Monday, August 31, 2009

Bicara Kemerdekaan ke 52

Ramadan dan penghayatan al-Quran

Oleh: Imran al-Malizi

Tahun lalu, saya pernah menulis satu bingkisan bertajuk Orang Yaman tidak lekang daripada Al-Quran (Harakah-Fikrah, 12-14 Ramadan 1429H, m/s F14). Ramai yang memberikan respon positif dan melahirkan rasa sukacita sekiranya suasana yang sama boleh dihidupkan di tanah air kita.

Hari pertama Ramadan ini, saya berjalan kaki pulang dari kelas pengajian al-Quran. Seperti yang saya jangkakan, begitu ramai orang yang membaca al-Quran di mana-mana sahaja. Sempat juga saya merakam gambar seorang penjual stoking sedang membaca al-Quran di kaki lima jalan.

Di sini bukan suatu yang pelik jika anda melihat peniaga jalanan, penjaga kedai buku, pengawal keselamatan, doktor, guru sekolah, malah sesiapa sahaja sama ada tua atau muda, kecil atau dewasa, mereka akan membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadan lebih hebat berbanding pada bulan-bulan yang lain.

Hal ini secara umumnya, kerana mereka adalah masyarakat yang begitu menghayati agama. Mereka memahami firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Al-Baqarah: 185)

Setiap kali menyambut bulan Ramadan, mereka diperingatkan dengan begitu banyak riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadan dengan penghayatan al-Quran. Para ulama dan pendakwah akan selalu menyeru dan memberikan galakan agar masyarakat di Yaman memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas r.a, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik manusia, baginda menjadi lebih baik pada bulan Ramadan ketika mana Jibril a.s menemuinya. Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w) pada setiap malam di bulan Ramadan lalu mengajarkannya al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Maka Ramadan itu sendiri dikhususkan untuk baginda bertadarus dengan Jibril, di mana baginda memeriksa bacaan serta hafalan di hadapan Jibril a.s. Pada setiap tahun, baginda s.a.w mengulangkaji (muraja’ah) ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan dalam tempoh setahun sebelumnya.

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa pada tahun kewafatan baginda, Rasulullah s.a.w memperdengarkan al-Quran kepada Jibril a.s sebanyak dua kali khatam. Berdasarkan ini juga, para ulama berpendapat bahawa mengkhatamkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan adalah bersesuaian dengan syarak.

Dengan ini adalah sunat bagi setiap muslim untuk membaca al-Quran pada bulan Ramadan dengan sekali khatam atau pun lebih. Menurut riwayat Imam al-Tirmizi dan Ahmad bin Hanbal r.h, adalah sunat mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap bulan. Manakala Imam Malik r.h meriwayatkan dalam al-Muwatta’, bagi sesiapa yang mampu, maka dikhatamkan al-Quran seminggu sekali.

Imam Malik r.h sendiri apabila memasuki bulan Ramadan, beliau meninggalkan bacaan hadis sama ada untuk mengajar atau pun meriwayatkannya. Beliau akan memperbanyakkan bacaan al-Quran. Begitulah juga para ulama dari kalangan salaf as-solihin. Ada di kalangan mereka yang mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap tiga malam. Sehinggakan pada 10 malam akhir Ramadan, mereka mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam.

Namun bukanlah semata-mata khatam al-Quran itu yang menjadi keutamaan. Al-Quran itu hendaklah dibaca dengan bertadabbur untuk memahami ajaran yang terkandung di dalamnya dan Allah juga memerintahkan nabi s.a.w agar membacanya secara tartil iaitu dengan bacaan yang tertib dan perlahan-lahan.

Firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pelajaran.” (Shad: 29). FirmanNya lagi (bermaksud), “..dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.” (al-Muzammil: 4)

Seperti yang pernah saya persoalkan, di sebalik semua anjuran dan galakan ini, mengapakah masyarakat di negara kita agak kurang menghayatinya. Seingat saya, amalan bertadarus di masjid-masjid negara kita hanya dilakukan oleh golongan tua. Itu pun dengan penyertaan yang agak terhad. Jika ada pun golongan muda, hanyalah golongan pelajar tahfiz atau imam masjid.

Apabila memerhatikan masyarakat Yaman yang membaca al-Quran daripada segala lapisan umur dan kedudukan, saya dapat simpulkan di antara sebab utama yang membantunya ialah pengajian al-Quran begitu meluas di sini.

Rata-rata orang di sini mampu membaca al-Quran. Guru-guru al-Quran juga ramai dan mereka mengajar secara percuma di masjid-masjid. Kanak-kanak mereka telah dididik dengan al-Quran semenjak kecil. Mereka menghafalnya sekurang-kurangnya 2-3 juzuk.

Secara jujurnya, masyarakat di negara kita sangat kurang yang mampu membaca al-Quran dengan baik. Kerana itu, jika ketiadaan imam di mana-mana masjid atau surau, para jemaah sudah mula gelisah. Sambil meninjau ke kiri dan ke kanan, orang-orang yang berimej ‘lebai’ atau ‘haji’ juga berpeluh jika ditakdirkan mereka harus ke depan.

Apatah lagi jika dikeluarkan statisik golongan buta al-Quran di kalangan para pelajar peringkat sekolah menengah. Maka inilah yang menjadi penyebab utama mengapa suasana Ramadan di negara kita amat sepi daripada bacaan al-Quran. Ini bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah pada bulan-bulan yang lain.

Saya suka mengingatkan bahawa apabila satu masyarakat ini jauh daripada al-Quran, maka banyaklah anasir-anasir luar yang akan mempengaruhi pemikiran, ideologi, akhlak dan keperibadian generasi mudanya (dan yang tua juga).

Kerana itu keruntuhan moral dan pelanggaran batas-batas kehidupan banyak berkait dengan hubungan masyarakat itu dengan kitab Allah yang merupakan petunjuk dan pembeza di antara perkara yang hak dan batil.

Bagi melahirkan umat yang membaca dan mentadabbur al-Quran, golongan yang berpendidikan agama perlu memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak muslimin dengan al-Quran.

Penyakit yang melanda guru-guru al-Quran ialah terlalu berkira soal wang dalam mengajar kitab suci itu. Saya pernah mendengar betapa ramai ustaz dan ustazah yang menetapkan harga tertentu (dan lumayan) untuk mengajar al-Quran. Malah ilmu agama juga sudah boleh dijual beli secara pakej .

Sebenarnya masih ramai yang berminat untuk mempelajari al-Quran akan tetapi hasrat mereka terbantut apabila pengajian al-Quran sudah dikomersialkan sebagaimana pengajian sains dan matematik di kelas-kelas tuisyen dan intensif.

Saya sangat yakin keikhlasan adalah asas dalam dakwah kita untuk menyuburkan jiwa umat ini agar hidup dengan petunjuk Allah Ta'ala.

Perhatikan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan kaedah para nabi a.s ketika menyampaikan petunjuk Allah. Firman Allah Ta'ala (bermaksud): "..Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya." (Al-An'am: 90)

Firman Allah Ta'ala lagi (bermaksud): "Ikutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk". (Yaa Siin: 21)

Lebih 6 tahun Syeikh al-Moayyad dizalimi Amerika

Oleh: Imran al-Malizi

Selasa, 11 Ogos 2009, semenjak awal pagi Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a telah dikerumuni beribu-ribu warga Yaman sambil membawa kain rentang dengan pelbagai slogan bagi menyambut kepulangan seorang tokoh negara yang dirindui.

Seluruh lapisan masyarakat yang terdiri dari kalangan para ulama, pemimpin kerajaan, tokoh masyarakat, warga tua, golongan muda dan kanak-kanak kelihatan tidak sabar lagi menanti saat itu setelah beberapa tahun mereka tidak putus-putus berdoa kepada Allah Ta’ala agar Syeikh Mohammed Ali al-Moayyad dan pembantunya Mohammed Zaid dibebaskan dari penjara di Amerika Syarikat.

Segalanya bermula pada 10 Januari 2003, apabila Syeikh al-Moayyad dan Zaid ditahan dalam satu perancangan kotor yang telah diatur oleh dua orang pengkhianat bangsa dan agama. Mereka menjalankan kerja risikan bagi pihak FBI. Salah seorangnya bernama Mohammed al-Anisi.

Syeikh al-Moayyad dan Zaid telah dibawa ke Jerman dikatakan untuk tujuan perubatan. Semasa sedang menunggu di Lapangan Terbang Frankfurt, mereka telah ditahan. Mereka berada di Jerman selama lebih 10 bulan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk dibicarakan pula di negara itu.

Pada 17 November 2009, Syeikh al-Moayyad dan Zaid tiba di Amerika Syarikat. Di sana mereka ditempatkan di salah sebuah penjara yang dikatakan terburuk selepas Guantanamo. Kedua-duanya menerima penyeksaan yang lebih teruk daripada apa yang diterima di penjara Jerman.

Syeikh al-Moayyad adalah tokoh yang sangat dikenali di Yaman kerana sifat murah hatinya sehingga digelar ‘bapa kepada orang-orang miskin’. Beliau memiliki kilang roti yang beroperasi untuk kebajikan orang-orang miskin yang kelaparan dan membantu sekolah-sekolah agama.

Beliau pernah menghadapi kecaman AS kerana menyokong perjuangan Hamas dan dikatakan telah berjanji untuk menyalurkan US 2 juta dolar kepada pergerakan Hamas dan pertubuhan al-Qaeda. Atas tuduhan ini, beliau sangat dikehendaki oleh FBI dan CIA.

Tidak lama setelah penangkapan tersebut, Mohammed al-Anisi yang memberikan maklumat kepada FBI dan bertanggungjawab merancang penangkapan itu telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan White House di Washington sambil mengugut untuk membunuh diri.

Insiden itu berakhir dengan tindakannya membakar diri di hadapan bangunan pentadbiran AS tersebut. Para pemerhati berpendapat tindakan terdesaknya itu dibuat kerana kegagalan pihak FBI membayar upah lumayan daripada kerja risikan yang telah dilakukan sehingga tertangkapnya Syeikh al-Moayyad.

Kisah Mohammed al-Anisi ini sering disebut-sebut sebagai contoh kemunafikan yang nyata di zaman ini. Begitu hinanya hidup menjadi barua Amerika dan mati dalam kesesatan.

Pada pagi Selasa itu, kira-kira jam 8 pagi Syeikh al-Moayyad dan Mohammed Zaid selamat kembali ke tanahair mereka. Sebaik sahaja turun dari pesawat, Syeikh al-Moayyad terus sujud syukur. Di antara tokoh yang awal menemui beliau ialah Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Beribu-ribu manusia mengalirkan airmata kegembiraan apabila diberitahu tentang ketibaan mereka. Ramai yang tidak dapat menyaksikan wajah mereka berdua dan hanya sebahagian yang dapat melihat kelibat serban putih yang melilit kepala beliau dari jauh sebelum beliau menaiki kenderaan untuk beredar ke Hospital Universiti Sains dan Teknologi bagi pemeriksaan kesihatan.

Di situ beliau didatangi cucu-cucunya yang belum dilihat. Seorang demi seorang mereka mencium dahi datuk yang tidak pernah ditemuinya. Di situ juga beliau dikunjungi beberapa orang wartawan.

Syeikh al-Moayyad sempat menceritakan pengalamannya kepada akhbar al-Sahwah. Temuramah tersebut disiarkan pada keluaran 13 Ogos 2009.

Apabila ditanya tentang perasaannya selepas dibebaskan, beliau menjawab, “Manusia ketika berasa sangat lapar, bagaimanakah perasaannya ketika dibawakan makanan? Dia tidak tahu dari mana hendak mula dan apakah yang hendak dimakan. Sedangkan semalam, dia sangat memerlukan makanan..”

Katanya, “Kami telah melalui tempoh 6 tahun 7 bulan, sepertimana yang dihitung oleh sebahagian orang selama lebih 56 ribu jam merengkok dalam penjara, terasing dan jauh dari keluarga, anak-anak dan tanahair.”

Beliau juga menceritakan pengalaman ketika menyambut Aidilfitri, “Pada hari raya, saya tidak tahu bahawa hari itu adalah Aidilfitri, tiada orang untuk saya ucapkan selamat. Lalu saya mengucapkan selamat hari raya kepada diri sendiri, saya bersalam dengan tangan kanan saya menjabat tangan kiri sambil mengucapkan selamat Aidilfitri al-Mubarak.”

Tekanan sangat dirasakan apabila beliau dilarang daripada mendirikan solat. “Pada hari-hari permulaan, saya dibenarkan untuk solat. Kemudian beberapa orang pengawal mula bertanya tentang perbuatan yang saya lakukan. Maka saya beritahu mereka bahawa saya sedang solat, lalu mereka melarang saya.”

Apa pun, semua itu dapat diatasinya kerana solat tetap menjadi keutamaan bagi seorang muslim. Syeikh al-Moayyad merasa bersyukur kerana beliau dibenarkan memiliki mushaf al-Quran semasa berada dalam penjara dan beliau juga banyak menghabiskan masa dengan menulis.

Dalam penjara, Syeikh al-Moayyad menemui beberapa tahanan sepertinya yang juga dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan. Di antaranya seorang tahanan dari Filipina dan seorang dari Palestin. Mereka juga tidak mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Dalam perbicaraan berat sebelah yang dijalankan, Syeikh al-Moayyad dijatuhkan hukuman penjara selama 75 tahun manakala Mohammed Zaid menerima hukuman 45 tahun.

Dalam kehairanan, mereka dijanjikan pengampunan sekira bersedia untuk membuat pengakuan bersalah. Dengan pengakuan bahawa mereka sememangnya berniat untuk menyokong pergerakan Hamas, mereka boleh dibebaskan dengan beberapa syarat.

Walaupun dijatuhkan hukuman 75 tahun penjara, Syeikh al-Moayyad tidak pernah berputus asa daripada pertolongan Allah. “Harapan saya sangat besar, harapan dan keyakinan saya kepada Allah tidak pernah luntur walaupun untuk seketika,” ujarnya.

Akhirnya dengan rahmat daripada Allah Ta’ala, mereka berdua dibebaskan daripada segala tuduhan kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan dengan dakwaan. Ternyata kesabaran dan doa yang dipanjatkan kepada Allah selama bertahun-tahun itu tidak sia-sia.

Sepanjang 6 tahun 7 bulan itu, Syeikh al-Moayyad tidak dapat bertemu dengan pembantunya Mohammed Zaid. Semasa perbicaraan, mereka hanya mampu berpandangan daripada jauh. Mereka mula bertemu semula di Konsulat Yemen di New York setelah dibebaskan daripada tuduhan.

Syeikh al-Moayyad merakamkan rasa terima kasih kerana kehadiran dan sokongan rakyat kepadanya. Menurutnya semua ini menunjukkan makna persaudaraan. Beliau juga memohon agar kaum muslimin tidak melupakan saudara-saudara muslim yang masih berada dalam tahanan.

Sememangnya menjadi kewajipan kita semua untuk berdoa serta turut merasai penderitaan saudara-saudara kita yang dizalimi di Guantanamo dan di mana-mana sahaja. Pembebasan ini bukanlah bermakna segala-gala sudah selesai.

Jumaat minggu lalu, kami mengunjungi Syeikh Hazza’ al-Misywari iaitu menantu kepada Syeikh al-Moayyad untuk mencari ruang agar kami dapat menziarahi beliau.

Sayangnya, Syeikh Hazza’ mengatakan bahawa keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menerima terlalu ramai tetamu yang datang. Kemungkinan beliau akan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan dalam waktu terdekat ini.

Arkib Berita OGOS 2009

PALESTIN- Fakta Tentang Jundu Ansarullah

Berikut ini adalah lima fakta tentang kelompok "Jundu Ansharullah" (Tentera Penolong Allah) :

  • Jundu Ansharullah mengumumkan secara rasmi kehadiran mereka di jalur Gaza dua bulan lalu setelah tiga anggota mereka syahid dalam sebuah penyerbuan di perbatasan Israel.
  • Kelompok ini mengecam gerakan Hamas kerana kegagalannya menerapkan syariat Islam secara total di Gaza dan mendukung para mujahiddin di seluruh Arab untuk bersekutu dengan Al-Qaidah. Pimpinan Jundu Ansharullah - Syaikh Abdul Latif Musa yang merupakan seorang doktr dan ulama di jalur Gaza selatan kota Rafah, diketahui sebagai pengikut Abu Al-Nur Al-Maqdisi - mendeklarasikan "Emirat/Imarah Islam" pada 14 Ogos yang lalu. Dan pihak polis Hamas menyerbu mereka pada hari itu juga.
  • Sedikit yang mengetahui kemampuan militer dan kepopularan kelompok Jundu Ansharullah di antara warga Gaza. Sekitar 100 orang pejuang mereka yang mengenakan penutup muka, mendengarkan khutbah Jumaat Musa di sebuah masjid di Gaza. Banyak dari mereka menggunakan pakaian ala Pakistan atau Afghanistan, dengan rambut agak panjang yang mereka yakini meniru rambut nabi Muhammad SAW.
  • Menteri Dalam Negeri Hamas mengatakan seorang berkewarganegaraan Syria, Khalid Banat yang dikenal sebagai Abu Abdullah Al-Muhajir termasuk salah seorang pejuang Jundul Ansharullah yang terkorban dalam bentrokan bersenjata di Rafah.
  • Jurucakap pemerintahan Hamas yang berpusat di Gaza menyebut anggota kelompok Jundu Ansharullah sebagai "buron", menyalahkan mereka atas serangkaian serangan yang menyerang warga Gaza, termasuk melakukan pemboman terhadap beberapa Warnet, yang mereka anggap sebagai sumber dari amoral dan satu serangan pada pesta perkahwinan.(fq/thestar)
sumber

Sunday, August 30, 2009

Media Indon: PAS Tolak Black Eyed Peas

Partai Islam di Malaysia patut di contoh oleh parti-parti Islam Indonesia. Parti Islam Malaysia berani dengan tegas membuat pernyataan dan menentang adanya kemaksiatan di negara tersebut seperti konsert-konsert muzik yang lebih banyak merosak moral anak muda.

Bandingkan dengan Indonesia yang Parti Islamnya lebih banyak dari yang ada di Malaysia, kita belum pernah membaca atau melihat ada parti Islam di Indonesia yang dengan tegas menolak, menentang secara tegas dan terbuka adanya aktiviti kemaksiatan seperti konsert-konsert muzik yang kebanyakan tidak bermoral tersebut diselenggarakan di Indonesia.

Umat Islam Malaysia telah dilarang untuk menghadiri sebuah konsert musik dari kumpulan Hip Hop asal Amerika - Black Eyed Peas yang ditaja oleh perusahaan bir Guinness yang dimiliki oleh kelompok usaha terbesar di dunia - Diageo.

Langkah ini dilakukan setelah pengadilan Islam di Malaysia memutuskan untuk menghukum seorang model Malaysia yang beragama Islam dengan hukuman dipukul rotan setelah dirinya tertangkap basah sedang meminum bir di sebuah hotel dan pada saat yang bersamaan parti Islam oposisi Malaysia sedang gencar-gencarnya melakukan upaya memberantas penjualan minuman bir.

Konser kumpulan Black Eyed Peas di Malaysia merupakan sebagian dari perayaan ulang tahun perusahaan Guinness yang ke 250 tahun, dan di dalam lamannya ada pertanyaan,"Apakah anda seorang non-Muslim yan berusia di atas 18 tahun ke atas?" dan jika jawabannya tidak, akses untuk masuk lebih jauh ke laman tersebut tidak diizinkan.

Umat Islam Malaysia menempati 55% dari 27 juta orang total jumlah penduduk Malaysia yang berada di Asia Tenggara dan sangat dibatasi dalam mengkonsumsi alkohol. Meskipun aturan tersebut banyak dilanggar oleh penduduknya, terutama di kota-kota besar seperti ibukota negara - Kuala Lumpur.

Kelompok bisnes Guinness sendiri telah menjual merk lain dari produknya di Malaysia dengan total penjualan sekitar 1.2 billion ringggit (sekitar 340.6 juta dollar) pada tahun 2008.
Bahkan tanpa minuman beralkohol pun, band-band luar negeri yang ingin menyelenggarakan konsert di Malaysia mendapat pengawasan ketat. Awal minggu ini, Parti Islam Semalaysia (PAS) menyatakan mereka menolak dan melarang kehadiran kumpulan dari Denmark - Michael Learns to Rock untuk mengadakan konsert karena akan menyebabkan rosaknya moral anak muda Malaysia.

Sejak 2007, PAS parti Islam oposisi terbesar di Malaysia telah melakukan kempen menentang penyelenggaraan konsert musik seperi Beyonce, Rihanna, Gwen Stefani dan Avril Lavigne.
Bila partai Islam di Indonesia menyusul melakukan tindakan serupa yang dilakukan PAS Malaysia?(fq/aby)

sumber

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan 09- Azan yang Indah di BOSNIA

Video - Witir Ramadhan di Madinah

CHINA Takut Negara Arab Memboikot


“Marhaban bikum,” sapa seorang penyampai berita itu. Marhaban bikum ialah sapaan pembuka bicara di rancangan berita di seluruh dunia. Namun kat-kata itu diucapkan oleh seorang perempuan bernama Chiang Lu, seorang China, yang membawakan rancangan berita di sebuah saluran televisyen asal Beijing.

Chiang Lu tidak mengenakan jilbab, namun ia fasih berbicara dalam bahasa Arab. Pasca kejadian Uighur, tampak sekali pemerintah China mendekati orang Islam. Salah satunya itu tadi. Beberapa minggu lalu China Central Television (CCTV) sudah mulai menayangkan berita dan acara yang berbahasa Arab, selama 24 jam.

Marc Lynch, seorang analis media Arab, merasa pelik terhadap perkembangan ini. Pertanyaan yang muncul, untuk apa China melakukan ini? Dan apakah ada orang Arab atau Islam yang bersedia menonton? Satu-satunya konsideran adalah ini merupakan sebuah rencana besar China dalam meraih simpati dunia Islam.

Kejadian Uighur belum lama ini, tampaknya membuat China tak tentu arah. Bagaimana tidak, barang-barang dan makanan asal China mengalir deras ke Arab, dan bukan tidak mungkin rasa keberpihakan penduduk Arab terhadap Muslim Uighur akan mempengaruhi konsumsi mereka terhadap barang produk China.

Sejauh ini, hal ini belum terbukti. Pasalnya, saluran-saluran televisyen China masih jadi kegemaran di Timur Tengah. Beberapa negara menjadi mitra China. Iran misalnya, menjadi mitra kuat bagi China, sedangkan Syria menjadikan China sebagai model pertumbuhan ekonominya. Toh, di Yaman sekarang ini, sudah membatalkan semua bisnes dengan China dan mereka mulai memboikot produk asal Negara Tirai Bambu itu. (sa/anews)

sumber


SATU UMAT: Musuh-musuh Islam sebenarnya gentar akan kuasa boikot umat Islam.

AS- Sembelih Binatang Jadi Kesalahan

Beginilah kalau negara bukan bersyariatkan Islam, menyembelih haiwan (cara Islam) boleh dikenakan tuduhan pelanggaran hak asasi binatang. Seperti yang dialami oleh seorang Muslim di Chicago, Amerika. Namun mereka tidak peduli negaranya telah banyak menyembelih umat Islam di negara-negara yang mereka ceroboh.

Seorang muslim di Chicago mengatakan dirinya tidak boleh didakwa kerana telah menyembelih seekor anak domba yang akan ia gunakan untuk persiapan menyambut bulan suci Ramadhan.

Abdulsalam Al-Alawi (38 tahun), mengatakan setelah membeli empat ekor anak domba dari penternakan Wisconsin akhir minggu lalu, salah satu domba kelihatan sakit, dan hal tersebut memaksa dirinya untuk menyembelih domba sakit itu sesuai dengan ajaran Islam yang dia yakini, menurut laporan dari surat kabar Chicago Sun-Times hari Khamis kemarin.

Syariat Islam menyatakan bahawa haiwan tidak boleh mati sebelum disembelih, dan Alawi menghadapi situasi di mana domba yang dia beli hampir mati dan seandainya domba itu mati, dia tidak dapat memakan dagingnya kerana telah menjadi bangkai.

"Saya terpaksa menyembelihnya sebelum domba itu mati. Jika mati, daging domba tersebut tidak boleh lagi dimakan, dan saya terpaksa membuangnya," tegas Alawi sambil menyatakan bahawa dirinya terpaksa membawa domba itu ke tukang daging untuk disembelih secara syariat Islam.

Seorang tetangga Alawi komplain atas tindakannya dan menyebabkan dirinya ditangkap di rumahnya di Chicago pada hari minggu lalu dan sekarang ia menghadapi empat tuntutan atas kepemilikan haiwan untuk disembelih.

Alawi diragukan akan mendapatkan kembali tiga anak domba miliknya tersebut dari lembaga Pengawasan dan Kepedulian haiwan - untuk ia digunakan selama bulan Ramadhan ini.

"Sekarang seperti saya hanya akan menggunakan ayam segar dari toko daging," katanya kepada Sun-Times.(fq/aby)

sumber

sumber

Acara Maksiat Makin Marak di SAUDI


Ada satu video di Youtube. Video ini berasal dari Arab Saudi, dan menunjukkan sebuah perubahan dahysat yang begitu bertubi-tubi di negara itu. Di Saudi, video ini menjadi sangat popular, dan menunjukkan dua arah bertentanagn dalam pemerintahan Saudi.

Dalam video itu, diperlihatkan sebuah pesta muzik yang dibubarkan oleh pemerintah. Pesta muzik itu dilaksanakan di sebuah kediaman peribadi di Riyadh (Najd).

Ketika acara dimulakan, juracara naik ke panggung dan berkata, “Hadirin sekalian, mohon perhatiannya. Saya akan mengumumkan, bahawa pertunjukan dibatalkan. Anda semua diminta meninggalkan tempat ini dengan segera, dan tetap tenang. Informasi lebih lanjut akan disebarkan melalui Facebook dan emel. Terima kasih dan mohon maaf.”

Di Barat, pengumuman seperti ini bererti adanya ancaman bom. Namun di Saudi bererti Hey’a atau tindakan reliji.

Acara-acara hiburan memang semakin marak diadakan di Saudi. Bulan lalu misalnya, di Riyadh, pemerintah menggerebek pesta tari-menari di mana 60 orang laki-lakinya berpakaian perempuan. Mereka semua ditangkap oleh pemerintah Saudi. (sa/anews)

sumber

Friday, August 28, 2009

Suasana Ramadhan di Penjara Afrika Selatan

Autiriti lembaga pemasyarakatan di Afrika Selatan memenuhi permintaan organisasi Muslim Prison Board (MPB) agar pengelola penjara memberikan sedikit sentuhan Ramadhan kepada para tahanan yang Muslim.

Maulana Ahmed Namatuba dari MPB mengungkapkan, para tahanan Muslim tidak punya ruangan untuk solat berjamaah. Oleh sebab itu kami meminta autoriti Afrika Selatan menyediakannya untuk digunakan selama bulan Ramadan.

Untuk itu Departement of Correctional Services (DCS) mengistruksikan pada seluruh pengelola lapas agar menyediakan ruangan khusus agar tahanan yang Muslim boleh bersolat berjamaah dan menyediakan program kaunseling. Selain itu, pengelola penjara juga akan menyediakan dapur khusus agar para tahanan yang menjalankan ibadah puasa bisa mendapatkan makanan saat berbuka dan sahur.

Guru agama yang menjadi relawan untuk memberikan pelayanan rohani bagi tahanan Muslim, Maulana Ismail Ahmed Kaloo mengungkapkan kebahagiannya kerana ia diizinkan untuk membawa makanan istimewa ke dalam penjara untuk berbuka dan sahur.

"Dalam keadaannormal, DCS melarang makanan dari luar dibawa ke dalam kompleks penjara, tapi kerana sudah terjalin hubungan yang baik dengan MPB dan para guru agama yang menjadi sukarelawan, kami diperbolehkan membawa makanan sendiri ke dalam penjara," ujar Ahmed Kaloo.

Khabar baik yang lain, autoriti lapas Afrika Selatan berjanji akan menyediakan makanan istimewa untuk para tahanan muslim pada saat Idul Fitri selama tiga hari dan mengizinkan MPB membawa seorang imam untuk memimpin solat tarawih di dalam penjara.

Selain itu, akan diadakan program seperti 'pondok Ramadhan' yang melibatkan para da'i untuk memberikan pengetahuan tentang solat, puasa, ilmu membaca Al-Quran dan ilmu agama lainnya, program zikir serta tadarus Al-Quran. Kaloo menyatakan, program-program keagamaan seperti itu sangat bermanfaat bagi para tahanan yang ingin mendapatkan siraman rohani atau berkonsultasi dalam masalah agama.

"Kerana Ramadan menawarkan kesempatan yang luas bagi para tahanan untuk merenung dan bertaubat," imbuh Kaloo.

Di Afrika Selatan, komuniti Muslim yang terdiri dari 1.4 persen dari 44 juta jumlah penduduk negara itu, mulai menjalankan ibadah puasa Ramadhan pada Sabtu (22/8). (ln/iol)

sumber

Bintang NBA Kini Imam Masjid di Missisippi

"Ilmu pengetahuan dapat membuat seorang budak menjadi seorang raja," itulah nasihat yang disampaikan oleh Mahmoud Abdul Rauf, mantan bintang National Basketball Association (NBA) yang kini menjadi imam masjid yang dibangunnya sendiri di Gulport, Mississipi.

Malam itu, di lantai dua masjidnya, Abdul Rauf memberikan ceramah di hadapan para jemaah yang kebanyakan remaja dalam acara makan malam dan penggalangan dana untuk sekolah Islam masjid tersebut. Dalam ceramahnya, dia berpesan pada anak-anak muda Muslim untuk menegakkan Islam di manapun mereka berada dan menuntut ilmu sebanyak mungkin.

"Kita senantiasa melihat pendidikan sebagai bekal untuk mencari kerja demi keamanan finansial. Tapi kita melupakan tujuan utama pendidikan yang seharusnya menjadi bekal bagi seseorang agar bisa bertahan dalam kehidupan," kata Abdul Rauf.

Ia membandingkan pendidikan Barat yang berasaskan sekularisme, memisahkan antara negara dengan agama. Menurutnya, pendidikan dalam Islam harus mencakup segala aspek kehidupan. "Umat Islam tidak boleh menyingkirkan agamanya ke dalam 'kloset'," ujar Abdul Rauf.

Pada kesempatan itu, dia menguraikan hasil kajian yang dilakukan oleh para profesor di Universitas Harvard dan Universitas Yale. Hasil kajianitu menunjukkan bahawa anak-anak Afrika memiliki bakat lebih cepat menangkap pelajaran. "Sejarah membuktikan bahawa orang-orang Afrika dan Muslim adalah para penemu disiplin ilmu moden seperti algebra dan berbagai ilmu pengetahuan lainnya," tutur Abdul Rauf.

Ketika masih menjadi bintang di NBA, Abdul Rauf pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak mahu berdiri saat diperdengarkan lagu kebangsaan. Menurutnya, sikap itu adalah pengejewantahan dari agama yang dianutnya dalam kehidupan sehari-hari. "Saya memanfaatkan kontroversi itu sebagai alat untuk menjelaskan pada orang lain tentang agama saya," tukas Rauf.

Pada akhirnya, dia berhasil meyakinkan banyak orang untuk menghormati nilai-nilai dan prinsip yang dianutnya. Mereka menghormati Rauf dan bahkan dalam banyak hal mengikuti langkah yang dilakukan Rauf. Secara khusus, dia berpesan pada anak-anak Muslim yang bersekolah di sekolah publik dan bukan sekolah Islam, agar dapat mengambil posisi sebagai pemimpin agar melakukan pendekatan seperti yang dilakukannya, terutama bagi mereka yang non-Muslim.

"Kita harus belajar tentang sejarah kita, memahami masa yang sedang kita jalani dan menyiapkan masa depan kita," pesan Rauf.

Abdul Rauf adalah mantan bintang NBA yang bermain untuk kelab basket Denver Nugget dari tahun 1990-1995. Ia adalah bintang lapangan bagi pasukannya dan memenangkan penghargaan sebagai pemain yang paling kaya improvisasinya pada tahun 1993.

Rauf kemudian pindah ke kelab basket Sacramento Kings lalu ke kelab Vancouver Grizzlies. Dia membawa kemenangan bagi pasukannya tahun 1994 dan 1996. Setelah itu, Rauf memutuskan untuk meninggalkan lapangan bola keranjang dan mulai giat berdakwah. Ia membangukan masjid di kota kelahirannya di Gulport, Mississipi dan menjadi imam di masjidnya. (ln/tsm.media)

sumber

Ramadhan di Serata Dunia

Ramadhan datang, selalu memberikan kebahagiaan dan sukacita mendalam bagi sesiapapun, di manapun di dunia ini. Besar-kecil, tua-muda, perempuan dan laki-laki, semua merasakan semarak dan gempita Ramadhan. Maklumlah, Ramadhan adalah bulan sebenar-benarnya berkah.

Muslim di Amerika Utara memulakan puasa Ramadhan pada Sabtu, 22 Ogos pula. Pada intinya, hampir semua Muslim di dunia menyambut dan menjalani Ramadhan 2009 ini dalam waktu yang sama, Sabtu 22 Ogos. Perbezaan hari hanya terjadi beberapa jam saja. Muslim di Turki, Balkan dan Uni Eropa hmenyambut Ramadhan lebih cepat, pada hari Jumaat. Sedangkan Arab Saudi, dengan sebahagian besar negara Teluk lainnya memulai hari Sabtu.

Selama bulan Ramadhan, semua Muslim yang telah akil baligh melaksanakan puasa, dari Subuh sampai Maghrib. Sekadar mengingatkan, pada bulan ini Al Quran sebagai pedoman hidup manusia di akhir zaman diturunkan. Menteri Agama Turki mengumumkan bahwa Turki memulai Ramadhan pada hari Jumaat, 21 Ogos. Begitu pula dengan Romania. Orang Romania memang selalu mengikuti Turki dalam menentukan hari pertama Ramadhan. Sementara komuniti Arab memulakan Ramadhan berdasarkan melihat pada bulan di negara mereka masing-masing. Di Romania, ada 70.000 Muslim, kebanyakan berasal dari Turki dan Albania. Jumlah mereka sama dengan 2% dari jumlah keseluruhan 22 juta rakyat Romania.

Ramadhan juga dimulai pada Jumaat di Bulagaria, dan Kosovo. Asen Menkob, ketua Serikat Muslim Pembangunan dan Budaya Bulgaria, mengatakan, "Muslim Bulgaria biasanya mengikut Turki dalam memulakan puasa."

Sedangkan Balkan tak jauh berbeza. "Kami mengikuti koordinasi dengan fatwa dari Turki," terang Naeem Trafana, ketua ulama di Kosovo.

Bosnia juga memulai puasa Ramadhan pada Jumaat. Begitu pula dengan Muslim di Bosnia, Kroasia, Slovenia, Serbia dan Montenegro, Makedonia, dan Albania.

Muslim mengikuti kalendar bulan, jadi bulan Ramadhan akan terjadi di semua bulan dalam beberapa tahun setiap periodenya. Misalnya jika tahun ini Ramadhan dimulai pertengahan Ogos, maka tahun depan insyaAllah terjadi pada akhir Julai atau awal Ogos. Begitulah seterusnya.

Saudi memulakan Ramadhan pada Sabtu. Dewan ulama senior di Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Uni Emirat Arab mengatakan tidak melihat bulan pada Khamis malam, jadi Jumaat adalah hari terakhir mereka sebelum Ramadhan dimulai.

Pada tahun ini, untuk pertama kalinya para penduduk Saudi dapat melihat anak bulan menggunakan teleskop, bukan hanya mata telanjang saja. Dalam pernyataan Ahad, Dewan Tinggi Saudi menyerukan rakyat Saudi untuk melihat bulan pada Khamis petang.

Dewan Tinggi kemudian meminta kepada rakyat yang sudah menyaksikan bulan dengan mata langsung untuk melaporkan kepada Dewan terdekat. Sebelumnya, Dewan tidak membolehkan penggunaan teleskop untuk melihat bulan.

Isnin, Mohammed Hussein Fadhlallah menyatakan bahwa Ramadhan di Lebanon dimulai pada Jumaat berdasarkan pengiraan astronomi yang tepat. Tapi di Mesir, Ramadhan dimulai pada Sabtu.

Mesir memang unik. Dari mulai tengah malam waktu setempat, sejak Khamis, Mesir telah memajukan satu jam lebih awal, memotong satu jam lebih pendek dari waktu musim panas dalam satu bulan.

Akhir dari Ramadhan adalah Aidil Fitri. Itulah waktu yang sangat membahagiakan yang dipunyai oleh kita orang Islam dan tak pernah dapat dimiliki oleh mereka kaum non-Islam. Sesuatu yang tak dapat digantikan dan ditukar dengan apapun. Subhanallah, semarak Ramadhan, subhanallah....(sa/wb)

sumber

Soal Siasat CIA yang Kejam

WASHINGTON 27 Ogos - Setahun selepas pentadbiran Bush mengatakan soal siasat kejam tidak lagi digunakan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan taktik menghalang tahanan daripada tidur terhadap seorang suspek keganasan pada penghujung 2007, dengan membiarkan dia berjaga selama enam hari berturut-turut dengan kebenaran daripada peguam kerajaan.

Penyiasat membuatkan tahanan tidak dikenali itu kekal berjaga dengan merantai tangannya pada dinding dan merantai kaki pada lantai, menurut pegawai kerajaan dan memo yang dikeluarkan bersama laporan dalaman CIA. Pentadbiran Obama mengeluarkan laporan dalaman tersebut minggu ini.

Walaupun nama dan semua perincian penting tahanan berkenaan digelapkan dan tidak dinyatakan dalam memo-memo tersebut, hanya terdapat seorang suspek saja dalam tahanan CIA pada masa itu, Mohammed Rahim al-Afghani yang didakwa seorang anggota al-Qaeda dan penterjemah untuk Osama bin Laden.

Walaupun pentadbiran Bush mengurangkan teknik soal siasat yang dahsyat, CIA masih melampaui batas dalam apa yang dipertimbangkan oleh penasihat undang-undang pentadbiran sebagai cara yang boleh diterima.

Dokumen menunjukkan dua kejadian pada 2007 yang mana CIA dibenarkan melanggar garis panduan yang disediakan peguam pentadbiran Bush dengan memaksa tahanan berjaga sehingga empat hari.

Menurut dokumen tersebut, tahanan itu dibiarkan berjaga dengan dipaksa berdiri dengan tangan digari di atas paras jantung. Dia dipakaikan dengan lampin supaya penyiasat dapat merantainya berterusan tanpa perlu ke tandas.

Dokumen itu menjelaskan bahawa tahanan dipantau dengan televisyen litar tertutup (CCTV). Sekiranya dia tertidur, rantai pada tangannya akan ditarik untuk membuatkannya terjaga.

Sekiranya kaki tahanan bengkak akibat edema yang boleh menyebabkan darah tersekat dan strok, penyiasat akan merantainya pada bangku tidak rata atau pada lantai dengan tangan diregangkan.

Halangan tidur selama 48 jam akan menghasilkan halusinasi, mengurangkan daya tahan terhadap rasa sakit dan menjadi seseorang lebih mudah dipengaruhi. - AP

sumber

Thursday, August 27, 2009

HAMAS dan Negara Islam

Hamas, sekali lagi menyangkal berdirinya negara Islam Palestin yang sudah dideklarasikan Abdel Latif Moussa di Farah. Tak ada negara Islam dan raja atau pangerannya. Dan Hamas sama sekali tak berdiri di belakang Moussa untuk hal ini. Menurut Hamas, jika saja itu terjadi maka Palestin akan berubah menjadi negara sekular. “Tak ada bezanya dengan Turki-Recep Tayyip Erdogan.” begitu ujarnya.

Dan itu sama sekali bukan sesuatu yang mudah buat Hamas. Melihat “sang pangeran” berdiri menentang dan menampilkan imej di masjid dan jalanan yang lain tentang Palestin, dan menentang statusnya. Masjid dan jalanan selalu menggambarkan perjuangan Hamas di Jalur Gaza, kerana di dua tempat itulah Hamas dibesarkan. Dan sekarang, keduanya telah diambil alih oleh mereka.

Kedatangan Moussa di Palestin mengingatkan kita semua pada sejarah lama. Cara dan jalan yang sama kembali terbangun: bahawa menentang sebuah kekuatan baru yang moderat, mengabaikan kestabilan wilayah, dan meniadakan dialog, adalah opini yang akan membangun terhadap siapapun penentangnya adalah ekstremis sesungguhnya. Dan sangatlah jelas jika Hamas diposisikan dalam stigma tersebut.

Padahal, kenyataannya, Hamas menolak perbincangan apapun tentang kewujudankelompok ini di Jalur Gaza. Hamas menyatakan bahawa Hamas adalah Hamas yang tengah berjuang menentang penjajahan di negerinya, dan kelompok Jihad Salafi atau siapapun itu bahkan Al Qaidah adalah mereka yang tak pernah ada di Palestin dan merecoki perjuangannya. Perjuangan Gaza adalah murni dari tetesan dan tumpah darah rakyat Palestin.

Dengan semakin menggelembungnya kekuatan-kekuatan baru yang menimpali kekuatan lama yang memang berbeza orientasi perjuangannya dengan Hamas, sekali lagi, Hamas berada dalam fenomena yang mengkhuatirkan, kerana semua itu menjadi erosi bagi semua perjuangan Gaza. Apalagi rekonsialisasi Fatah berjalan mulus—dengan kali ini melibatkan seorang Arab Yahudi dalam keanggotaannya. Hamas berdiri di atas tanah Gaza tapi kehilangan semua kekuatannya di depan musuh abadi mereka, kerana bergerak pun—menentang rencana pembentukan dua Negara—diertikan sebagai ajakan perang kepada dunia.

Saat ini, mereka yang membela Hamas boleh dihitung dengan jari satu tangan. Artinya ada banyak harga mahal sehubungan isolasi, rekrontruksi dan dialog dengan musuh. Tak ada Negara Arab Timur Tengah yang benar-benar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam isu Palestin. Tak ada lagi kartu AS yang boleh dipakai oleh Hamas.

Pertanyaan besarnya adalah: Apa lagi yang akan dilakukan Hamas di Gaza? Masihkah terus melakukan perjuangan atau mulai kompromi? Sementara Mahmoud Abbas—pemimpin Fatah yang kembali terpilih—tengah tersenyum membuka jubah kebesarannya menanti mana yang akan masuk kantong berikutnya, sambil menghitung dan menghitung umur dan kesabaran Hamas.

Tapi, Hamas bukan sebuah gerakan 'petang semalam', yang mudah ditekuk oleh musuh-musuhnya. Bagaimana pun Hamas telah berperang dengan Israel, dan dapat menyelamatkan gerakannya. Sementara kekuatan lainnya, sekarang hanya menjadi pengekor Israel. Hamas masih menjadi harapan masa depan rakyat Palestin, yang menginginkan kemerdekaan, dan bukan Mahmud Abbas.(sa/alhayat)

sumber

Fatwa MESIR- Pemain Bola Boleh Tidak Berpuasa

Lembaga tinggi keagamaan Mesir telah mengeluarkan fatwa membebaskan para pemain pasukan bolasepak kebangsaan dari berpuasa selama bulan Ramadhan menjelang berlangsungnya pertandingan sepak bola antarabangsa, kata seorang pejabat, namun kebanyakan para pemain malah menolak fatwa tersebut.

Fatwa tersebut keluar menjelang kejuaraan dunia sepak bola di Mesir yang akan berlangsung tanggal 24 September nanti setelah Ramadhan berakhir telah mencetuskan kemarahan kelompok-kelompok Islam di negara itu.

Dar al-Ifta, lembaga negara yang memiliki autoriti untuk menjelaskan dan mengeluarkan fatwa-fatwa agama telah "mengizinkan" para pemain pasukan kebangsaan Mesir untuk membatalkan puasa mereka, agar tidak mengganggu selama latihan dalam persiapan menghadapi kejuaraan bolasepak di bawah umur 20 tahun, kata juru cakap persatuan sepak bola Mesir - Alaa Abdel Aziz kepada AFP.

"Namun para pemain menolak fatwa tersebut. Mereka tetap meminta untuk tetap menjalankan ibadah puasa," katanya menambahkan.

Dar al-Ifta menegaskan telah mengeluarkan fatwa tersebut dengan memberikan penjelasan bahwa "seorang pemain yang terikat pada kelabb dengan kontrak, Wajib untuk melaksanakan tugasnya sebagai pemain dan jika bermain sepak bola ini adalah sumber pendapatannya dan dirinya mesti ikut serta dalam pertandingan selama bulan Ramadhan dan dengan berpuasa mempengaruhi kinerja selama ia bertanding - maka ia diperbolehkan untuk membatalkan puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta Ibrahim Nigm kepada AFP.

Pendapat oautoriti lembaga fatwa negara ini menyatakan bahawa "bagi mereka yang melakukan pekerjaan yang banyak mengeluarkan tenaga dan dapat menyebabkan tubuhnya menjadi lemah kerana berpuasa, maka dapat membatalkan puasanya," kata Nigm.

Namun fatwa ini menyebabkan front Ulama Al-Azhar, mengeluarkan pernyataan di laman mereka yang menentang dan mencela fatwa yang membolehkan tidak berpuasa tersebut.
"Bermain bola tetaplah bermain bola, dan bukan merupakan sebagian penting dari kehidupan yang dapat membenarkan seseorang tidak berpuasa dan membatalkan puasa selama bulan Ramadhan."(fq/aby)

sumber

Ramadhan- 13 Juta Gelas Air Zam zam Sehari di Masjidil Haram

Direktur Distribusi Air Zamzam di Masjidil Haram, Makkah, Aifan Al-Juaid mengungkapkan, penggunaan air Zamzam di Masjid Haram pada bulan Ramadan mencapai tiga juta gelas sehari.

"Jumlah itu setara dengan lebih dari 1.800 meter kubik air Zamzam yang digunakan di dalam masjid saja, sedangan di luar masjid mencapai 270 meter kubik setiap harinya selama memasuki bulan Ramadan," kata Juaid.

Para jemaah Masjid Haram boleh menikmati air Zamzam sepuasnya di 90 tempat penyediaan air Zamzam di dalam masjid, dengan jumlah paip air mencapai 1,100 buah. Di luar masjid terdapt 40 lokasi penyediaan air Zamzam dengan jumlah paip sebanyak 100 buah.

Menurut Al-Juaid, pihaknya sedang membangun lokasi tempat minum air Zamzam yang baru di tingkat bawah, di lantai 1 dan lantai 2 masjid, serta di sisi luar utara halaman Masjidil Haram sesuai keinginan almarhum Raja Faisal yang ingin meningkatkan sistem penyaluran air Zamzam bagi para jemaah, utamanya jamaah haji dan pada saat Ramadhan.

Selain di Masjidil Haram, Makkah, air Zamzam juga disediakan di Masjid Nabawi, Madinah. Di masjid ini, penggunaan air Zamzam mencapai 274 meter kubik per harinya. (ln/arabnews)

sumber

Karadzic: Kuasa2 Besarlah Pencetus Perang Bosnia

Teertuduh penjenayah perang Bosnia Radovan Karadzic mengungkap adanya "kekuatan-kekuatan besar dunia" yang sengaja mencetuskan perang Bosnia. Karadzic kini sedang menjalani pengadilan di International Criminal Tribunal atas tuduhan genosid, jenayah perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan dalam perang Bosnia yang terjadi tahun 1992-1995.

"Pecahnya Yugoslavia dan perang Bosnia sudah dirancang oleh kekuatan-kekuatan dunia itu, jauh sebelum saya terjun ke politik. Mereka kemudian merancang semua peristiwa itu dengan kemampuan perisikan dan ketenteraan mereka," ujar Karadzic seperti disiarkan AFP.

Karadzic tidak menyebutkan siapa "kekuatan-kekuatan dunia" yang dia maksudkan, namun dia menyebut sejumlah dokumen dari beberapa negara seperti Peranchis, Jerman dan AS dalam persidangannya. "Dengan apa yang terjadi di Bosnia, dunia dapat melihat bagaimana sejumlah negara memanfaatkan dan mempermainkan negara kecil untuk kepentingan geopolitik mereka. Misalnya, untuk kepentingan pengerahan aliansi pasukan dan mencapai tujuan membentuk sebuah imperium," papar Karadzic yang baru tertangkap setelah 13 tahun menjadi buruan.

Karadzic mengungkapkan harapannya agar diberi kesempatan untuk mengungkap apa yang sebenarnya terjadi dalam perang Bosnia, yang diikuti dengan tercerai berainya Yugoslavia. "Saya ingin pengadilan ini mengungkap siapa sebenarnya yang bertanggung jawab atas ini semua," harap Karadzic.

Karadzic menyatakan kekecewaannya karena pengadilan menolak hearing yang mungkin menjadi kesempatan baginya untuk membeberkan bukti tentang keterlibatan AS yang boleh mempengaruhi jalannya pengadilan.

Menurut mantan pemimpin Serbia itu, AS pernah menawarkan kesepakatan jika Karadzic mau mundur dari muka publik. Tawaran itu, kata Karadzic, disampaikan pada tahun 1995 oleh Richard Hoolbroke yang ketika itu menjadi juru runding AS dalam upaya penyelesaian perang Bosnia. Hoolbroke sekarang menjadi utusan khusus pemerintahan Obama untuk Pakistan dan Afghanistan.

Karadzic mengungkapkan, selain Hoolbroke, Menteri Luar AS saat itu, Madeleine Albright juga ikut terlibat dalam kesepakatan. Masih menurut Karadzic, dia awalnya memberikan persyaratan atas tawaran kesepakatan tersebut, tapi dia akhirnya menyedari bahawa AS sebenarnya berniat untuk melenyapkannya.

Hoolbroke membantah keras pengakuan Karadzic. Tapi Karadzic bersumpah akan membuktikannya di pengadilan bulan September mendatang. "Saya akan menghadirkan saksi mata yang boleh memberikan gambaran yang benar tentang siapa sesungguhnya yang bertanggungjawab atas kekacauan di Bosnia," tukas Karadzic.

Apapun pernyataan Karadzic, perang Bosnia menjadi pembantaian manusia terburuk yang pernah terjadi sejak Perang Dunia II. Karadzic memimpin pasukan Serbia yang mengusir dan membantai warga Muslim dan penduduk non-Serbia dengan cara yang keji. Lebih dari 8.000 Muslim, terdiri dari kaum lelaki, perempuan dan anak-anak menjadi korban pembantaian pasukan Karadzic dan lebih dari 20.000 kaum perempuan Muslim menjadi korban perkosaan sebagai sebagian dari keganasan yang dilakukan Karadzic. Para korban yang maut dalam perang tersebut dipendam dalam sebuah kuburan besar yang terbongkar beberapa tahun kemudian. (ln/iol)

sumber

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan- Muslim AS Terpaksa Sewa Kuil Yahudi

Ledakan penduduk umat Islam di Amerika Syarikat telah menyebabkan terjadinya kekurangan atas keperluan umat Islam terhadap masjid dan ruangan khusus untuk melaksanakan solat, yang akhirnya memaksa umat Islam AS menyewa sinagog-sinagog (rumah ibadat) Yahudi untuk dijadikan tempat solat selama bulan suci Ramadhan ini.

Di Reston Virginia sebuah sinagog telah dibuka bagi umat Islam yang akan melaksanakan solat selama bulan Ramadhan khususnya solat tarawih, menurut akhbar Washington Post. Ruangan tambahan bagi umat Islam untuk melaksanakan solat sangat diperlukan untuk menampung banyaknya umat Islam yang ingin melaksanakan sholat.

"Sama seperti anda yang memiliki bulan suci seperti Paskah Kristian, atau umat Yahudi dengan Hanukkah, kami umat Islam memiliki bulan suci yang kami sebut bulan Ramadhan," kata Imam Johari Abdul Malik direktur pada masjid Dar Al-Hijrah di gereja Falls kepada Washington Post.

Dengan Perkiraan jumlah Muslim di Amerika berkisar antara 2.5 dan 7 juta, populasi umat Islam telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 1990 berdasarkan sebuah skajian di Trinity College, yang menjadi tentangan bagi umat Islam untuk mampu membangun masjid yang cukup besar untuk memenuhi keperluan umat Islam AS dalam persoalan ibadah solat.

Jemaah Yahudi wilayah utara Virginia pernah sangat tergantung kepada ruangan yang ada di sebuah gereja Katolik sebelum Sinagog mereka dibangun. Rabbi Robert Nosanchuk mencatat bahawa "Nabi Yesaya mengatakan bahwa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang, saya tidak tahu jika nabi Yesaya boleh membayangkan bahawa saat ini sinagog telah menjadi tempat ibadah umat Islam selama bulan Ramadhan, namun idea dasarnya berasal dari perkataan Nabi Yesaya tersebut."

Umat Islam dilarang membungakan wang, sehingga sebahagian besar jemaah umat Islam menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk mengumpulkan sejumlah wang dalam bentuk tunai untuk menghindari adanya pembungaan wang di bank - yang diperlukan untuk membangun sebuah masjid, meskipun sebuah bangunan masjid di pinggiran Virginia harus kepenuhan setelah beberapa minit dibuka untuk para jemaah dan terpaksa menyewa ruang tambahan untuk memenuhi keperluan bertambahnya jemaah.

Masjid yang dapat menampung 4000 jemaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, dan sampai sekarang belum mampu membangun ruangan tambahan dengan cepat secepat pertumbuhan jemaah masjidnya.

Ruangan hotel, dewan pernikahan dan dua sinagog telah disewa untuk memuatkan umat Islam yang akan melaksanakan solat Jumaat.

Jamaah masjid Dar al-Hijrah yang dapat menampung 2000 orang terpaksa berpindah ke tempat lain untuk melaksanakan solat kerana keterbatasan ruang.(fq/aby)

sumber

200 Tahanan Uighur Mati di Penjara

Tokoh Muslim Cina Uighur, Rabiya Kadeer menuding pemerintah Cina telah menyiksa sekitar 200 tahanan Muslim di penjara hingga meninggal dunia. Rabiya yang kini menetap di Washington, AS mengungkapkan, dia menerima kiriman fax dari seorang Uighur yang bekerja sebagai polis dan kini jadi pelarian ke Kyrgyzstan tentang keadaan para tahanan di penjara Urumbay, selatan kota Urumqi.

Menurut laporan polisi itu, kata Rabiya, sekurang-kurangnya 196 Uighur disiksa dan dibunuh di penjara tersebut. "Salah seorang antaranya bernama Erkin, tidak tahan menanggung siksaan dan akhirnya bunuh diri," ungkap Rabiya yang kini memimpin organisasi World Uighur Congress.

Menurutnya, dia tidak dapat memastikan jumlah tahanan yang menjadi korban kerana sambungan telefon diputus. "Saya yakin, setelah berita itu terbuka kepada umum, China akan mengatakan berita ini tidak benar. Kami tidak dapat membuktikannya, kerana keterbatasan yang ada," tukas Rabiya mengecam pemerintah Cina yang menutup akses informasi

Masih menurut Rabiya, pemerintah Cina menahan lebih dari 200 orang Uighur yang mayoritinya Muslim setelah terjadi pergaduhan antara etnik di Urumqi pada 5 Julai lalu. Sekurang-kurangnya 197 orang terkorban dalam pergaduhan tersebut. (ln/yn)

sumber

Tuesday, August 25, 2009

PAS Menang, Majoriti 4551 Undi

PAS menang, majoriti menurun


PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

sumber

Kanoute, Ramadhan & Bola Sepak

Tak ada yang berubah dalam diri Frederic Kanoute. Pesepak bola asal Mali yang kini merumput bersama klub menengah Liga Spanyol Sevilla ini menjalani bulan Ramadhan tahun ini sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Ia tetap melaksanakan ibadah puasa.

Bulan Ramadhan tahun ini memang bertepatan dengan bergulirnya liga sepakbola Spanyol 2009-2010. Selama bulan Ramadhan, Sevilla akan emnghadapi tiga pertandingan liga yaitu melawan Valencia, Real Zaragoza, dan Real Osasuna. Dan untuk ketiga pertandingan itu, Kanoute tetap akan bermain, tanpa harus membatalkan puasanya.

“Saya menghormati agama saya sebisa mungkin.” Ujarnya pada Reuters dan Goal.com. “Saya tak akan mengecewakan klub dan pendukung klub ini. Dengan menjalani ibadah puasa, saya merasa semakin sehat dan kuat. Puasa tidak melemahkan orang Islam.”

Menurut Kanoute, ia sangat bersyukur kepada Allah, karena saat ini klub dan rekan-rekan satu timnya sangat memahami dirinya,. "Memang terkadang berat untuk berpuasa. Sebab kondisi cuaca di Spanyol bagian selatan sangatlah panas. Namun, saya bersyukur kepada Allah karena saya mampu menjalani puasa," ujar Kanoute.

Kanoute adalah pemain bolasepak Muslim yang terkenal selalu menjalani ibadah sebagai orang Islam, di manapun dia berada. Misalnya saja, dia sudah terbiasa melakukan solat ketika jeda pertandingan di ruang ganti. Ia juga menolak memakai jersi pasukan yang terdapat penaja judi, dan untunglah pihak kelab Sevilla menghormatinya dengan meniadakan penaja, khusus di seragam Kanoute. Untuk itu, dia mengenakan seragam tersendiri yang disediakan oleh kelabnya.

Tahun 2007, Kanoute menyelamatkan sebuah masjid di Sepanyol selatan kerana terancam akan ditutup akibat tidak ada dana. Dia menyerahkan sekitar 510.860 euro atau sekitar Rp. 4,6 milyar untuk menyelamatkan masjid itu dan kerananya Muslim Sevilla masih mempunyai masjid. Ia juga mendirikan yayasan yang membantu anak-anak yatim piatu di negaranya, Mali. (sa/iol)

sumber

Masjid Selat di Melaka




MELAKA bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di Nusantara.

Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-Quran.

Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.

Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.

Terbaru dan terkini, Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.

Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.

Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

Menurut Pemandu Pelancong, Shaukani Abbas, masjid tersebut penting kerana ia dapat meniup semangat baru kepada seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

Ini kerana, katanya, masjid berkenaan terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan eksklusif selain perumahan yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Beliau memberitahu, selain untuk tujuan solat, rakyat dan para pelancong juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar masjid.

"Pembinaan masjid tersebut di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Bandar Hilir adalah mercu tanda baru di negeri ini serta menunjukkan usaha kerajaan negeri yang sentiasa meningkatkan syiar Islam.

"Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka, baru-baru ini.

Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham daripada Ali Rustam yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Jika kita meninjau masjid ini dengan lebih dekat lagi, pastinya seribu ketenangan jiwa tercipta bagi melupakan sebentar segala cengkaman masalah dunia.

Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Bersujud di dalamnya sambil dihembus angin selat yang bertiup pastinya menjadikan solat tarawih sempena bulan Ramadan ini misalnya adalah terbaik pernah kita laksanakan.

Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.

Rumah Api yang mengeluarkan cahaya amaran kepada perahu-perahu sehinggalah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka itu. Memberikan juga panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.

Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah.

Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.

Siri lawatan ke Melaka kini tidak akan lengkap jika kita tidak mengunjungi Masjid Selat.

Walaupun mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan nostalgia sejarah dengan keunikan-keunikan Masjid-masjid lain seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Peringgit dan sebagainya.

Rekaan masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu. Ini apabila kita dapati elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan.

Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Iaitu kubah besar yang indah dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter.

Masjid Selat begitu lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi segala fungsi dan aktiviti yang mengimarahkan masjid.

Selain Dewan Solat, terdapat Dewan Serba Guna, Perpustakaan, Kelas-kelas Pengajian dan sebagainya.

Namun pandangan mata begitu tertumpu juga kepada keindahan seni buatan mimbar masjid ini. Berasaskan kepada kayu jati, mimbar tersebut diukir dengan seni ukiran yang sangat halus bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga.

Seni-seni kaligrafi, ayat-ayat suci al-Quran turut memenuhi ruang dan dinding masjid.

Seni muqarnas di bahagian atas mihrab terdiri dari jubin-jubin yang terpilih namun dibina dengan paten-paten geografi dengan kedalaman yang berbeza bagi menghasilkan sistem bunyi akustik baik dan mengurangkan gema.

Untuk kenal lebih dekat, marilah ke Masjid Selat bagi memperhebatkan lagi ibadat dan menyuntik lagi semangat Ramadan tahun ini!

sumber

XINJIANG - Lebih 170 Uighur Didakwa

BEIJING 24 Ogos - China dijangka membicarakan lebih 170 etnik Uighur dan lebih 20 etnik Han minggu ini, atas dakwaan terlibat dalam ketegangan etnik berdarah di wilayah Xinjiang, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Akhbar China Daily memetik pegawai yang enggan dikenali sebagai berkata, perbicaraan akan dilakukan di Mahkamah Pertengahan Rakyat di Urumqi, ibu negeri wilayah itu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 197 nyawa terbunuh dalam insiden tersebut.

Seorang pegawai kerajaan yang hanya dikenali sebagai Ma menyatakan yang dia 'tidak mempunyai maklumat setakat ini' mengenai perbicaraan itu.

Keganasan yang berlaku di Urumqi pada 5 Julai lalu antara etnik Han dengan Uighur itu adalah ketegangan etnik terburuk yang pernah berlaku di China sejak beberapa dekad lalu.

China Daily melaporkan, kesemua defendan akan didakwa atas kesalahan menghalang lalu lintas hinggalah tuduhan membunuh yang menunjukkan sebilangan dari mereka mungkin menerima hukuman mati.

Akhbar itu bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai defendan adalah dari etnik Uighur. Namun laporannya menyebut lebih 170 peguam Uighur dan 20 peguam Han telah ditugaskan.

Pendakwa raya telah menyediakan lebih 3,300 barang bukti termasuk batu dan belantan berlumuran darah, 91 rakaman video serta lebih 2,150 gambar. - AFP

sumber

Monday, August 24, 2009

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan- Golongan Tua Saja Dibenarkan Masuk al-Aqsa

Betapa sedihnya. Betapa nestapanya. Di bulan Ramadhan ini bagi muslim Palestin. Di mana penjajah Israel laknatullah telah melarang mereka memasuki Masjidil Aqsha. Penjajah Israel itu telah melarang dan membatasi bagi muslim Palestin,yang ingin beribadah di Masjidil Aqsha, hanya dibolehkan bagi mereka yang usianya sudah diatas 50 tahun.

Perlakuan yang sangat tidak adil ini, dan membatasi setiap warga muslim Palestin yang ingin melangsungkan ibadah di bulan suci Ramadhan ini, terutama di Masjidil Aqsha telah di lakukan pemerintah Israel. Mereka yang diizinkan hanya muslim yang usianya sudah 50 tahun. Para pemuda muslim dilarang mereka masuk ke Masjidil Aqsha.

Perlakuan yang sangat keji ini, dikemukakan oleh Uri Mendes, yang mengepalai koordinasi keamanan distrik dan sebagai penghubung di wilayah Jerusalem dan Tebing Barat. Mendes menetapkan bagi para pengunjung yang ingin memasuki tempat suci Islam ini, yaitu Masjidil Aqsha hanya mereka yang umurnya sudah di atas 50 tahun.

Sedangkan bagi para pemuda muslim yang usianya masih dibawah 50 tahun, tidak diizinkan masuk ke Masjidil Aqsha. Sedangkan untuk kaum wanita yang diizinkan masuk ke Masjidil Aqsha yang sudah berumur 45 tahun. Wanita yang usianya masih dibawah 30 tahun dilarang masuk ke Masjidil Aqsha.

Sementara itu, Dr.Yusuf Qardawi, yang menjadi pemimpin ulama sedunia itu, menyerukan kepada seluruh umat Islam agar malaksanakan shalat Jumaat di Masjidil Aqsha, pada Jum'at yang akan datang. (28/8/2009)

Qardawi yang juga menjadi Ketua Dewan Lembaga Al-Quds Internasional itu, menyerukan kepada para Menteri Wakaf di negara-negara Teluk, Khamis yang akan datang untuk memperingati 40 tahun pembakaran Masjidil Aqsha yang dilakukan Yahudi Australia (Baruck Goldstein), dan melaksanakan hari solidariti untuk Masjidil Aqsha.

Hal senada juga dikemukakan oleh anggota Parlimen dari Hamas, Mona,yang menegaskan bahawa Al-Aqsha dalam ancaman Israel, dan kondisinya sangat memprihatinkan. (m/pic)

sumber

RUSIA Kempen Poligami!

Jika di Indonesia dan negara-negara Timur Tengah wacana dan fenomena poligami senantiasa menuai badai kontroversi dan kecaman, di Rusia lain pula ceritanya. Pemerintah dan rakyat Rusia sayap nasionalis, sedang giat mengkempenkan poligami.

Setelah melalui perdebatan dan pergulatan yang cukup sengit dan banyak, pada akhirnya pemerintah Rusia membolehkan, bahkan menganjurkan poligami. Poligami dipandang sebagai penyelsaian jitu untuk mengatasi masalah demografi dan kekurangan penduduk di Rusia yang terbilang cukup parah.

Selain itu, poligami juga dipandang sebagai solusi untuk menyelesaikan masalah-masalah kemaysrakatan lainnya yang merebak di Rusia, salah satunya adalah banyaknya anak yang lahir tanpa pernikahan dan ditinggalkan orang tua mereka.

Saking seriusnya dan ingin suksesnya misi ini, wakil ketua parlimen Rusia Vladimir Khirinovski bahkan menyeru agar dibuatkan undang-undang atas hal ini. Khirinovski menyatakan jika masalah demodrafi di Rusia sudah sampai pada titik yang parah dan mesti untuk segera diselesaikan, salah satu langkah terbesarnya adalah poligami.

Di Rusia, setiap tahunnya lahir sebanyak 300 ribu anak di luar pernikahan, sementara jumlah populasi perempuan jauh lebih banyak dari jumlah laki-laki. Wanita Rusia lebih banyak 10 juta jiwa berbanding jumlah lelakinya.

"Poligami menjadi hal yang mahu tak mahu mesti dilakukan, bukan sekadar di Chechnya ataupun di wilayah Kaukasus lainnya, tetapi juga di seluruh Rusia," kata Khirinovski.

Peneliti pada organisasi HAM di Chechnya, Nurdi Nokhacev, menyatakan keoptimisannya jika poligami dapat menjadi penyelesaian atas masalah demografi, kemanusiaan, etika, dan spiritual, bukan sekedar di Chechnya, tetapi juga di seluruh Rusia.

Sepertinya, para peminat poligami di Indonesia dan di Timur Tengah, ada baiknya kalau pergi ke Rusia saja. (L2/hyt)

sumber

SATU UMAT: Di Indonesia, umumnya poligami dipandang keji oleh masyarakat menyebabkan ia sukar untuk dipraktikkan walaupun oleh golongan agamawan.

Friday, August 21, 2009

PERANCHIS- Kepala Babi Digantung di Surau

Sebuah surau kecil milik komuniti Muslim Afrika Utara di kota Toul, sebelah timur Peranchis menjadi sasaran aksi vandalisme. Polis tempatan mengatakan, pelaku vandalisme menoreh grafiti anti-Islam dan gambar swastika di dinding surau bahkan menggantungkan kepala babi di bahagian pintunya.

Aksi vandalisme anti-Islam ini dilaporkan oleh seseorang yang kebetulan lalu di depan surau itu pada polis pada Rabu (19/8) pagi. Polis kota Toul masih menyelidik kes ini dan belum ada orang yang dicurigai sebagai pelakunya. Namun anggota parlimen kota Toul, Nadine Morano yang juga menjabat sebagai menteri muda urusan keluarga di pemerintah Presiden Nicolas Sazkozy mengecam keras dan menyebut aksi vandalisme itu sebagai "tindak kekerasan yang tidak boleh diterima." Ia mendesak pihak polis untuk mencari pelakunya.

Aksi vandalisme terhadap tempat-tempat ibadah Muslim bukan kali ini saja terjadi di Peranchis seiring dengan makin meningkatnya sikap Islamofobia dalam dua tahun kebelakangan ini di negeri yang paling banyak penduduk Muslimnya di daratan Eropah itu. Selain masjid, pemakaman milik warga Muslim juga kerap menjadi sasaran aksi vandalisme.

Usaha-usaha pemerintahan sayap kiri Sarkozy dituding sebagai penyebab makin tingginya sikap anti-Islam di Peranchis. Setelah diberlakukan larangan berjilbab bagi para muslimah, pemerintahan Sarkozy membentuk pasukan khusus beranggotakan 32 anggota legislatif untuk menggodok undang-undang yang melarang para muslimah mengenakan burqa.

Sejumlah pengamat termasuk komuniti Muslim mengkritik tindakan Sarkozy itu kerana bertentangan dengan prinsip sekularisme yang dianut Peranchis serta melanggar kebebasan berekspresi serta kebebasan beragama yang dijamin oleh undang-undang Peranchis.

"Peranchis sedang bertempur dengan nilai-nilai sekularnya sendiri. Kebebasan tidak boleh dihadap-hadapkan atas nama kebebasan itu sendiri. Apakah pemerintah Peranchis akan menjadi 'Taliban'nya Eropah yang mengatur apa yang mesti dipakai perempuan?" kritik seorang pengamat. (ln/mol)

sumber

Belanda: Kartun Hina Nabi OK, Kartun Holocaust Tak Boleh

Bagi negara Belanda, kartun-kartun yang menghina Rasulullah Muhammad Saw bukan tindakan melanggar undang-undang. Berbeza dengan kartun-kartun yang isinya menentang Holocaust. Menerbitkan dan menyebarluaskan kartun-kartun anti-Holocaust adalah terlarang dan bakal dikenakan tindakan unang-undang di Negeri Kincir Angin itu.

Itulah pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Kejaksaan Agung Belanda (OM) menjawab bantahan dari komuniti Muslim di negeri itu atas perilaku anggota parlimen Belanda, Geert Wilders dan sebuah stesyenn televisyen tempatan, Nova, yang menampilkan kembali kartun-kartun Rasulullah yang pernah diterbitkan harian Denmark Jyllands Posten tahun 2005. Wilders juga memasang kartun-kartun itu di laman pribadinya.

Dengan selamaba, Kejaksaan Agung Belanda dalam pernyataan rasminya mengatakan,"Kartun-kartun itu tentang Nabi Muhammad, tapi jangan mengatakan apapun tentang Muslim." Lembaga hukum di Belanda itu mengabaikan fakta bahawa kartun-kartun tersebut telah menghina Rasulullah dan itu sama saja dengan menghina Islam dan umat Islam.

Dalam pernyataannya, Kejaksaan Belanda juga menyatakan bahwa mempublikasikan kartun-kartun Rasulullah bukan pelanggaran undang-undang dan bukan bentuk diskriminasi terhadap Islam, oleh sebab itu Wilder maupun stesen tv Nova tidak layak dibawa ke jalur undang-undang.

Anehnya, OM berpendapat bahwa kartun-kartun yang mengolok-olok Holocaust adalah sebuah kejahatan dan untuk itu mesti ada sanksi hukumnya. Bagi OM, kartun-kartun yang menentang Holocaust merupakan tindakan pelecehan terhadap ras dan agama Yahudi.

Kejaksaan Belanda mengancam akan mempekarakanlaman Arab-European League (AEL) yang telah memuatkan dua kartun tentang Holocaust, kecuali AEL mau menurunkan kedua kartun tersebut dari situsnya. (ln/iol)

sumber

H1N1- Jemaah Umrah Berkurangan di Saudi

ah kurang


beberapa orang jemaah memakai penutup hidung dan mulut menuju ke baitullah untuk mengerjakan umrah, semalam. - AFP


RIYADH 20 Ogos - Bilangan kes jangkitan dan kematian yang semakin meningkat akibat selesema babi di seluruh Asia Barat membayangi suasana bulan Ramadan pada tahun ini, dengan jumlah jemaah yang mengerjakan umrah merosot dengan ketara.

Jumlah jemaah yang tiba di Mekah bermula pada hujung minggu ini untuk mengerjakan umrah sempena Ramadan, lebih rendah daripada biasa, kata penduduk.

Pemilik perniagaan meramalkan perniagaan yang lesu pada bulan Ramadan kali ini memandangkan beberapa negara seperti Mesir, Iran dan Iraq telah mengenakan sekatan ke atas rakyatnya melakukan umrah disebabkan selesema babi.

''Perniagaan di kota suci Mekah dijangka merosot 40 peratus pada bulan akan datang disebabkan kebimbangan mengenai selesema babi,'' kata Saad al-Qurashi daripada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Mekah, kepada akhbar Al-Yaum hari ini.

"Bagi umrah, kami mengalami begitu banyak pembatalan tempahan sepanjang bulan Ramadan. Masalah ekonomi dan selesema babi menjadi puncanya," kata Naseem Khan, pegawai daripada Hotel Mercure Grand Umm al Qura yang biasanya menerima jemaah dari Eropah.

Lazimnya, beberapa ratus ribu jemaah tiba di Mekah semasa Ramadan untuk mengerjakan umrah.

Arab Saudi tidak mengenakan peraturan permit bagi pelawat dari mana-mana negara untuk mengerjakan umrah, seperti kuota bagi mengerjakan haji dan umat Islam boleh mengerjakan umrah pada bila- bila masa.

Namun, bilangan kes selesema yang semakin meningkat dan amaran kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan kebimbangan mengenai bahaya jangkitan ketika berada di khalayak ramai.

Arab Saudi pada minggu ini mengumumkan bahawa jangkitan selesema babi yang dilaporkan telah melebihi 2,000 kes di negara ini sejak kes pertama dikesan pada 3 Jun lalu. Sejak itu, 14 orang telah menjadi korban virus influenza A (H1N1).

Wabak itu telah menular ke hampir semua negara di Asia Barat. Yemen semalam melaporkan kes kematian pertama akibat selesema babi di negara itu, seorang lelaki berusia 40 tahun.

Kes kematian pertama di Asia Barat yang dilaporkan pada 19 Julai lalu melibatkan seorang wanita Mesir yang pulang ke tanah air selepas melakukan umrah. - AFP

sumber

Wednesday, August 19, 2009

HAMAS Bertempur dengan Jundu Ansarullah

Pada hari Jumaat lalu terjadi berbalas tembak antara Hamas sebagai pemerintah de facto di jalur Gaza dengan kelompok yang menamakan diri mereka "Jundu Ansharullah" yang secara rasmi telah mengisytiharkan sebuah "Emirat/Imarah Islam di Gaza".

Pertempuran antara kedua kelompok tersebut berlanjutan hingga Sabtu pagi, yang mengorbankan puluhan orang dari para pengikut Jundu Ansharullah dan beberapa pegawai polis Hamas, termasuk yang gugur dalam bentrokan bersenjata tersebut adalah pimpinan dari Jundu Ansharullah - Syeikh Abdul Latif Musa.

Dalam pernyataannya Hamas menyalahkan Jundu Ansharullah sembari mengatakan bahawa kelompok ini adalah "buron" karena terlibat dalam pelbagai aksi pengeboman di beberapa warnet di Gaza dan pengeboman di sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Khan Younis.

Dan ternyata kelompok Jundu Ansharullah pada bulan Julai lalu telah mengeluarkan pernyataan membantah semua tuduhan yang ditujukan kepada mereka berkaitan pengeboman-pengeboman yang terjadi seperti yang dituduh Hamas. Berikut pernyataan mereka seperti yang dikutip oleh laman Arrahmah dari laman rasmi kelompok Jundu Ansharullah :

Mujahidin Berlepas Diri dari Ledakan-ledakan yang Ditujukan terhadap Kaum Muslimin

Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata. (An-Nisa: 112) }

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam atas utusan Allah. . .

Saudara Kami Kaum Muslimin yang mulia. . .

Kami tegaskan kepada saudara kami kaum Muslimin, bahawa Jama’ah Jundu Ansharullah dalam naungan Baitul Maqdis, berlepas diri secara sepenuhnya dari ledakan yang terjadi dalam acara pernikahan di kota Khan Yunis khususnya, dan seluruh peledakan dalam negeri umumnya.

Dan kami tegaskan bahwa tujuan utama dari khabar-khabar seperti ini yang ditujukan kepada Jama’ah Jundu Ansharullah adalah untuk merosakkan citra Mujahidin, yang telah berulang kali menyatakan bahawa tujuan jihad mereka adalah meninggikan kalimah Allah dan menolong nabi-Nya – selawat dan salam atasnya –, membebaskan para tahanan kaum muslimin, dan menyatukan para mujahid ummat ini.

Berdasarkan hal-hal tersebut, kami menegaskan sebagai berikut:

Pertama: Kami dalam Jama’ah Jundu Ansharullah berlepas diri secara total dari perbuatan-perbuatan seperti ini yang merosak Islam dan kaum Muslimin dan merosakkan citra jihad kami yang diberkati.

Kedua: Bahwa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran wajib atas setiap muslim bahkan ia adalah sumber kebaikan ummat ini, sebagaimana firman Allah ta’ala: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar,. . . (Ali Imran: 110) , dan firman-Nya juga: Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An Nahl: 125) }

Ketiga: Bahwasanya kami benar-benar menjaga dari pertumpahan darah kaum muslimin dan menghindari fitnah yang nampak maupun tidak.

Keempat: Kami menyeru kepada seluruh ummat ini dan para ulamanya untuk melaksanakan kewajiban mereka untuk membenarkan yang haq dan menyalahkan kebatilan, dan menasihati para pemuda, mengajak serta mengajarkan kepada mereka tentang agama mereka.

Kelima: Kami menyeru kepada para pemuda ummat ini agar bersegera menuju ke medan-medan Jihad, memerangi musuh-musuh Allah, dan menyingkirkan musuh yang menjajah negeri-negeri kaum muslimin, dan berjihad di jalan Allah untuk membebaskan tempat Isra’ rasulullah s.a.w.

Syaikhel Islam Ibnu Taimiyah pernah berkata: “Tiada yang lebih wajib setelah iman kepada Allah dari menyingkirkan musuh yang menjajah negeri-negeri kaum muslimin.” Dan ini tidak akan sempurna kecuali jika bersatunya hati para muwahhidin (orang yang bertauhid) dan terkonsentrasi upaya-upaya mereka.

Keenam: Kami katakan kepada kaum Mukminin agar mereka mengecek dan mengkonfirmasi sebelum masuk dalam urusan kehormatan dan darah saudara mereka para mujahidin. Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat: 6) }

Ketujuh: Kami katakan kepada munafiqin dan murjifin yang selalu ada di mana pun dan bila pun, kami katakan kepada mereka, segeralah bertaubat kepada Allah sebelum ruh kalian dicabut sedangkan kalian dalam kondisi seperti ini – tidak mahu menolong agama Allah dan mencerca para penolongnya –.

Kedelapan: Terakhir kami tegaskan bahwa kami akan tetap teguh –dengan izin Allah– atas agama kami, dan atas apa yang Allah janjikan kami atasnya sehingga kalimat Allah menjadi tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah, atau kami semua hancur dan kami mempersembahkan ruh kami dan harta kami dengan harga murah di jalan Allah.

Ujian dan cubaan adalah salah satu sunnatullah (ketetapan Allah), agar Allah mengetahui orang-orang yang benar di antara kita dan pembohong, dan manusia diuji sesuai dengan tingkat iman mereka, dan sungguh para nabi dan nabi kita yang utama – selawat dan salam atasnya –, mereka adalah manusia yang paling berat ujiannya.

Allah berfirman: Alif laam miim (1) Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan [saja] mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3) (Ar-Ruum) }

Dan firman-Nya juga: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan [begitu saja], sedang Allah belum mengetahui [dalam kenyataan] orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (At Taubah: 16)

Kami memohon kepada Allah agar meneguhkan kami atas kebenaran, dan mewafatkan kami dalam keadaan diridhai-Nya.

Allah maha besar dan kemuliaan hanya milik Allah, Rasul-Nya, dan kaum Mukminin.

Jama’ah Jundu Ansharullah Dalam Naungan Baitul Maqdis 2 Sya’ban 1430 H / 24 Juli 2009 M (fq/arrahmah)

sumber

Presiden Belarus: Yahudi Pengotor!


Sikap anti-semit atau anti-Yahudi muncul di mana-mana. Kali ini datang dari Presiden Belarusia, Aleksander Lukashenko.

“Apa Anda pernah ke Bobsruk? Apa anda pernah melihat keadaan kota itu? Seperti kandang babi!” Ujar Lekashenko yang saat ini mencanangkan negaranya untuk selalu menjaga kebersihan.

“Bobsruk adalah kota yang dipenuhi dengan orang Yahudi. Dan anda tahu bagaimana Yahudi memperlakukan tempat yang mereka duduk. Saya tak ingin menyerang siapapun, tapi orang-orang Israel itu tak pernah memotong rumput, tak seperti di Moscow, atau di Belarusia.” tambahnya.

Republik Belarus atau Belarusia adalah sebuah negara di Eropah Timur dengan ibu kota Minsk. Negara ini secara administratif terbahagi menjadi 6 provinsi (voblast) dan sebuah kota khusus. Belarus ialah negara pedalaman, relatif datar, dan memiliki bidang berawa yang besar. Danau dan sungai membentuk negeri ini. Daerah rawa terbesar ialah Polesia, yang merupakan salah satu rawa terbesar di Eropah. Ada 11.000 danau di Belarus, dan menjadikannya sebagai salah satu negara Eropah yang kaya dengan danau.

Tzipi Livni, mantan Menteri Luar Negeri Israel, menanggapi, “Komentar Lukashenko seperti mengembalikan kita pada mitos zaman dulu: bahawa bangsa Yahudi kotor, dekil, dan berbau.”

Tapi Livni tampaknya lupa, yang mengatakan seperti itu justru Lenni Brenner, seorang Yahudi yang menjadi sejarahwan. (sa/qmh)

sumber

Satu Umat: Ada hadis Nabi yang meminta umat Islam berawas agar dapur kita tidak kotor sebagaimana dapur Yahudi. Wallahualam.

Anak Bulan- Pertama Kali Saudi Guna Teleskop

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, masyarakat Saudi akan dapat menggunakan teleskop, bukan hanya dengan mata telanjang untuk melihat bulan sabit yang menandakan dimulainya bulan suci Ramadhan.

Dalam sebuah pernyataannya yang dikeluarkan pada hari Isnin lalu, Mahkamah Agung menyerukan masyarakat Saudi untuk melihat bulan baru pada hari Khamis malam.

"Mahkamah agung meminta masyarakat melihat bulan dengan mata telanjang atau dengan menggunakan teleskop untuk mengamati bulan dengan pandangan yang lebih dekat," kata pernyataan tersebut.

Sebelumnya, Mahkamah Agung tidak memasukkan penggunaan teleskop untuk melihat awal bulan Ramadhan dalam pernyataan-pernyataannya.

Keputusan terbaru tersebut untuk mengatasi adanya gap antara Ulama dan para ilmuwan berkaitan persoalan melihat bulan dalam penentuan awal bulan Ramadhan. Tahun lalu, Dewan Ulama Senior Saudi (Haihatul Kibarul Ulama) menolak saranan yang meminta penentuan awal bulan dan akhir bulan sebaiknya menggunakan hitungan astronomi.

Hanya Syiah Lebanon yang mengandalkan perhitungan astronomi daripada melihat dengan mata telanjang untuk melihat awal dan akhir bulan.

Pada hari Isnin lalu, Ulama tertinggi Syiah Lebanon - Ayatullah Muhammad Husein Fadlallah mengatakan awal ramadhan dimulai pada hari Jumaat depan berdasarkan perhitungan astronomi yang akurat.(fq/toi)

sumber

Monday, August 17, 2009

'Muhammad'- Nama Popular di BELANDA

Mohammed atau variasi dari nama Nabi Muhammad telah menjadi pilihan yang paling popular untuk nama bayi laki-laki di empat kota besar Belanda.

Badan keamanan sosial negeri tersebut menemukan nama-nama tradisional Belanda telah berganti di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah tempat tumbuh dan berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad telah menjadi urutan pertama, kedua dan kelima pada nama-nama yang terpopular pada anak laki-laki, menggantikan nama-nama tradisional yang menjadi kegemaran seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Pada peringkat kebangsaan, nama Muhammad saat ini menduduki urutan ke 16 untuk nama anak laki-laki terpopular.

Angka-angka yang diperoleh oleh Bank Asuransi Sosial Belanda, berbeza dari statistik rasmi, yang pada masa lalu dihitung dari berbagai-bagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad - sebagai nama-nama yang berbeza.

Hitungan pemerintah sebelumnya, memisahkan perbezaan variasi nama, menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad masuk dalam 20 besar nama yang paling banyak dipakai untuk anak laki-laki.

Geert Wilders pimpinan sayap kanan parti kebebasan yang anti Islam, meminta pemerintah menginvestigasi setelah adanya laporan akhir minggu lalu yang menyebut lebih dari seperlima Uni Eropa diramalkan umat Islam akan menjadi mayoriti pada tahun 2050.

Statistik rasmi menunjukkan masyarakat Eropah sedang mengalami peningkatan imigrasi dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam. Pada tahun 2008 hanya 5 peratus dari total penduduk Uni Eropa adalah Muslim. Namun rendahnya tingkat kelahiran penduduk Eropah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigrasi dari negara-negara Muslim.

Penelitian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa ketakutan atas radikalisasi anak muda Islam semakin besar.

Muhammad juga merupakan nama paling popular di dunia. Hal ini dengan cepat menjadi nama yang popular di AS dan Britain. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama anak bayi laki-laki kedua terpopular di Britain. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai di keluarga Muslim di seluruh dunia.(fq/theage)

sumber