sejak awal tahun 2009. Dan totalnya sekitar 11.500 warga Palestin, termasuk perempuan dan kanak-kanak, ditahan oleh Israel dengan kondisi yang sangat menyedihkan. (Althaf/arrahmah.com)

sumber

Wednesday, May 27, 2009

Burger Unta- Kegemaran di ARAB SAUDI

Riyadh - Tiga pemuda bersaudara berasal kota Riyadh, Saudi Arabia, baru-baru ini membuat terobosan kuliner yang menarik. Mereka membuka restoran kecil-kecilan dengan menu unik, iaitu burger daging unta (barghar al-hasyi), sebuah menu yang sangat baru dan belum pernah ada sebelumnya.

Menu yang mereka tawarkan ternyata mampu menarik jumlah peminat yang sangat besar. Setiap harinya, kios burger unta itu selalu ramai dikunjungi para zabain (pembeli), bahkan sangat popular di seantero Riyadh. Kini, omset bulanan mereka kini melebihi gaji pegawai negeri di kerajaan itu.

Muhammad al-Qabisyi, pemilik mini-restoran burger unta itu mengatakan, bisnes rumah makan atau bahan makanan merupakan lahan yang sangat mudah dikelola dan mampu menarik keuntungan tinggi.

"Sejak lapan bulan yang lalu, saya dan kedua saudara saya mulai mencuba usaha membuka restoran mini dengan menu burger unta, menu yang baru dan belum ada sebelumnya," terang al-Qabisyi sebagaimana dipetik al-Arabiya (26/5).

Al-Qabisyi menambahkan, pada bulan-bulan pertama bisnesnya berjalan kurang baik bahkan cenderung dhaif (lemah) kerana kurangnya modal.

"Namun Alhamdulillah, setelah enam bulan, pada akhirnya kami wujud dan mampu menciptakan restoran yang lebih layak dengan beberapa menu pilihan," tambahnya.

Berkat kerja kerasnya itu, pada akhirnya restoran burger unta milik ketiga bersaudara al-Qabisyi itu mampu dikenal secara luas di ibu kota Riyadh dan menjadi salah satu "makanan kegemaran" baru.

Kejayaan usaha mereka mampu mendatangkan penghasilan yang sangat besar, bahkan lebih besar dari pegawai negeri di kerajaan itu.

"Pendapatan harian kami lebih tinggi dari pendapatan para pekerja negara," terang al-Qabisyi.

Dalam testimoninya, beberapa pengunjung dan pelanggan restoran burger unta itu banyak yang mengungkapkan kesalutan mereka akan usaha yang dilakonkan oleh ketiga bersaudara al-Qabisyi.

"Ketiganya adalah lambang pemuda yang gigih berjuang, yang tidak mengandalkan pekerjaan mereka dengan sekadar menjadi pegawai kerajaan di Saudi," kata salah satu testimoni itu. (L2/aby)

sumber

Polis Greece Pihak Al-Quran

ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini.

Pada hari kedua, polis bertempur dengan penunjuk perasaan terbabit dan menahan 46 orang selepas tunjuk perasaan bertukar ganas.

Seramai 14 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera, manakala berpuluh-puluh buah kereta rosak akibat rusuhan itu. - AP

sumber

Monday, May 25, 2009

Kejayaan Pejuang AFGHANISTAN Terkini

Ahad 24 MEI 2009

2 kereta kebal AS diledakkan pejuang di wilayah Wardak. 8 orang askar di dalamnya dipercayai maut.

Pukul 1.30 pagi waktu tempatan- sebuah kereta ebal AS dihancurkan di daerah Seadabad. 5 orang askar di dalamnya maut serta-merta.

Pukul 8.00 pagi- konvoi tentera boneka Afghanistan diserang di wilayah Nemro. 5 orang terkorban.

9.00 pago- Bom kawalan jauh membunuh 9 tentera boneka Afghanistan di Kandahar.

11.45 pagi- 2 kenderaan AS dan 10 tentera maut dalam serangan mujahiddin di wilayah Ghazni.

sumber asal

* SATU UMAT- Sejak akhir-akhir ini pejuang Afghanistan mendapat banyak kejayaan dan tentera bersekutu semakin tersepit.





1/3 Penduduk Israel Berpindah Jika Nuklear IRAN Berjaya

Dalam sebuah undian suara tentang teknologi nuklear Iran yang diadakan oleh sebuah stesenn radio militer Israel pada Jumaat (232/5) lalu, didapati hasilnya sepertiga penduduk negeri Zionis itu akan hijrah keluar Israel jika Iran berhasil mencapai teknologi nuklear.

Sementara itu, bancian suara lain yang dilakukan oleh Pusat Studi Iran di Universiti Tel Aviv, Israel, menegaskan bahawa lebih separuh rakyat Israel menyokong tindakan pemerintahan Israel yang akan menyerang Iran.

Bancian itu juga menambahkan, 81 % warga Israel merasa khuatir akan keberhasilan negeri Mullah itu mencapai teknologi nuklear. Pasalnya, jika Iran telah berhasil menguasai teknologi atom itu, dikhuatirkan akan digunakan untuk "menghilangkan Israel dari peta dunia".

Selain itu, majoriti penduduk Isarel juga merasa pesimis atas opsi dialog yang akan diadakan Presiden Amerika Barack Obama berkaitan nuklear Iran. 53 % suara bahkan menegaskan opsi dialog akan menemui jalan buntu.

Dengan segala pencapaian teknologi yang kini telah berhasil diraihnya, Iran tak mustahil menjadi kekuatan yang ditakuti oleh Israel, bahkan oleh negara-negara Arab di kawasan Timur Tengah. (L2/aba)

sumber

Thursday, May 21, 2009

Mujahiddin AFGHANISTAN Capai Banyak Kejayaan

KABUL (Arrahmah.com) - Mujahiddin Imarah Islam Afghanistan melalui kawalan jauh meledakkan sebuah bom ranjau ketika konvoi kenderaan militer kafir AS melintas di jalan raya Baghram, daerah Dahsabz, Kabul.

Ledakan tersebut berhasil menghancurkan dua kendaraan militer dan membunuh sekurang-kurangnya 14 tentara teroris AS, juga melukai beberapa lainnya. Peristiwa itu terjadi Rabu (20/5) sekitar pukul 9.00.

Masih pada hari yang sama sekitar pukul 9.15, mujahidin meledakan kenderaan pengangkut bekalan untuk tentera penjajah AS, dalam peledakan tersebut, dua askar boneka terbunuh.

Rabu pagi sekitar pukul 9.15 waktu tempatan, mujahidin melalui kawalan jauhl meledakkan bom ranjau berhampiran patrol tentera boneka Afghan di daerah Mashor, distrik Dand, provinsi Kandahar. Dalam ledakan itu, 4 askar boneka maut dan beberapa lainnya mengalami lkecederaan.

Rabu siang sekitar pukul 12.15, mujahidin menyerang konvoyi tentera teroris AS dan boneka mereka di daerah Mangano, distrik Balamarghab, provinsi Baghdis. Dalam serangan mujahidin berhasil menghancurkan sebuah kenderaan militer dan membunuh 2 tentera teroris AS serta 6 tentera boneka Afghan.

Rabu petang sekitar pukul 16.00, mujahidin menyerang kenderaan militer boneka Afghan di daerah Ashegar, distrik Zhari, provinsi Kandahar. Dalam serangan, mujahidin berhasil menghancurkan sebuah kendaraan militer dan membunuh 5 tentera boneka Afghan yang berada di dalamnya.

Rabu pagi, mujahidin menyerang patroli berjalan kaki tentara teroris NATO di daerah Sperwan, distrik Panjwai, provinsi Kandahar. Dalam serangan yang akhirnya meletuskan pertempuran langsung ini, 2 tentera penjajah NATO tewas dan 4 lainnya mengalami luka-luka. Di pihak mujahidin tidak ada yang mengalami kecelakaan.

Rabu petang sekitar pukul 16.15, mujahidin Afghanistan melalui kawalan jauh meledakkan sebuah kenderaan militer milik tentara boneka Afghan di daerah Ganj, kota Ghazni, ledakan menghancurkan kenderaan dan membunuh 5 tentera boneka di dalamnya. (haninmazaya/arrahmah.com)

sumber

Wednesday, May 20, 2009

Sekatan Jalan Israel Membunuh Kanak-kanak PALESTIN

JALUR GAZA (Arrahmah.com) - Sekatan jalan dan pertempuran di jalanan menghambat seorang kanak-kanak laki-laki 10 tahun yang menderita kanser dari Gaza yang mesti segera dipindahkan ke hospital lain dan akhirnya kanak-kanak itu meninggal di tengah jalan.

Anak itu, Ribhi Jindiyeh, seorang pesakit lymphoma yang melewatkan hari-hari terakhirnya di rumah sakit kota Gaza, terlihat sangat kurus dan lemah, seharusnya menerima perawatan doktor di hospital Israel.

Dia menjalani kemoterapi tahun lalu di hospital Israel, dan ketika dia pulang pada Januari, dia nampak lebih baik. Tetapi pada Mac, dia mulai kencing darah, kata ayahnya Hassan Jindiyeh.

Jindiyeh adalah korban kesembilan yang terpaksa kehilangan hidupnya di tengah perjalanan menuju rumah sakit keraa bentrokan dan blok jalan yang dibuat oleh angkatan perang Zionis Israel.

Ribhi Jindiyeh hanya seorang anak, tetapi ceritanya menyoroti semakin memperlihatkan kebejatan perilaku Israel.

Selama peperangan yang dilancarkan Israel berlangsung, ratusan pesakit Palestin terjebak dan tidak dapat menyelamatkan hidupnya kerana tidak diberi kesempatan untuk memperoleh perawatan di luar perbatasan Gaza.

Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) sudah mengatakan lapan pesakit serupa meninggal sejak akhir April lalu. (Althaf/arrahmah.com)

sumber

Zionis Cadang Serangan Lebih Besar?

GAZA (Arrahmah.com) - Hanya satu bulan setelah tentera zionis Israel melakukan operasi militer intensif selama 22 hari di Gaza, Brigade al-Qossam (sayap militer Hamas) telah memprediksikan akan adanya serangan lebih dahsyat di negeri itu selanjutnya.

Pejabat tinggi di Gaza mengatakan pada Rabu, bahawa latihan-latihan militer yang dilakukan Israel (termasuk operasi penyelamatan, perlindungan infrastruktur, pertahanan keamanan dan manuver serangan) akan sangat menolong untuk persiapan menghadapi serangan Israel berikutnya.

"Kami akan melakukan latihan-latihan tersebut di sepanjang Jalur Gaza untuk bersiap-siap menghadapi kemungkinan apapun, kami ingin menyelamatkan penduduk kami dengan jalan apapun yang memungkinkan. Kami menekankan bahwa seluruh penduduk kami telah siap mengorbankan hidup mereka demi mempertahankan daratan ini," ujar Wakil Ketua Polis Gaza, Zhuheir Shahin berkata kepada Press TV dalam sebuah wawancara.

Departemen Kepolisian Gaza mengatakan latihan-latihan dirancang untuk mengirimkan peringatan kepada Tel Aviv, suatu hari jika pesawat tempur zionis Israel menjatuhkan bom nya dan kembali menghiasi langit-langit Gaza dengan asap, maka saat itu akan dimulai peperangan besar.

"Ketika Netanyahu dan Lieberman dipilih, semboyan mereka adalah ingin menghabisi rejim Hamas di Gaza. Jadi pada dasarnya kemungkinan akan agreasi Israel berikutnya di Palestin dan spesifiknya ingin menghancurkan Hamas akan terjadi," ujar Mokhamair Abu Sada

Tel Aviv melakukan agresi militer ke wilayah Gaza pada 27 Disember silam hingga 22 hari berikutnya dan mendeklarasikan bahawa serangan mereka merupakan "pertahanan diri" dan ingin menjatuhkan pemerintahan Hamas. Saat itu lebih dari 1.350 penduduk awam Palestin menjadi korban, termasuk sejumlah besar anak-anak dan kaum hawa. (haninmazaya/prtv/arrahmah.com)

sumber

Tuesday, May 19, 2009

Qardhawi Akan Bela Iran Jika Diserang

Ulama kelahiran Mesir yang cukup terkenal di dunia antarabangsa, Syaikh Yusuf Qaradawi menyatakan akan memberi dukungan pada Iran untuk mempertahankan program nuklearnya dan akan berpihak pada Iran jika AS dan sekutunya Israel, menyerang negara republik Islam itu.

"Semua negara, termasuk Iran, punya hak membangun program nuklearnya untuk keperluan damai. Jika Washington mengobarkan perang dengan Tehran, kita selayaknya membela Iran," kata Syaikh Qardawi seperti disiarsurat akhbar al-Watan.

Qaradawi yang juga mengetuai Asosiasi Cendikiawan Muslim Antarabangsa ini juga mengatakan bahawa Sunni secara keseluruhan mengakui Iran yang majoriti penduduknya Muslim Syiah, sebagai negara Islam. Meski demikian, ia tetap mengkritik Tehran yang dianggapnya sedang berupaya menyebarkan doktrin Syiah ke Timur Tengah. Tudingan yang dibantah Iran.

Syeikh Qaradawi satu suara dengan Iran yang menuntut agar para pegawai AS dan Israel harus diadili kerana telah melakukan jenayah perang di sejumlah negara Muslim. Secara khusus, Qaradawi mengecam Mahkamah Kriminal Internasional yang bersikap diam melihat kejahatan perang AS di Irak dan kejahatan perang Israel di Gaza, Palestin.

Qaradawi menegaskan bahawa bekas presiden AS, George W. Bush harus diseret ke pengadilan atas invasinya ke Iraq yang telah mengorbankan ratusan ribu rakyat awam di Iraq. Hal serupa juga harus dilakukan terhadap mantan PM Israel, Ehud Olmert yang telah melakukan jenayah perang di Gaza. (ln/prtv)


sumber

AFGHANISTAN- Intelijen AS Jelas Sebar Kristian

Dugaan bahawa perang AS di negeri-negeri Muslim bukan sekadar perang melawan terorisme tapi perang agama nampaknya bukan khabar angin semata-mata. Kebelakangan ini, fakta adanya pengaruh ajaran dan budaya agama Kristianyang dibawa ke dalam kemiliteran AS makin terkuak.

Baru-baru ini, terbongkar rakaman video berisi ceramah para pembimbing rohani di kemiliteran AS yang mendoktrin para tentara untuk melakukan usaha kristianisasi sambil menjalankan tugas pengamanan di Afghanistan. Untuk itu, mereka menyiapkan injil-injil berbahasa tempatan untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat Afghanistan yang majoriti Muslim.

Dan baru-baru ini, laman majalah GQ memuat gambar-gambar sampul laporan intelejen AS tentang perang Iraq yang mencantumkan kutipan-kutipan dari Injil, kitab suci umat Kristian. Sedikitnya ada 11 halaman sampul yang memuat kutipan-kutipan Injil, yang menyertai ilustrasi gambar-gambar situasi perang dalam laporan bertajuk "Worldwide Intellegence Update."

Laman majalah GQ menyebutkan, laporan itu dibuat untuk bekas Menteri Pertahanan AS Donald H. Rumsfeld dan Rumah Putih. Namun, menurut majalah itu, pencantuman kutipan-kutipan isi alkitab dalam laporan tersebut bukan ide Rumsfeld tapi idea direktur intelejen kepala staff pasukan gabungan dan Kementerian Pertahanan, Mayor Jenderal Glen Shaffer. Rumsfeld menyetujui gambar sampul dalam laporan tersebut saat diserahkan ke Rumah Putih, untuk menyenangkan hati Presiden George W. Bush kerana selama ini Bush selalu membanggakan keKristianannya dan sering mengutip isi Injil dalam pidatonya.

"Rumsfeld sepertinya melihat kutipan-kutipan Injil itu sebagai cara untuk membuat hubungan yang lebih pribadi dengan Presiden Bush yang sering mengutip ayat-ayat dalam Alkitab," tulis majalah GQ dalam situsnya.

Masih menurut GQ, sejumlah pejabat Pentagon sempat mengkritik Shaffer yang menyelipkan pesan-pesan keagamaan dalam laporan intelejen. Menjawab kritikan itu, Shaffer mengatakan bahawa ia akan tetap melakukannya kerana 'senior'nya iaitu pimpinan kepala staff pasukan gabungan, Richard Myers, Rumsfield dan Panglima Perang (Presiden Bush) menyukai sampul laporan intelejen itu.

Dalam salah satu sampul, terlihat gambar para tentara lengkap dengan senjata mesinnya sedang berdoa disertai dua kutipan yang diambil dari Injil berbunyi "whom Shall I send, and who will go for us". Kutipan kedua gambar tersebut berbunyi "Here I'm Lord, Send Me."

Di halaman sampul lainnya, terlihat gambar pesawat induk AS disertai kutipan berbunyi "If I rise on the wings of the dawn, if I settle on the far side of the sea, even there your hand will guide me; your right hand will hold me fast, O LORD."

Ada juga gambar seorang tentera AS dengan persenjataan lengkap sedang berdiri berhampiran papan penunjuk jalan ke arah Baghdad dan Hilla. Kutipan yang menyertai gambar tersebut adalah "Commit to the Lord whatever you do, and your plans will succeed."

Gambar lainnya memperlihatkan pasukan AS dan tank-tank mereka sedang bergambar di depan istana Saddam Hussein dengan kutipan "God has numbered the days of your reign. You have been weighed on the scales and found wanting. Your Kingdom is divided."

Sebuah kutipan relijius bertuliskan "Behold, the eye of the Lord is on those who fear Him…To deliver their soul from death" dicantumkan pada gambar yang memperlihatkan seorang anak mencium tentera AS pada saat patung Saddam Hussein yang terdapat di Taman Firdaus, kota Baghdad dihancurkan.

Militer, lembaga yang seharusnya neutral sudah disusupi unsur-unsur ajaran agama dan dijadikan alat indoktrinasi bagi para tenteranya yang bertugas. Kes semacam ini sudah sering terjadi di kemiliteran AS. Jenderal angkatan darat AS, William Boykin menuai kecaman ketika dalam pidatonya di hadapan jamaah gereja mengatakan bahwa "Tuhan telah memilih (presiden) Bush." (ln/iol)

sumber

Monday, May 18, 2009

Jenayah Seks Rabbi Yahudi Terbongkar

Tel Aviv - Beberapa akhbar yang terbit di Israel baru-baru ini memuatkan berita skandal jenayah seksual yang terjadi di dalam sekolah-sekolah agama dan di kalangan para Rabbi Yahudi.

Harian Haaretz (10/5), misalnya, memaparkan skandal jenayah seksual yang dilakukan oleh seorang Rabbi Yahudi terhadap tiga orang siswa didikannya. Tak disebutkan secara jelas bagaimana perincian kejahatan seksual yang dilakukan Gibrail.

Dan Gibrail, nama Rabbi tersebut, didkawa telah melakukan pelecehan seksual terhadap murid-murid pengajian agamanya. Pengadilan kota Tel Aviv pun mendenda Gibrail dengan hukuman dua setengah tahun penjara.

Diturunkan oleh Haatez, Gibrail adalah seorang Rabbi yang berasal dari daerah Harteslia, Israel. Ia memujuk ketiga anak siswanya agar pergi ke tempat yang jauh bersamanya, lalu menyuruh mereka menegok minuman keras, dan melakukan perbuatan yang tak seharusnya ketika hilangnya kesedaran mereka.

Haaretz juga memberitahu, seorang Rabbi Yahudi dari daerah Ptah Takfa, Israel, kini menjalani proses . Ia dituntut oleh seorang gadis yang pernah menjadi siswinya, juga dengan tuduhan pencobaan pemerkosaan.

Akhbar terkemuka Israel itu juga menurunkan berita terkait fenomena seks menyimpang di kalangan Rabbi perempuan Yahudi di Israel. (L2/hrt/im)

sumber

Saturday, May 16, 2009

Influenza A (H1N1) di Malaysia

Kes pertama

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."

Baca lagi

Kes kedua

PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua. Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya.

Baca lagi

Wednesday, May 13, 2009

Queen Rania di Yarmouk.

ěž

Irbid - "Identiti rakyat Jordan mencerminkan nilai dan akhlak yang tinggi", kata Queean Rania. Beliau berkata sedemikian pada perjumpaan dengan lebih kurang seribu mahasiswa di Dewan al-Kindi, Universiti Yarmouk, semalam yang dikhususkan untukk para khirrijat(graduan).

"Mahasiswa, masa kamu adalah milik kamu, sibukkan masa yang kamu ada itu, untuk membangunkan diri kamu, serta mempelajari segala kemahiran yang bukan hanya kamu dapat dalam kelas kuliah. Sijil yang kamu perolehi itu bukan hanya sebagai kunci kepada kejayaan untuk kamu mendapat kerja yang bagus, dan bukan kunci untuk kamu bekerja di pasar!! Zaman sekarang bukan hanya perlu mahir dalam kepakaran komputer dan komunikasi, tetapi juga perlu mahir dalam seni berkomunikasi dan diplomasi dalam berbicara dan berfikir. Ia perlu dimahirkan bukan hanya untuk pekerja sahaja", katanya lagi dengan begitu bersungguh mengharap sesuatu dari mahasiswa yang menghadiri perjumpaan itu.

Ciksantun : Ini saja yang dengar, kemudian pulang ke rumah. =)

Israel Tangkap 2350 Warga PALESTIN Tahun Ini

TEBING BARAT (Arrahmah.com) - Peneliti Palestin khusus di bidang pertahanan, (11/5) mengatakan tentera zionis Israel menangkap lebih dari 2350 penduduk Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza sejak awal tahun ini hingga akhir April lalu.

Ia menyatakan beberapa penduduk yang diculik kembali dilepaskan namun ratusan dari mereka dipenjarakan tanpa alasan yang jelas di beberapa penjara berbeza dan pusat-pusat interogasi. Nasib mereka tidak diketahui.

Farawna menambahkan, tentara zionis menangkap 1220 penduduk Palestin pada bulan Januari termasuk 1000 di antaranya yang ditangkap selama serangan Gaza beberapa waktu lalu, ratusan dari mereka kemungkinan masih berada di penjara Israel.

Tentara zionis tersebut menculik 365 penduduk di Februari, 395 di Maret dan 370 dalam bulan April. Termasuk penangkapan 13 perempuan dan puluhan anak-anak.

Peneliti menambahkan sebahagian besar mereka ditangkap saat melakukan aktiviti sehari-hari, mereka di tangkap di jalan-jalan, para nelayan di tangkap saat memancing di perairan Gaza, dan aktiviti lainnya. (haninmazaya/imemc/arrahmah.com)

sumber asal

Percaturan Politik Perak

Nizar disahkan masih menjawat kedudukan Menteri Besar Perak. Barisan Nasional tentunya tidak akan duduk diam. Boleh jadi BN akan menggunakan peranan Speaker yang baru. Pakatan Rakyat pula tentunya akan menolak Speaker baru kerana Speaker lama belum meletak jawatan. Panjang lagi permainan catur ni...

MB Nizar berusaha untuk menghadap Sultan dan memohon dibubarkan DUN. Kepada penyokong PR, berkenan baginda akan memulihkan sokongan rakyat kepada istana Perak.

Bermain catur lagi...

Jika DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan, kemungkinan besar DAP akan meletakkan beberapa orang calon berbangsa Melayu dan beragama Islam. Maka jawatan Menteri Besar Perak boleh jadi akan menjadi milik mereka... dengan berkenan Sultan Perak. Tentunya orang-orang Melayu Islam baik dari UMNO ataupun PAS tidak setuju.

Buah catur terus bergerak...

Boleh jadi juga BN melakukan gerak yang tidak disangka-sangka. Contohnya dengan membiarkan 3 askar mereka menjadi korban. 3 ADUN yang keluar dari PR akan ditendang (dengan apa cara) dan membolehkan pilihan raya berlaku di tiga DUN sahaja. 3 ADUN itulah yang akan menjadi mangsa.

Hmmm... ok jugak kan? Duit rakyat pun jimat, ketuanan Islam pun terus terpelihara di bumi Perak Darul Ridzuan ini....

Entahlah! Kita tengoklah pakar-pakar catur ini menggerakkan buah-buah mereka. Kita pun bukan banyak ilmu tentang politik ni. Harap-harap hasilnya baik untuk semua.

ps: Sekadar menulis kerana ta ada apa-apa nak ditulis. : )

12 MEI

sumber

kekuasaan Najib berada di penghujung


Krisis terbaru Perak menjelaskan kepada semua bahawa ia berlaku dari satu perencanaan yang dilakukan oleh PM Mohd Najib Tun Razak bersama Peguam Negara Abd Gani Patail.

Hal ini diakui oleh Najib sendiri yang sebaik saja Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Najib telah mengeluarkan amaran kepada rakyat Perak agar jangan "terlalu teruja" dengan keputusan itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.”

Justeru tindakan luarbiasa Mahkamah rayuan yang dengan serta merta mendengar dan membuat keputusan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam adalah "sebahagian perencanaan Najib berserta Peguam Negara yang telah diaibkan oleh keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

Sebab itu sudah sampai masanya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuk Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tukul besinya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulas Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir seperti dilaporkan harakahdaily.

Beliau juga menyeru Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengambil pendirian yang berbeza dari Najib dan jangan sesekali berada dalam bakul kemusnahan yang sama.

Menurut Husam, keutamaan Najib bukan lagi masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN) "tetapi memilih untuk melayari tempoh honeymoon sebagai Perdana Menteri baru dengan agendanya sendiri tanpa menoleh kepada realiti yang berlaku".

Walaupun BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin luluh.

"Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Zambry tidak mengejutkan. Itulah sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Najib, katanya, "telah kehilangan peluang keemasan untuk muncul mendapat political mileage dari keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

"Beban ke atas Najib semakin berat. Hari ini, empat kenyataan penting meminta pilihanraya semula di Perak dibuat".

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan penyelesaian terbaik bagi krisis di Perak ialah dengan mengadakan pilihan raya yang baru di negeri itu.

Pandangan yang sama juga datang Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Dr Hsu Dar Ren.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Mengulas desakan-desakan itu, Husam berkata: "Kalau sekutu Umno sendiri sudah bersuara dari dalam kelambu BN, menunjukkan mereka bukan sahaja mempunyai mimpi yang berbeza dalam isu ini, malah mungkin tilam yang juga berbeza".

Keputusan Mahkamah Rayuan itu, katanya, tidak dapat membeli keyakinan anggota BN sendiri, apatah lagi membeli keyakinan rakyat.


MCA dan Gerakan, katanya lagi, lebih jujur mengenai ketakutan mereka terhadap hukuman rakyat yang lebih dahsyat akibat tingkah laku Umno di Perak.

"Jika sikap keras kepala Umno berterusan, bermakna pilihanraya umum akan datang adalah masa gelap bagi BN.

"Namun, Umno masih dilamun mimpi. Jalan undang-undang yang menjerut diri walaupun kehilangan rasa hormat rakyat kepada mereka masih pilihan mereka," katanya.

Beliau menyeru Dr Chua, Teng Chang Yeow dan Dr Hsu bertindak lebih lanjut dan menggesa Najib supaya bersetuju dengan pembubaran disuarakan dalam forum BN yang lebih efektif.

Jika Najib masih terus berfantasi untuk berkuasa dengan membelakangkan suara hati rakyat Perak yang mahukan pilihanraya, itu petanda kekuasan Najib dan UMNO BN sudah berada di penghujung.


Sumber

"Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Zambry tidak mengejutkan. Itulah sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Alhamdulillah, mahkamah rayuan sudah cekap. Jika rayuan dari PAS, lambat pula pengurusannya sehingga berbulan-bulan.. kes ini, 4jam sahaja sudah selesai semua..

Zambry ibaratkan diri Mandela dan Mahatma Gandhi


PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

"Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.

"Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya," katanya.

Sumber

Macam Gandhi dan Mandela, sungguhkah?? 27 tahun dan 16 jam, berapa kali gandakah jarak perbezaan itu?? bukan masalah takut atau tidak tapi ni tak tahu malu.

Laporan Nizar masuk pejabat 12Mei

Tuesday, May 12, 2009

Perkembangan Politik Perak 12 Mei 2009

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

7.40 malam: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pembangkang seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apaapa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

7.30 malam: Polis meminta semua pihak terutamanya penyokong parti politik agar bersabar dan bertenang dalam menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung jawatan menteri besar Perak.

6.30 petang: Keadaan di kawasan sekitar bangunan SUK tenang.

5 petang: Anggota FRU masih kawal bangunan SUK. Kakitangan sudah mula tinggalkan bangunan tersebut.

3.30 petang: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Exconya telah mengosongkan pejabat masing-masing di Bangunan SUK pada pukul 2.30 petang tadi.

3.20 petang: Nizar mengadakan mesyuarat di Wisma DAP selepas makan tengah hari.

3.15 petang: Nizar berkata beliau masih menunggu nasihat barisan peguamnya dan akan menghormati keputusan mahkamah dan mematuhi apa yang diputuskan selepas perbincangan dengan barisan peguam.

2.45 petang: Nizar keluar dari pejabat MB di Bangunan SUK untuk minum di sebuah restoran berhampiran.

2.20 petang: bilangan anggota FRU ditambah di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak.

2.00 petang: Nizar berkata beliau akan melihat implikasi keputusan Mahkamah Rayuan sebelum menentukan tindakan lanjut sama ada akan mengosongkan pejabatnya di Bangunan SUK.

1.50 petang: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Perak dan akan kembali ke pejabat di bangunan SUK pada bila-bila masa.

1:30 petang: Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh laksana Nizar MB Perak yang sah

1:15 petang : Pegawai Kewangan Perak Jamalludin Al Amin dilantik jalankan tugas SUK Negeri ganti Abdul Rahman yang digantung serta-merta, kata MB Nizar

12.30 tengah hari : Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim

12.15 tengah hari : Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan BN untuk mengatasi kemelut 3 bulan. Tetapi PR mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

11.30 pagi: Pakatan Rakyat (PR) memutuskan segera 10 perkara yang tertangguh pad hari pertama Datuk Seri Mohammad Ir. Nizar Jamaluddin kemblai sebagai MB Perak yang sah.

11.20 pagi: Sidang media diadakan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham di tingkat dua Bangunan SUK.

11.10 pagi:Sidang media belum dimulakan. Datuk Seri Mohammad Nizar belum pulang dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Wartawan masih menunggu di luar bangunan SUK, Ipoh.

11 pagi: Salah seorang Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, N. Sivanesan memasuki bangunan SUK.

10.50 pagi: Wartawan berkumpul di perkarangan bangunan SUK menanti sidang media oleh Datuk Seri Ir Mohammed Nizar Jamaluddin.

9.50 pagi: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.

Sumber

Beginilah hasil daripada keputusan mahkamah di bawah pemerintah negaraku yang adil lagi berjiwa rakyat, hue..

Zambry masih MB, krisis Perak berlarutan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu.

sumber

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sumber

SYUKUR, ALHAMDULILLAH.

Menteri Besar Perak

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakanya di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakkan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa, negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya mengajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Chagkat Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan di semua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.

Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melaporkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan-tuan kerana dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh ke bawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT!

ALLAHU AKBAR!

Sumber : Dato Nizar

Allahu Akbar!!

Nizar adalah MB yang sah


Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah tinggi hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh MB Kudeta Zambry akan dikaji semula.

“Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah. Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.”

sumber

Tahniah buat semua penyokong PR atas kesabaran dan doa yang tidak henti-henti. Kemenangan ini dari Allah jua, bersyukurlah kepadaNya.

Monday, May 11, 2009

Dr Azzam bersama KBAZ di PWTC


“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”

***
Pembentangan kedua oleh panelis yang tidak asing lagi, Dr Azzam Tamimi, beliau adalah pengarah jabatan pemikiran Islam di London, beliau adalah ahli politik dan aktivis palestine, sekarang warganegara British. Dr Azzam ini memang sedikit lain dari yang lain, Ideanya sarat dengan benda2 baru dan kadangkala amat contra serta bertentangan dengan apa yang selalu kita dengar, menarik!. Satu kenyataan menarik dari Dr Azzam, zionis bukan saja Yahudi, bahkan sesiapa yang menyokongnya dan beraliran sama seperti mereka, adalah zionis. Jadi Kristian ke, Islam ke, Buddha ke berpontensi menjadi Zionis. Ana tersenyum sendiri ketika itu, Islam Zionis?...ah...siapa ya...senyum lagi!.

Dr Azzam juga menekankan kita tidak bermusuhan dengan yahudi, bahkan mampu berbaik2 dgn mereka tanpa masalah, asalkan tiada konspirasi. Idea ini ditentang oleh salah seorang Dato' semasa sesi soal jawab, panjang lebar beliau menerangkan dan menyerang idea Dr Azzam, katanya agenda yahudi zionis telah bermula pada 70 masihi lagi semasa Rom menghalau "yahudi" dan beliau mengaitkan dengan ayat Quran yg menyatakan tidak akan redha yahudi dan nasrani kepada Islam sehingga kita mengikuti mereka. Dr Azzam membalas kembali, mengatakan ayat2 Quran perlu ditafsir bukan saja dengan tahu balaghah, nahu dll, tetapi perlu mengetahu asbabun nuzul, ketika ayat itu diturunkan keadaan bagaimana, dimana, dan apa sebabnya nuzul ayat itu.

Menurut Dr Azzam, musuh kita adalah zionis dan agendanya, bukan yahudi. Kerana konspirasi zionis inilah telah memporak perandakan Islam dan Palestine kini. Jadi apapun, bahkan jika Ikhwanul Muslimin, HAMAS, atau apapun jemaah Islam telah beralih arah mengkuti agenda zionis, maka kita wajib memusuhinya! Pokoknya adalah memusuhi agenda zionis itu. Sebenarnya kata Dr Azzam lagi, idea yang dibawa oleh Theodore Herztl yang mahu menubuhkan negara yahudi telah dianggap sesat oleh org yahudi sendiri bahkan telah mengatakan si Theodore itu telah pun murtad.

Akan tetapi lama kelamaan idea Theodore Herztl semakin diterima akibat penindasan teruk oleh bangsa kolonial eropah terhadap yahudi, salah satu peristiwa utamanya ialah Holocoust itu sendiri, yang mana bangsa yahudi di bunuh beramai2. Kata Dr Azzam, Hitler sendiri sebenarnya telah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk meyakinkan bangsa yahudi mereka tidak lagi selamat untuk berada di negara eropah dan perlu berpindah ke Palestine. Dan itu antara sbb Holocoust berlaku.

Dr Azzam juga mengingatkan agar setiap maklumat yg kita dapat perlu ditapis dan dikaji secara mendalam bagi mengelakkan penipuan, Ascertain the truth! katanya. Ini kerana byk maklumat yang salah, beliau menyatakan antara contohnya adalah Protokol Zionis atau hukama sohyuni itu yang kita ketahui datangnya dari hasil seludupan oleh seorang wanita Perancis selepas satu persidangan rahsia Freemason kalau tak salah ana. Mengikut Dr Azzam itu adalah dokumen palsu, sebabnya tak mungkin zionis membenarkan agenda rahsia meraka secara besar besaran disebarkan bahkan membiar saja. Satu lagi adalah mengikut Dr Azzam tidak tahu mana asal usul datangnya dokumen itu secara pasti. Idea ini juga telah ditentang oleh perserta konvensyen, ada yang menyoal balas bertanya kalau begitu, apa buktinya atau apa faktanya yang mampu membenarkan kenyataan Dr Azzam bahawa dokumen itu palsu. Ana berfikir!

Satu lagi kenyataan Dari Dr Azzam yang membuat ana berfikir, katanya jangan kaitkan dengan Dajal, semua cara dan kebijakan konspirasi zionis adalah kerana mereka terdidik dari kecil untuk bijak berkonspirasi, bukan kerana bantuan dajal atau apa pun, dajal itu akan datang pada masa depan dan jangan kaitkan dengan masa ini katanya. Ana fikir lagi! dan kali ini kami wakil2 MMU ketika itu berbincang kalau dapat ketemukan Dr Azzam dengan Sir Halim (pensyarah economic MMU) pasti seronok melihat debat ilmiah mereka. Mungkin!...:)

Dan ini lagi satu aura panas telah dibawa oleh Dr Azzam, beliau dengan semangat berkata if you want to wait for Mahdi or Messiah, just wait for it! but i don't want to! because there is no such thing! everybody is mahdi! we have to do it now!, not just wait!. Ini benar2 mencabar fikrah ana, dan sebilangan peserta konvensyen juga hangat dengat kenyataan ini. Ia bukan sekali bahkan diulang2 Dr Azzam. Ana dengan tegas disini mengatakan bahawa jika maksud Dr Azzam ialah dia dengan benar dan besungguh2 menolak kehadiran Imam Mahdi, kerana alasan itu hadith dho'if, maka ana menolak keras kenyataan ini dengan akidah yang ana yakini. Mungkin hadith itu dho'if tetapi jalan periwatannya banyak dan saling boleh menguatkan antara yg lain, juga ia tetap hadith, mgkin lemah disebabkan ada sedikit syarat yg x dipenuhi, tetapi tetap bukan maudu'!

Akan tetapi Dr Azzam menyambung dengan memberitahu kepada hadirin bahawa kita perlu bangkit berusaha sendiri bukan hanya menunggu!...kalau Dr Azzam bermaksud mahu mengubah persepsi Umat Islam bahawa sekarang kita perlu bangkit dan tidak lagi malas2, perlu berjihad!...maka ana setuju matlamat itu, tetapi caranya itu rasanya kurang tepat, bukan semua org boleh memahami, org awam dengan fikrah meraka, org berilmu dengan fikrah mereka, jadi sebaiknya elakkan kenyataan yang boleh timbul salah faham. Bahkan dalam perbincangan kami selepas program, Ustaz luthfi dari HEP pun mengatakan masa itu Dr Azzam agak emosi. Merah mukanya dengan nada tinggi pula, kami juga bersependapat bahawa jika Dr Azzam benar2 menolak kedatangan Imam Mahdi, kami berlepas diri dari kenyataan itu. Dia dengan kenyataannya, kami dgn pegangan kami, wallahu'alam.

sumber :
PK
Akh Zulhairi

Aduhai mufti yang makan gaji

Oleh: Imran al-Malizi

Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu yang ada sedikit nilai ilmu untuk tatapan pembaca tetap kolum ini. Mungkin saya agak ketinggalan tentang isu hukum bacaan al-Quran oleh orang bukan Islam di tanahair sana. Saya juga bukan orang yang layak untuk mengulas soal hukum dan fatwa. Hanya ingin bercerita tentang pengalaman menuntut ilmu.

Pada bulan lepas, kami masyarakat Malaysia di Sana’a, Yaman telah dikunjungi oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Y.B. Ustaz Nasaruddin bin Hj. Daud serta Y.B. Ustaz Abdullah Yaakub (Adun Air Lanas dan ahli Parlimen Jeli). Seperti biasa kami menerima sesiapa sahaja tetamu dari tanahair sama ada pihak kerajaan, pembangkang, tokoh akademik, ahli perniagaan dan lain-lain.

Pada hari Rabu, 22 April 2009 satu majlis telah dianjurkan oleh seorang rakyat Malaysia bertempat di Malaysian Tourism Restaurant milik beliau. Ramai rakyat Malaysia di Sana’a tidak melepaskan peluang untuk hadir ke majlis ceramah perdana tersebut.

Antara isu yang disentuh dalam ucapan Ustaz Nasaruddin ialah tentang fatwa seorang mufti kerajaan negeri ‘pasir berdengung’ (ini kerana sidang DUN negeri itu pernah dibuat di bawah pokok), beliau mengatakan haram hukumnya bagi orang bukan Islam membaca al-Quran. Menurut Ustaz Nasaruddin, fatwa ini dikeluarkan ketika BN menghadapi Pakatan Rakyat dalam suasana pilihanraya kecil Bukit Gantang di mana terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang membaca ayat-ayat al-Quran dalam kempen menyokong calon PAS.

Jelas, fatwa ini bermotif politik. Para pengundi Bukit Gantang sangat bijak membuat pilihan. Pilihanraya kecil ini kemudiannya dimenangi oleh Y.B. Hj. Nizar (Menteri Besar Perak yang sah).

Setelah mengeluarkan hujah dan dalil untuk menolak fatwa ‘mufti makan gaji’ ini, Ustaz Nasaruddin dengan tegas mempersoalkan, “Kalau orang bukan Islam baca al-Quran hukumnya haram, orang Islam yang tolak hukum dalam al-Quran tak haram ke?!”

Beberapa hari lalu, saya mempelajari tentang al-Ifta’ wal-Istifta’ daripada Syeikh Soleh al-Dhabyani, salah seorang ulama yang diakui keilmuannya di sini. Ketika menerangkan tentang syarat-syarat kelayakan bagi seorang mufti dan hukum bagi orang yang meminta fatwa, beliau menerangkan pada zaman ini ramai ulama yang menyarung pakaian ‘ahli ilmu’ dengan dihiasi lilitan serban, mereka itu dibayar gaji untuk berfatwa bagi kepentingan pihak pemerintah di negara-negara umat Islam. Keadaan ini sangat menyedihkan, kerana umat ini sudah tidak lagi mengetahui perkara yang hak dan batil.

Menurut para ulama, fatwa yang lebih utama untuk diterima ialah fatwa yang diberikan oleh seorang ‘alim mujtahid yang lebih warak, bertakwa, soleh dan zuhud. Iaitu dari kalangan para ulama yang tidak berkepentingan. Ini kerana ulama yang warak dan bertakwa tidak akan menjual agamanya demi wang ringgit dan kepentingan dunia.

Setelah mendengar itu, saya pun bercerita tentang isu di Malaysia, di mana seorang mufti berfatwa bahawa orang kafir haram membaca al-Quran. Belum habis saya menjelaskan situasi yang berlaku, beliau mengangguk beberapa kali sambil berkata, “Mereka itu (orang-orang bukan Islam) membaca ayat-ayat al-Quran untuk menjelaskan berkenaan keadilan Islam dan sebagainya.. bukan begitu?” Saya berasa kagum kerana beliau mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

Lalu beliau tersenyum kepada para pelajar yang lain dan mengatakan tidak salah bagi orang kafir membaca ayat-ayat al-Quran. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (hadis no.7), bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan Dihyah al-Kalbi r.a untuk menyampaikan surat baginda kepada pemerintah Busra untuk diberikan kepada Qaisar Rom, Heraqla (Hiraql). Dalam surat tersebut terkandung ayat al-Quran al-Karim (bermaksud): “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai ahli kitab! Marilah (berpegang) kepada suatu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita menyembah melainkan Allah dan kita mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: "Persaksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Ali Imran: 64)

Menurut riwayat-riwayat yang lain, surat yang sama juga diutuskan kepada Kisra Raja Parsi, Najasyi Raja Habsyah, Muqauqis Raja Mesir dan para pemerintah yang lain. Ayat-ayat al-Quran yang terkandung dalam surat-surat ini dibaca oleh para pembesar yang kafir yang baru mendapat seruan Islam. Apakah Rasulullah s.a.w tidak menyedari perkara ini?

Sebenarnya itulah juga hujah yang disebutkan oleh Ust. Nasaruddin dalam ceramahnya dengan tambahan kisah yang mahsyur tentang pengislaman Umar bin al-Khattab r.a yang mendapat hidayah setelah membaca permulaan surah Thaha (bermaksud): “Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arsy”. (Thaha: 1-5).



Persoalannya, apakah kaum Muslimin ketika itu berdosa kerana membiarkan para pembesar kuffar membaca al-Quran tanpa mengikut hukum tajwid? Sudah tentu mereka tidak membacanya secara tartil apatah lagi bertarannum macam peserta tilawah peringkat kebangsaan?

Adakah Dato’ mufti memikirkan berapa ramai lagi para menteri dan pembesar di negara kita yang beragama Islam tidak tahu membaca al-Quran? Kenapa Dato’ mufti tidak persoalkan perkara ini dan berfatwa wajibnya para pemimpin sekular itu memperbetulkan bacaan al-Quran (al-Fatihah) dalam solat? Haramnya mengambil agama secara separuh-separuh dan lain-lain.

Yang lebih penting, kenapa Dato’ mufti tidak berdakwah kepada ahli-ahli politik bukan Islam yang berminat memetik ayat-ayat al-Quran itu supaya memeluk agama Islam dan sekali gus mengadakan kelas tajwid kepada mereka? Kalaulah hukum tajwid yang menjadi fokus fatwa beliau.

Mengeluarkan fatwa untuk kepentingan politik golongan tertentu adalah sangat menyedihkan bagi ilmuwan agama yang ‘makan gaji’. Hal ini sebenarnya telah berlaku pada zaman Al-Imam al-Nawawi rahimahullah (631-676H). Di mana ramai para fuqaha, ulama dan mufti yang menerima subsidi bulanan (gaji) daripada pemerintah Al-Malik al-Zahir mengeluarkan fatwa untuk kepentingan kerajaan dalam usaha baginda mengumpulkan harta benda rakyat untuk membiayai peperangan. Manakala Al-Imam al-Nawawi yang zuhud dan warak tetap dengan pendiriannya sehingga sanggup dibuang negeri oleh raja yang tamak dan bakhil membelanjakan harta peribadinya itu. Begitulah kisah tentang para ‘mufti yang makan gaji’.

Berbalik kepada isu ini. Mengikut apa yang saya pelajari, orang-orang kafir bukanlah golongan mukallaf. Maka perbuatan mereka tidak dikira menurut hukum syarak. Seperti mana mereka berpuasa bersama-sama kita pada bulan Ramadan, adakah berdosa jika mereka sengaja berbuka puasa sebelum azan maghrib? Silalah jawab wahai para ilmuwan agama yang makan gaji..

Projek Rahsia ZIONIS Terbongkar!

Pemerintah Israel mensasarkan dalam jangka masa lapan tahun, kota tua Al-Quds atau Jerusalem mestilah sudah berada di bawah kekuasaan Israel secara penuh dan wajah kota Al-Quds harus sudah berubah secara total menjadi kota yang bercirikan Yahudi.

Rancangan itu tertuang dalam sebuah master plan kota Al-Quds yang didukung oleh pejabat Perdana Menteri Israel dan Datuk Bandar Jerusalem. Untuk mewujudkan sasaran itu, rejim Zionis menjalin kerjasama dengan kelompok-kelompok ekstrimis Yahudi sayap kiri.

Rancangan kota Al-Quds di masa depan itu dirahasiakan oleh rejim Zionis, tapi tercium oleh organisasi non-pemerintah Israel, Ir Amim. Dalam pernyataannya, Ir Amim menyebutkan bahwa rejim Zionis menyusun rencana rahsia itu tanpa melibatkan pendapat umum, sehingga umum tidak tahu adanya master plan itu.

"Perencanaan dilaksanakan dengan diam-diam, tanpa pemberitahuan umum, tanpa kordinasi dengan gereja-gereja atau lembaga-lembaga waqaf Muslim. Tindakan ini telah melanggar aturan transparansi," kata Daniel Seidemann, pendiri organisasi Ir Amim.

Rezim Zionis Israel menunjuk Autoriti Pembangunan Kota Jerusalem sebagai pelaksana perencanaan perubahan kota Al-Quds. Berdasarkan dari master plan yang berhasil diungkap, Israel akan menggusur Kota Tua dan sebagai gantinya akan dibangun sembilan taman nasional, jalur kereta, trem, eskalator, terowongan bawah tanah dan tempat-tempat wisata.

Taman-taman nasional yang akan dibangun, merangkap sebagai tempat peribadahan warga Yahudi. Taman-taman itu akan dibatasi dengan pagar dan didirikan di atas tanah awam dan tanah milik peribadi, dan akan dihubungkan dengan pemukiman-pemukiman Yahudi yang ada Al-Quds dan Tebing Barat.

Menurut Ir Amim, master plan perubahan kota Al-Quds menjadi kota Yahudi dirancang dan disetujui sejak tahun 2005. Tapi Perdana Menteri Ehud Olmert dan Datuk Bandar Jerusalem menginginkan agar master plan dan pelaksanannya dirahasiakan.

Perencanaan tersebut dijangkakan selesai tahun 2013. Untuk pembangunan, rejim Zionis merekrut kelompok Elad, sebuah kelompok beranggotakan para pemukim Yahudi yang juga mengelola sejumlah pemukiman-pemukiman Yahudi di Silwan. Tidak hairan kalau selama ini, kelompok Elad selalu menentang pembagian kota Al-Quds sebagai salah satu upaya solusi perdamaian Israel-Palestin.

"Dengan terungkapnya rencana rahasia ini, untuk pertama kalinya terbongkar adanya kolaborasi antara pemerintah dan para pemukim Yahudi yang bergabung dalam satu lembaga untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai wilayah kekuasaan teritorial berdasarkan keyakinan agama Yahudi," demikian pernyataan Ir Amim.

Kota Al-Quds adalah kota penting bagi umat Islam, kerana di kota itu terdapat tempat suci ketiga umat Islam yaitu Masjid Al-Aqsa.Di kota itu juga terdapat tempat-tempat suci umat Kristiani.Dalam Perang Enam Hari, Israel merampas dan menguasai kota Al-Quds. PBB dan sebagian masyarakat dunia tidak pernah mengakui mendakwa Israel bahwa Al-Quds adalah bagian dari kekuasaan Israel. (ln/iol)

sumber

Sunday, May 10, 2009

Pembersihan Pantai di Laut Aqaba

Amman - 25 penyelam telah berjaya mengutip sampah di pantai Aqaba. Pembersihan ini dianjurkan oleh Badan Keselamatan dan Perlindungan kawasan laut di bawah Badan Kemasyarakatan Jordan.

Penyelam bersama dengan 25 siswa yang lain dari Sekolah Antarabangsa AL-AQABA membersihkan pantai manakala 10 siswa yang lain membersihkan promosi snorkel di kawasan perairan tepi pantai. Kawasan ini diutamakan agar sentiasa bersih terutama di sepanjang pantai kerana kawasan ini merupakan kawasan pelancongan lebih-lebih lagi pada waktu musin panas begini.

Menurut pernyataan dari pihak yang bertanggungjawab menjalankan projek ini, target pembersihan ini adalah bagi mempromosi pantai Aqaba memandangkan pantai ini adalah salah satu kawasan pelancongan utama yang akan dikunjungi oleh para pelancong yang berkunjung ke negara ini. Selain itu, ia adalah untuk menjaga nama baik negara Jordan tentang kebersihan. Sasaran mereka adalah untuk menjernihkan pantai itu, sehinggakan boleh nampak batu-batu kaca di dalam laut tanpa turun menyelam ke laut itu.

Friday, May 8, 2009

Puluhan Agen MOSSAD Ditangkap di Lebanon

Pasukan keselamatan Lebanon mendakwa menangkap dua orang lagi yang dicurigai sebagai agen perisik yang bekerja untuk lembaga risikan Israel, Mossad. Kedua orang yang ditangkap itu adalah dua bersaudara berinisial "H" dan "M" Shehab.

Menyusul penangkapan itu, pihak berkuasa Lebanon menggeledah rumah kedua bersaudara itu di kota Ghaziyyeh untuk mencari bukti-bukti dan masih melakukan interogasi.

Dengan tertangkapnya dua bersaudara Shehab, jumlah orang yang ditangkap sejak bulan Januari lalu dengan tuduhan bekerjasama dengan agen intelejen Israel, bertambah menjadi 20 orang. Mereka yang disyaki itu akan diajukan ke mahkamah tentera.

Pasukan keselamatan Lebanon sedang menggerakkan usaha memburu orang-orang yang dicurigai menjadi agen mata-mata Mossad. Sebelumnya, mereka menangkan dua orang bersaudara Hassan dan Jaffar di kota Sultaniyyeh, Lebanon Selatan dan menangkap seseorang bernama Hussein H. di kota Deir Ntar.

Laporan Al Manar menyebutkan bahawa intelejen tentera Libanon juga menangkap dan menginterogasi satu orang yang dirahsiakan identitinya, yang diduga terlibat dalam "jaringan mata-mata Sehmerani". Haytham Sehmerani, askar berpangkat sersan di Departemen Informasi Pasukan Keamanan Internal Lebanon ditangkap seminggu yang lalu di kawasan Bourj al-Barajneh, Lebanon Selatan bersama isterinya yang diduga telah mengumpulkan banyak maklumat untuk keperluan risikan.

Sehmerani mengakui dirinya sudah bekerja untuk Israel sejak tahun 2004, melalui adik perempuannya yang pindah ke wilayah pendudukan di Palestin pada tahun 2000. Pegawai intelejen menyita sebuah komputer milik Sehmerani yang diduga digunakan untuk melakukan hubungan dengan agen-agen Israel. Interogasi terhadap Sehmerani sendiri difokuskan pada upaya membongkar kemungkinan kalau sudah terjadi penyusupan agen-agen Zionis Israel di tubuh Departemen Informasi Pasukan Keamanan Nasional Libanon.

Agen lokal lainnya yang ditangkap di selatan kota Nabatiyeeh bernama Mustapha Awada, 55 yang mengelola sebuah perusahaan penjualan kereta. Akhbar Al-Akhbar melaporkan, Awada memilik peralatan canggih, termasuk alat pengintip yang digunakan untuk menjalankan kegiatan mata-matanya.

Mossad merekrut agen-agen tempatan untuk mengumpulkan dan memberikan informasi tentang aktiviti para pejuang-pejuang perlawanan di Lebanon, termasuk tugas mengawasi pejabat-pejabat Hizbullah di Dahiyeh, selatan Beirut. Para agen-agen tempatan itu khabarnya juga ikut memberikan informasi tentang sasaran-sasaran yang menjadi sasaran pemboman Israel dalam perang di Lebanon tahun 2006 lalu. (ln/AlManar)

sumber

PAS DAP:Khalifah Umar menghina Islam,LIM GUAN ENG CELUPAR



Khalifah Umar a.k.a Lim Guan Eng menghina islam, kalau di depan PAS & melayu lain ayat nya,lain lenggok bahasa nya, tetapi di belakang,Islam di hina dan menjadi bahan lawak.


Kurang ajar Ketua Menteri Pulau Pinang ini sudah melampaui batas, apa Islam harta mak bapak hang ka? PAS dah bagi lesen besar ka untuk hina Islam.Nik Aziz dah bagi wahyu kat hang ka?
Hoi PAS jangan jadi bangsat DAP la, Lim Guan Eng hina islam PAS diam.



Kenapa dengan Melayu Umno yang ternyata islam sanggup lawan,menghina & mengkafirkan, tapi si celaka Lim Guan Eng buat kenyataan menghina agama sendiri semua menyorok dalam jubah ulamak .




Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada pagi tarikh lebih kurang April 25hb, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam.

Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Berikut adalah kenyataan beliau:

"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton.

Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh ugama Islam ke atas penganutnya.

Sebagai orang bukan Islam, mereka tidak ada hak untuk mempersoalkan kebudayan dan hukum-hukum agama Islam. Inikan pula agama Islam adalah lebih tinggi taraf sebagai agama Persekutuan yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Bukankah ini adalah hak asasi orang Islam untuk mengamalkan kebudayaannya?

Dalam mereka mempermainkan amalan poligami di kalangan orang Islam, adakah amalan poligami juga tidak berlaku dan diterima di kalangan kaum Cina? Malah lebih teruk lagi, isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai hak undang-undang berbanding dengan amalan poligami orang Islam.

Mengapa ini tidak diperjuangkan DAP dan diberi penakanan oleh DAP? Poligami diamalkan di kalangan saudagar dan hartawan Cina. Tentu sekali mereka tidak mahu lakukan kerana ianya akan memutuskan aliran pembiayaan parti DAP dari saudagar dan hartawan Cina.

Dari segi politik, di manakah kononnya kata-kata meraikan kepelbagaian ugama dan budaya berbilang kaum yang diwar-warkan oleh ideologi Malaysian Malaysia anjuran DAP? Dimanakah sikap kemanusian untuk hormat menghormati sesama insan?

Kenyataan ini hanya menunjukkan lagi sikap prejudis perkauman disebalik topeng demokrasi dan kemanusiaan yang mereka konon war-warkan.

Ianya juga menunjukkan dengan peningkatan pengaruh dan kuasa politik, Cina-Cina DAP sudah sanggup lakukan apa saja termasuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ideologi politik mereka dan dan hak asasi manusia untuk mengembangkan pengaruh.

Bayangkan saja, apa lagi yang mereka sedia lakukan jika berkuasa?

Sumber

Ciksantun : Politik, politik juga. Hukum islam jangan dibuat main. Hikmah poligami sebenarnya lebih banyak memberi keadilan pada wanita. Benar, bukan??? Hanya orang yang berfikir menggunakan mata hati sahaja yang dapat kecapi nilai Islam sebenar.. LGE pernah bicara tentang hudud, membuatkan orang islam juga terdiam.. namun sejauh manalah kita harus percaya pada orang kafir?? Wallahu A'lam..

Thursday, May 7, 2009

KARISMA Jordan capai objektif


JORDAN : Karisma (Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia) di Jordan berjalan dengan sangat lancar pada 30April- 2 Mei yang lalu.. Penglibatan seramai lebih kurang 300 mahasiswa dari setiap mantiqah di Jordan iaitu Irbid, Mu'tah, Mafraq serta Amman memeriahkan suasana gelanggang Universiti Mu'tah serta Kompleks Sukan Amir Faisal bin Hussein di Karak minggu lalu..

Jumlah Pungutan Pingat KARISMA 2009

Jumlah

Gangsa

Perak

Emas

Mantiqah

12

4

3

5

Irbid

8

-

5

3

Mu'tah

4

4

-

-

Mafraq

-

-

-

-

Amman



Dengan mempertandingkan 4 permainan iaitu bola jaring, bola sepak, badminton serta pingpong, mantiqah Irbid telah mengaut 12pingat, diikuti pula Mu'tah dengan 8 pingat, kemudian mantiqah Mafraq dengan 4 pingat serta Amman yang tidak miliki sebarang pingat.
Namun, bukan kemenangan menjadi objektif utama, tetapi ingin menerapkan hubungan silaturrahim dalam diri setiap mahasiswa Jordan khasnya. Itulah yang menjadi tema Karisma kali ini, iaitu "Saya Datang Kerana UKhwah", serta lagu tema Karisma Bersatu nyanyian Raihan.


Ditambah pula dengan warna tema bagi setiap mantiqah, dan dimaklumkan agar meletakkan logo tersebut di imej yahoo messenger masing-masing sebagai semangat untuk mantiqah masing-masing serta menyokong pihak penganjur dengan tema yang diberikan. Tujuan tema ini bukanlah hanya ukhwah sesama mantiqah sahaja, tetapi dengan mantiqah luar juga.

Ini ditunjukkan apabila wakil-wakil atlet dari mantiqah luar yang tiba di Mu'tah, sahabat-sahabat Mu'tah melayan mereka begitu baik sekali dan makanan yang enak-enak, serta tempat tinggal yang selesa. Program kali ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada seluruh mahasiswa Jordan terutama tentang kepentingan dan manisnya ukhwah serta ukhwah di dalam permainan ataupun bermain dalam ukhwah.. Semoga kita bukan hanya menyahut seruan tema kali ini, sebaliknya diharapkan ukhwah ini berterusan sehingga bila-bila.

Tahniah buat semua atlet-atlet yang telah berjaya pergi dan pulang dengan ukhwah. Tidak lupa juga kepada yang bukan atlet tetapi tidak henti-henti mendoakan para atlet kita.