Thursday, July 30, 2009

Haniyah: Abbas & Mossad Bunuh Arafat

Perdana Menteri Palestin dari sayap Hamas, Ismail Haniyah menyatakan dokumen yang beredar berhubungan rancangan dan skandal pembunuhan mendiang Presiden Palestin Yasser Arafat oleh Mahmoud Abbas, Muhammad Dahlan, dan perisikan pengganas Mosad Israel adalah benar.

"Video dokumen itu asli. Arafat mati kerana dibunuh, dan pembunuhan itu direncanakan, dan salah satu dalang pembunuhan itu adalah Presiden Mahmoud Abbas," demikian dikatakan Haniyah dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Palestin di kota Gaza.

Dugaan keterlibatan Abbas pun kian kentara kerana pemerintahan autoriti Palestin yang dipegang Fatah di Tebing Barat tidak pernah melakukan inisiatif atau membentuk paskan khusus untuk menyelidiki dan mengungkap lebih lanjut hal-ehwal kematian Arafat yang oleh banyak pihak dipandang sangat ganjil.

Ditambahkan Haniyah, dari video tersebut juga terungkap serangkaian rencana Fatah yang bersekongkol dengan perisikan Israel untuk menangkap anggota sayap saingan mereka, Hamas, menangkapi para pemimpin sayap tersebut dan memenjarakannya.

Video tersebut diungkap baru-baru ini oleh Ketua Biro Politik PLO Farouq Qudumi yang juga pegawai teras sayap Fatah, dan disebarluaskan oleh pejabat berita Aljazeera. Akibat hal ini, Qudumi terancam dipecat dari Fatah dan pejabatcabang Aljazeera di wilayah Tebing Barat ditutup.

Sementara itu, dari pihak Fatah, mereka menolak kebenaran video tersebut, serta menyatakan Qudumi tengah berusaha menebar fitnah dan kebohongan. (L2/im)

sumber

10,000 Uighur Hilang Hanya dalam 1 Malam!

TOKYO 29 Julai - Pemimpin Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer mendakwa hampir 10,000 penduduk 'hilang dalam satu malam' semasa kekacauan etnik di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang pada awal bulan ini.

"Hampir 10,000 penduduk di Urumqi hilang dalam satu malam. Ke mana mereka pergi? Jika mereka terbunuh, di mana mayat mereka?" kata Rebiya yang bercakap dalam bahasa Uighur menerusi seorang jurubahasa di sini hari ini.

Rebiya, 62, pemimpin Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berkata: "Kerajaan China sedang cuba memusnahkan penduduk Uighur dan saya ingin memberitahu masyarakat antarabangsa tentang keadaan kami."

Beliau memetik sumber tempatan yang dihubunginya sebagai berkata, semasa kekacauan bermula 5 Julai itu, polis China melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk apabila bekalan elektrik terputus pada waktu malam dan keesokan paginya ramai lelaki Uighur didapati hilang.

Beijing menyifatkan Rebiya, ibu kepada 11 orang anak, sebagai 'penjenayah' yang mendalangi kekacauan antara kaum Uighur dengan etnik Han China di Xinjiang.

Sejumlah 197 orang terbunuh dalam rusuhan itu, lapor kerajaan China.

"Tanggungjawab terletak di bahu pihak berkuasa kerana mereka menyebabkan tunjuk perasaan yang sebelum itu berlangsung secara aman bertukar menjadi rusuhan ganas.

"Bagi penduduk Uighur, menyertai demonstrasi tidak ubah seperti membunuh diri," kata Rebiya pada sidang media di sini.

Beliau turut melahirkan rasa 'bingung dan kecewa' dengan reaksi AS terhadap kekacauan etnik itu.

"Reaksi AS agak dingin. Saya berasa bingung dan kecewa kerana saya tidak percaya AS akan terus berdiam diri.

"Saya percaya Washington akan memberikan reaksi sewajarnya," ujar beliau. - AFP

sumber

Wednesday, July 29, 2009

Harry Porter Promosikan Arak

Anak perempuan yang bernama Hermione (baca: Ermaini) itu mabuk. Temannya, Neville, menyiapkan botol minuman. Ron Weasley, si rambut merah, sedang mencicipi anggur memabukkan. Sedangkan Harry Potter berpesta khammer (khamar) dengan guru-gurunya.

Itulah salah satu gambaran yang mendominasi setiap filem Harry Potter, termasuk juga keluaran terbarunya, Harry Potter and The Half Blood Prince. Alkohol menjadi pemandangan yang cukup serasi. Dari satu gambar ke gambar yang lain, semua karakter di Harry Potter terlihat begitu dekat dengan minuman keras, baik para murid atau pun guru-gurunya sendiri. Ketika sedih ataupun gembira.

Filem yang diangkat dari novel karya J.K. Rowling dengan judul yang sama ini memang berjalan seiring usia para pemegang wataknya sendiri. Tidak seperti pada siri pertamanya, filem (dan novel) Harry Potter ke-6 ini sama sekali bukan filem keluarga. Banyak adegan percintaan yang muncul, seperti ciuman dan kehidupan dugem karakternya di kelab-kelabmalam. Namun pemandangan minum khammer itu sangat kasar. Di filem-filem sebelumnya memang ada juga, namun dalam filem ini, levelnya jauh meningkat.

Dalam salah satu adegan, Harry, Ron, dan Hermione berpesta bir di pub, dan Hermione mengakhirinya dengan teler berat dan pulang dengan terpaksa dipapah oleh kedua teman laki-lakinya.

Inilah yang kini dikhuatirkan oleh para orang tua di AS dan Barat sana. Liz Perle, ibu dari dua orang anak dan pemimpin redaksi Common Sense Media yang intens membahas isi web dan filem yang ditujukan untuk anak-anak, mengatakan bahawa menegok alkohol dalam filem Harry Potter begitu mekanik. Ertinya ia memang disusun sedemikian rupa. “Hermione adalah seorang gadis belia yang ketat, namun ia bebas minum khammer.” Ujarnya, “Pesannya sangat jelas, khammer membuat anda berani meletakkan tangan anda pada lelaki yang anda kenal.”

Orang tua lainnya juga berpikiran sama. Daniel Isaacs, seorang pelaku dalam industri iklan di New York, berkata, “Nilai-nilai universal Harry Potter bukan budaya kita. Mencoba meletakkan norma-norma AS tahun 2009 pada filem sangat bodoh.”

Para pendidik mengingatkan para orang tua tentang (bahaya) edukasi alkohol dalam Harry Potter, baik filem ataupun novelnya. Barat dan AS memang mempunyai perbezaan dalam urusan menegok bir. Misalnya, Brirain membolehkan anak 18 tahun untuk minum. Tahun 2007, sebuah kajian di Jerman menyatakan 5,600 remajanya kecanduan minuman akibat doktrin dari filem Amerika.

Warner Brothers, yang mengeluarkan filem ini, mengatakan bahawa adegan mabuk dalam filemnya memang mengundang banyak interpetasi. “Kami hanya mengikuti senario yang ditulis Rowling.” Demikian pernyataannya melalui e-mel. Sedangkan Rowling sendiri menolak untuk berkomentar.

Alison Turner, seorang ekspatariat Britain yang memiliki perniagaan internet di Florida, AS, mengatakan, “Konteks filem ini tidak nyata. Tak ada sekolah sebenar, guru sebenar, ataupun murid sebenar. Jadi, minum bir itu juga bukan sebenar. Saya kira, bahkan anak-anak tidak tahu apa bir itu sesungguhnya.” (sa/nyt)

sumber

Tuesday, July 28, 2009

'Juruselamat' Yahudi akan Usir Arab dari PALESTIN

Seorang Rabi Yahudi garis keras yang juga pemimpin spiritual Partai Konservatif Shash Israel, Ovadia Yousef, mengingatkan Amerika untuk tidak ikut campur mengatur-atur urusan Israel.

"Kami bukan budak mereka, kami bukan hamba Amerika," kecam Yousef sebagaimana dikutip harian Al-Quds (27/7).

Yousef mengeluarkan reaksi keras dan kecaman tersebut pasca peringatan pemerintahan Amerika kepada Israel untuk menghentikan pembangunan pemukiman (istithan) di wilayah Palestin yang dijajah.

"Amerika tak boleh mengatur kami, dan kami tidak akan patuh begitu saja kepada kata-kata mereka."

Yousef juga menegaskan, pembangunan pemukiman Yahudi di Jerusalem adalah sebuah keniscayaan kerana kota purba tersebut diyakini sebagai kota suci mereka, juga kerana orang-orang non-Yahudi tidak berhak menduduki dan tinggal di kota itu.

"Juru selamat (*baca- Dajjal) kami akan mengusir dan mengeluarkan orang-orang Arab, syaitan-syaitan musuh kami, ke luar Jerusalem," kata Yousef.

Rabi untra-fundamentalis itu juga mengatakan, kuil Sulaiman sepatutnya dapat dibangun kembali, tetapi orang-orang Arab berada dan tinggal di area tempat terbangunnya kuil suci. (L2/qds)

sumber

Perang di NIGERIA Semakin Buruk

Kekerasan terus berlanjutan di Nigeria yang mengakibatkan jatuhnya banyak korban. Negeri yang berpenduduk antara Muslim dan Kristian hampir seimbang, konflik yang bersifat sara berlanjut terus. Belum lama di wilayah utara terjadi berbalas tembak antara pasukan keamanan dengan kelompok militan Islam. Akibat berbalas tembak itu, lebih dari 100 orang terbunuh, yang sebahagian besar ialah anggota militan.

Peristiwa berbalas tembak itu terjadi di Maiduguri, di negara bahagian Borno, di mana ratusan orang telah meninggalkan kampung halaman mereka. Konflik itu terus berlanjut, dan korban jatuh semakin banyak jumlahnya. Di Postikum juga terjadi berbalas tembak antara pasukan keamanan dengan kaum militan Islam,yang menginginkan ditegakkan syariah Islam. Para pejuang Islam yang berada di wilayah itu, membakar sebuah pejabat polis, yang mengakibatkan kerosakan hebat.

Konflik itu menjadi lebih keras lagi, ketika seorang ulama Muhammad Yusuf, yang menyerukan agar masyarakat menentang pendidikan Barat, yang sekular. Yusuf menyatakan, bahawa pendidikan Barat itu bertentangan dengan Islam, tegasnya. Memang, kerana di Nigeria masalah pendidikan menjadi masalah yang sangat meruncing, di mana kaum Salibis yang berkuasa di negeri itu, memaksakan sistem pendidikan Barat, yang sangat mengganggu bagi umat Islam. Bahkan, banyak terjadi pemurtadan yang dilakukan misi Kristian di negeri itu.

Selain itu, serangan juga terjadi di kota Wudil, yang terletak di wilayah Kano, kota terbesar di belahan utara Nigeria. Meskipun, jam sudah diberlakukan, belum ada tanda-tanda kekerasan akan segera berakhir. Di wilayah utara yang majoriti penduduknya beragama Islam, hukum Islam (syariah Islam) telah diberlakukan secara efektif. Langkah-langkah memberlakukan syariah Islam terus dilakukan di seluruh wilayah utara, yang menjadi tuntutan umat Islam di negara bahagian utara Nigeria.

Nigeria berpenduduk lebih kurang 150 juta jiwa yang majoriti umat Islam, dan sebahagian lainnya, yang ada di wilayah Selatan memeluk agama Kristian. Namun, saat ini pemerintahan di Nigeria dipegang oleh Jenderal Umaru Musa Ya 'Adua, yang beragama Islam. Meskipun, banyak pos strategis yang dipegang atau dijawat oleh tokoh-tokoh Kristian. (m/bbc)

sumber

Perak dan Terengganu Mungkin Pilihanraya

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya�pada satu program di sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu. - mj/mks.

sumber

Monday, July 27, 2009

FATAH Dapat US 200 Juta dari Amerika Syarikat

Pemerintahan Autoriti Palestina pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mendapat suntikan dana segar dari sekutunya, AS sebesar 200 juta dollar AS. Menurut Menteri Luar AS Hillary Clinton, dana itu disalurkan secara langsung sebagai bantuan untuk memenuhi keperluan mendesak pemerintahan Abbas.

Dana segar itu kata Hillary, merupakan paket bantuan dari negara-negara penyumbang yang menyatakan komitmen bantuannya pada pada pemerintahan Abbas bulan Mac lalu. Clinton menambahkan, dana itu juga sehagian dari bantuan pemerintah AS untuk menjaga perdamaian di Timur Tengah dan merupakan bantuan yang penting untuk mereformasi kembali autoriti Palestina. Menteri Luar AS itu meminta agar dana bantuan digunakan dengan bertanggung jawab dan telus.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin pilihan Abbas, Salam Fayyad menyatakan bahawa dana segar bantuan AS itu akan dimanfaatkan untuk mengatasi krisis hutang pemerintahannya, terutama untuk memenuhi keperluan warga Palestin di Tebing Barat.

"Dana sebesar itu sebenarnya tidak cukup untuk menutup defisit anggaran autoriti Palestin sebesar 1.45 billion dollar untuk tahun 2009, kerana pemasukan autoriti Palestin hanya sebesar 606 juta dollar AS," kata Fayyad.

Di sisi lain, pemerintahan autoriti Palestin yang dipimpin Abbas dicurigai telah banyak melakukan penyelewengan wang negara dan Hamas pernah membongkar tindak korupsi yang dilakukan para pejabat pemerintahan Palestin dari Fatah dengan bukti sejumlah dokumen.

Tahun 2007 lalu, sesaat setelah berhasil menguasai Gaza, Hamas memperolehi sekurang-kurangnya 40 dokumen yang membuktikan maraknya korupsi dan nepotisme yang dilakukan para pegawai FATAH. Berdasarkan dokumen tersebut diketahui, bahawa pejabat Fatah dan PLO telah menggunakan wang milik rakyat Palestin untuk melancong ke luar negeri, membiayai anak-anak mereka di luar negeri, masuk ke rekening peribadi, membeli hadiah-hadiah mahal untuk para pegawai keamanan PLO dan biaya pengubatan mereka.

Menurut pegawai senior Hamas, Mahmoud Zahar, para pegawai Fatah dan pasukan keamanannya juga bebas menerima rasuah, melakukan perniagaan penyeludupan termasuklah narkotik. (ln/pic)

sumber

Bazar Senjata di Pakistan

Darra Adamkhel hanyalah sebuah kota kecil yang kumuh, terdiri dari satu jalan utama dengan beberapa lorong dan di dalamnya banyak toko-toko dan pabrik-pabrik kecil, merupakan salah satu tempat yang paling terkenal dan sangat unik yang ada di Pakistan.

Di tempat ini, di mana setiap orang dapat dengan mudah membeli senjata yang dibuat oleh penduduk tempatan - yang dapat memproduksi tiruan dari berbaga-bagai macam senjata yang ada di dunia.

Kami dapat meniru berbagai macam senjata, bahkan sebuah roket peluncur," kata Gulrez Khan seorang 'dealer' senjata yang ada di kota tersebut kepada IOL.

Darra Adamkhel, hanya setengah jam perjalanan dari Peshawar - ibukota propinsi perbatasan barat laut Pakistan, aslinya adalah sebuah pabrik senjata dari wilayah kesukuan tersebut.

Kota ini juga merupakan penghubung dari pengiriman senjata ilegal yang melintasi Pakistan dan merupakan salah satu pasar senjata swasta yang terbesar di Asia.

Setiap jenis senjata ringan dari pistol sampai ke senapang dan senapang mesin terkenal Rusia seperti Kalashnikov atau AK47 dan senjata-senjata lainnya dijual disini.

Sejak lima tahun yang lalu, pabrik senjata yang ada di Darra Adamkhel juga telah memproduksi bom dan peluncur roket.

Walaupun pemerintah berusaha menghentikan produksi senjata-senjata berat dari sana, namun sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa beberapa senjata seperti peluncur roket yang sedang dibuat, merupakan pesanan dari pelanggan khusus.

Menurut sumber setempat, sekitar 2000 keluarga yang ada di sana terlibat dalam perniagaan memproduksi senjata.

Semua anggota keluarga turut membantu dalam perniagaan ini dan 'mewariskan' ketrampilan membuat senjata ini turun menurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Menurut UU di wilayah federal administratif kesukuan (fata),tidak diperlukan adanya izin untuk pengadaan atau membawa senjata sejauh 700 km sepanjang wilayah kesukuan mulai dari perbatasan Aghanistan selatan dan timur laut Afghanistan.

Darra Adamkhel pada akhir-akhir ini mengalami perkembangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. "Pengadaan senjata untuk kedua belah pihak Taliban dan suku-suku setempat mengalami peningkatan," kata Khan seorang dealer senjata kepada IOL.

"Kami terpaksa menambah pekerja untuk menanggulangi meningkatnya pesanan terhadap senjata yang kami buat. Mereka akan bekerja sampai akhir bulan untuk memenuhi pesanan atas pengadaan senjata."

Menurut dealer dan pembeli, satu senapang mesin AK-47 dijual hanya sekitar 225 dollar, dan saat ini mengalami kenaikan harga menjadi 1500 dollar.

Harga Kalashnikovs membubung tinggi sejak terjadinya peningkatan serangan pemerintah terhadap Taliban yang berada di lembah Swat.

Penduduk sipil pun banyak yang membeli senjata sebagai alat melindungi diri karena kurangnya perlindungan yang dilakukan pemerintah terhadap mereka.

Ali Subhan, seorang pedagang buah-buahan setempat, merupakan salah satu dari masyarakat yang membeli senjata lain yang di produksi di Darra Adamkhel.

Setelah tawar menawar singkat, saya akhirnya membayar 125.000 Rs atau sekitar 1500 dollar untuk satu senapang Kalashnikov.

"Saya telah memiliki senapang dan pistol di rumah, namun sayamesti memiliki lebih banyak lagi," kata Ali kepada IOL.

"Sesuatu kejadian yang membahayakan boleh terjadi kapan saja."

"Memiliki senjata adalah tradisi dari suku kami, apakah dalam kondisi damai ataupun perang. Tetapi dalam hari-hari saat ini, senjata telah menjadi suatu kemestian bagi kami," kata Alia seorang dari etnis Pushtun yang baru membeli senapang yang dia gantungkan di bahunya.

"Kami tidak boleh tanpa senjata dalam hari-hari ini. Anda tidak akan pernah tahu siapa, biladan di mana anda akan mengalami serangan."(fq/iol)

sumber

Taliban Punya Kod Etika Rasmi

Pimpinan Taliban di Afghanistan, Mullah Omar mengeluarkan dokumen berisi aturan kod etika bagi seluruh pasukannya. Dokumen itu terdiri dari 13 bab, 67 pasal yang mesti menjadi acuan para pejuang Taliban tentang apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan.

Isi dokumen itu mengindikasikan bahawa Taliban akan lebih memusatkan komando operasinya dan menunjukkan Taliban bukan lagi gerakan yang merahsiakan tata cara perlawanan dan operasi yang akan mereka lakukan.

Al-Jazeera di Afghanistan yang berhasil mendapatkan dokumen itu dalam laporannya menyebutkan, salah satu isi dokumen mengatur etika bom bunuh diri. Disebutkan dalam dokumen itu bahawa aksi-aksi bom bunuh diri mestilah menghindari jatuhnya korban dari kalangan rakyat awam. Bom bunuh diri mesti dilakukan hanya untuk sasaran-sasaran yang dianggap utama dan penting.

"Seorang muslim yang berani selayaknya tidak dimanfaatkan untuk sasaran yang tidak penting. Bom bunuh diri seboleh-bolehnya mungkin dilakukan dengan menghindari korban di kalangan awam," demikian yang tertulis dalam kod etika Taliban. Disebutkan pula perlawanan yang dilakukan Taliban mestilah mampu menarik simpati dari masyarakat tempatan.

"Para mujahidin mesti berperilaku sopan dan harus menunjukkan sikap yang baik demi kepentingan bangsa dan merebut hati umat Islam pada perjuangan Taliban. Para mujahidin mesti menghindari sikap diskriminatif atas dasar kesukuan, bahasa dan asal wilayah mujahidin lainnya," demikian tertulis dalam buku panduan kode etik itu.

Dokumen yang dibuat dalam bentuk buku saku itu, diberi judul "Panduan dari Pemerintahan Islam di Aghanistan bagi Para Mujahidin". Dalam buku saku itu dicantumkan struktur organisasi dan apa tujuan gerakan Taliban di Afghanistan, dan salah satu pernyataan yang didakwa sebagai pernyataan Mullah Omar yang melarang para muhajidin membentuk kelompok atau batalion baru, selain Taliban.

"Kelompok-kelompok atau batalion liar yang menolak bergabung dalam struktur resmi Taliban, selayaknya dilarang," kata Omar. Sejauh ini, para komandan Taliban diberi hak autonomi masing-masing. Mereka memegang pengurusan wilayah masing-masing dan boleh memutuskan sendiri operasi yang akan mereka lakukan.

Dalam kode etika Taliban itu juga tercantum panduan bagaimana Taliban mesti memperlakukan para tawanannya. Di buku itu tertulis, jika ada seorang pegawai, tentera, kontraktor atau pekerja dari kalangan pemerintahan Afghanistan yang tertangkap, mereka tidak boleh diserang ataupun dilukai.

"Keputusan apakah akan ada pertukaran tawanan atau pembebasan tawanan dengan jaminan yang kuat, mesti dilakukan dengan pemimpin peringkat wilayah. Pembebasan tahanan dengan kompensasi wang, tidak dibenarkan," masih menurut buku panduan Taliban.

Dituliskan pula bahwa jika ada "tentera musuh" yang tertangkap, maka yang memutuskan apakah tentera itu mesti dibunuh, dibebaskan atau ditukar dengan tawanan dari Taliban, hanya boleh diputuskan oleh imam-dalam hal ini Mullah Omar-atau timbalan imam.

Pihak Taliban Mullah Omar belum memberikan kepastian tentang keabsahan dokumen yang tiba-tiba muncul menjelang pelaksanaan pilihanraya presiden di Afghanistan yang akan berlangsung bulan Ogos mendatang. Di saat para calon berebut simpati rakyat dengan berbagai-bagai manifestonya, Taliban juga berusaha untuk meyakinkan rakyat Afghanistan

sumber

Friday, July 24, 2009

Video Pengenalan Jordan



Video pengenalan untuk bakal pelajar ke Jordan (khususnya perubatan & pergigian).
Video ini ditayangkan pada program perkongsian senior JUST di INTEC pada 22hb Jun 2008.

Thursday, July 23, 2009

Israel Buka Kelab Malam Berhampiran Al-Aqsa

Israel memang kurang ajar. Rejim Zionis itu memberi izin operasi sebuah kelab malam berhampiran Masjid Al-Aqsa, Masjid suci ketiga bagi seluruh umat Islam di dunia. Untuk acara pembukaan, pengelola kelab malam menghadiahkan kemasukan percuma.

Berdirinya kelab malam Israelberhampiran Masjid Al-Aqsa menuai reaksi keras dari Menteri Wakaf Palestin di Gaza, Dr. Taleb Abu Sha'ar dalam pernyataannya bukan hanya mengutuk rejim penjajah Israel yang telah mengabulkan berdirinya kelab malam tersebut, tapi juga mengecam undangan yang disebarkan kerana bergambar para penari kelab malam dengan latar belakang Kubah Batu yang menjadi ciri khas Masjid Al-Aqsa.

Abu Sha'ar mengingatkan, apa yang dilakukan Zionis Israel makin membahayakan keberadaan tempat suci umat Islam itu. Kerana selain memberi keizinan operasi kelab malam, Israel juga memberi izin pembangunan sinagog-sinagog Yahudi di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Rejim penjajah itu bahkan mengumumkan akan membangun sebuah desa wisata Yahudi di bawah sinagog-sinagog tersebut.

Abu Sha'ar menyerukan negara-negara Arab dan Islam agar lebih agresif mengambil tindakan untuk menyelamatkan kota Jerusalem dan kompleks Masjid Al-Aqsa dari kehancuran yang dilakukan Israel, termasuk mencegah makin meluasnya pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin.

Israel bercita-cita merebut Jerusalem yang menjadi hak rakyat Palestin, dengan cara melenyapkan bukti-bukti sejarah kota itu, mengerahkan kominti Yahudi untuk menetap di Jerusalem dan merosak berbagai-bagai tempat suci di Jerusalem. (ln/pic)

sumber

Anak Usamah Ladin Terbunuh di Pakistan

Sebuah berita yang belum dapat disahkan kebenarannya menyatakan AS telah meyakini anak laki-laki dari Usamah bin Laden pimpinan tertinggi gerakan Al-Qaidah - Saad bin Laden telah terbunuh dalam sebuah serangan misil Amerika di Pakistan.

Saad bin Laden dilaporkan menghabiskan hari-harinya di bawah tahanan rumah di Iran sebelum dia melakukan perjalanan ke Pakistan tahun lalu, menurut mantan direktur perisikan nasional Mike McConnell.

Seorang pejabat senior pada AS Counterterrorism mengatakan bahawa tanpa tubuh dari Saad untuk di test DNA nya, akan sulit untuk sepenuhnya meyakini bahwa putra Usamah bin Laden tersebut telah mati. Namun agen rahsia AS meyakini 80 sampai 85 persen mereka yakin bahwa yang mereka tembak itu adalah Saad bin Laden.

Lembaga AS Counterterrorism secara rasmi mengatakan sebenarnya Saad bin Laden bukan merupakan sasaran yang terlalu penting bagi AS - hanya saja dia berada di waktu dan tempat yang salah.

Saad bin Laden menurut pejabat AS juga aktif dalam gerakan Al-Qaidah, namun bukan sebagai pemain utama. "Kami membuat sebuah transaksi besar atas terkorbannya Saad, kerana nama belakangnya adalah bin Laden," kata seorang pejabat resmi AS.

Belum diketahui apakah Saad bin Laden sewaktu ditembak oleh misil pesawat tempur AS, sedang berada berhampiran ayahnya ketika dia mati.(fq/npr)

sumber

Panglima Udara AS Kini Seorang Yahudi

Jenderal Norton A.Schwartz merupakan Yahudi pertama di AS yang baru-baru ini diangkat menjawat jawatan tertinggi di jajaran militer AS sebagai Panglima Angkatan Udara AS. A.Schwartz belum lama ini melakukan kunjungan ke Israel, dan bertemu dengan Ketua Staf Gabungan Angkatan Bersenjata Israel, Letnan Jendral Gabi Ashkenazi. A.Schwat juga bertemu dengan Panglima Angkatan Udara Israel, Major Jendral Ido Nehushtan.

Kunjungan yang dilakukan Norton A.Schwartz yang berlangsung selama empat hari itu, mendahului kunjungan Presiden AS Barack Obama, yang dijadualkan minggu depan ini akan berkunjung ke Israel, membahas isu masalah keamanan, solusi perdamaian dengan opsi dua negara, serta pemukiman Yahudi di Tebing Barat, di mana pemerintah AS menginginkan agar pembangunan pemukiman itu diberhentikan.

Pertemuan pemimpin tertinggi AS, seperti Presiden Barack Obama, Menteri Pertahanan Robert Gate, Ketua Penasihat Keamanan Nasional James Jone, dan penasihat khusus Rumah Putih, Dennis Ross, dan akan dijadualkan melakukan dialog langsung dengan sejumlah pemimpin negeri Zionis itu. Sebelumnya, di Rumah Putih berlangsung pertemuan antara tokoh-tokoh utama Yahudi, dan para pemimpin organisasi lobbi Yahudi AS telah bertemu dengan Obama. Mereka menolak sikap pemerintahan Obama yang menginginkan diterapkan solusi dua negara dan penghentian pembangunan pemukiman Yahudi di Tebing Barat.

Namun, kedatangan sejumlah tokoh penting dibidang keamanan AS, seperti Menteri Pertahanan, dan Penasihat Keamanan Nasional itu, termasuk Panglima Angkatan Udara AS, Norton A.Schwart yang masih berdarah Yahudi itu, semakin memperkuatan spekulasi, bahawa Israel akan menggunakan kekuatan militernya menyerang Iran.

Dalam pertemuan antara A.Schwartz dengan Nehushtan dibahas pembelian pesawat tempur yang paling canggih generasi baru pesawat tempur, F-35, di mana Israel akan mendapatkan pesawat tempur super canggih, sebanyak 25 buah. Kesepakatan ini telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan AS Robert Gate dengan fihak Israel.

Dengan posisi Norton A.Schwartz itu, para pemimpin Israel dapat memanfaatkan untuk melakukan serangan udara ke wilayah-wilayah negara-negara Islam, seperti yang terjadi di Afghanistan dan Pakistan, dan yang menjadi korban adalah rakyat sipil, yang ada di perbatasan Pakistan, seperti Waziristan, dan yang dituduh sebagai sarang Taliban dan al-Qaidah. Termasuk serangan ke Gaza, Januari lalu. (m/jp).

sumber

Teleskop Terbesar Dunia di Hawaii 2018


GAMBARAN artis mengenai teleskop terbesar di dunia yang akan dibina di Hawaii dan dijangka siap pada 2018. - AP


HONOLULU 22 Julai - Hawaii semalam dipilih sebagai tapak teleskop terbesar di dunia, iaitu sebuah peralatan yang berkuasa besar untuk membolehkan para saintis melihat sejauh kira-kira 13 bilion tahun cahaya dan mendapat petunjuk kepada kelahiran alam semesta

Cermin teleskop seluas hampir kira 30 meter dari garis pusat, atau hampir sama panjang dengan sayap pesawat Boeing 737. Ia akan menjadi begitu besar dan berupaya untuk mengumpulkan cahaya yang pernah dilihat dan digunakan kira-kira 13 bilion tahun dahulu untuk bergerak ke bumi.

Ini bermaksud ahli-ahli astronomi boleh melihat melalui teleskop untuk melihat imej pertama bintang dan galaksi yang membentuk kira-kira 400 juta tahun dahulu selepas berlaku letupan besar (Big Bang).

"Ia akan memberi kami mengetahui sejarah mengenai alam semesta,'' kata jurucakap Thirty Meter Telescope Observatory Corp., Charles Blue.

Teleskop itu dijangka siap pada 2018, dibina di puncak gunung berapi yang sudah mati dan popular di kalangan ahli-ahli astronomi kerana puncaknya berada pada ketinggian 4,205 meter dari paras laut dan menawarkan pemandangan yang jelas ke langit untuk selama 300 hari dalam setahun.

Kedudukan Hawaii yang di tengah-tengah Lautan Pasifik juga bermakna kawasan itu bebas daripada pencemaran udara. Bilangan bandar di dalamnya juga bermakna tidak akan ada cahaya buatan manusia yang menganggu pemantauan. - AP

sumber

SATU UMAT : Umat Islam di mana?

Monday, July 20, 2009

Jihad Penyelesai Isu Palestin

Seorang ulama Qatar pada Jumaat lalu mengatakan bahawa pembebasan Jerusalem dan Palestin hanya boleh dilakukan dengan jihad bukan melalui rundingan damai.

Pada khutbah Jumaat itu, Syeikh Abdullah Al-Bakri mengatakan Israel tidak akan menyerahkan Al-Quds (Jerusalem) melalui negoisasi dan rundingan damai dengan rakyat Palestin dan masyarakat Arab.

"Dalam keyakinan orang Yahudi, Jerusalem merupakan warisan dan sebagian dari pemahaman keagamaan mereka dan mereka tidak akan melepaskan Jerusalem. Oleh kerana itu, Yahudi tidak akan melepaskan Jerusalem begitu saja melalui damai atau meskipun mereka menerima adanya rundingan damai tersebut," kata Syeikh Bakri dalam khutbah Jumaatnya di masjid Umar bin Khattab di kota Khalifa Qatar.

"Sebagaimana ucapan dari para pemimpin mereka, Israel mungkin akan melepaskan Tel Aviv tetapi tidak mungkin bagi mereka untuk menyerahkan Jerusalem," kata Syeikh Bakri menambah.

Syeikh Bakri merupakan seorang pakar pada kementrian Waqaf dan urusan KeIslaman Qatar, ia juga mengkritik banyak negara-negara Muslim yang berusaha mengurangi subjek pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah terutama soal Palestin, sambil mengatakan umat Islam harus memahami bahawa persoalan Palestin juga sebagian dari subjek pelajaran Agama Islam bukan sekedar persoalan politik ataupun persoalan lokal Palestin saja.

'Palestin hanya akan akan terbebas oleh para Mujahidin yang setia, seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad kepada kita,"imbuhnya.(fq/gt)

sumber

Saturday, July 18, 2009

Baju Menghina Allah & Islam di Amerika


sumbe
Kembali penghinaan dan pelecehan terjadi kepada Islam dan umat Islam.

Sebuah jaringan toko retail terkenal yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, sepatu tas dan lainnya bernama Nordstrom - yang berpusat di Amerika Syarikat, baru-baru ini telah melakukan penghinaan terhadap Islam dan umat Islam.

Nordstrom telah menjual T-Shirt bergambar kaligrafi yang bertuliskan kalimat dalam bahasa Arab, tertulis di kaos tersebut "Allah Arrahman Arrahim".

Sampai saat ini belum ada pernyataan rasmi dari Nordstrom berkaitan jaringan tokonya menjual kaos yang menghina dan melecehkan Islam tersebut.(fq)

sumber

Terima Hamas- Israel Marah Switzerland

Kementerian Luar Negeri Israel mengungkapkan kemarahannya terhadap negara Swiss kerana Swiss telah melakukan dialog dengan perwakilan gerakan Hamas, Palestin. Kedutaan Israel di Bern sampai merasa perlu mengeluarkan pernyataan dan mengaku terkejut dengan adanya pertemuan itu.

"Kami terkejut negara Swiss memberikan visa bagi para perwakilan organisasi yang oleh dunia antarabangsa diakui sebagai organisasi pengganas," demikian pernyataan kedutaan Israel di Bern.

Sementara itu, Jubir Kementerian Luar Negeri Israel, Yigal Palmor mengatakan bahawa Israel marah dengan tindakan pemerintah Swiss. "Kami marah, meskipun Swiss bukan anggota Uni Eropa, Uni Eropa masih mengakui Hamas sebagai organisasi pengganas," kata Palmor.

"Dengan menerima secara resmi delegasi Hamas, Swiss dianggap telah menempatkan dirinya sebagai sebahagian dari negara-negara yang moderat," sambung Palmor.

Akhbar Israel, Haaretz dalam laporannya menyebutkan bahawa sejumlah diplomat Swiss telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas di Geneva, di sela-sela sebuah konferens riset yang diadakan di Swiss bulan Jun lalu. Para pegawai berwenang di Swiss menegaskan, sebagai negara yang neutral, Swiss sudah biasa menjadi "jambatan" antara pihak-pihak yang bertikai.

Menteri Luar Swiss, Micheline Calmy-Rey dalam siaran radio tempatan bahkan mengatakan bahawa Hamas merupakan "peranan penting" di Timur Tengah dan tidak boleh dikesampingkan jika ingin mencari penyelesaian konflik Israel-Palestin. (ln/prtv)

sumber

Friday, July 17, 2009

Harry Porter & Yahudi

Harry Potter and The Half Blood Jews. Atau Harry Potter dan Yahudi Berdarah Campuran. Begitu bunyi plesetan yang sekarang tengah banyak beredar di AS dan Barat, sehubungan dengan filem terbaru Harry Potter yang baru dikeluarkan, “Harry Potter and The Half Blood Prince”. Diangkat dari novel dengan judul yang sama, filem ini hanya dalam waktu satu hari saja sudah memecahkan rekor box office dengan mengeruk keuntungan yang melebihi filem-filem lainnya dan segera saja menyedot perhatian dunia.

Buku dan filem keenam Harry Potter ini disinyalir banyak berhubungan dengan Yahudi. Seperti buku “Potter” J.K. Rowling lainnya yang terjual jutaan kopi—“Prince” (atau pangeran) biasanya dihubungkan sebagai metafora untuk rasisme dan pembersihan etnik, termasuk tokoh-tokoh yang mengacu pada “pure-bloods” (darah murni), “half-bloods” (darah campuran) atau mudblood (hinaan rasis yang ditujukan pada mereka dalam cerita Harry Potter yang tidak dilahirkan dari keluarga penyihir).

Dalam filem barunya, diceritakan bagaimana Lord Voldermort (salah satu tokoh sentral dalam Harry Potter sekaligus musuh besarnya) menjalani masa kecilnya dan kemudian berubah menjadi pembantai keji orang-orang yang tak boleh sihir (muggles). Menurut David Heyman, produser Potter kelahiran Inggeris, semua tindakan Lord Voldemort dan pengikutnya mirip seperti Nazi Jerman. “(Mereka semua) seperti bangsa Arya dalam pemikiran Hitler.”

Daniel Radcliffe—pemegang watak Harry Potter sejak filem pertama—adalah keturunan Yahudi, berasal dari ibunya, dan Daniel sendiri sudah menyatakan kalau ia seorang Yahudi. Heyman sendiri sama dengan Radcliffe, adalah seorang keturunan Yahudi. Ia bahkan telah membuat sebuah filem tentang Holocaust di tahun 2008 berjudul “The Boy in the Striped Pajamas.”

Helena Bonham Carter, memerankan Pelahap Maut Bellatrix Lestrange juga seorang Yahudi yang berasal dari ibunya. Jason Isaacs, juga Pelahap Maut memerankan Lucius Malfoy, adalah seorang Yahudi. Isaacs mengatakan bahawa ia sedang mempertimbangkan apakah ia akan menyatakan ia seorang Yahudi ataukah tidak, berkaitan dengan kariernya.

Harry Potter seorang Yahudi

Pada tahun 2005, pada 29-31 Juli, sekitar 250 orang penggemar Potter bahkan berkumpul di Reading Universiti, Britain, mendiskusikan bahawa Harry Potter adalah seorang anak lelaki Yahudi. Presenter Amy Miller mengatakan bahawa Harry Potter mempunyai nama Yahudi “has a yiddishe neshama” atau bererti seorang anak lelaki Yahudi yang baik. “Dia memang tidak mengenakan topi khas Yahudi, tidak bersekolah di Hebron, atau tidak melaksanakan kosher (makanan Yahudi), tapi dia sangat peduli terhadap orang lain, baik, dan mempertahankan keyakinannya. Ini adalah gambaran tentang sikap Yahudi yang sesungguhnya.”

Diskusi akademik yang lain juga terjadi mengenai cara dan jalan hidup Potter. Menurut Cia Soutter, perkembangan Harry sama dengan kabbala, “pohon kehidupan.” Sedangkan Gila Bar Hilel, penerjemah buku-buku Harry Potter dalam bahasa Israel, mengatakan, “Saya tidak berpikir bahwa orang akan mengklaim Harry Potter seorang Yahudi.

Taliban dicurigai telah mendapatkan serta menggunakan informasi yang diperolehi dari internet berkaitan dengan jadual rutin perjalanan pasukan Denmark yang bermarkas di wilayah Helmand Afghanistan, menurut informasi yang disiarkan oleh media.

Danish Defense Intelligence Service (DDIS) telah mengesan adanya pelacakan komunikasi internet yang dilakukan oleh pihak lain terhadap mereka. Berkaitan dengan hal itu,DDIS memberi peringatan kepada 750 orang prajuritnya tentang aturan menggunakan internet.

Para perajurit Denmark yang tersebar di berbagai kem dan unit berkoordinasi menggunakan Facebook, kata Letkol Kim Astrup yang merupakan kepala nasional pada Komando Operasional Pasukan.

"Sangat mudah dan selesa menggunakan internet, tetapi anda boleh jadi lupa bahawa mungkin ada orang lain yang akan mengakses ke informasi yang kita bagi di internet," katanya menambahkan.

Komando Operasional Pasukan, cemas dan khuatir bahawa para Mujahidin Taliban mungkin memiliki banyak informasi sensitif berkait dengan rutinperjalanan pasukan Denmark, jadual dan prosedur unit taktis - yang sangat penting bagi keamanan pasukan. Mujahidin Taliban boleh jadi menggunkan informasi tersebut untuk meletakkan bom-bom pinggir jalan, yang merupakan ancaman terbesar bagi pasukan militer Denmark.

Risikan pasukan pertahanan mengetahui bahwa Taliban telah berusaha untuk mendapatkan informasi panggilan dari jaringan telefon seluler. Beberapa pejabat pertahanan dan sanak keluarganya dalam beberapa tahun terakhir ini telah menerima panggilan telepon dari orang yang tidak dikenal yang menggunakan bahasa asing, tulis salah seorang staf pada departemen Intelijen pertahanan yang bernama Lars Kusel - dalam sebuah emailnya kepada media.

Yang mungkin jadi pertanyaan berkaitan dengan hal ini adalah; apakah Pasukan Denmark nya yang terlalu bodoh atau memang Mujahidin Taliban yang terlalu pintar? Wallahu a'lam.(fq/borsen)

sumber

SATU UMAT : Berawas dengan maklumat anda di internet.

Thursday, July 16, 2009

Berita dari Chechnya

18 Mujahiddin terkorban dalam jihad di sekitar Kaukasus khususnya di wilayah Nokhchicho dan Ghalghaycho sepanjang dua bulan lalu. 4 helikopter Rusia berjaya dijahanamkan dalam tempoh itu.

sumber



Tokoh-tokoh Ihwanul Muslimin Dibebaskan

Sejumlah tokoh Ikhwan dibebaskan dari penjara, meskipun seorang tokoh lainnya, masih berada di penjara tentera Liman Turoh, yaitu Dr.Muin Abdul Foutuh, yang menjadi Sekjen Assosiasi Doktor Mesir. Lembaga Sawaseya Center, sebuah organisasi hak-hak asasi manusia, memberikan ucapan selamat atas pembebasan itu. Tiga belas tokoh Ikhwan telah dibebaskan pengadilan Mesir, menyusul terjadinya penangkapan-penangkapan baru terhadap tokoh-tokoh Ikhwan.

Mereka yang dibebaskan, antara lain, Dr.Mohamed Ali Beshr (Anggota pimpinan pusat, dan mantan Sekjen Assosiasi Insinyur Mesir, Ir.Meddhat Ahmed Mohamed al-Haddad (Pengusaha), Mostafa Mohamed Mahmoud Salem (Auditor), Dr.Essam Abdul Halim Ibrahim Hashis (Profesor Fakultas Teknik, Universitas Cairo), Dr.Diaa el-Din Abdul Maid Farhat (Pengusaha), Dr.Salah el-Dosoqi Amer Morad (Profesor Fakultas Kedokteran, Universitas Cairo), Fathy Mohamad Baghdaddy (Pendidik), Dr.Farid Ali Ahmed Galbat (Profesor Hukum Internasional, Universitas Cairo), Dr.Esssam Abdel Mohsen Afifi Mohamed Zead (Profesor Fakultas Kedokteran), Ir.Mamdouh Ahmed Abdel Moeti al-Husien (Ahli Tehnik), dan Ir. Ayman Ahmed Abdel Gani.

Dengan pembebasan itu mereka berhak hidup secara normal, dan mendapatkan hak-haknya kembali,yang telah dirampas pemerintah Mesir. Mereka semuanya dituduh menentang kekuasaan pemerintah Mesir, dan pembebasan ini sebagai bentuk perhatian pemerintah Mesir, yang ingin menunjukkan sikap yang lebih moderat terhadap dunia antarabangsa, yang menuduh Mesir, sewenang-wenang menggunakan hukum besi (martial law), dan memberangus kekuatan Ikhwan di Mesir.

Organisasi Sawaseya yang merupakan sebuah lembaga hak-hak asasi manusia di Mesir, menyambut keputusan pemerintah, yang telah membebaskan tokoh-tokoh Ikhwan, kecuali Dr.Muin Abdul Foutuh, yang sekarang dalam kondisi sakit. (m/ikhw)

sumber

Uighur- Negara Islam Membisu

KAHERAH 14 Julai - Kebanyakan negara Islam mengambil sikap membisu terhadap rusuhan di Xinjiang dan tindakan keras pihak berkuasa China ke atas masyarakat Islam Uighur di wilayah itu.

Mereka dipercayai tidak mahu menjejaskan hubungan perdagangan yang erat dengan Beijing atau menarik perhatian terhadap tindakan mereka sendiri ke atas penentang politik, kata penganalisis politik hari ini.

Dua negara bukan Arab, Iran dan Turki adalah antara segelintir yang telah mengkritik China.

Iran sendiri sibuk menangani kekacauan yang tercetus di negaranya sendiri berikutan keputusan pilihan raya Presiden yang dipertikaikan, manakala Turki mempunyai pertalian etnik dengan kaum minoriti Uighur di China.

Namun di kebanyakan negara Asia Barat dan dunia Arab, keganasan di China tidak mencetuskan banyak reaksi.

"Rejim-rejim Arab tidak dapat mengkritik serangan ke atas penduduk Islam China kerana mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi. Mereka dalam kedudukan yang sama seperti kerajaan China," kata penganalisis politik Jordan, Labib Kamhawi.

China telah mengerahkan puluhan ribu askar ke Xinjiang sejak beberapa hari lalu dan mengenakan kawalan ketat ke atas ibu kota, Urumqi dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan etnik menyebabkan lebih 180 orang terkorban dan 1,680 lagi cedera minggu lepas.

Penduduk Uighur yang berjumlah 9 juta orang di Xinjiang telah lama merungut mengenai kemasukan etnik Han ke wilayah mereka serta sekatan kerajaan ke atas agama Islam.

Mereka menuduh kaum majoriti Han melakukan diskriminasi dan Parti Komunis cuba melenyapkan bahasa dan budaya mereka.

China ialah rakan dagangan utama bagi banyak negara Arab termasuk Sudan, Arab Saudi dan negara kaya lain di rantau Teluk.

Keganasan di Xinjiang telah mencetuskan protes hampir setiap hari di Turki, kebanyakannya di luar kedutaan China di Istanbul dan Ankara di mana bendera China dan barang buatan China dibakar. - AP

sumber

Monday, July 13, 2009

XINJIANG, Kamu Bukan Saudara Kami

Berbalik kepada cerita Olimpik Beijing. Selain sanjungan, kejian juga agak tinggi kerana isu Tibet dan demokrasi. Bukan orang Lhasa saja bangun, bukan orang Istana Potala saja bangun, bukan rakyat Tibet saja, bukan juga penganut agama Buddha saja ataupun para pendokong Dalai Lama, bahkan di banyak tempat di serata dunia daripada pelbagai agama dan bangsa. Masing-masing menzahirkan ketidaksetujuan mereka dengan cara masing-masing. Kita boleh lihat sendiri bagaimana larian obor cuba dirosakkan di beberapa tempat. Penganut agama Islam pun ada yang melibatkan diri dalam demonstrasi.

Persoalannya, siapa ada ambil sedikit peduli terhadap umat Islam di Turkistan Timur (Xinjiang)? Umat Islam sendiri tidak bangun, apakah kita mengharapkan ada umat selain Islam akan bangun? Sedap saja hati kita menanti saat untuk meraikan Olimpik Beijing tanpa ada sedikti pun perasaan ukhuwah dengan umat Islam di Xinjiang.

Pada tahun 1949, lebih 95% penduduk Turkistan Timur beragama Islam. Menjelang tahun 1983, jumlah mereka merosot teruk hingga menjadi tidak sampai 55%. Bukan Islam keturunan Hans meningkat daripada 5% kepada 45%. Ke mana menghilangnya penduduk asal keturunan Uighur, Kazakh, Turki dan Dugans?

Republik Rakyat China di bawah pimpinan Mao Tse Tung mencabul bumi Islam ini lalu mengubah namanya kepada Xinjiang. Penukaran nama ini cukup berkesan untuk menghilangkan identiti Islam wilayah ini hinggakan majoriti umat Islam tidak tahu pun kewujudan Turkistan Timur.

Bangsa Hans yang bukan Muslim dibawa masuk beramai-ramai oleh pemerintah. Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran diberikan kepada bangsa Hans yang sebati dengan ideologi komunis. Para pemimpin agama dan politik Turkistan Timur ditangkap, dibunuh, dimasukkan ke kem-kem buruh paksa ataupun hilang begitu sahaja. Tanah-tanah penduduk dirampas dan pasar-pasar ditutup untuk menjahanamkan ekonomi penduduk Muslim.

Usaha-usaha untuk melenyapkan Islam di Turkistan Timur berjalan dengan sistematik hinggakan umat Islam sedunia tidak menyedarinya. Kemuncak kekejaman China boleh dilihat pada masa Revolusi Kebudayaan dalam tahun-tahun 1966-67. Ketika itu masjid-masjid ditutup. Sebahagiannya diambil alih dan dijadikan pejabat, asrama ataupun pusat-pusat penyembelihan (pemotongan) haiwan. Kitab Al-Quran dan buku-buku agama dibakar. Pendidikan agama tidak dibenarkan. Huruf rasmi Turkistan Timur iaitu huruf Arab digantikan dengan huruf Cyriclic dan Latin.

Dianggarkan lebih 360,000 orang Islam dibunuh, 100,000 dihalau ke Turkistan Barat dan 500,000 lagi dijadikan hamba abdi di kem-kem buruh paksa. Semua maklumat ini diperolehi daripada buku ‘Gerakan Jihad Fisabilillah & Cabarannya’ oleh Abdul Qadir Djaelani terbitan Pustaka Dini tahun 2001.

Wilayah ini juga sudah puluhan kali menjadi tapak percubaan senjata nuklear yang dijalankan oleh pemerintah China. Sisa-sisa ujian tentunya dibiarkan merebak ke kawasan-kawasan pedalaman yang dihuni oleh penduduk beragama Islam.

Dengan semua yang berlaku di atas, apa kurangnya Turkistan Timur berbanding Tibet? Sekurang-kurangnya berita Tibet disiarkan oleh televisyen Barat tetapi berita Xinjiang terus ditutup sebagaimana tertutupnya berita umat Islam yang dizalimi di Burma (Myanmar).

Ada juga orang Islam yang bernada pejuang tetapi perjuangannya terhad kepada isu-isu Palestin. Selain isu Palestin dan sedikit-sedikit Iraq dan Afghanistan, dia tidak tahu apa-apa. Baginya umat Islam hanya tertindas di Palestin. Saudara-maranya hanya di Palestin. Selesai isu Palestin, selesailah masalah umat Islam. Jenis ini pun ‘kacau’ juga tapi sekurang-kurangnya masih lebih baik daripada mereka yang menumpukan usaha untuk diri sendiri dan jemaahnya saja- dunia luar langsung tidak dianggap berkaitan dengan dirinya.

Mengapa majoriti umat Islam tidak kisahkan Turkistan Timur? Mungkin kerana bagi mereka:

XINJIANG,

KAMU BUKAN SAUDARA KAMI

TURKISTAN TIMUR,

KAMU WUJUD ATAUPUN TIDAK DALAM PETA DUNIA...

TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN AKU

UIGHUR,

TANPA AMBIL PEDULI TENTANG KALIAN PUN...

AKU BOLEH MASUK SYURGA

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/

Cina Muslim Indonesia Desak Dunia Bantu XINJIANG

JAKARTA 12 Julai - Persatuan China Muslim Indonesia (PITI) menyelar tindakan ganas China terhadap masyarakat minoriti Uighur Islam dan kesal dengan sikap membisu negara-negara Islam terhadap penderitaan akibat diskriminasi yang ditanggung mereka.

"Masyarakat China Islam kini terpinggir dalam dunia Islam. Mereka telah melalui penderitaan yang berpanjangan dan diabaikan," kata jurucakap PITI, Steven Indra Wijaya kepada Jakarta Post melalui panggilan telefon.

"Kami minta seluruh umat Islam mengenepikan soal identiti etnik masing-masing dan bantulah saudara seagama Uighur."

Lebih 180 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan etnik yang melibatkan puak Han dan Uighur di wilayah Xinjiang. Rusuhan berlaku apabila ribuan orang Uighur berarak membuat bantahan ekoran pembunuhan ke atas dua pekerja kilang kaum berkenaan di Guangdong.

Tifatul Sembiring, Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang berlandaskan Islam mengutuk pembunuhan umat Islam di Xinjiang.

"Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa, kerajaan China mesti menghentikan segala bentuk tindakan yang mencabul hak asasi kemanusiaan.

"China tidak boleh terus bertindak sewenang-wenang ke atas orang-orang yang berpegang dengan agama kepercayaan berlainan. Kami mendesak kerajaan China agar mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan," katanya.

PKS juga mahu badan antarabangsa hak asasi manusia membuat siasatan segera kejadian tersebut.

Kerajaan China bagaimana menuduh puak pemisah yang hidup dalam buangan sebagai dalang. - AGENSI

sumber

SATU UMAT: Apa nak buat... banyak jemaah Islam tak berapa peduli isu-isu macam Xinjiang ni, tak ada 'glamour' untuk mereka. Kalau isu Palestin tu bolehlah. Seolah-olah masalah umat Islam sejagat sekarang hanya Palestin saja. Umat Islam di Rusia, Myanmar, Chechnya... selamat berjuang bersendirian. : (

MEKAR MPPMJ 08/09

Alhamdulillah, MEKAR MPPM 08/09 (mesyuarat agung & karnival akademik dan kebudayaan ) berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah dan berprestij sekali di Universiti Al-Albayt Jordan. Majlis yang buat pertama kalinya diadakan ini turut dihadiri Rois Jamiah Al-Albayt, Jordan serta dato' duta Malaysia-Amman Dato' Abdul Malek bin Abdul Aziz.

Majlis ini menggabungkan 2 program iaitu karnival kebudayaan kali pertama dan juga mesyuarat agung kali ke-9. Alhamdulillah, dengan pilihanraya yang dilaksanakan secara jujur dan telus telah menyaksikan saf pimpinan baru telah dipilih bagi menggantikan pucuk pimpinan lama yang sememangnya merupakan tradisi turun temurun dalam setiap mesyuarat agung persatuan.



kalam sulung presiden mppm 09/10, disini

Saturday, July 11, 2009

Penduduk XINJIANG Dizalimi

Nasib keturunan Afghan di Xinjiang

Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang, China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yang digelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalah buktinya.




IA bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.

Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan.

Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik.




Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis.




Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis.

Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.

Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes.

"Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara.

Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.


BEBERAPA wanita Islam Uighur cuba menghalang kemaraan pasukan polis bersenjata.


Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah.

Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang.

Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han.

Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam.

Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan.

Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.


PROTES di Turki mendesak kerajaan China membebaskan etnik Uighur.


Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya.

Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China.

China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington.

Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.


KEDUDUKAN Xinjiang di China.


Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China.

Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab.

Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam.

Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.

Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.


WANITA-WANITA Uighur tidak terkecuali menghalang pihak polis dalam peristiwa ketegangan etnik di Xinjiang, China baru-baru ini.


China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu.

Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

sumber

SATU UMAT: Bukan Islam hidup di bawah pemerintahan Islam, mereka aman.

Islam hidup di bawah pemerintahan bukan Islam, mereka dizalimi.

Ini bukti sejarah.

Turki : Boikot Produk CHINA

Menteri Perdagangan dan Industri Turki Nihat Ergun menyerukan boikot terhadap produk China sebagai protes atas aksi kekerasan yang dilakukan etnik Han dan tentera China terhadap Muslim Uighur di Xinjiang. Sementara itu, Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan menyatakan Turki siap menerima tokoh gerakan Muslim Uighur, Rabiya Kadeer jika ia diasingkan menyusul kerusuhan antara etnik di Xinjiang.

Dalam pernyataannya, Menteri perdagangan dan Industri Turki mengancam China dengan mengatakan, jika negara yang produk-produknya dikonsumsi oleh rakyat Turki tidak menghormati nilai-nilai kemanusiaan maka Turki akan meninjau kembali konsumsi produk-produk itu.

"Konsumen yang membeli sebuah produk harus tahu apakah negara yang memproduksi barang itu menghormati nilai-nilai kemanusiaan atau tidak," kata Ergun saat ditanya para wartawan tentang kerusuhan di Xinjiang.

Turki, negara yang paling keras mengkritik pemerintah China atas apa yang terjadi di Xinjiang. Turki menyatakan menghormati wewenang pemerintah China di Xinjiang, namun Turki juga punya hubungan budaya dengan Muslim Uighur kerana Muslim Uighur masih banyak yang menggunakan bahwa Turki.

Erdogan juga mengatakan akan memberikan visa untuk Rebiya Kadeer, tokoh Muslim Uighur yang berada dalam pengasingan di AS. Menurut Rebiya, ia pernah dua kali mengajukan permohonan visa ke Turki tapi ditolak.

Sementara itu, arus pengungsian Muslim Uighur mulai mengalir. Warga Muslim meninggalkan ibukota Xinjiang, Urumqi untuk menghindari aksi-aksi kekerasan dari etnis Han China. Pemerintah China juga melarang Muslim Uighur untuk salat di masjid-masjid.

Di terminal bis Bayi, terlihat tumpukan penumpang yang jumlahnya diperkirakan mencapai 10.000 orang. Menurut seorang petugas terminal, jumlah ini dua kali lipat dari jumlah penumpang dalam situasi normal. Para pengungsi bercampur dengan para siswa sekolah yang akan pergi liburan musim panas. (ln/yn/asiaone)

sumber

SATU UMAT - Tahniah Turki. Anda memang masih mewarisi serba-sedikit kegagahan Empayar Uthmaniah. Anda lantang mengecam Israel dan kini China.


XINJIANG Tidak Dibenarkan Solat Jumaat


ETNIK Uighur berdiri di pintu masuk sebuah masjid di bandar Urumqi, di wilayah Xinjiang setelah mereka diberitahu kerajaan China tidak membenarkan sembahyang Jumaat diadakan semalam. - REUTERS


URUMQI 10 Julai - Penduduk Islam di Urumqi tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat hari ini apabila pihak berkuasa China mengarahkan masjid- masjid di ibu kota Xinjiang ini ditutup.

Bagaimanapun, beberapa buah masjid akhirnya dibuka untuk solat tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa telah menarik balik arahan berkenaan atau masjid itu dibuka kerana desakan orang ramai yang berhimpun di luar masjid.

Polis dikerah berkawal untuk mencegah kekacauan etnik daripada meletus semula.

Penduduk Islam Uighur berkata, mereka telah diarah bersembahyang di rumah sementara pasukan bersenjata membanjiri jalan-jalan raya di sini, lima hari selepas pertempuran etnik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 156 orang maut.

"Kerajaan mengumumkan solat Jumaat tidak akan diadakan hari ini.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa, kerajaan takut penduduk akan menggunakan agama untuk menyokong 'tiga kuasa'," kata seorang lelaki Uighur bernama Tursun di luar masjid Hantagri, antara masjid yang tertua di ibu kota ini, sementara kira-kira 100 anggota polis bersenjatakan mesingan dan belantan berkawal di sekitarnya.

Kerajaan China merujuk 'tiga kuasa' kepada fahaman pelampau, fahaman pemisah dan keganasan.

Beijing mendakwa ketiga-tiga kuasa tersebut cuba memisahkan Xinjiang dari bahagian lain negara ini.

Penduduk etnik Uighur yang berjumlah lapan juta di Xinjiang sudah lama mengadu mengalami penindasan agama, politik dan ekonomi di bawah pemerintahan China dan kemarahan yang sudah lama terpendam itu diluahkan pada Ahad lalu dalam bentuk protes yang kemudian bertukar menjadi ganas.

Kerajaan China melaporkan 156 orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera apabila penduduk Islam Uighur menyerang penduduk daripada kumpulan etnik utama di China, Han.

Namun kaum Uighur berkata, pasukan keselamatan bertindak keterlaluan terhadap protes yang berjalan secara aman.

Mereka mendakwa sehingga 800 orang dipercayai terbunuh dalam kekacauan itu, termasuk semasa operasi pasukan keselamatan. - AFP

sumber

Turki Kutuk Kekejaman di XINJIANG

ANKARA 10 Julai – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengutuk apa yang digelarnya `penghapusan kaum’ di Xinjian, China dan meminta supaya kerajaan China campur tangan bagi mengalang lebih banyak korban berlaku.

”Apa yang berlaku di China adalah penghapusan kaum. Tiada perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan keganasan yang berlaku di Xinjiang ketika ini.

“Dengan hubungan baik antara Turki-China, kami meminta supaya pentadbiran negara itu meningkatkan kesungguhan mereka menyelesaikan masalah tersebut, ”katanya Erdogan kepada wartawan yang disiarkan secara langsung di televisyen NTV selepas kembali dari sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) di Itali.

Sementara itu, Ketua Komuniti Uighur yang dibuang negeri dari barat laut Xinjiang berkata, mungkin beribu-ribu orang telah terbunuh dalam rusuhan keganasan beberapa hari ini.

Ketua Kongres Uighur Dunia, Rebiya Kadeer yang berpangkalan di Washington itu berkata, adalah sukar untuk mengeluarkan jumlahnya secara komprehensif ekoran etnik Uighur telah lama ditindas.

“Menurut laporan yang belum disahkan, angka kematian kini mencecah lebih daripada 1,000 orang dan ada yang melaporkan sehingga 3,000 orang,” kata Rebiya pada sidang akhbar di US Capitol bersama dengan penyokongnya.

Menurut beliau, angka itu bukan sahaja dari ibu kota Urumqi, Xinjiang, tetapi juga dari seluruh rantau tersebut.

Dalam pada itu, agensi akhbar rasmi Xinhua melaporkan jumlah , mereka yang terbunuh sejak rusuhan berdarah itu berlaku Ahad lalu telah meningkat kepada 184 orang.

Menurut laporan itu, antara mereka yang terbunuh adalah 137 etnik Han termasuk 111 lelaki dan 26 wanita dan 46 etnik Uighur.

Kerajaan China sebelum ini melaporkan seramai 156 terbunuh manakala 1,000 cedera dalam rusuhan berdarah di rantau bergolak Xinjiang Ahad lalu. – Agensi

sumber

Tuesday, July 7, 2009

SAUDI Kerjasama dengan MOSSAD

Semakin hari, semakin aneh tindak-tanduk Arab Saudi. Negara tempat dilaksanakannya ibadah haji ini baru-baru ini dilaporkan mempunyai hubungan yang khusus dengan agen perisikan Israel, Mossad.

Awal tahun ini, Meir Dagan, ketua Mossad sejak tahun 2002, sudah menjalin perbincangan dengan pemerintahan Saudi untuk membangun landasan terbang untuk Israel. Dagan meyakinkan perdana menteri Benjamin Netanyahu bahawa tampaknya Saudi tak keberatan sama sekali akan proposal ini.

Akhbar-akhbar dari Israel bahkan sudah menurunkan berita bahawa para pegawai tinggi Israel, seperti Ehud Olmert, ikut terlibat perbincangan ini dengan para keluarga kerajaan Saudi. Laporan ini dibantah oleh Saudi.

Sebuah sumber diplomatik mengatakan bahawa setujunya Saudi bekerja sama dengan Israel tidak lain melihat dari kepentingan jangka panjang dari Saudi pula yang sedang membangun kekuatan militer. Bahkan sejak jauh-jauh hari, Saudi menjalin hubungan kerja sama dengan AS.

Mossad dipercayai berada di belakang semua kerja sama antara Saudi dan Israel ini. John Bolton, mantan duta besar AS untuk PBB yang baru-baru ini mengunjungi Saudi, mengatakan bahawa sangat mungkin dan masuk akal bagi Israel menggunakan Saudi sebagai basis pangkalan militernya. “Keduanya (Israel dan Saudi) tak akan mengatakan apa-apa kepada publik.” ujarnya. (sa/sndytms)

sumber

SATUUMAT: Sesetengah pengkaji percaya Arab Saudi ialah "pohoh gharqad" yang akan terus melindungi Israel dalam Perang Al-Mahdi & Nabi Isa sedangkan ketika itu batu-batu dan pohon-pohon lain (negara-negara Arab lain) yang selama ini melindungi Israel akan berpaling tadah, kerana pendiri Arab Saudi dipercayai dari keturunan yang sama dengan pendiri Israel. Wallahualam.

140 Terbunuh di XINJIANG (Turkistan Timur)


Orang ramai melihat bas dan kereta yang terbakar di sebuah lebuh di bandar Urumqi, ibu negeri wilayah Xinjiang, semalam akibat rusuhan di bandar itu. - AFP


BEIJING 6 Julai - China hari ini menuduh puak pemisah Islam Uighur menggunakan senjata pisau dan kayu belantan ketika mengadakan rusuhan di wilayah bergolak di Xinjiang, menyebabkan sekurang- kurangnya 140 orang terbunuh dan lebih 800 yang lain cedera.

Rakaman mengenai rusuhan itu yang disiarkan semalam oleh rangkaian televisyen tempatan, CCTV menunjukkan beberapa orang lelaki memintas sebuah kereta polis dan memecahkan cermin tingkap kereta itu serta seorang wanita disepak sehingga terjatuh ke tanah serta bas dan kenderaan lain dibakar.

Laporan awal akhbar Xinhua menyatakan, sebelum itu, tiga orang penduduk asal Han China terbunuh dalam rusuhan keganasan tersebut.

Menurut laporan itu, jumlah orang awam dan pegawai polis yang terbunuh, masih belum dapat disahkan.

Pihak berkuasa berkata, kawalan keselamatan telah diperketatkan di sekitar kawasan Urumqi.

Jurucakap polis memberitahu AFP melalui telefon, situasi di bandar itu telah kembali tenang hari ini.

"Semua unit (polis) dan sukarelawan dikerah bagi membantu mengekalkan ketenteraman awam dan keamanan di sini,

"Mereka yang melanggar notis itu akan ditahan dan dihukum," lapor Hinxua, melalui notis yang dikeluarkan Kerajaan Urumqi.

Seorang saksi iaitu pemilik sebuah bar Han China berkata, perusuh telah menguasai bandar ini dan dianggarkan kira-kira 3,000 orang Uighur menyertai rusuhan itu dan sebahagiannya bersenjatakan pisau dan kayu belantan.

Kata pemilik itu, perusuh-perusuh itu telah merosakkan kereta, memecahkan cermin kereta dan cubaan untuk membakar bas.

"Semua pemilik kedai di jalan ini amat takut," katanya kepada AFP melalui telefon. - AFP

sumber

Sunday, July 5, 2009

Autoriti PALESTIN Seksa Wanita?

Jurucakap Hamas - Fawzi Barhoum pada Sabtu lalu mencurigai pihak keamanan autoriti Palestin di Tebing Barat telah menahan dan menyeksa kaum wanita.

Peringatan rasmi dari penangkapan akan berlanjut dan mereka menyebut hal ini sebagai usaha untuk mengakhiri tindakan-tindakan yang bermotif politik dengan istilah "sekali dan untuk semua".

Barhoum menyerukan kepada organisasi HAM dan para pegawai Mesir untuk turut campur tangan melepaskan tahanan wanita yang telah mengalami penyeksaan, dan menurutnya kemungkinan besar wanita tersebut ditangkap atas dasar keraa berafiliasi ke Hamas.

Dia juga menyimpulkan bahawa nasib dari dialog nasional Palestin terkait bagaimana sikap gerakan Fatah di lapangan, dan menyerukan untuk fokus pada dialog - di atas semua urusan keuangan dan keamanan.(fq/mna)

sumber

Muslim ROMANIA Manfaatkan Televisyen

Hasil dari revolusi telekomunikasi menuai hasil, umat Islam di Romania sekarang telah menggunakan televisyen untuk mengenalkan Islam dan ajarannya kepada masyarakat di wilayah tenggara Eropah.

"Televisyen adalah cara tercepat untuk menjangkau ke berbagai sektor masyarakat," kata Abu Alaa El-El-Gheithy, direktur dari Taiba Foundation, kepada IslamOnline.net pada hari Sabtu, 4 Juli kemarin

"Melalui siaran televisyen ini, anda dapat memiliki akses yang mudah ke setiap rumah."

Taiba Foundation menyiarkan setiap minggunya selama dua jam, berupa acara Islam Today, pada saluran siaran televisi swasta DDTV untuk memperkenalkan Islam ke masyarakat Rumania.

"Sejak 2006, lebih dari 100 episode dari program yang telah disiarkan," ujar Gheithy.

Muslim Rumania juga secara berkala mengundang tamu khusus pada program acara TV untuk mendiskusikan permasalahan yang menjadi concern umat Islam yang merupakan penduduk minoritas di Rumania.

"Hal ini membuat masyarakat menjadi lebih banyak mengetahui tentang kami dan pesan-pesan Islam yang kami sampaikan," katanya menambahkan.

Ada sekitar 70.000 umat Islam di Rumania, yang merupakan 2 peratus dari populasi penduduk Rumania yang berjumlah 22 juta jiwa.

Kebanyakan umat Islam Rumania merupakan komuniti dari etnis Tatar, Turki atau Albania.

Gheithy juga mengatakan bahawa banyak program-program acara TV yang meminta bantuan kepada para pemuka agama Islam untuk menjelaskan Islam secara lebih baik.

"Kami telah diundang oleh saluran TV swasta nasional untuk memberikan penjelasan dan nasihat mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan umat Islam yang menjadi penduduk minoritas," katanya kepada IoL.

"Kami juga diminta untuk memberikan konsultasi pada persoalan kawin campur dan poligami," katanya menambahkan dan upaya mereka tersebut telah berbuah hasil.

"Dengan acara-acara tersebut kami boleh memperbaiki persepsi yang salah terhadap pemahaman masyarakat Rumania terhadap Islam."

Gheithy juga mengatakan bahwa umat Islam Rumania juga telah diundang pada berbagai acara televisi untuk mendiskusikan beragam isu dari perspektif Islam.

Televisi juga memberikan kesempatan kepada umat Islam Rumania untuk membela persoalan yang terjadi di Arab dan timur tengah.

"Kami juga mendiskusikan berbagai isu seperti tentang wanita, ekstrimisme, terorisme dan hidup bersama dalam komunitas yang berbeda," tambahnya.

Umat Islam Rumania telah banyak menerjemahkan buku-buku Islam kedalam bahasa lokal.

Muslim Rumania telah menerjemahkan lebih dari 55 buku yang sesuai dengan mentalitas masyarakat Eropah," ujarnya.

Muslim Rumanisa juga ikut ambil bagian dalam banyak pameran buku dengan menampilkan buku-buku keislaman yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Rumania.

Selain itu, umat Islam Rumania juga menyelenggarakan forum-forum dan pertemuan untuk memperkenalkan Islam ke masyarakat Rumania.

"Hal ini sangat penting bagi umat Islam yang menjadi penduduk minoritas di negeri Barat untuk menjelaskan Islam lewat media kepada masyarakat barat," katanya melanjutkan.(fq/iol)

sumber

Thursday, July 2, 2009

Diplomat Britain: Tentera Bersekutu akan Kalah di AFGHANISTAN

Seorang diplomat Britain mengeluarkan pernyataan yang mencemarkan negaranya sendiri dan juga AS. Paddy Ashdown mengatakan bahawa semua pasukan asing yang sekarang sedang menduduki Afghanistan akan kalah.

Menurut Ashdwon, kekalahan itu sudah semakin jelas kerana para pemimpin perang Britain (sekutu) dan AS tidak tahu bagaimana caranya menangani perang Afghan.

“Kami akan kalah,” ujarnya Selasa lalu (01/07). “Kami sedang bergerak menuju kekalahan dan tentera-tentera kami yang masih muda sekarat (di Afghanistan) kerana para ahli politik tidak tahu apa yang mesti dilakukan.”

Paddy Ashdwon pernah menjadi perwakilan Britain di Bosnia, maka dari itu dia mengetahui pasti karakteristik perang yang sekarang terjadi di Afghanistan.

Menurut Ashdown, kekalahan itu tampak jelas dilihat salah satunya dari tidak adanya kesamaan koordinasi. Saat ini memang konsentrasi pasukan setiap negara berbeza di Afghanistan. Misalnya saja, pasukan tentera Britain di provinsi Helmand, tentera Belanda di provinsi Oruzgan, tentera Kanada di Kandahar, Jerman di bahagian utara dan pasukan tentera AS di beberapa tempat lainnya.

“Semuanya berada dalam arah yang berbeza, dan itu bahaya atau ancaman terbesar di Afghanistan.” Ujar Ashdown yang pernah menjadi anggota Angkatan Laut Elit Britain ini.

Sekarang ini, tidak kurang dari 90.000 pasukan asing sudah menduduki Afghanistan. 57.000 di antaranya merupakan pasukan tentera AS, dan Barack Obama, presiden AS akan segera mengirimkan 20.000 tentera tambahan. (sa/agb/hgl)


sumber