Tuesday, June 30, 2009

ARKIB BERITA JUN 2009

Pesta Gay di Iraq (Baghdaddy's Pub)

Baghdad sekarang memang sudah benar-benar berubah. Dan perubahan itu tak lepas dengan keberadaan kedutaan besar AS di negara Iraq tersebut.

Pada awal Jun lalu, diberitakan kedutaan besar AS mengadakan pesta gay di Baghdaddy’s, pub yang biasa dikunjungi oleh pegawai dan petugas kedutaan besar AS.

Tema pesta itu tidak tanggung-tanggung dan tidak malu-malu lagi, iaitu Gay Pride (atau kurang lebih Bangga Menjadi Gay). “Ayoh datanglah dan rayakan musim panas kita dengan penuh warna… Termasuk kostum pesta Anda.” Begitu undangan pesta tersebut.

Dress code dalam undangan itu adalah apapun asal menunjukan sebagai ikon gay. Pesta ini terbuka untuk umum. Undangannya sendiri disebar melalui e-mail. Undangan itu menyebutkan bahawa peserta pesta nantinya akan mendapatkan hadiah dari dua buah pertandingan yang akan diadakan dalam majlis itu, iaitu Ikon Gay Berpakaian Terbaik, dan Penampil Lip Synch Terbaik (pertandingan menyanyi). Salah satu akhbar terbesar Baghdad, Tigris, bahkan ikut dalam membiayai kegiatan ini.

Juru cakap kedutaan besar AS mengeluarkan pernyataan, “Kegiatan ini dibiayai oleh sekelompok petugas kedutaan besar. Kerana kurangnya tempat-tempat untuk menyelenggarakan pertemuan seperti ini di Baghdad, maka kedutaan besar mengizinkan kelompok ini mengunakan fasiliti sosial dengan ketentuan siapa yang datang dahulu, maka dilayani lebih dahulu.”

Pesta gay di Iraq, sesuatu yang tak akan pernah terjadi di zaman Saddam Hussein. Menangislah umat Muslim di Iraq sekarang. (sa/wkngslm)


sumber

Selsema Babi di MALAYSIA, Sudah 144 Kes

Sebanyak 20 lagi kes baru Influenza A (H1N1) dikesan hari ini - 16 kes import dan empat kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes tersebut di Malaysia sehingga ini ialah 144 kes - 122 kes import dan 22 kes jangkitan tempatan.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, 20 kes baru hari ini melibatkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh warga asing (1 Vietnam, 1 German, 1 Australia, 1 Jepun, 1 Amerika dan dua Indonesia).

Daripada 16 kes import, mereka telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1), iaitu Australia (6), Indonesia (5), United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

Empat (4) kes jangkitan tempatan melibatkan warga tempatan.

Berikutan meningkatnya kes import dari Indonesia dan Thailand, maka mulai sekarang, semua pelawat dari negara-negara berkenaan akan dibuat pemeriksaan kesihatan sebaik sampai di Malaysia, sepertimana yang dilaksanakan terhadap pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika.

sumber

Sunday, June 28, 2009

Hizbut Tahrir - YAMAN Jadi Pusat Kekhalifahan

Hizbut Tahrir (HT) wilayah Yaman menyerukan perlunya terjadi perubahan secara mendesak dan signifikan pada sistem pemerintahan Yaman sekaligus menyatakan negara tersebut sedia untuk dijadikan sentral dan pusat Dawlah Khilafah Islamiyyah yang selama ini diimpi-impikan oleh HT.

Sumber HT Yaman menyatakan, pendirian negara-khilafah di Yaman akan membantu menyelesaikan pelbagai persoalan masyarakat Yaman. Dengan jalan mendirikan pemerintahan ala khilafah yang adil dan bekerja secara sungguh-sungguh, krisis Yaman akan dapat terselesaikan.

"Hari-hari ini Yaman tengah jatuh dalam keadaab yang sangat memprihatinkan dan krisis yang paling buruk. Negeri ini telah roboh dari berbagai segi: politik, ekonomi, dan sosial. Hal ini tak lain akibat gagalnya sistem pemerintahan di negeri ini," tutur sumber tersebut yang dilansir beberpa media Timur Tengah.

HT Yaman menyatakan sistem kekhilafahan adalah satu-satunya solusi, serta mengkritik bentuk-bentuk sistem pemerintahan semisal Republik, Uni, Federasi, Uni Federasi, dan lain-lain.

HT kerap mengusung jargon Khilafah Islamiyyah sebagai penyelesaian dan menganggap sistem kenegaraan lain semisal demokrasi, republik dan lain sebagainya sebagai sistem "thogut". Sayangnya, HT kurang bisa memastikan rujukan kekhalifahan yang mana yang akan diadopsi.

Sebagaimana dicatat oleh sejarah, fasa dawlah (negara) Islam terbagi ke dalam lima fasa besar. Fasa pertama adalah fasa Nabi Muhammad dan Sahabat, yang saat itu Dawlah Islamiyyah baru berkembang di semenanjung Arabia saja, dan pada masa pemerintahan sahabat Umar hingga Ali mulai berkembang hingga wilayah yang kini disebut Timur Tengah (as-Syarq al-Awsath) ini, mengecualikan Turki.

Fasa kedua adalah fasa di masa Tabi'in, iaitu dikudetanya kepemimpinan Sahabat Ali oleh Muawiyah (dikenal dengan peristiwa tahkim) dan berdirinya dawlah Umawiyyah. Dawlah ini mampu bertahan tak lebih dari seabad lamanya. Meski demikian, wilayah kekuasaan dawlah pada masa Umayyah merentang mulai dari semenanjung Iberia (Andalus) hingga Transoxiana (Asia Tengah: Bukhara, Khawarizm) dan Sungai Indus di India. Dawlah ini ditumbangkan oleh dawlah Abbasiyyah.

Fase ketiga dimulai pada abad ke-8 hingga ke-13 M. Di sepanjang masa ini, setidaknya terdapat 4 daulah besar yang memiliki wilayah kekuasaan masing-masing, yaitu dawlah Abbasiyyah di Mesopotamia (sekarang Iraq) dan Persia, dawlah Saljuqiyyah di Asia Minor (Anatolia, sekarang Turki), dawlah Fathimiyyah di Afrika Utara, Sisilia (Italia), Mesir, dan Levantina (Syam, sekarang Palestin, Lebanon, dan Syria)--yang berkuasa hingga abad ke-11 hingga akhirnya digantikan oleh dawlah Ayyubiyyah dibawah kepemimpinan Shalahuddin al-Ayyubi dengan wilayah kekuasaan yang sama, serta dawlah Umayyah-Marwaniyyah di Semenanjung Iberia (Andalusia, sekarang meliputi Spanyol, Portugis, Giblartar, dan Andorra).

Fasa keempat dimulai pasca penyerangan Mongol ke wilayah Timur Islam (Masyriq) dan hancurnya ibu kota kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad pada pertengahan abad ke-13 M. Pada fasa ini, muncul setidaknya beberapa kekhalifahan Islam di empat wilayah, yaitu di Andalus (dawlah Bani Ahmar, atau Alhambra), di Mesir (dawlah Mamalik), di Masyriq (dawlah Ilkhan Mongol, untuk kemudian Taymuriyyah) dan di Asia Minor (dawlah Ali Utsman atau Utsmaniyyah). Fasa ini berlangsung hingga abad ke-16 M.

Fasa kelima dimulai pada paruh terakhir abad ke-16 M. Pada masa ini, terdapat beberapa dawlah Islam di beberapa wilayah, iaitu dawlah Utsmaniyyah (dengan pusatnya di Istanbul, Turki, dan memiliki wilayah kekuasaan bulan sabit mulai dari Eropa Tenggara, Asia Minor, Kaukasus, Levantina, Semenanjung Arabia, Mesir, dan Afrika Utara), lalu dawlah Shafawiyyah (berpusat di Persia dengan wilayah kekuasaan Mesopotamia, Persia, dan Transoxiana), lalu dawlah Moghuliyyah (berpusat di Delhi dengan wilayah kekuasaan anak benua India), dan beberapa kesultanan Islam di Asia Tenggara.

Pada fasa terakhir ini, satu persatu dawlah Islamiyyah tumbang oleh kekuatan baru negara-negara Eropa yang mewujud kolonialisme. Hingga pada awal abad ke-20, satu-satunya dawlah yang tersisa adalah dawlah Utsmaniyyah di Turki, yang itu pun kalah pada Perang Dunia I dan mengalami kebangkrutan, hingga akhirnya rubuh secara total pada tahun 1923 M. Kerajaan Mesir, saat itu rajanya adalah Fuad I, mencoba membaiat dirinya sebagai pengganti kekhalifahan Utsmaniyyah, tetapi gagal karena minimnya dukungan.

Dari puing-puing sejarah dawlah Islamiyyah yang merentet panjang itulah, Hizbut Tahrir ingin membangun kembali impian terwujudnya kekhalifahan dan dawlah Islam. Meski belum ada rambu terang, kekhalifahan Islamiyyah yang seperti apakah dan yang manakah yang akan diterjemahkan oleh HT.

Fahmi Huwaidi, analiis politik Timur Tengah terkemuka yang memiliki kedekatan dengan Jama'ah al-Ikhwan al-Muslimun, menyatakan jika HT justru tak berkembang secara signifikan di Timur Tengah. Perkembangan HT malah terjadi secara signifikan di Indonesia, dan pusat gerakannya pun berada di London, Inggris Raya. (L2-AGS/berbagaisumber)

sumber

Pengalaman TERAS di Selatan Thai

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - "Kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat berdoa kepada tuhan supaya diberi ketabahan melalui hidup ini, ini yang kami mahukan.

"Mereka tidak meminta bantuan dan kekayaan tetapi mengatakan nasib mereka perlu diberi perhatian daripada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian,"demikian pengalaman yang diceritakan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid semasa menyertai rombongan ke tempat peristiwa berdarah di Masjid al Furqan di Cho Airong yang terletak 50 kilometer dari bandar Sungai Golok yang berlaku baru-baru ini.

Seramai 11 orang jemaah masjid berkenaan telah dibunuh secara kejam oleh 6 lelaki yang bersenjatakan rafile dan tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum melepaskan beberapa das tembakan bagi memastikan semua jemaah terbabit benar-benar mati.

Menurutnya yang membuat lawatan ke tempat kejadian pada 14 Jun lalu, mereka memohon kepada rakyat Malaysia agar dapat berdoa supaya dapat melalui hidup ini dengan tabah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Masjid Al Muhsinin, Taman Danau Desa, dekat di sini yang turut dihadiri oleh Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ust. Abdul Ghani Samsudin dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Md. Saleh Ahmad.

Katanya, ketika menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai rombongan yang dianggotai oleh 15 dari 11 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, mereka diiringi oleh lebih kurang 30 anggota tentera dan polis serta ditemani oleh seorang Mejar Jeneral dari Bangkok.

"Mereka dihantar untuk mengiringi kami dengan kawalan keselamatan yang ketat dengan hampir 15 'check point' dan dari Patani ke Narathiwat tempat kejadian terdapat lebih kurang 10 'check point'.

"Ini sangat ketat serta sangat sukar untuk orang biasa untuk pergi ke tempat kejadian itu.

"Mereka mengawasi setiap pertemuan kita dengan penduduk kampung, tetapi alhamdulilah semasa kami pergi ke kampung tersebut tiada masalah dari segi kami hendak meyatakan rasa simpati atas yang yang menimpa," katanya.

Sambung beliau, kami juga menyampaikan derma sebanyak RM 30,000 hasil daripada kutipan derma rakyat Malaysia dan pihak berkuasa juga menyaksikan ketika kami menyampaikan derma tersebut kepada penduduk yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

Suasana di sana katanya, sangat memilukan setelah mengadakan pertemuan dengan semua balu-balu kerana suami mereka semuanya berumur dalam lingkungan umur yang paling muda sekitar 33 tahun dan yang tua pula berumur dalam lingkungan 60 dan 70 tahun.

"Kami juga melihat sendiri keadaan masjid itu di mana peluru yang digunakan dengan begitu banyak dan kesannya dapat dilihat pada dinding masjid.

"Sama sekali kita merasa sangat-sangat sedih terhadap suasana masjid al Furqan itu yang dikelilingi oleh suasana kampung yang sangat damai tetapi mereka berhadapan dengan kejutan itu," katanya.

Namun katanya, mereka tabah menghadapi semua ini, masih lagi nampak kuat. Tetapi para balu itu mengatakan ini merupakan satu trauma yang sama sekali tidak akan hilang dalam hiudp mereka.

"Mereka juga memikirkan bagaimana hendak mengatasi kehidupan dengan menyara anak-anak yang menjadi yatim akibat peristiwa ini yang kami hitung lebih kurang seramai 22 orang," ujar beliau. - mks._


sumber

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia?

26/06/2009 8:11am

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson meninggalkan dunia di hospital Los Angeles. - Reuters


LOS ANGELES – Raja pop dunia di isitiharkan meninggal dunia pada semalam di hospital Los Angeles. Beliau berumur 50 tahun.

Berita kematian beliau bagaimanapun masih tidak jelas. Michael di dapati tidak bernafas ketika pasukan Paramedik bomba Los Angeles memberikan rawatan kecemasan di rumahnya di Los Angeles pada jam 12.30 petang, di dalam kenyataan Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Time. Pasukan paramedik di katakan melakukan CPR dan kemudian menghantar Michael ke UCLA Medical center. .- + selanjutnya

Dilaporkan juga, Farrah Fawcet, artis yang terkenal dengan siri Charles Angel (masa wak masih cute dulu) telah meninggal dunia pada umurnya 62 tahun kerana mengidap cancer. klik sini

Thursday, June 25, 2009

ISRAEL Bakal Miliki Carrefour

Koor Industries Ltd, sebuah perusahaan BUMN Israel diberitakan akan mengakuisisi jaringan supermarket Carrefour Peranchis. Koor mengumumkan rencana itu setelah dewan direksinya sepakat untuk mengambilalih Carrefour Peranchis awal minggu ini.

Laman Bisnis.com mengutip berita di Flexnews menyebutkan, selama ini Koor Industries sudah memiliki 1,76 juta lembar saham atau sekitar 0,25 persen kepemilikan perusahaan Carrefour Peranchis, yang tercatat sebagai perusahaan ritel terbesar kedua di dunia itu. Dan Koor khabarnya akan mengeluarkan dana sekitar 886 juta dollar untuk akusisi tersebut. Koor yang dimiliki pengusaha yang berasal dari Israel bernama Eli Hurvitz ini, sudah membuat kesepakatan prinsip dengan HSBC yang akan menambah pinjaman sebesar 300 juta euro pada perusahaan Koor untuk keperluan akuisisi itu.

Jika akuisisi ini terwujud, maka di Indonesia (dan Malaysia) akan beroperasi sebuah perusahaan milik Israel. Padahal Indonesia sampai saat ini tidak menjalin hubungan diplomasi dengan Israel dan Indonesia belum mengakui kedaulatan negara Yahudi itu. Terlebih lagi, isu Israel sangat sensitif bagi Muslim Indonesia, kerana penjajahan dan penindasan rezim Zionis itu terhadap bangsa Palestin.

Perusahaan Carrefour yang berdiri sejak tahun 1959 ini memiliki jaringan yang luas di berbagai negara, mulai dari Eropah, Amerika dan Asia antara lain di negara Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Bagaimana komentar Carrefour Indonesia tentang berita akuisi oleh BUMN Israel itu, pihak Carrefour Indonesia Irawan D. tidak memberikan jawaban tegas. Irawan yang menjabat sebagai Direktur Corporate Affairs PT Carrefour Indonesia hanya mengatakan, “Tidak ada akuisisi apa pun. Mohon tidak salah menyimpulkan. Kami (Carrefour) adalah perusahaan terbuka (tbk), kerananya pihak eksternal mana pun dapat membeli melalui bursa saham,” kata Irawan seperti dilansir Bisnis.com

Menurutnya, jumlah Carrefour di Indonesia hanya sedikit, sekitar 43 cabang dan menyumbang omzet sebesar 893 juta euro pada perusahaan induknya. Di seluruh dunia, Carrefour memiliki 15.430 gerai dengan omzet sebesar 97,56 miliar euro sepanjang tahun 2008. (ln/bisnis.com)

sumber

PULO Pertahan Sekolah Pondok Selatan Thai

BANGKOK 24 Jun – Satu kumpulan pemisah, yang berjuang bagi kemerdekaan tiga wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam di Selatan Thai, menafikan laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) bahawa sistem sekolah pondok Islam digunakan untuk menyebarkan keganasan.

Ketua Hal Ehwal Antarabangsa bagi Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Kasturi Mahkota berkata, pihaknya percaya laporan seumpama itu bertujuan untuk memburuk-burukkan sistem sekolah agama di wilayah selatan.

Tambahan pula katanya, kehidupan yang aman di pondok yang menjadi pusat pendidikan dan institusi yang dihormati masyarakat kini banyak diganggu dengan elemen campur tangan Thai.

“Daripada campur tangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral, kenapa tidak kerajaan Thai melihat sendiri keadaan sistem pendidikannya,” soal Kasturi dalam kenyataannya yang dimuatkan ke dalam laman web PULO.

Katanya, laporan “merekrut militan di selatan Thai” yang dikeluarkan pada Isnin lalu, nampak seolah-olah dibuat untuk kepentingan dan bagi pihak pergerakan ultra-nasionalis Thai yang jelas menunjukkan mengenai tipisnya etika kewartawanan yang neutral dalam membuat liputan mengenai konflik di Pattani.

Dalam laporan itu, ICG berkata, sekolah swasta Islam atau pondok telah menjadi pusat pembiakan bagi pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam.

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam siri keganasan sejak kumpulan pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat yang mempunyai penduduk majoriti Islam. – BERNAMA

sumber

Tuesday, June 23, 2009

Nyawa, Yuran Sekolah di PALESTIN

Sekolah, bagi kanak-kanak di Palestin, bukan masalah naik kelas, belajar setiap hari, mengerjakan PR dan sejenisnya. Sekolah di Palestin adalah sesuatu yang sangat mahal, tak boleh diperoleh setiap hari, dan mesti dicapai dengan perjuangan jiwa dan raga.

Kerana bagi anak-anak Palestin, pergi ke sekolah bererti melewati pos penjagaan tentera Israel yang memang tersebar di setiap sudut kota. Tak jarang, mereka harus berkonfrontasi dulu dengan imbalan bukan hanya sekadar darah, tapi juga nyawa.

Itupun di Palestin, sebahagian sekolah sudah hancur kondisinya akibat serangan Israel yang biadab. Peristiwa Gaza tempo hari masih menyisakan puing dan reruntuhan, dan itupun masih ditambah dengan operasi tentera Israel yang dilakukan secara regular setiap hari. Tapi, seperti kata Michael Hart di “We Will Not Go Down”, but our spririt will never die, semangat anak-anak Palestin juga tak akan pernah padam.

Inilah yang harus dihadapi oleh anak-anak Palestin ketika akan memulai harinya menuju sekolah tempat mencari ilmu: serdadu Israel yang menghalakan senapang!

Serdadu-serdadu Israel mencegah anak-anak ini masuk ke wilayah yang telah mereka rampas dan menyuruh anak-anak Palestin untuk menjauh atau pulang.

Tapi anak-anak ini tak pernah punya rasa takut sedikit pun. Mereka menantang serdadu Israel dengan gagah berani.

Bukan hanya murid, tapi guru nya pun memberikan contoh bahwa melawan Israel adalah sebuah kewajipan bagi orang Palestin, kerana Israel adalah penjajah.

Lantas apa yang terjadi? Anak-anak Palestin tidak pernah menyerah. Mereka mengadakan kelas tepat di hadapan serdadu Israel di setiap pos penjagaan. Sampai-sampai para serdadu Israel pun menggeleng-gelengkan kepala tak percaya.

Lihatlah semangatnya! Lihatlah semangatnya! Luar biasa....

Anak laki-laki, kerana lebih berani, mendapatkan perlakuan yang lebih buruk. Mereka terlibat dalam pertelingkahan dengan serdadu Israel.

Bahkan tertembak peluru.

Namun, lihatlah sorot matanya. Ada kebanggaan dan harga diri yang tinggi di dalamnya. You can burn our mosque, our home, and our school, but our spirit will never die....

(sa/ss)

sumber

Shah Rukh Khan Dituduh Hina Nabi Muhammad

Shahrukh Khan
Shahrukh Khan
Sebuah pesantren Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang diduga telah membuat komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Bahkan atas komentarnya itu para pemuka agama Islam menolak untuk menerima klarifikasi dari bintang Bollywood tersebut.

Sebelumnya Sharukh Khan yang banyak digilai para wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berkesan sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill. Namun dirinya menolak tulisan yang ada di majalah tersebut dan mengatakan bahawa wartawan majalah yang mewawancarai dirinya telah 'salah petik'.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu dia harus mempertanggung jawabkannya dengan dibunuh," Pernikahannya tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal alias Kafir serta dia tidak boleh dikubur di perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti itu mesti segera bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komentar yang ada di majalah yang memuat wawancaranya itu dengan beralasan majalah tersebut salah petik.

Minggu lalu, sebuah kes kriminal telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Namun fatwa terhadap Shahrukh Khan yang dikeluarkan oleh ulama dari pesantren Darul Ulum Mazharil Islam tersebut ditentang oleh ulama lain. Juru bicara lembaga Darul Ulum Deoband Ashraf Usmani mengatakan bahawa "mereka tidak mempunyai rencana untuk mengeluarkan fatwa seperti itu. Fatwa yang dikeluarkan terhadap Shahrukh Khan tidak signifikan."

Ulama lain yang bernama Maulana Yasin Misbahi mengatakan bahwa," Fatwa tidak boleh dikeluarkan hanya berdasarkan laporan dari media."

Sedangkan juru bicara Jamiat Ulama India - Maulana Abdul Hamid Noamani Echoed mengatakan,"Ketika Khan mengatakan bahawa dirinya tidak pernah berkata seperti itu, maka fatwa apa yang harus dikeluarkan untuk dirinya?"

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office di bioskop-bioskop Indonesia.(fq/thehindu)

sumber

Kekacauan, 19 Maut di IRAN

TEHERAN 22 Jun – Sekurang-kurangnya 457 orang ditangkap berikutan pertempuran ganas, yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di ibu negara Iran ini, kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan semasa penunjuk perasaan pro-pembangkang dan pasukan keselamatan bertempur di sekitar dataran Azadi di Teheran, lapor radio kerajaan hari ini.

Pembangkang yang diketuai calon Presiden yang tewas, Mirhossein Mousavi tidak mempedulikan tindakan pihak berkuasa untuk membendung protes, sebaliknya bekas Perdana Menteri itu menggesa para penyokongnya supaya jangan patah semangat.

Dalam ucapan yang jelas menyokong demonstrasi diteruskan, Mousavi berkata: “Jauhi keganasan semasa anda mengadakan protes ... saya sebagai salah seorang yang berkabung (atas kematian penunjuk perasaan kelmarin) menggesa penyokong supaya mengawal tindak-tanduk masing-masing. Negara ini milik anda.”

Dalam berdepan dengan protes besar-besaran sejak keputusan pilihan raya Presiden pada 12 Jun lalu yang dipertikaikan, para pemimpin Iran menyelar negara-negara Barat, media asing dan penentang di luar negara.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang diisytiharkan menang pada pilihan raya tersebut dengan memperolehi majoriti 63 peratus undi, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Britain supaya menghentikan campur tangan dalam urusan dalaman Iran.

Sebelum itu Menteri Luar, Manouchehr Mottaki menuduh London berkomplot sejak dua tahun lalu untuk mensabotaj pilihan raya itu.

“Dengan membuat kenyataan terburu-buru, kamu tidak akan mendapat tempat di kalangan sahabat Iran. Kerana itu saya menggesa kamu menghentikan campur tangan,” kata Ahmadinejad dalam satu kenyataan semalam. – AFP

sumber

Monday, June 22, 2009

PEPSI- Pay Every Penny to Save Israel

Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel.

MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel).

Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiapwang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel.

Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daftar produk yang mendapat fatwa untuk diboikot oleh para ulama beberapa tahun yang lalu, di samping produk-produk lain.

Selain itu, sebelumnya pada tahun 2008 yang lalu - seorang anggota parlimen dari Hamas di Gaza pernah membuat kenyataan serupa berkaitan dengan Pepsi. Berbicara pada stesyen TV rasmi milik Hamas - Al-Aqsha TV, anggota parlimen Hamas - Salim Salamah mengatakan " Ada perusahaan yang didirikan oleh pihak kolonial dan penjajah - perusahaan yang besar dan mempunyai cabang di seluruh dunia seperti Pepsi, Pepsi Cola (minuman ringan). Ini adalah sebuah perusahaan yang terkenal. Pepsi merupakan sebuah akronim, P-E-P-S-I- Pay Every Pence to Save Israel. Membayar setiap sen untuk membantu Israel.."

Jadi, sebagai seorang Muslim, masihkah kita akan tetap membantu Zionis Israel dengan membeli produk-produk yang jelas-jelas akan mendukung negara penjajah Israel? (fq/israelnationalnews)

sumber

PALESTIN- Petempatan Haram Israel Diperluaskan


PEMBINAAN kawasan perumahan diteruskan oleh Rejim Zionis seperti di Har Homa di timur Baitulmaqdis. - AP


BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktiviti tersebut dihentikan.

Peruntukan itu terkandung dalam bajet 2009-2010 yang melepasi bacaan pertama di Knesset (parlimen) minggu lepas, lapor radio tentera Israel hari ini.

Kira-kira AS$125 juta (RM450 juta) akan digunakan untuk pelbagai perbelanjaan berhubung keselamatan manakala selebihnya akan membiayai pembinaan kawasan perumahan.

Pertubuhan Israel yang menentang penempatan Yahudi, Peace Now melaporkan, perbelanjaan pembinaan kawasan penempatan dalam bajet 2009-2010 itu dijangka lebih tinggi dan 'diagih-agihkan dalam beberapa bahagian bajet'.

"Angka rasmi itu jauh lebih kecil daripada jumlah sebenar dan rakyat Israel bukan sahaja akan menanggung akibat politik kerana meneruskan kegiatan pembinaan penempatan tetapi akan turut menanggung kos ekonominya," kata ketua Peace Now, Yariv Oppenheimer.

AS telah menggesa Israel menghentikan semua aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Masyarakat antarabangsa menyifatkan kawasan penempatan Israel itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan antara halangan utama dalam menggerakkan proses damai Asia Barat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada tuntutan Washington dan sebaliknya menyatakan aktiviti pembinaan bagi menampung pertumbuhan penduduk Yahudi akan diteruskan.

Lebih 280,000 rakyat Israel mendiami kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat, wilayah Palestin yang ditawan oleh Israel daripada Jordan dalam Perang Enam Hari 1967. - AFP

sumber

Bom di IRAQ- 70 Maut, 200 Cedera


PENDUDUK Kirkuk berusaha mencari mangsa atau harta benda yang boleh diselamatkan di atas runtuhan bangunan yang runtuh akibat letupan bom yang dipasang di atas sebuah trak, kelmarin. - AFP


BAGHDAD 21 Jun - Sebuah bom yang diletakkan dalam sebuah trak meletup ketika pengikut-pengikut Syiah meninggalkan sebuah masjid di utara Iraq semalam, membunuh lebih 70 orang dan mencederakan hampir 200 yang lain dalam kejadian serangan bom paling dahsyat pada tahun ini.

Kejadian letupan itu berlaku berdekatan Kirkuk - bandar yang mengalami ketegangan etnik - beberapa jam selepas Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki memberi amaran kepada rakyatnya mengenai lebih banyak keganasan dijangka tercetus selepas Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tenteranya dari bandar-bandar di Iraq untuk menamatkan misi ketenteraan di negara itu pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tarikh pengunduran itu akan mengikut jadual 'tidak kira apa yang berlaku pun'.

AS telah mula mengundurkan tenteranya dari pos-pos kawalan di tengah bandar Baghdad, Mosul dan kawasan bandar lain yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini, dalam satu perjanjian keselamatan pengunduran sepenuhnya tentera AS dari Iraq sehingga 2012.

Namun kejadian pembunuhan dan serangan bom berprofil tinggi yang berterusan, menimbulkan kebimbangan terhadap pihak berkuasa Iraq yang mungkin tidak bersedia untuk mengambil alih kawalan keselamatan dalam negara mereka sendiri.

Menurut polis dan saksi, trak itu meletup ketika pengikut Syiah meninggalkan sebuah masjid di Taza, 20 kilometer dari selatan Kirkuk, selepas menunaikan solat zohor sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada masjid dan rumah-rumah di sepanjang jalan di tempat kejadian.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa sehingga pada waktu malam untuk mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dan tertimbus di bawah runtuhan di dalam kejadian letupan tersebut.

Tentera AS berkata, pihaknya telah menyediakan lampu dari jana kuasa dan air di lokasi kejadian.

Menurut polis dan pegawai hospital, jumlah angka kematian meningkat dan sekurang-kurangnya 72 mayat telah ditemui di bawah serpihan-serpihan bangunan yang runtuh itu.

Brigedier Jeneral Polis Kirkuk, Sarhat Qadir berkata, maklumat awal yang diterima, sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh dan 170 yang lain cedera, tetapi menjangka jumlah kematian dan cedera akan terus meningkat.

Saksi-saksi berkata, sebuah trak telah diletakkan di seberang jalan masjid itu dan mereka menganggap pemandu itu meletakkan kenderaan di situ untuk bersembahyang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kirkuk Mejor Jeneral Jamal Tahir memberitahu, penyiasat mendapati tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh penyerang berani mati.

"Trak itu diletakkan berhampiran dengan beberapa buah rumah, dan kebanyakan mangsa yang ditemui berada di bawah runtuhan rumah-rumah itu, mangsa yang terkorban kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," kata seorang saksi kejadian. - AP

sumber

Sunday, June 21, 2009

Ahmadinejad Hina 2 Sahabat Nabi Secara Terbuka

Di tengah eforia kemenangannya dalam pilihanraya Iran yang baru saja diadakan, Ahmadinejad sebelumnya mengeluarkan pernyataan yang terang-terangan menghina dua orang sahabat Rasulullah Muhammad saw.

Kecaman dan hinaan Ahmadinejad itu—lebih gila lagi—disampaikan dalam sebuah program televisyen secara langsung di Shabaka 3, saluran televisyen Iran, hanya beberapa hari sebelum pelaksanaan pilihanraya Iran.

Seperti yang diketahui, Iran yang berbasis Syiah ini—salah satu aliran Islam yang dianggap menyimpang—sudah sejak lama mempersempit ruang gerak para jamaah ahli Sunnah (kaum Sunni). Di bawah kepemimpinan Ahmadinejad, bahkan para jamaah Sunni mengalami penderitaan yang belum pernah dialami sejak Revolusi Rafidi Khomeini.

Dalam program itu, Ahmadinejad dengan tegas mengatakan Talhah dan Zubair adalah dua orang pengkhianat. “Talhah dan Zubair adalah dua orang sahabat Rasul, tapi setelah kepergian Rasul, mereka berdua kembali kepada ajaran sebelumnya dan mengikuti Muawiyah!”

Padahal dalam sejarah, Talhah dan Zubair, dua orang sahabat Rasul itu, tak pernah bertempur bersama-sama Muawiyah, kerana keduanya meninggal lama sebelum peperangan Jamal di tahun ke-36 kekhalifahan Islam di mana Muawiyah menjadi rajanya.

Pernyataan Ahmadinejad ini sudah jelas kemana arahnya, iaitu membuat sebuah perbandingan atas sahabat Rasul dulu dengan kejadian politik saat ini di Iran—berkaitan dengan rivalnya Mousavi. Sebelumnya, Ahmadinejad sudah sangat sering menghina sekitar 15 juta penganut Sunni di Iran. Bahkan, pendahulu Ahmadinejad, Rafidi menghina dan menganggap remeh alias menyepelekan 90% Muslim seluruh dunia.

Namun demikian, masih banyak juga pihak atau pengagum Rafidi dan pengingkar sahabat Rasul lainnya seperti Ahmadinejad ini. Mereka adalah orang yang tidak menyedari gerakan Syiah atau mereka yang tak mahu memahami rejim 12 Imam ini yang merupakan musuh terbuka terhadap para sahabat Rasul. (sa/alqimmah/sunni-news/ayandenews)

sumber

IRAN Sangat Bermakna Buat Israel

Begitu pentingnya proses pilihanraya di Iran hingga Mossad-badan perisikan Israel-sampai terpaksa membahasnya secara khusus. Bagi Israel, siapapun pemenangnya, Mousavi atau Ahmadinejad, Iran tetap ancaman berbahaya bagi Negara Yahudi Zionis itu.

Dalam rapat dengar pendapat dengan Komisi Hubungan Luar Negeri dan Pertahanan Knesset, Pimpinan Mossad Meir Dagan mengatakan, "Dunia sudah tahu seperti apa Ahmadinejad. Tapi jika Mousavi menang pun Israel akan menghadapi masalah serius."

"Israel tetap harus mengatakan pada dunia bahaya ancaman Iran. Dunia melihat Mousavi sebagai elemen moderat di Iran. Tapi kita harus ingat bahwa dia adalah salah satu tokoh yang memelopori program nuklear Iran ketika masih menjawat sebagai perdana menteri," ujar Dagan.

Sama seperti para pemimpin Barat dan Eropah, Dagan juga menuding pilihanraya Iran diwarnai kecurangan dan aksi massa di Iran masih akan terus berlangsung. "Kecurangan yang mewarnai pilihanraya Iran tidak tidak berbeda dengan apa yang kerap terjadi di negara-negara liberal pada masa pemilu. Tapi aksi itu masalah internal Iran dan tidak ada hubungannya dengan aspirasi strategis mereka dalam soal porgram nuklear mereka," kata Dagan.

Mousavi adalah tokoh reformis di Iran yang pernah menjabat sebagai perdana menteri pada era tahun 1981-1989 pada masa perang Iran-Iraq. Mousavi yang selama ini dikenal sebagai tokoh yang low profile, kembali ke arena politik setelah hampir 20 tahun menghilangkan diri dari hiruk pikuk politik di Negeri Para Mullah itu. (ln/prtv)

sumber

Friday, June 19, 2009

TURKI Jadi Syurga Gay IRAQ

Setelah para pelaku maksiat di Iraq banyak mendapat ancaman bunuh dari mujahidin kerana selain melakukan amalan yang bertentangan dengan Islam mereka juga bekerja untuk tentera Amerika yang ada di Iraq, kini sebahagian kaum 'gay' menikmati kebebasan mereka dengan berpindah ke Turki. Di kota Istanbul yang sekular itu terlalu memberikan kelonggaran bagi anak muda gay Iraq. Mereka merasa hidup aman dan tenang selama di negara sekular Turki, jauh berbeza ketika mereka tinggal di Iraq yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian.

Sekarang seorang anak muda dari keluarga menengah atas Turki hidup berkongsi apartemen kecil di kota Istanbul dengan lima lelaki gay dari Iraq, dia mengasingkan diri dari gelombang intoleransi dan mengatakan bahawa untuk pertama kali dalam hidupnya dia dapat mengekspresikan orientasi seksualnya secara terang-terangan di depan umum.

Tindakan Homoseksual adalah sesuatu yang terlarang di seluruh negara yang ada di Timur Tengah, namun mereka dapat sedikit nafas lega setelah Amerika menceroboh Iraq, akan tetapi kebebasan para gay dan lesbian di Iraq tidak berlangsung lama, setelah terjadinya kebangkitan para mujahidin Islam memerangi pasukan As dan sekutunya - mereka juga menjadi sasaran dari para mujahidin.

"Saya akan dipukul dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay," kata Ameer."Tapi di sini, di Turki kami berasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami Iraq."

Di Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman gaynya saja yang tahu. Di Iraq dulunya tindakan homoseksual boleh dihukum hingga tujuh tahun penjara.

Ameer telah tinggal di Iraq setelah keluarganya melarikan diri dari kekerasan sektarian, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk militer Amerika di ibu kota Baghdad-yang dibentengi dengan Zon Hijau, sebuah kawasan yang aman bagi orang asing disana.

Kes pembunuhan para gay terjadi pada bulan Mac dan April lalu, di mana ditemukan enam oranggay terbunuh, empat orang antara yang terbunuh itu di dada mereka tertulis dengan bahasa Arab dengan kata-kata : 'menyimpang'.

Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak bulan Jun 2007 lalu, meminta suaka dan disetujui setelah tiga kali wawancara di pejabat pusat PBB di Ankara, Turki. Ia berharap suatu hari nanti dia boleh bergabung dengan pasangan gay lain di Amerika Serikat.

"Teman dan sepupu saya di AS mengatakan yang saya boleh menikmati kehidupan gay di sana, dan saya tidak perlu malu untuk mengatakan bahwa saya seorang gay," katanya.

Namun untuk saat ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara sekular Turki yang majoriti penduduknya Muslim, di mana dirinya merasa aman dan nyaman dengan ke 'hombrengan'nya. Untuk bertahan hidup di Turki, Ameer mendapat sedikit kiriman wang dari keluarganya di Iraq serta dia melakukan pekerjaan mencuci kereta.

"Kami tidak berasa khuatir lagi disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Iraq."(fq/aby)

sumber

Warga Israel Semakin Benci Obama kerana Pro-Palestin

Makin banyak warga Israel yang meyakini bahawa Presiden AS Barack Obama lebih pro-Palestin. Dalam sebuah undian yang dikeluarkan Jerusalem Post disebutkan keyakinan itu makin meluas di kalangan warga Israel yang menilai Obama telah menekan Israel agar menghentikan pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin.

Hasil undian menunjukkan, 50 peratus responden meyakini Obama lebih pro-Palestin, 36 peratus reponden bersikap neutral dan hanya 6 peratus responden yang menganggap Obama masih pro-Israel. Jika dibandingkan dengan hasil undian bulan Mei lalu, sebelum pertemuan antara Obama dan PM Israel Benjamin Netanyahu, jumlah responden yang meyakini bahawa Obama pro-Israel masih lebih tinggi, yaitu 31 peratus dan hanya 14 peratus warga Israel yang menilai Obama sebagai pro-Palestin.

Sikap warga Israel berubah drastik setelah Obama memberikan ucapannya untuk dunia Islam di Kaherah. Dalam pidato tersebut, Obama mendesak rezim Zionis Israel untuk menghentikan pembangunan pemukiman Yahudi di Tebing Barat dan menerima prinsip-prinsip solusi dua negara.

Desakan-desakan Obama terhadap Israel membuat kekhuatiran di kalangan warga Israel makin tinggi. Mereka takut Obama akan menjauhkan diri dari kaum Yahudi dan lebih memilih meningkatkan hubungan dengan negara-negara Arab dan Muslim.

Lebih lanjut, undian yang dilakukan oleh Jerusalem Post dan Smith Research terhadap 500 orang Yahudi Israel menyebutkan bahwa lebih dari 50 peratus responden mendukung penggusuran pos-pos keamanan yang dibangun secara liar dan ilegal oleh militer Israel. Tapi 69 peratus responden menolak penghentian pembangunan pemukiman.

Saat ini, sekitar 430.000 warga Israel tinggal di lebih dari 100 pemukiman Yahudi yang dibangun Israel secara haram di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Masalah pemukiman ini menjadi isu penting dalam proses negosiasi perdamaian Israel-Palestin. Presiden Palestina Mahmud Abbas menyatakan tidak mahu melanjutkan pembicaraan damai sebelum pembangunan pemukiman-pemukiman Yahudi di tanah Palestin dihentikan. (ln/Fr24)

sumber

Thursday, June 18, 2009

Israel Bebaskan Tokoh HAMAS

Aziz Dweik
Aziz Dweik
Sesudah meringkuk dipenjara Israel selama tiga tahun,Ketua Parlimen Palestin , Aziz Dweik, dibebaskan oleh pihak militer Israel. Pengadilan militer membebaskannya, sesudah sebelumnya pengadilan militer memperpanjang penahanan enam bulan lagi. Isteri Dweik menyampaikan khabar ini kepada pejabat berita Palestin, berkenaan dengan pembebasan suaminya.

Pembebasan Dweik oleh militer Israel, kerana memang tidak ada dasar lagi, apa yang harus digunakan untuk memperpanjang penahanan Aziz Dweik, yang sudah berlangsung selama tiga tahun. Penangkapan yang dilakukan Israel terhadap sejumlah pegawai Palestin (Hamas), memang tidak memiliki dasar alasan yang jelas. Sementara itu, masih banyak tokoh Hamas dan pegawai maupun anggota legislative Palestin, yang berasal dari Hamas, yang sampai hari ini masih meringkuk di penjarap-penjara Israel. “Saya berharap orang-orang Palestin yang ada dipenjara segera dibebaskan, dan mereka sudah terlalu lama hidup dipenjara”, ujar isteri Dweik.

Nampaknya, Dweik (43) merupakan asset penting bagi Israel, guna menjadi dasar melakukan negosiasi dengan pihak Hamas, terkiat dengan upaya-upaya pembebasan Kopral Gilad Shalid, yang sudah tiga tahun ditangkap dan disekap oleh fihak pejuang Hamas. Sejak pemerintahan Israel di bawah Olmert tidak berhasil membebaskan Shalid, dan pihak Hamas tetap meminta penukaran tawanan untuk membebaskan Kopral Gilad Shalid. Tapi, pihak Israel tetap menolak tuntutan pihak Hamas.

sumber

DUBAI Jadi Pusat Pelancongan Bogel

Dubai memang negara Arab, dan juga dengan majorit Islam penduduknya. Namun jangan hairan, jika berjalan-jalan ke pantainya, banyak wanita-wanita tengah berjemur dengan bahagian atas badan tanpa mengenakan apapun alias topless.

Menurut gulf news, Dubai juga menjadi salah satu negara dengan tingkat perkembangan nude club cukup banyak, terutama di wilayah Timur Tengah.

Reaksi penduduk Dubai adem-ayem saja. Begitu juga dengan pemerintahnya. Ironisnya, kecaman yang datang justru berasal dari Britain. Adalah Foreign and Commonwealth Office (FCO) yang dimiliki Britain yang mengeluarkan pernyataan bahawa berlaku topless dan nude club sesuatu yang berlawanan dengan hukum dan budaya Dubai.

FCO telah secara rasmi memberikan peringatan yang keras kepada warga negaranya yang melakukan perjalanan ke luar negeri—utamanya Arab, dan khususnya Dubai—jika tertangkap telanjang di negara ini akan dikenakan sanksi yang tidak ringan. Kedutaan besar Britain sendiri sudah mengeluarkan panduan seperti kempen “Kenali Kemana Anda Pergi” agar warga negaranya dapat berlaku sopan di negara yangsedang dikunjungi.

Disinyalir, selama ini yang meramaikan Dubai dengan perempuan tanpa baju di pantai dan nudist club-nya adalah pelancong yang berasal dari Eropah. Sebelumnya, Britain juga menjadi salah satu negara yang warga negaranya banyak melakukan hal seperti itu di Dubai.

Kerana sudah terkenal mempunyai reputasi seperti itu, maka tidak hairan jika Britain mengeluarkan pernyataan keras seperti itu. (sa/gn)

sumber

Israel Tidak Tawarkan "Negara"

BAITULMAQDIS 17 Jun - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak menawarkan penubuhan negara Palestin 'dalam bentuk klasik', kata dutanya itu ke Amerika Syarikat (AS) semalam, memetik beberapa had tentang kedaulatan yang dituntut negara Yahudi tersebut.

Netanyahu menggunakan perkataan 'negara Palestin' buat kali pertama Ahad lalu bagi menjelaskan kesediaannya menerima hasil rundingan dengan pemimpin Palestin. Bahasa yang digunakan adalah untuk mengurangkan ketegangan dengan Presiden AS, Barack Obama yang berlarutan sejak Netanyahu menjadi Perdana Menteri tiga bulan lalu.

Namun pemimpin Yahudi ini meletakkan syarat kepada AS dan kuasa dunia lain supaya memberi jaminan bahawa negara Palestin yang bakal diwujudkan tidak mempunyai tentera, kawalan ruang udara dan kedaulatan terhad dalam kawalan sempadan dan polisi luar.

"Semasa Perdana Menteri dan kerajaan menggunakan perkataan 'negara', ia berkait dengan beberapa kaveat, jadi apa yang kami perkatakan bukanlah negara seperti yang difahami semua, tetapi negara yang akan dikenakan beberapa sekatan substantif terhadap kuasanya.

"Itulah sebab wujud kesukaran menggunakan perkataan 'negara' pada awalnya, kerana apabila anda mengatakan 'negara', ia membawa kepada pelbagai tanggapan," kata duta Israel, Michael Oren. - REUTERS

sumber

Wednesday, June 17, 2009

Askar FILIPINA Jadikan Masjid Markas Tentera

Terungkap sudah tindakan militer Filipina yang menghina umat Islam, setelah mereka sering melakukan serangan ke wilyah-wilayah umat Islam Filipina sekarang militer malah melakukan pelecehan dengan menjadikan masjid sebagai kem militer mereka.

Muslim Moro meminta tentara Filipina tidak menggunakan masjid-masjid sebagai "kem militer" mereka, sembari mengatakan hal tersebut merupakan pelanggaran dari undang-undang antarabangsa.

MILF menyerukan kepada pihak militer Filipina untuk mengosongkan masjid-masjid dan tidak menggunakannya menjadi 'kem militer' mereka di Maguindanao khususnya di kota Datu Piang.

"Tindakan merubah masjid menjadi kem militer merupakan ketidakpedulian dan sikap tidak menghormati agama Islam dan perasaan umat Islam Filipina,"kata MILF dalam sebuah pernyataannya.

Syeikh Muhammad Muntassir,pimpinan komite dakwah MILF mengatakan bahawa masjid adalah tempat ibadah suci bagi umat Islam dan hanya digunakan untuk beribadah bukan untuk dijadikan kem militer, kantor detasemen ataupun pos pemeriksaan.

"Menggunakan masjid sebagai kem militer sama saja dengan mengubur hukum-hukum internasional,"katanya menambahkan.

Dia meminta pihak militer Filipina untuk mematuhi aturan undang-undang perang internasional.

MILF mengatakan bahwa tentera Filipina telah menduduki masjid-masjid yang ada di wilayah itu.

Filipina, sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Samudera Pasifik, memiliki populasi sebesar 90 juta orang. Penduduk muslim sekitar 12 juta. Antara tahun 1450 dan 1515, dua kerajaan Islam didirikan di pulau Sulu dan Mindanao.

Sementara itu, seorang pejabat militer Filipina mengatakan pada hari Isnin kemarin bahawa pasukan mereka telah memasuki basis pejuang Muslim di wilayah selatan dan menewaskan hampir 100 pejuang Islam dalam 10 hari operasi militer yang mereka lakukan.

Militer Filipina terus secara ofensif melakukan penyerangan meskipun pemerintah Filipina mengatakan bahawa mereka akan kembali kepada proses perrdamaian, melakukan gencatan senjata dengan pejuang Muslim Moro dan berusaha mengambil peran yang lebih aktif untuk memulai kembali pembicaraan damai.

Pemerintah Filipina meluncurkan sebuah serangan militer di wilayah Moro sejak Ogos tahun lalu ketika Mahkamah Agung membatalkan kesepakatan perdamaian, yang ditandatangani antara pemerintah Filipina dengan Islam Moro Islamic Liberation Front (MILF).(fq/wb)

sumber

Khatib di TURKI Memegang Pedang

Jika selama ini khatib Jumaat kerap membawa dan memegang tongkat ketika memberikan khutbah Jumaat, ternyata ada juga khatib yang membawa dan mengacungkan pedang dalam ritual suci mingguan umat Muslim itu.

Hal unik tersebut terjadi di masjid Suleyman Paca (Sulayman Basya) yang terletak di salah satu kawasan wliayah Canakkale (Syanaq Qal'ah), Turki Barat, dan telah menjadi tradisi yang telah turun temurun dan terlestarikan lebih dari 624 tahun.

Di masjid bersejarah dan elok tersebut, dalam setiap khutbah Jumaatnya, sang khatib akan menaiki mimbar sambil membawa pedang, lalu menyampaikan khutbahnya dengan tetap membawa dan sesekali mengacungkan pedangnya.

Syaikh Mehmet Mutlu, imam dan khatib masjid Suleyman Paca mengatakan, tradisi ini telah berjalan turun temurun sejak masa kekhilafahan Uthmaniyyah.

"Dahulu, sewaktu leluhur kami menakluk wilayah Anatolia (Turki sekarang) yang saat itu menjadi jantung imperium Byzantium, mereka menjadikan pedang sebagai senjata mereka. Keadaan perang dan penaklukan menjadi penghias hari-hari, hingga berkhutbahpun dengan membawa pedang," kata Mutlu.

Apakah ini tidak termasuk ke dalam sebuah bid'ah yang sesat?

Justru, Nabi Muhammad sendiri pernah melakukan hal ini. "Dalam sebuah hadith, diriwayatkan jika Nabi kita Muhammad pernah berkhutbah sambil menggenggam pedang," kata Mutlu.

Diterangkannya, masjid Suleyman Paca adalah masjid yang pertama kali didirikan di daratan tanah Eropa-Byzantium (mengecualikan Andalusia) sejurust setelah ditaklukannya.

Canakkale sendiri termasuk ke dalam Turki wilayah Eropah. Di tempat ini banyak teriwayatkan lagenda-lagenda dan epik-epik maha dahsyat, salah satunya adalah epik Ksatria Troy yang kini monumen kuda raksasanya diabadikan di wilayah Canakkale dan juga hikayat sultan-sultan Utsmani. (L2/db)

sumber

Monday, June 15, 2009

Video Sejarah Fatani

OKI Gesa Negara2 Islam Guna Kalendar Hijrah

Ketua Organisasi Konferensi Islam (OKI) mendesak negara-negara anggotanya untuk menggunakan kalendar Hijriah dalam rangka persatuan umat Islam dunia dan ia menganggap hal itu perlu bagi umat Islam sedunia.

Sekretaris Jendral OKI - Ekmeleddin Ihsanoglu menekankan pentingnya negara-negara Muslim anggota OKI menggunakan satu kalendar seragam untuk mempersatukan umat Islam iaitu kalendar Hijriah bukan kalendar Masehi.

Ihsanoglu mengatakan "langkah seperti ini sudah menjadi keperluan bagi kepentingan umat Islam secara umum, khususnya pada hal-hal yang berkaitan dengan waktu yang menunjukkan simbol-simbol keagamaan dan segala sesuatu yang menjadi hari-hari besar umat Islam."

OKI juga mengatakan dalam sebuah pernyataannya bahawa mereka akan mengadakan simposium bersama untuk penyatuan penggunaan kalendar Hijriah bekerjasama dengan Akademi Fiqh Islam Internasional dan kementerian urusan Keagamaan Tunisia.

Ihsanoglu menyatakan bahawa "tidak ada lagi alasan bagi umat Islam menjadikan tidak-ketersediaan bahan-bahan ilmiah dan teknis sebagai alasan untuk tidak dapat bersatunya hari-hari besar Islam terutama sewaktu penentuan ramadhan, Idul fitri dll.

Sekretaris Jendral OKI menambahkan "kegagalan" untuk menangani masalah ini menciptakan situasi yang memalukan bagi kalangan umat Islam sendiri .

Dia juga mengatakan bahwa persoalan mengadopsi penyatuan kalender Islam tetap memiliki subjek dari kepentingan pribadi dan banyak studi mencakup untuk periode yang panjang.

OKI sendiri adalah organisasi terbesar kedua dari organisasi antara pemerintah yang mana memiliki anggota 57 negara yang tersebar di empat benua.(fq/wb)

sumber

Ahmadinejad Menang, AS Cemburu

NIAGARA FALLS, Kanada 14 Jun - Amerika Syarikat (AS) semalam enggan menerima kemenangan besar Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan yang ia akan menyiasat dakwaan berlakunya penipuan undi.

Sebarang harapan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk memperoleh keputusan serupa dengan pilihan raya Lebanon baru-baru ini yang dimenangi pakatan sederhana yang mendapat sokongan Barat, nampaknya tidak menjadi kenyataan.

"Kita sedang memantau situasi di Iran, namun kami, seperti mana semua pihak di seluruh dunia, sedang menunggu dan melihat keputusan rakyat Iran," kata Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pada satu sidang akhbar bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit kemudian, White House mengeluarkan kenyataan dua baris ayat yang memuji 'perbincangan sihat dan minat yang tercetus daripada pilihan raya ini, terutamanya di kalangan golongan muda Iran', namun menyatakan kebimbangan mengenai 'beberapa perkara yang tidak kena'. - AP

sumber

Thursday, June 11, 2009

Kemalangan di Mesir

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Sumber

Ciksantun: Moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama golongan orang-orang yang beriman.. Ajal tidak mengenal usia. Doakan sahabat-sahabat yang terbabit itu semoga cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajian..

Wednesday, June 10, 2009

Ketua Tentera Thai Pantau Situasi Gawat di Selatan


SEORANG jemaah yang cedera dibawa turun dari ambulans untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di selatan Thailand, kelmarin. – AFP


NARATHIWAT 9 Jun - Ketua tentera Thailand, Jeneral Anupong Paojinda diarah melawat selatan negara ini hari ini, selepas berlaku insiden sekumpulan lelaki menembak mati 11 jemaah di sebuah masjid di wilayah Narathiwat, malam tadi.

Kerajaan mengarahkan Anupong terbang ke wilayah bergolak itu dalam usaha membawa penyerang-penyerang terbabit ke muka pengadilan, kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara.

"Saya telah mengarahkan Anupong supaya pergi ke selatan Thai untuk memantau situasi dan menangkap penyerang-penyerang terbabit.

"Saya tidak akan berkata-kata apa sehingga saya menerima laporan rasmi kerana isu ini sangat sensitif," kata Suthep.

Lima atau enam lelaki bersenjata automatik memasuki sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat, semasa solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah, menyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera,.

Serangan itu berlaku ketika keganasan memuncak semula baru-baru ini dan hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menyelesaikan pergolakan di selatan negara ini.

Suthep enggan menyatakan motif atau dalang di sebalik serangan itu, walaupun kerajaan sering menuduh puak pemisah Islam sebagai punca kebanyakan keganasan di selatan negara ini.

Penduduk kampung bagaimanapun berkata, serangan malam tadi adalah angkara pasukan keselamatan Thai kerana puak pemisah tidak mungkin menyerang masjid.

Jeneral Anupong, bagaimanapun menafikan pasukan keselamatan Thailand terbabit dalam serangan itu

Tentera mengesahkan Anupong akan melawat Narathiwat tetapi enggan membincangkan jadual lawatannya atau sama ada beliau akan mengunjungi daerah Cho-ai-rong.

Jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok berkata, hospital tempatan kini kekurangan bekalan darah disebabkan beberapa kejadian pertumpahan darah sejak beberapa hari lalu dan askar yang menaiki trak tentera menggunakan pembesar suara menggesa penduduk menderma darah.

"Kami menyeru semua penduduk Thai, sama ada yang beragama Buddha mahupun Islam, supaya menderma darah atas dasar kemanusiaan kerana hospital kini mengalami masalah kekurangan darah," menurut seruan itu. - AFP

sumber

Tentera Thai Terlibat dalam Pembunuhan di Masjid

Setelah kejadian 'pembantaian' umat Islam di masjid Isnin malam yang lalu yang dilakukan oleh sekelompok orang yang tidak dikenal, pemerintah Thailand terus menyalahkan kelompok-kelompok pejuang Muslim yang ada di selatan Thailand.

Pemerintah Thailand sendiri mengaku mereka telah membangun sebuah "kesepakatan yang lebih baik" dengan penduduk kampung dan semuanya dilaksanakan di bawah undang-undang dan sesuai dengan "hak-hak azazi manusia", kata jenderal Anupong Paojinda sambil menambahkan bahawa para pejuang muslim Thailand telah melakukan kesalahan dengan menyerang pegawai keamanan.

Pemerintah Thailand langsung meminta jenderal Anupong Paojinda untuk terbang ke wilayah tersebut setelah kejadian penembakan umat Islam di sebuah masjid di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun penduduk desa tetap menyalahkan pasukan tentera Thailand atas serangan berdarah itu, yang merupakan satu dari kejadian terburuk yang pernah terjadi di wilayah Thailand selatan.

Penduduk kampung Cho Ai-rong mengatakan mereka menduga kuat memang ada keterlibatan militer Thailand dalam pembantaian di masjid daripada keterlibatan pejuang Muslim.

"Saya yakin tidak mungkin ada pejuang Muslim yang sanggup menembak orang yang sedang sholat Isya di Masjid karena hal itu sangat sakral dan bertentangan dengan agama Islam," kata salah seorang penduduk kampung yang meminta namanya dirahsiakan sewaktu diwawancara.

Lebih dari 1000 orang penduduk kampung berkumpul di dekat masjid di Cho Ai-rong pada hari Selasa lalu untuk melihat lokasi kejadian serangan dan untuk menghadiri solat jenazah para syuhada.

Penduduk lokal mengumpulkan tubuh ke lapan-lapan orang yang terbunuh termasuk imam masjid, pada pagi Selasa kemudian memandikan dan mengkafani mereka untuk di solatkan sebelum nantinya dimakamkan.

Kelompok-kelompok HAM sebelumnya telah menyalahkan penyalahgunaan wewenang yang dilakukan tentera Thailand di wilayah selatan negeri itu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan pada tahun 2004 dimana terjadi pengepungan masjid yang dilakukan tentera Thailand dan mengakibatkan 32 orang meninggal.(fq/wb)

sumber

Monday, June 8, 2009

4 Pejuang PALESTIN Terbunuh

Isnin 8 Jun- 4 orang pejuang Palestin terbunuh ketika cuba menyusup ke wilayah Israel. Tentera pengganas Israel bertempur dengan 10 pejuang. Tiada kemalangan jiwa di pihak Israel.
Sungguhpun Perang Gaza sudah tamat, namun sesekali roket pejuang menerjah juga wilayah haram Israel.

Permainan AS-Iran?

“…Kemasukan kami ke Iraq telah membantu menguatkan kedudukan Iran. Secara relatifnya, Iran kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang kuat di rantau berkenaan. Kerana demikian, menurut pandangan kami salah satu objektif terpenting Iran ialah untuk mengelakkan kembalinya kestabilan di Iraq, begitu juga di Afghanistan. Sebarang perubahan yang berlaku di sana adalah sangat penting bagi Iran…”

“…sebagaimana kamu ketahui, saya telah menemui orang-orang Iran banyak kali sepanjang tahun-tahun perkhidmatan saya dalam kebanyakan sesi yang diusahakan oleh kerajaan ketika isu Afghanistan…".

“…Saya telah mengatakan kepada duta Iran sama ada di Iraq dan Afghanistan, dan saya menjelaskan kepada mereka bahawa apa yang kami usahakan di kedua-dua negara ini semestinya disokong oleh Teheran kerana tidak diragui mereka mendapat faedah daripada apa yang telah berlaku…”
sumber

Boikot Nestle untuk PALESTIN

Oleh ateq

"

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israel

Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia.



Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Sumber rujukan : InMinds >> Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nestle
Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

sumber

Pilihanraya LEBANON - Islam ataupun Kristian?

BEIRUT 7 Jun – Rakyat Lebanon keluar mengundi bagi pilihan raya Parlimen hari ini, di mana Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya akan cuba menggulingkan majoriti yang dipegang pesaing mereka yang mendapat sokongan Barat.

Stesen-stesen pengundian dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) dan kira-kira 50,000 anggota keselamatan ditempatkan di 26 daerah pengundian bagi mengawal situasi daripada berlaku kekacauan, dengan tumpuan yang lebih diberikan ke lokasi yang dijangka berlaku persaingan hebat.

‘‘Tidak akan ada masalah besar hari ini, tapi apabila keputusan diumumkan esok, masalah besar mungkin timbul,’’ kata seorang pemandu teksi, Ali Breiyteh, 25.

Pilihan raya tersebut yang menyaksikan pengundi-pengundi Kristian sebagai penentu kerana mereka menyokong kumpulan pesaing, bakal membentuk kerajaan untuk tempoh empat tahun akan datang. Kereta-kereta berperisai turut ditempatkan di jalan-jalan raya daerah Ashrafiyeh, yang dihuni masyarakat Kristian.

Pilihan raya Parlimen kali ini juga menyaksikan persaingan sengit antara pakatan-pakatan yang berselisih faham ekoran beberapa isu termasuk nasib kumpulan pejuang berfahaman Syiah, Hizbullah dan hubungan dengan negara jiran Syria yang mendominasi Lebanon sehingga 2005. – Reuters

sumber

Friday, June 5, 2009

Obama Jumpa Ikhwanul Muslimin

Demo aktivis Ikhwan di Mesir
Demo aktivis Ikhwan di Mesir
Beberapa sumber berita Mesir mengungkap adanya pertemuan rahsia antara delegasi organisasi sayap pembangkang Mesir al-Ikhwan al-Muslimun (Ikhwan) dengan Presiden Amerika Barack Obama.

Harian independen Mesir al-Mashri al-Yaum (AM, 4/6) menlaporkan, pertemuan tersebut terjadi pada dua bulan yang lalu di Washington untuk membahas beberapa agenda dan permasalahan politik.

Hadir dari pihak Ikhwan beberapa petinggi organisasi tersebut yang hidup di New York, serta beberapa petinggi lainnya yang tinggal di Eropa.

Dalam lansiran AM disebutkan, dalam pertemuan tersebut juga pihak Ikhwan mengajukan proposal sekaligus promisi tentang keberadaannya sebagai sayap moderat dan jauh dari api panggang ekstimisme Islam.

Ditambahkannya, justru Ikhwan tengah berupaya untuk meredam fenomena menyeruaknya ekestrimisme dan fundamenatalisme yang mengatasnamakan Islam. Ikhwan juga dikatakan boleh berkompromi dengan demokrasi dan sistem perselingan kepemimpinan.

Pemerintahan Mesir dikhabarkan mengetahui adanya pertemuan antara lawan politiknya dengan Obama baru-baru ini. Boleh diprediksikan, atas peristiwa ini pemerintahan Mesir akan melakukan langkah lain terhadap organisasi keagamaan dan kemasyarakatan terbesar di negeri itu.

Belum ada pengesahan dari Ikhwan sendiri kebenaran berita tersebut, seandainya berita ini benar maka Ikhwan telah menjadi semakin moderat dan semakin cair. Apakah ini tanda Ikhwan akan automatik berubah stigma nya dari daftar organisasi Teroris yang disematkan oleh Amerika kepadanya?? Wallahu A'lam(L2/am)

sumber

Thursday, June 4, 2009

SAUDI Memang Saudara Israel

Saudi oh Saudi. Sementara Yahudi Israel sibuk membangun kota dan perumahan di Jerusalem, negera yang dipimpin oleh Raja Abdullah itu terlibat dalam penyediaan trem atau kereta api yang akan beroperasi di Jerusalem, tentunya untuk kepentingan orang-orang Yahudi.

Adalah Haramain Express yang menjadi konsorsium dana penyediaan trem ini. Haramain bekerja sama dengan perusahaan sejenis asal Prancis, Alstom Transport. Keduanya adalah sebagian dari grup perusahaan yang membangun jaringan kereta api atau trem itu di Jerusalem, yang diharapkan untuk memperluaskan Jerusalem dan koloni Yahudi di Tebing Barat yang sudah diduduki.

Keikutsertaan Saudi ini jelas menjadi kontroversi. Perusahaan Saudi yang menangani projek ini tidak memberikan komentar apapun. Sekadar informasi, perusahaan Perancis yang diajak bekerja sama ini telah lama menjadi target boikot di Eropah, serta menghadapi perkara hukum yang oleh kelompok advokasi Asosiasi Solidaritas Perancis-Palestin di Paris.

Disinyalir dalam kes proyek ini, mantan presiden Prancis Jacques Chirac terlibat. Sedangkan Liga Arab dengan tegas telah menyatakan bahwa Saudi harus menghentikan projek Jerusalem itu. (sa/gulfn)

sumber

SATU UMAT- untuk melihat lebih banyak jenayah Wahabi Saudi yang bersangkutan dengan Israel, sila ke arkib "Info Arab Saudi" di bawah.


Anak Yusuf Qardhawi Perlekehkan Ikhwanul Muslimin

Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi
Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi
Anak lelaki ulama berkarisma Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qardhawi, menolak untuk menjawab secara panjang lebar ketika dia ditanya lebih jauh perihal keluarganya.

"Saya hanya ingin berbicara dalam kapasiti saya sebagai seorang penyair Mesir, dan tidak membawa-bawa keluarga saya," demikian kata Abdurrahman ketika sidang media di pejabat akhbar Aljazair, as-Syuruq (1/6).

Selain itu, Abdurrahman juga menolak secara tegas berbagai-bagai macam tuduhan yang dialamatkan kepada dirinya oleh beberapa media Arab yang mengatakan jika dirinya adalah Syi'ah.

"Saya bukan seorang Syi'ah, bukan pula seorang al-Ikhwan al-Muslimun. Saya adalah seorang Arab Nasionalis dan mencintai persatuan," tegas Abdurrahman.

Justru, Abdurrahman sedikit mengkritik organisasi yang diasaskan Hasan al-Banna itu dengan mengatakan "al-Ikhwan sepanjang tahunnya gigih merancangbangun (organisasi), namun mereka kalah dalam perang pemikiran yang sebenarnya."

Beberapa waktu sebelumnya, media-media Arab memberitakan bahawa Abdurrahman, putra Syaikh Yusuf al-Qardhawi, adalah seorang Syi'ah. Ini kerana ia menulis beberapa puisi yang menyinggung perang Israel-Palestin dan memuji Hezbollah.

Di samping itu, Hasan Nashrallah, pucuk pimpinan gerakan Hezbollah Lebanon yang berafiliasi Syiah, memberikan tanggapan atas puisi Abdurrahman dengan pujian melangit. Dus, Nashrallah pun mengutarakan keinginannya untuk dapat bertemu dengan Abdurrahman.

Ada benarnya lirik dari nasyid yang dinyanyikan oleh Raihan ; Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa...(L2/afq)

sumber

Tuesday, June 2, 2009

Mesti Tonton! Sejarah Kezaliman Soviet di AFGHANISTAN

Sungguhpun sekadar filem, tetapi nampak betul-betul seperti apa yang pernah berlaku di Afghanistan. Satu Umat sangat menggalakkan anda menontonnya.

Tentera AS di IRAQ Semakin Banyak Mampus

Bagi pasukan tentera AS di Iraq, perang sama sekali belum berakhir. Selama bulan Mei 2009, angka kematian tentara AS di Iraq meningkat.

Tambahan tentera AS yang mampus hanya 24 orang sepanjang satu bulan lalu, namun hal itu sudah cukup untuk memberikan gambaran bahawa hal ini mengalami peningkatan drastik. Keseluruhannya, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh AS, sejak 2003, tentera AS yang mampus di Iraq mencapai 4300 orang.

Dengan perkembangan ini, militer AS yang memang sedianya akan ditarik dari Iraq mulai September 2009 nanti, maka Jun ini akan diusahakan tidak lagi bertugas di jalan-jalan utama kota. Ini untuk menghindari korban lebih banyak lagi.

Namun, tentu saja, mampusnya tentera AS tidak seimbang dengan korban awam warga Iraq selama bulan Mei. Sekitar 124 orang awam maut akibat aktiviti tentera AS. Angka ini sebenarnya lebih sedikit dari korban yang maut bulan sebelumnya (April) yang berjumlah 355, demikian menurut laporan AFP.

Presiden AS Barack Obama telah berjanji untuk menarik semua pasukan AS dari Iraq, selain mereka yang terlibat dalam pelatihan, pada akhir 2011.

Nicholas Witchell, reporter BBC melaporkan bahawa kondisi terus meningkatnya korban dari pihak tentera AS, telah menimbulkan ketakutan dan kegelisahan di kalangan tentera AS. Mereka terus mendesak agar pemerintah AS segera menarik mundur tentera dari Iraq dengan alasan Iraq sudah mampu memerintah sendiri tanpa ada tentaea AS. (sa/bbc)

sumber

AS: Kami Akan Teus Sokong Israel

Inilah pendirian sebenar AS terhadap Israel. Haaretz, salah satu media Israel terbesar kaum Yahudi, Isnin (1/6) menyebutkan bahawa AS akan terus mendukung Israel dengan cara apapun.

Padahal, masih segar dalam ingatan kita, dua minggu yang lalu, media-media antarabangsa baik di AS ataupun luar AS menyebut, bahawa pertemuan presiden AS, Barack Obama dan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu diiberitakan berada dalam tegang, seperti juga hubungan dua negara tersebut. AS, dianggap tidak setuju dengan tindakan Israel tentang Palestin, dan Israel merasa AS tidak lagi mendukungnya. Ternyata itu semua hanya kamuflasi belaka.

Robert Wood, juru cakap deputi Rumah Putih, melaporkan hal ini. Wood menegaskan Obama akan selalu terus mendukung Israel. “Kami telah begitu lama meyakinkan Israel bahawa AS memperlakukan Israel dengan baik. Dan itu akan terus berlanjut.” Wood berkata. “Israel adalah sekutu dan rakan dekat AS, dan AS terus berkomitmen dengan itu.”

Pernyataan Wood ini sekaligus mematahkan pemberitaan New York Times sebelumnya bahawa Israel akan menendang AS kerana tidak mendukung kependudukannya atas Palestin.

Jadi, tidak hairan jika sekarang, Netanyahu mengingkari janjinya sendiri yang tidak akan membangun pemukiman Yahudi di Tepi Barat. Kerana faktanya, pemukiman Yahudi di Tebing Barat tetap saja dibangunkan. (sa/ha)

sumber