Sunday, November 29, 2009

Syeikh Salah- Jerusalem Tetap Tanah Islam Selamanya

Syeikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948, mengatakan bahawa penjajah zionis Israel tidak dapat mencuri kegembiraan kaum muslimin pada hari raya Idul Adha khususnya di wilayah pendudukan Jerusalem.

Syeikh Salah mengatakan, dalam khutbah Idul Adhanya setelah Solat Ied yang dilakukan di dekat tenda keluarga Al-Ghawi di pinggiran kota Syeikh Jarrah - bahawa dirinya telah melihat adanya sebuah kempen intensif yahudisasi pada tahun ini: "Kami tidak akan menemukan sesuatu yang lebih berharga daripada tanah ini, daripada bumi atau harta, juga tidak dapat kami menemukan identiti yang lebih mulia dan kami memberitahukan penjajah Israel bahawa mereka tidak dapat melemahkan tekad kami, kami akan tetap tinggal di sini .. "

Dia menambahkan bahawa di setiap rumah di Sheikh Jarrah, di Eisaweyyeh, di Silwan, Ras al-Amoud, Wad al-Jouz dan di seluruh Jerusalem, ada sukacita khusus pada kesempatan hari raya Idul Adha, dan itu adalah sesuatu hal tidak pernah boleh mereka curi dari kami.

Dia mengatakan bahwa bangsa Palestin di Jerusalem dan di seluruh Palestia akan membela akar asal usul mereka walaupun rintangan yang ada, dan kami akan tetap setia kepada Jerusalem dan Masjid Aqsa.

Dia menekankan bahawa Jerusalem milik bangsa Palestin meskipun penjajah Israel berencana dan berupaya terus-menerus melakukan yahudisasi, identiti Jerusalem akan tetap Islam dan Arab dan akan dikembalikan ke pemiliknya yang sah dan tidak untuk para penjajah.

Sementara itu, ribuan jamaah berduyun-duyun ke Masjid Aqsa dari Jerusalem dan ke wilayah Palestin yang diduduki untuk melaksanakan solat Idul Adha di Masjid.(fq/pic)

sumber

AFGHANISTAN- Taliban Tolak Tawaran Karzai

Pihak Taliban menolak tawaran presiden Afganistan Hamid Karzai untuk berdialog, terkait pembicaraan strategi baru presiden AS Barack Obama terhadap Afghanistan.

Pernyataan penolakan ini disampaikan oleh pemimpin Taliban Mullah Mohammad Umar pada hari Rabu lalu (25/09). Penolakan ini kemudian disiarkan oleh berbagai media, terutama melalui jaringan internet.

Dalam Peryataanya Mullah Umar Mengatakan, "Rakyat Afghanistan tidak akan setuju mengadakan perundingan, kerana hanya akan memperpanjang dan melegalisasi kehadiran militer penjajah." Selaitu itu ia juga menuding pasukan asing, "mencuba memanfaatkan strategi negosiasi untuk mencapai tujuan-tujuan kolonial mereka."

Peryataan ini juga merupakan tanggapan Taliban terhadap pidato Hamid Karzai saat ia dilantik sebagai presiden Afganistan yang kedua kalinya untuk lima tahun ke depan. Dalam pidoto pelantikannya itu Karzai pernah menyampaikan, bahawa dia berencana akan melakukan perundingan dengan Taliban sebagai langkah solutif selesaikan konflik Afganistan. Selain itu Karzai juga memastikan akan mengadakan pertemuan dengan dewan suku Loya Jirga. Di akhir pidatonya Karzai menegaskan akan menyambut baik pemberontak, asalkan mereka meninggalkan kekerasan.

Strategi Baru Obama untuk Afganistan

Pernyataan Taliban tersebut, bertepatan dengan pengumuman gedung putih bahwa presiden Barack Obama akan mengungkapkan minggu ini, strategi baru AS di Afghanistan.

Sebagaimana dijadualkan, Obama menyampaikan pidatonya, pada Selasa malam lalu di Akademi Militer di West Point, New York.

Sejak September lalu, Obama telah mengadakan sepuluh kali pertemuan dengan penasihat militer, untuk mempertimbangkan pilihan penambahan pasukan, demi mengatasi situasi keamanan yang memburuk di Afghanistan. Hasilnya Obama memutuskan akan menambah pasukannya lagi sebesar 4.000 pasukan di Afganistan, untuk melawan Taliban.

Ancaman NATO untuk AS
Masih dalam masalah senada, NATO kemungkinan besar tidak melakukan pengiriman pasukan tambahan ke Afghanistan setelah Obama mengumumkan keputusannya Minggu ini terkait penambahan pasukan AS di Afganistan.

Dalam sidang media di Brussel, jurucakap NATO James Opature mengatakan, "Sekretaris NATO Jenderal Anders Fogh Rasmussen akan meminta anggota NATO untuk merespon secara tepat. NATO tidak mungkin berpacu dengan pasukan Amerika yang jumlahnya terus meningkat di Afghanistan."

Opature juga menambahkan, bahwa NATO akan berpikir panjang untuk mentaati keinginan Barack Obama dalam penambahan pasukan ke Afganistan. (sn/alj/mj)

sumber

BANGLADESH- Feri Karam, 37 Maut

DHAKA 28 Nov. - Sekurang-kurangnya 37 orang mati lemas, manakala berpuluh-puluh lagi masih hilang selepas sebuah feri membawa lebih 1,000 penumpang karam di selatan Bangladesh, malam tadi.

Kesemua penumpang itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sekurang-kurangnya 37 mayat termasuk empat kanak-kanak telah dikeluarkan.

Kemalangan itu berlaku selepas tengah malam tadi sewaktu feri MV Coco-4 menghampiri sebuah stesen tepi sungai di pulau Bhola, kata ketua polis tempatan, Zakir Hossain.

"Feri itu sesak dengan lebih 1,000 penumpang. Ia menjadi senget dan sebahagian feri karam disebabkan berat penumpang ketika hendak masuk ke stesen tepi sungai Nazirpur," kata beliau.

Anggota polis, bomba dan penduduk tempatan berkejar ke kampung terpencil tersebut, kira-kira 250 kilometer ke selatan Dhaka, untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

"Sehingga kini kami berjaya menyelamatkan lebih 50 orang dengan memecahkan kabin di tingkat bawah.

"Mereka dibawa ke sebuah hospital tempatan tetapi tujuh orang penumpang berada dalam keadaan sangat kritikal. Berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalam air," kata inspektor polis, Nazrul Islam.

Ahli Parlimen, Abdullah Al Islam berkata, pihak berkuasa menghantar sebuah kapal tunda untuk menarik feri berkenaan ke tebing.

"Kami tidak tahu berapa ramai yang masih terperangkap, mungkin lebih 100 orang, kecuali bahagian yang sendeng itu dapat dinaikkan," katanya.

Polis berkata, kebanyakan penumpang dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing selepas feri tiga tingkat itu menjadi senget apabila penumpang panik.

"Mangsa yang terselamat memberitahu kami, mereka menjadi panik dan bergegas turun dari feri selepas mendengar satu bunyi kuat di geladak bawah," kata Abdullah.

Feri tersebut meninggalkan ibu negara, Dhaka petang semalam. - AFP

sumber

Saturday, November 28, 2009

9 Askar SAUDI Ditawan

RIYADH 27 Nov. - Sembilan askar Arab Saudi didapati hilang berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan negara ini dengan pemberontak Syiah Yemen di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Pemberontak Syiah Zaidi itu dipercayai telah menahan askar tersebut sebagai tawanan, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Saudi semalam.

"Pemberontak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka yang hilang," kata jurucakap itu sambil menyebut nama askar-askar yang hilang.

Media Arab Saudi semalam menyiarkan gambar askar-askar negara ini yang dilaporkan ditawan dalam operasi tentera yang masih dijalankan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan bagaimanapun tidak menyebut bilangan askar atau orang awam Arab Saudi yang terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Menurut anggaran tidak rasmi, sekurang-kurangnya sembilan askar Arab Saudi serta empat orang awam terbunuh dalam pertempuran itu.

Pemberontak Syiah Zaidi yang juga dikenali sebagai Huthi itu bertempur dengan askar kerajaan Yemen sejak Ogos lalu dalam konflik yang bermula pada 2004.

Tentera Arab Saudi menyertai pertempuran itu buat kali pertama dengan melancarkan serangan udara dan meriam pada 4 November lalu, selepas sekumpulan kecil pemberontak memasuki wilayah Arab Saudi lalu membunuh seorang pengawal sempadan. - AFP

sumber

Banjir di SAUDI- Korban Meningkat 83 Orang

JEDDAH 27 Nov. - Jumlah kematian akibat banjir kilat di Jeddah kelmarin meningkat kepada 83 orang apabila lebih banyak mayat ditemui di bandar pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama bagi jemaah haji ke Mekah.

Akhbar Al-Watan dan Okaz melaporkan hampir kesemua mangsa korban adalah di Jeddah, berikutan hujan lebat yang mencetuskan apa yang dilihat sebagai ombak besar yang melanda bandar pelabuhan di Laut Merah ini.

Para pegawai, bagaimanapun berkata, tidak ada jemaah haji yang menjadi mangsa banjir.

Setelah air surut semalam, penduduk dapat melihat runtuhan jambatan dan timbunan kenderaan remuk di beberapa kawasan.

Penduduk pada mulanya khuatir kumbahan dari takungan besar di luar bandar raya ini akan melimpah.

Jurucakap majlis perbandaran Jeddah, Ahmad al-Ghamdi, bagaimanapun memberi jaminan, takungan itu selamat dan tidak menghadapi bahaya melimpahi tebingnya disebabkan air banjir. - AFP

sumber

PALESTIN- Gaza Diserang Pada Aidil Adha

Zionis Israel melakukan serangan pada hari Jumaat lalu (27/11) di Jalur Gaza pada hari pertama hari raya Idul Adha, mencederakan empat orang Palestin, kata militer Israel dan pekerja medik Palestina.

Empat warga Gaza yang dipercayai pejuang, salah seorangnya menderita luka serius dalam serangan tersebut, ialah anggota Jihad Islam, kata kelompok pejuang Jihad Islam.

laporan dari lintas perbatasan menyatakan bahawa kekerasan datang di awal minggu ini dan menyarankan Israel dan Hamas dapat mendekati sebuah kesepakatan pertukaran tawanan yang akan menjamin pembebasan tentara Israel yang tertangkap.

Tetapi pegawai Hamas mengatakan perundingan tidak langsung boleh dilakukan dan akan ditunda sampai akhir hari keempat dari libur hari raya Idul Adha.(fq/reu)

sumber

Muslim ESTONIA Pernah Solat Raya di Kuburan

Setelah beberapa dasawarsa di bawah penindasan pemerintahan Komunis, umat Islam di Eropa bahagian utara Republik Estonia dapat berbahagia, mereka dapat menikmati perayaan hari besar keagamaan dengan solat berjemaah dan mengadakan majlis di luar bangunan.

"Tidak ada pembatasan pada umat Muslim untuk merayakan hari Ied atau melakukan ritual keagamaan mereka," kata Liya Iman Makhmutova, direktur Masyarakat Islam untuk urusan wanita Estonia, kepada IslamOnline.net.

Pada pagi hari Jumat, 27 November umat Islam di ibukota Tallinn akan berbondong-bondong ke Islamic Center untuk melaksanakan solat Idul Adha.

"Setelah solat, orang-orang akan tinggal di masjid sampai khatib selesai memberikan khutbahnya," katanya.

Khutbah Idul Adha mahupun Idul fitri disampaikan dalam empat bahasa; Rusia, Estonia, Arab dan Tatari.

"Rasanya sangat keren bila anda melihat setiap jemaah dapat menikmati khutbah yang disampaikan dalam bahasanya sendiri," jelas Mufti Ildar Muhhamedsin.

Perayaan Idul Fitri mahupun Idul Adha mungkin terdengar sangat umum dan mendasar bagi banyak umat Islam di seluruh dunia.

Namun bagi masyarakat yang menderita selama puluhan tahun di bawah kekuasaan dari pemerintahan Komunis, mereka tidak merasa biasa dengan hal tersebut.

"Di bawah pemerintahan Komunis orang-orang akan berkumpul untuk solat Ied di dalam rumah salah seorang Muslim atau mungkin di kuburan untuk solat dan merayakan lebaran dengan diam-diam," kenang Makhmutova.

"Sekarang situasi telah benar-benar berubah."

Ada hampir 8.000 Muslim di Estonia, menjadikan satu peratus dari negara yang berjumlah peduduknya 1.2 juta orang.

Diluar Ruangan

Setelah sholat Ied, Islamic Center di Tallinn menyediakan teh dan sedikit kuih untuk para jemaah.

"Berkumpul seperti ini sangat penting bagi umat Islam," kata Makhmutova.

"Oleh kerana itu kita bertemu setelah shalat untuk merayakan Idul Adha secara bersama-sama. "

Setelah itu umat Muslim kemudian pergi untuk melaksanakan pemotongan haiwan kurban.

"Muslim Estonia mulai tertarik untuk melakukan Udhiyah (penyembelihan)," kata Mufti Muhhamedsin.

Namun perayaan dimulai pada hari kedua `Idul Adha.

"Banyak keluarga memilih untuk merayakan Idul Adha di ruangan terbuka," kata Makhmutova.

"Kami menyewa sebuah penginapan di sebuah hutan di mana pertandingan barbecue dilakukan."

Para Keluarga juga menyiapkan makanan lazat populer seperti Kabsa (piring yang berisi nasi, daging dan sayur).

Mufti Muhhamedsin mengatakan perayaan yang dilakukan di luar ruangan membantu memperkuat hubungan antara Muslim Estonia.

"Ini adalah kesempatan untuk bertemu orang-orang yang telah lama kita tidak bertemu."

"Hal ini juga memungkinkan para pemuda dan anak-anak untuk mengenal satu sama lain dan memperkuat hubungan mereka."(fq/iol)

sumber

PALESTIN- Askar Zionis Bertelagah dengan Rabbi Yahudi

Ternyata, keterlibatan para rabbi Yahudi dalam militer Israel tidak membuat senang sebahagian besar pegawai militer Israel. Bahkan dilaporkan setelah adanya keterlibatan para Yahudi itu, banyak prajurit Israel yang menolak berbagai perintah militer seperti kes pembongkaran pemukiman penduduk Palestin.

Mejar Jenderal Avi Zamir, kepala Pasukan Direktorat Pertahanan Israel, mengatakan bahwa IDF—kesatuan tentara Israel—telah mengadakan pertemuan yang membahas soal ini.

"Selama pertemuan, saya disajikan insiden yang serius seperti yang dirasakan oleh IDF. Saya jadi bertanya apakah manfaat dari yeshiva hesder (semacam institusi Yahudi) merekrut mahasiswa, yang dididik dengan cara ini. Saya menuntut tindakan, bukan sekadar hukuman," kata Zamir.

"Dalam penelitian kami dilakukan, Saya sangat terkejut oleh sebuah buku yang ditulis oleh Rabbi Melamed (rabbi Beit El). Saya menuntut agar para pemimpin serikat Rabi Melamed memperjelas pendapat dan nilai-nilai yang ia ajarkan kepada murid-muridnya." Zamin menambahkan.

Karena kes ini pula, maka sekarang Israel akan mulai menyortir rabbi yang akan berkecimpung ke dalam dunia militer.

Sebaliknya, para rabbi itu juga terlihat tidak senang akan keputusan itu. “Kami hanya menyuarakan pendapat kami!” ujar rabbi David Stav. (sa/ynet)

sumber

SWITZERLAND- Semebelih Korban Tidak Dibenarkan

Meskipun kempen untuk melarang pembangunan menara masjid dan undang-undang melarang pemotongan Udhiyah (haiwan kurban), Umat Islam di Swiss masih dapat menikmati dan melaksanakan perayaan Idul Adha, salah satu dari dua hari raya besar Islam.

"Hari raya Idul Adha adalah waktu untuk bergembira dan menjalin persaudaraan," Hisyam Maizar, presiden Federasi Organisasi Islam di Swiss, mengatakan kepada IslamOnline.net.

"Kami tidak akan berputus asa oleh kempen kebencian yang dilancarkan kelompok sayap kanan."

Sama dengan sebagian besar umat Islam di dunia yang merayakan Idul Adha pada hari Jumaat ini (27/11) begitu juga dengan masyarakat Islam Swiss.

Pada hari ketiga Idul Adha nanti warga Swiss akan memberikan suara pada referendum yang dipelopori oleh kelompok sayap kanan - Partai Rakyat Swiss (SVP) untuk melarang pembangunan menara di negara Eropah tersebut.

Dakwaan dari SVP bahwa menara adalah simbol syariah islam dan dengan demikian tidak sesuai dengan sistem undang-undang Swiss.

"Kami gembira Idul adha tidak dilarang oleh kelompok sayap kanan," tambah Maizar.

"Kami yakin bahwa Swiss akan memilih menolak usulan larangan menara."

Pelarangan menara ini ditentang oleh pemerintah, parlimen dan semua parti politik besar di negara Eropah.

Uskup Katolik Roma dan rabi Yahudi juga mendesak para pemilih untuk menolak larangan menara.

Amnesty International mengatakan pada hari Rabu 925/11) bahwa larangan seperti itu akan menjadi pelanggaran terhadap kebebasan beragama dan pelanggaran hak-hak kesetaraan.

Islam adalah agama kedua di Swiss setelah Kristian, yang merupakan rumah bagi 400.000 umat Islam.

Tidak untuk Udhiyah

Aura Idul Adha juga ada di daerah-daerah berpenduduk muslim di seluruh negara Eropah.

Kedai-kedai di sepanjang lingkungan La Paix di Jenewa menjual segala jenis masakan tradisional Arab, Turki dan Balkan.

"Mereka ingin merusak Idul Adha kami dengan kempen rasis, tapi kami tidak akan membiarkan mereka, "kata Mustafa Kamal, pemilik toko makanan yang halal.

"Kami yakin Swiss tidak akan ambil bahagian dalam lelucon ini."

Namun keceriaan Idul Adha dibayangi oleh ketidakmampuan umat Islam di negara itu untuk melakukan penyembelihan haiwan korban.

"Kami hanya menyumbangkan wang dan membayar tunai harga Udhiyah untuk masyarakat miskin dan lembaga amal di dunia Muslim," kata Maizar, pemimpin komunitas Muslim.

Di bawah undang-undang Swiss penyembelihan haiwan tanpa pemberitahuan merupakan tindakan terlarang.

Umat Islam Swiss kerana adanya larangan seperti itu akhirnya memilih menyumbangkan uang atau mengimpor Udhiyah yang telah disembelih dari negara tetangga mereka - Perancis.(fq/iol)

sumber

Friday, November 27, 2009

Pengalaman Bertemu Osama Laden

Inilah kisah seorang ikhwan yang berjihad di bumi Afghanistan dan mendapatkan kesempatan bertemu langsung dan bertatap muka dengan Syeikh Usamah bin Ladin. Seperti apa Syekh Usamah bin Ladin ketika berada di bumi jihad ? Bagaimana akhlak dan perilaku beliau ? Berikut penuturannya...!

Di Medan Pertempuran

Ada beberapa jabhah (front) yang pernah saya terjuni dan adapula beberapa kali operasi perang yang saya ikuti, tetapi rasanya tidak ada faedahnya sama sekali jika saya ceritakan disini, terutama bagi saya sendiri.

Saya disini hanya akan menceritakan sedikit kenangan manis saya, semasa di Front Joji Paktia Afghanistan, terutama perjumpaanku dan perkenalanku dengan Asy-Syekh Usamah bin Ladin rhm pada sekitar pertengahan tahun 1987.

Joji adalah suatu tempat pegunungan atau perbukitan yang letaknya di wilayah Paktia, wilayah bahagian selatan Afghanistan, perbatasan dengan wilayah Pakistan tempatnya sangat indah dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi karena dipenuhi dengan pepohonan sejenis cemara atau pinus, sedang di tempat lain hanya terlihat bebatuan belaka, tempatnya sangat dingin lagi sejuk, jika datang musim dingin saljunya tinggi bisa mencapai dua meter atau lebih.

Pergunungan dan perbukitan ini sangat strategik untuk pertahanan mahupun penyerangan bagi kedua belah pihak baik bagi mujahidin maupun bagi pasukan kafir komunis Rusia.

Strategis bagi mujahidin kerana ia merupakan pintu masuk utama untuk pengiriman logistik, amunisi, pasukan dan sebagainya dan sangat strategis untuk penyerangan sebab tempatnya tinggi, sangat membantu para mujahidin untuk menyerang tempat-tempat di sekitarnya yang belum dikuasai baik dengan pasukan infantri mahupun artilerinya.

Adapun bagi tentera kafir komunis Rusia, tempat ini sangat berharga lagi mahal, mereka siap membeli tempat ini seandainya dijual dengan berapapun bayarannya, sebab dengan menguasai Joji, akan dapat mengunci mati pergerakan mujahidin di daerah ini, dengan kata lain, mujahidin tidak boleh memasuki wilayah Afghan, jika hendak memasuki akan dengan mudah disekat dan dipatahkan, maka dengan terpaksa mujahidin akan meletakkan markasnya di daerah wilayah Pakistan.

Jika para mujahidin tidak dapat memasuki wialyah Afghanistan, maka mereka tidak dapat melancarkan serangan, khususnya dengan senjata-senjata Artilery, sebab serangan tidak mungkin dilancarkan dari negeri tetangga, sebab ketika itu tentunya sangat sensitif sekali disamping menjaga hubungan saudara sesama muslim dengan Pakistan terutama dengan Almarhum Dhiya-Ul-Haq selaku Presiden Pakistan pada saat itu dan pada saat itu boleh dikata beliau adalah bapak asuh para Mujahidin.

Kerana begitu strategisnya Joji bagi kedua belah pihak yang sedang bertempur, maka tempat ini sering sekali menjadi medan pertempuran baik daratnya mahupun udaranya, hingga dikuasai oleh mujahidin sepenuhnya dan menjadi aman dari serangan musuh karena tempat-tempat lain di sekitarnya telah dapat ditaklukan semuanya kalau tidak salah pada akhir 1987 atau awal 1988-an.

Di medan Joji juga terkenal dengan kubu-kubu hampir seluruh mujahidin yang berada di front tersebut, camp mereka berada di dalam tanah, ada satu terowongan raksasa di bawah gunung yang dibuat oleh Mujahidin yang mana ribuan senjata bisa masuk bahkan berpuluh-puluh kendaraan berat bisa sampai di dalamnya.

Bertemu Syekh Usamah bin Ladin

Ikhwah mujahidin Arab mencatat sejarah rekod yang gemilang dalam peperangan Afghanistan dari melawan tentera kafir beruang merah dan bonekanya, kemudian memerangi kaum bughot dan munafikin hingga perang melawan tentera Salibis kafir yang dipimpin oleh Amerika Srikat.

Sungguh jasa mereka besar sekali dalam membangun jabhah (front pertempuran) dan pertahanan di Joji, mereka membuat kubu-ubu dan trenche-trenche (parit perlindungan), bekerjasama dengan tandzhim-tandzhim Mujahidin Afghanistan terutama dengan Ittihad Al-Islamyyah yang dipimpin oleh Asy-Syekh AbdurRabbi Rasul Sayyaf pada saat itu, mereka tidak hanya berjasa dalam menyediakan fasilitas bahkan dalam setiap penyerangan ditempat tersebut, merekalah yang menjadi ujung tombaknya.

Hampir setiap petahanan terdepan Joji yang berdekatan dengan musuh diduduki oleh Ikhwah Arab ada satu-dua kem yang diduduki oleh mujahidin Afghanistan termasuk dari tandzhim Hizbul Islam pimpinan Al-Muhandis Ghulbuddin Hikmatyar, mereka berhasil menggali trenches dan membuat kubu di daerah paling depan yang menjorok ke daerah musuh, di daerah dan tempat ini mereka namakan "Ma'sadah" (tempat berkumpulnya para singa), maksudnya tempat berkumpulnya para mujahidin yang senantiasa siap menerkam dan mengganyang musuh-musuhnya, di tempat inilah Asy-Syekh Usamah bin Ladin hfz berada, beliau adalah komandan umum bagi seluruh mujahidin Arab yang ada di tempat itu, beliaulah yang memimpin pertempuran secara langsung.

Di ma'sadah inilah saya diperkenalkan oleh Allah swt dengan beliau iaitu di sebuah kubu bawah tanah yang tertutup dengan salju yang sangat tebal dalam keadaan gelap gulita hanya ada pelita kecil yang menyinarinya.

Semula saya tidak menyangka sama sekali kalau beliau itu Asy-Syekh Usamah bin Ladin, kerana sebelumnya saya belum mengenali secara pasti atau dari dekat, memang saya pernah melihat sekilas saja lagi pula hanya dari kejauhan, disamping itu saya tidak mendengar seorangpun dari ikhwah Arab yang memanggil beliau dengan namanya pada saat itu, semuanya memanggil dengan nama Kuniyah iaitu : Abu Abdullah, sedangkan pada begitu banyaknya nama kuniyah dengan nama depan Abu, termasuk Abu Abdullah.

Tetapi alhamdulillah ada salah seorang mujahid Arab pelan-pelan membisikkan di telinga saya, katanya : "Ta'rif Anta ya Akhi?" (Kenalkah anda wahai saudaraku?), sayapun bertanya kembali, "Maaza?" (Apa?), Akhi itu mengatakan, "Haaza...Huwa Asy-Syekh Usamah Ibnu Ladin." Saya ketika itu merasa kurang percaya, lalu akh tersebut menambahkan "Uqsimu Billah" (Saya bersumpah demi Allah), begitulah kebiasaan orang Arab untuk mempercayai apa yang disampaikan.

Dengan informasi ini saya tidak menyia-nyiakan kesempatan dan peluang yang berharga ini, sayapun mulai memperkenalkan nama kuniah saya kepada beliau dengan tambahan ucapan-ucapan yang bersifat familier seperti : "Kaifa Hallukum?", "Kaifa Shihatukum", "Kaifa Akhbarukum?" (bagaimana keadaanmu, kesehatanmu, berita-beritamu), maka beliaupun menanggapi dengan senyum dan pandangan matanya yang khas sambil bertanya juga, "Kaifa Hallukum?", "Kaifa Shihatukum", "Kaifa Akhbarukum?

Hanya sebatas inilah perkenalanku dengan beliau, memang begitulah adab-adab perkenalan yang biasa dilakukan oleh mujahidin, masing-masing menjaga kerahasiaan satu dengan yang lain, sehingga satu sama lain saling tidak mengenali berasal dari negara mana ia datang, paling-paling sebatas terka-menerka, kecuali orang-orang tertentu saja yang mengetahui, jadi tidak ada seorang mujahidpun yang menyibukkan diri dengan bertanya, misalnya, Anda dari mana?, dengan siapa? Naik apa? dan lain sebagainya.

Biasanya orang yang menyibukkan diri dengan hal ini adalah para perisik yang ditugaskan meskipun tidak semuanya, ada juga yang kerana kebiasaan dan pembawaan sehingga sukar merubahnya, biasanya kalau ternyata dia seorang perisik atau munafikin yang ditugaskan, pasti tidak betah untuk tinggal lama berada di Front bahkan ada juga yang baru satu atau dua hari, kerana serangan bom musuh yang bertubi-tubi dia seperti cacing kepanasan ingin kembali ke negerinya atau ke tempat yang aman, bahkan ada yang akhirnya mengaku bahwa sebenarnya dirinya itu adalah seorang perisik sembari merajuk dengan penuh kehinaan.

Dari masa-ke masa dari waktu-ke waktu dari hari-kehari saya dengan diam-diam memperhatikan kepribadian beliau sebab pada saat itu saya punya satu keyakinan bahwa Allah swt telah memberkati umur saya dengan dipertemukan bersama sosok hamba Allah yang memiliki keutamaan, dengan kelebihan yang tidak diberikan kepada yang lainnya.

Jika melihat beliau seolah-olah saya dipertemukan dengan salah seorang sahabat Nabi saw, yaitu Utsman bin Affan r.a atau Abdurrahman bin Auf, r.a kerana pada beliau-beliau r.a ada salah satu sifat yang menyamainya, yaitu terjun ke medan perang dengan harta dan jiwanya.

Asy-Syekh Usamah bin Ladin hfz, sebagaimana yang telah dimaklumi umum bahawa beliau adalah seseorang yang boleh dikatakan bukan hanya sebagai millioner saja tetapi billioner atau lebih dari itu, namun beliau tidak menggunakan kekayaannya seperti kebiasaan orang kaya menggunakan hartanya, malah beliau terjun ke medan perang dnegan harta dan jiwanya dan siap hidup zuhud di medan perang sebagaimana mujahidin yang lain, maka ketika itu bisikan hati saya mengatakan orang seperti ini bukan mansuia sembarangan belum tentu dalam jutaan manusia ada satu orang dan sayapun hingga hari ini belum menemukan orang yang menyamainya.

Memang ada satu tabiat pada diri saya mudah-mudahan tabiat ini baik menurut Allah swt yaitu, saya dengan hamba allah yang punya kelebihan dan keutamaan, khususnya dalam urusan dien, meskipun orang tersebut dalam pandangan orang lain tidak ada kedudukan apa-apa bahkan dipandang remeh, sebab sangat sulit untuk mencari seseorang yang mempunyai satu kelebihan kemudian dengan kelebihannya itu berperan penting dalam suatu program yang sesuai sehinga dengan kehadirannya menambah kemajuan besar bagi Isalm dan kaum muslimin.

Rasulullah saw bersabda :

"Manusia itu bagaikan unta, dalam seratus unta anda tidak mendapati satu ekorpun darinya yang bisa dijadikan tunggangan yang baik."

Maka kalau kita perhatikan sepanjang sejarah perjalanan manusia sebenarnya tidak banyak orang-orang yang diberi kelebihan oleh Allah swt. Manusia yang dipilih menjadi Rasul-Nya hanya 25 orang saja, Ash-Shodiqin, Asy-Syuhada', Ash-Sholihihnnyapun terbatas jika dibandingkan dengan jumlah mayoritasnya.

Ulama' fuqoha', pakar-pakar tafsir (mufassirin) dari zaman sahabat r.a, hingga tabi'ut-tabi'in pun sangat terbatas, perawi-perawi hadits khususnya yang bertitel mukhorrij hanya beberapa orang saja, tidak sampai seratus jumlahnya.

sumber

Thursday, November 26, 2009

'500 Muslim Berpengaruh' Jadi Bahan Ketawa

Ketika buku "500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" di tahun 2009 diterbitkan, sejenak hal ini menyedot perhatian dunia—khususnya orang-orang Islam. Buku ini diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center.

Namun satu minggu kemudian, buku ini, terutama kerana pemilihan orang-orangnya yang patut dipertanyakan, menjadi bahan cibiran dan tertawaan.

Berbagai pertanyaan dari berbagai media massa, seperti The Guardian, dan tentu saja forum-forum di internet, mencuat—jika tidak bisa dikatakan mentertawakannya.

"Kami telah berupaya untuk menyorot orang-orang yang berpengaruh sebagai muslim, iaitu, orang-orang yang pengaruhnya berasal dari perbuatan mereka sebagai orang Islam atau dari kenyataan bahawa mereka adalah Muslim," begitu pendahuluan buku setebal 202 halaman itu.

Banyak tokoh dunia yang bermasalah dengan umat Muslim sendiri yang dimasukkan kepada kategori ini. Misalnya ada Zaha Hadid, arkitek asal Iraq yang dimaklumi tak jelas keberpihakannya kemana. Ada David Chapelle, seorang pelawak asal Amerika. Bahkan ada sebuah sindiran, mengapa Ronnie O’Sullivan tidak sekalian dimasukkan saja? Sullivan adalah seorang pemain snooker asal Britain. Ada juga Aminah Wadud, perempuan yang menghalalkan diri menjadi imam untuk solat berjemaah.

Jika memang berpengaruh, Guardian misalnya mempertanyakan, mengapa tidak ada nama Usamah bin Laden? Dan yang paling mengejutkan adalah posisi nombor satu orang paling berpengaruh tersebut, tiada lain, tiada bukan: Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Apa pengaruh Raja Abdullah? Ia berkuasa di atas cadangan minyak mentah 25% dari cadangan minyak dunia, membuatnya menjadi pemain kunci dalam industri minyak bumi global.

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia, ketika dunia Islam diacak-acak dan dibelah sedemikian rupa, Palestin masih terjajah dan Afghanistan terabaikan, dan sebagian besar umat ini kelaparan, apakah penting? (sa/guardian)

sumber

SAUDI- Banjir Sampai Bumbung, 24 Maut

Gabenorr Jeddah, Pangeran Mishaal bin Majid memerintahkan pembentukan pasukan darurat yang bertugas mengawal situasi kota setiap 12 jam, menyusul banjir besar akibat hujan deras yang melandaJeddah hari Rabu kemarin.

Hujan yang turun terus menerus selama dua jam dan dengan curah hujan sebesar 70 milimeter, seketika membuat kota Jeddah tergenang air. Ratusan rumah dan toko terendam oleh air yang mengalir deras seperti aliran sungai, menyebabkan sebahagian warga di daerah Abraq Al-Raghama terpaksa naik ke atap-atap rumah mereka.

Korban pun terjadi. Laporan sementara menyebutkan, sekurang-kurangnya 24 orang perparitan tidak berfungsi dengan baik, sehingga air meluap dan disertai sampah dan kotoran.

Di distrik Safa dan beberapa kawasan di Jeddah, elektrik terputus sejak pukul 14.00 waktu setempat. Perusahaan elektrikSaudi, Saudi Electricity Company (SEC) banyak menerima laporan dan komplain dari warga yang mengeluh kerana tak satupun orang dari SEC yang muncul sehingga mereka harus menggunakan lilin . Sampai pukul 08.00 malam, elektrik belum juga menyala.

Situasi kota Jeddah akibat banjir menjadi kacau. Pohon-pohon tumbang dan genangan air yang cukup tinggi menyebabkan lalu lintas terganggu dan menimbulkan kemacetan di mana-mana. Layanan Pertahanan Sipil kota Jeddah juga kewalahan menghadapi banjir. Mereka mengerahkan perahu-perahu karet dan sejumlah helikopter untuk menolong warga yang terperangkap banjir. Sejauh ini, layanan pertahanan awam di Jeddah belum dapat memberikan keterangan berapa jumlah korban dan seberapa besar kerosakan yang terjadi akibat banjir.

Direktur Jenderal Urusan Kesehatan di Jeddah, Dr. Sami Badawood menyatakan Kementerian kesihatan sudah menetapkan keadaan darurat medik di Jeddah. Seluruh rumah sakit disiagakan untuk menolong dan menjadi tempat evakuasi para korban.

Pemerintahan kota Jeddah mengirimkan ratusan trak dan petugas untuk menangani jalan-jalan tergenang air cukup parah. Dalam satu hari kemarin, pemerintahan kota Jeddah menerima lebih dari 530 panggilan telefon yang melaporkan terjadinya banjir.Hampir seluruh jalan-jalan dan pemukiman di kota Jeddah terendam banjir.

Banjir juga menyebabkan perjalanan para jemaah haji yang akan menuju Makkah tergendala. Kenderaan yang mengangkut jamaah berusaha mencari laluan alternatif ke kota Makkah dan ada yang terpaksa membatalkan perjalanannya, padahal mereka mesti segera sampai ke Makkah dan menuju Arafah untuk wukuf. Semoga Allah Swt memberikan kesabaran, kekuatan dan kemudahan bagi para tamuNya agar bisa menunaikan rangkaian ibadah haji, meski terpaksa meredah banjir. (ln/arabnews)

sumber

AFGHANISTAN- Tentera Kebangsaan Lari dari Tugas

Para pejabat militer AS termasuk komandan pasukan AS di Afghanistan, Jenderal McChrystal boleh mendakwa berhasil melatih pasukan Tentera Nasional Aghanistan atau Afghan National Army (ANA). Tapi sebenarnya, militer AS sedang pening dengan persoalan makin banyaknya jumlah tentera ANA yang tidak menjalankan tugas.

Dari data Departemen Pertahanan AS dan Inspektur Jenderal Rekonstruksi Afghanistan sampai akhir September kemarin menunjukkan, satu dari empat perajurit tempur ANA lari dari tugas dan kewajibannya sebagai tentera kebangsaan Afghanistan.

Tingginya tingkat disersi di ANA menimbulkan persoalan tersendiri buat AS kerana boleh mengganggu strategi AS di Afghanistan. Jenderal McChrystal bahkan mengusulkan agar dalam strategi tahun 2009, AS meningkatkan jumlah tentera ANA hingga 134.000 tentara sampai bulan Oktober 2010 dan akan ditingkatkan lagi sampai mencapai jumlah 240.000 tentera.

Tapi apa daya, data Departemen Pertahanan AS menunjukkan bahwa jumlah tentera yang lari dari tugasnya yang oleh militer AS diistilahkan dengan "AWOL" (Absent Without Leave) makin meningkat. Pada bulan Mei-Juni 2009, tingkat AWOL mencapai 9 peratus. Sementara pada periode yang sama tahun 2008, tingkat AWOL hanya 7 peratus.

Melihat tingkat disersi yang tinggi di ANA, para analis di US Army Center for Lessons Learned di Fort Leavenworth, Kansas dalam artikel yang dimuat di Military Review menyimpulkan bahwa jumlah pasukan Afghanistan binaan AS yang tergabung dalam ANA tidak akan mampu mencapai jumlah 100.000 orang.

Strategi Baru AS

Sementara itu, Presiden AS Barack Obama rencananya baru akan mengumumkan strategi barunya di Afghanistan pada hari Selasa, minggu depan. Jurucakap Gedung Putih, Robert Gibbs mengatakan bahawa AS akan mempersingkat misinya di Negeri Para Mullah itu.

"Kami tidak mahu terus berada di Afghanistan sampai lapan atau sembilan tahun lagi," kata Gibbs.

Sebelum mengumumkan strategi baru AS di Afghanistan, Obama secara intensif melakukan pertemuan dengan para penasehat militernya yang lebih fokus membahas bagaimana melatih polis Afghanistan agar pasukan AS boleh segera ditarik dari negeri itu.

Di sisi lain, sumber-sumber di kemiliteran AS mengatakan bahawa strategi baru nanti antara lain mengirim pasukan tambahan sebanyak 35.000 askar sampai awal tahun tahun depan untuk mendukung pasukan yang sudah ada di Afghanistan. Pengiriman pasukan tambahan itu sesuai dengan permintaan Jenderal McChrystal agar Obama mengirimkan sekitar 40.000 pasukan jika ingin memenangkan perang di Afghanistan. (ln/isc/prtv)

sumber

Bangsa Maya Tolak Kiamat 2012

Dari mana asalnya gonjang-ganjing kiamat 2012 bermula? Seperti yang diberitakan selama ini, akhir dunia versi 2012 diambil dari kalendar bangsa Maya yang akan “habis” pada 21 Disember 2012.

Lantas bagaimana tanggapan dari bangsa Maya sendiri? Ternyata, mereka sendiri pun sudah muak, jengkel, dan geram dengan hal ini.

Pixtun Chili Apolinaro benar-benar bosan dibhujani dengan pertanyaan-pertanyaan seputar itu. Pixtun adalah seorang bangsa Maya. “Saya kembali dari Britain tahun lalu, dan orang-orang terus bertanya, saya muak dengan hal ini!" geramnya.

Chili Pixtun, berasal dari Guatemala, mengatakan bahkan teori kiamat musim semi dari Barat, bukan berasal dari idea-idea bangsa Maya.

Jose Huchim, seorang arkeolog Maya Yucatan menyatakan, "Saya pergi ke beberapa komuniti berbahasa Maya dan meminta mereka menceritakan apa yang akan terjadi pada tahun 2012, mereka kata, mereka tidak tahu. Bahawa dunia akan berakhir (di tahun 2012)? Mereka tidak percaya! Kami memiliki keprihatinan nyata pada apa yang terjadi hari ini, seperti hujan."

Stuart, seorang spesialis dalam epigrafi Maya di Universiti of Texas di Austin juga mengeluarkan pendapat. "Bangsa Maya tidak pernah mengatakan dunia akan berakhir, mereka tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi dengan sendirinya."

Sebaliknya, Guillermo Bernal, seorang arkeolog di Universitas Otonom Nasional Meksiko mengatakan bahwa kiamat 2012 itu “sangat Kristen.” Menurut Bernal, itu boleh jadi kerana masyarakat Barat selama ini merasa “lelah” dengan kehidupan mereka yang tanpa tujuan. Nah! (sa/msnbc)

sumber

Banjir di SAUDI, 13 Meninggal Dunia

Hujan sangat lebat dan banjir besar melanda Arab Saudi. Menurut Gulfnews, 13 orang terkorban dan ribuan jemaah haji terperangkap di bandaraya Jeddah, Rabu (25/11).

Ada apakah dengan hal ini? Seperti diketahui, Saudi merupakan negara Arab yang panas. Jika pun terjadi hujan, itupun tak pernah lebat dan hanya terjadi dalam waktu yang berjarak lama.

Banjir menggenangi semua jalanan kota Mekkah."Kami terperangkap kerana air dan hujan. Insya Allah, semuanya akan baik-baik saja. " kata Hakan, seorang jemaah Turki dari Istanbul ketika dia menunggu bas ke Mekah.

Ini adalah curahan hujan yang paling lebat selama bertahun-tahun, yang tidak pernah terjadi di kerajaan Saudi, banjir memampat banyak jalan dan bangunan di Jeddah. Saat ini sekitar 1.6 juta jamaah haji datang dari berbagai pelosok dunia.

Mungkin ada baiknya kita merenungi salah satu hadist Rasulullah SAW: "Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai." (HR Muslim). Adakah hubungannya dengan hal ini? Wallohu alam bi shawwab. (sa/gulfnews)

sumber

Pertempuran di YAMAN, 5 Terbunuh

SANAA, 25 Nov. - Lima orang termasuk dua anggota tentera terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Yaman dengan puak pendesak pemisahan selatan yang mengadakan demonstrasi menuntut pengunduran Britain daripada negara itu sejak 42 tahun yang lalu.

“Lima orang, dua daripadanya anggota tentera terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam pertempuran yang berlaku di pintu masuk bandar Ataq, ibu kota wilayah Shabwa, kira-kira 500 kilometer ke selatan Sanaa,” kata pegawai tempatan.

Pertempuran berlaku semasa anggota pasukan keselamatan berusaha menghalang ribuan penunjuk perasaan memasuki Ataq, kata para pegawai. - AFP

sumber

Tentera PAKISTAN tumpaskan 18 militan

PESHAWAR 24 Nov. - Tentera Pakistan hari ini berjaya membunuh 18 militan Taliban dalam satu serangan menentang pemberontakan yang didakwa melakukan serangan bom di Peshawar, baru-baru ini.

Operasi di kawasan Bara itu merupakan serangan serentak terbaru dalam kempen besar-besaran menentang al-Qaeda dan Taliban dikawasan yang tiada undang-undang berhampiran sempadan Afghanistan sejak tahun lepas.

Pihak berkuasa mendakwa ratusan militan telah berjaya dibunuh, namun serangan itu dilihat seolah-olah tidak memberi kesan terhadap kemampuan serangan pemberontak.

Mejar Fazlur Rehman, jurucakap kumpulan separa tentera, Frontier Corps. berkata, tentera darat, helikopter dan meriam telah digunakan dalam operasi di Bara berdekatan Peshawar.

"Sasaran serangan itu ialah untuk membongkar lokasi strategik daripada kumpulan militan yang telah menyerang Peshawar," katanya dengan menambah 18 militan telah terbunuh.

Peshawar dan kawasan sekitarnya dilihat sering menjadi sasaran serangan bom dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menyaksikan sehingga 150 orang terkorban.

Serangan itu dikatakan bertujuan untuk membalas serangan operasi ketenteraan di selatan Waziristan, kubu utama militan, 270 kilometer daripada Peshawar.

Pakistan kini tertekan untuk menghapuskan militan sehingga mendapat pujian daripada negara-negara sekutu berikutan serangan di Selatan Waziristan.

Namun pengkritik mengatakan, tentera kerajaan perlu menggandakan usaha menentang kumpuan pemberontak yang menggunakan barat laut sebagai kubu untuk menyerang tentera barat di Afghanistan.

Para wartawan dilarang untuk berkunjung ke sempadan, menjadikan ia mustahil untuk mengesahkan jumlah sebenar. - AP

Sumber

Riyadh: Kawalan keselamatan diperketatkan



SKUAD tindakan khas Arab Saudi mempamerkan kemahiran dan peralatan mereka sebagai persediaan menjaga keselamatan lebih 2.5 juta jemaah haji di Mekah pada masa ini. - AP


RIYADH 24 Nov. - Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayif bin Abd al-Aziz Al-Saud tidak menolak kemungkinan penyusup dari Yemen dan anggota al-Qaeda menjalinkan kerjasama untuk melakukan serangan semasa berlangsungnya ibadat haji.

Nayif semalam berkata, pasukan keselamatan Saudi akan mengambil segala langkah untuk menjaga keamanan semasa haji tetapi masih ada kemungkinan pemberontak Yemen menyusup masuk ke negara ini untuk melancarkan serangan.

Pasukan khas tentera Saudi menjalankan latihan di Mekah sebagai persiapan berterusan untuk menjaga keselamatan semasa haji.

Kenderaan berperisai, ambulans, kereta bomba, kereta polis, helikopter dan pesawat digunakan dalam latihan itu sebagai persiapan menghadapi sebarang keganasan atau bencana.

Sekatan jalan raya dan kawalan keselamatan telah didirikan di pinggir bandar dan di sepanjang jalan menuju ke Mekah dan Madinah.

Pegawai keselamatan Saudi berkata, tiada sesiapa yang akan dibenarkan memasuki kedua-dua kota suci tersebut atau melakukan haji tanpa permit.

Televisyen Saudi menunjukkan pasukan keselamatan menahan kenderaan awam dan bas yang membawa jemaah haji di sekatan jalan raya dan mengarahkan penumpang menunjukkan pasport, kad pengenalan dan permit.

Nayif berkata, pasukannya sudah bersedia untuk mencegah keganasan semasa ibadat haji tahun ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk memastikan keselamatan setiap jemaah.

Pegawainya turut menyeru semua orang supaya menghormati kesucian haji dan kota-kota suci dan memberi amaran mereka tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang keganasan.

Putera Nayif menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi keselamatan disebabkan konflik di kawasan sempadan Saudi dengan Yemen.

Beliau berkata, pasukan keselamatan Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlakunya sabotaj atau keganasan oleh pemberontak yang menyusup masuk ke negara ini.

Sementara itu Mufti Saudi, Abdul Aziz Al Sheikh memberitahu hadirin pada satu persidangan agama, umat Islam tidak boleh melakukan keganasan terhadap satu sama lain. - Agensi

Sumber

Makkah: Hanya 4 korban H1N1

MAKKAH: Menteri Kesihatan Arab Saudi menafikan 10 jemaah haji meninggal dunia akibat jangkitan virus H1N1 dan menegaskan hanya empat orang menjadi mangsa wabak itu setakat ini.

“Tiada kematian baru akibat penyakit selesema babi di kalangan jemaah haji dan hingga kini hanya empat kematian yang sudah diumum. Selain itu, tiada penyakit lain dilapor berlaku,” kata Dr Abdullah Al-Rabeeah.

Hingga kini, 70 jemaah disahkan dijangkiti virus itu tapi mendakwa mereka kini semakin pulih.

“Mereka dikuarantin di hospital dan hanya seorang dirawat di unit rawatan rapi.

“Pada masa ini, keadaan kesihatan majoriti jemaah haji pada tahap baik. Kementerian Kesihatan berusaha sebaik mungkin memastikan kesihatan jemaah dijaga dengan baik.

“Kami mengambil langkah pencegahan demi melindungi jemaah daripada selesema babi dan wabak lain mengikut panduan yang diberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” tegasnya.

Pada masa ini, 19 pusat kesihatan dilengkapi peralatan canggih beroperasi di Makkah bagi memeriksa pesakit dan mengesahkan kes selesema babi.

Selain itu, 17,609 kakitangan perubatan, doktor, jururawat, juruteknik dan pentadbir bersedia pada bila-bila masa membantu jemaah.

Abdullah turut menyatakan, makmal khas dan pusat kuarantin 57 katil akan beroperasi di Arafah bagi merawat jemaah disyaki dijangkiti virus itu ketika berkampung di situ pada hari kemuncak ibadah haji.

“Selain itu, kami menyediakan ujian BCR bagi menangani virus H1N1 baru di Hospital Al-Wadi, Mina manakala tiga makmal di Makkah memiliki kelengkapan untuk mengesan virus itu,” katanya lagi. - Agensi

Sumber

Riyadh: Solat raya di 200 masjid

RIYADH: Sembahyang sunat Hari Raya Haji berlangsung jam 6.14 pagi di 200 masjid dan 30 kawasan terbuka di Riyadh, Jumaat ini.

Meskipun Riyadh memiliki kira-kira 5,000 masjid, Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Panduan hanya menggunakan masjid yang boleh memuastkan jumlah jemaah yang ramai.

Sembahyang Jumaat turut diadakan seperti biasa.

Penyelarasan kini dilaksanakan untuk mengadakan sembahyang sunat itu di kawasan terbuka di Sulaimaniyah, Deerah dan Manfuha dengan kawasan berasingan untuk wanita.

Jabatan Masjid mengarahkan imam dan syarikat pembersihan memastikan 200 masjid memiliki keperluan asas, seperti air dan elektrik mencukupi dan seluruh permaidani dibersihkan.

Pelan kecemasan turut disediakan untuk penggunaan masjid tertentu andai sembahyang sunat tidak dapat diadakan di kawasan terbuka akibat hujan. - Agensi

Sumber

Wednesday, November 25, 2009

Karamah Mujahiddin Gaza




Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).

sumber

Usaha Israel Pisahkan Penuduk Al-Quds dengan Al-Aqsa

Syekh Raed Shalah mengingatkan umat Islam untuk berhati-hati terhadap strategi busuk Israel untuk memisahkan penduduk Al-Quds dari Masjid Al-Aqsa. Pernyataan ini beliau sampaikan pada Muktamar Lembaga Al-Aqsha untuk Waqaf dan Literatur yang berjudul, "Al-Aqsha Mulia Tidak akan Pernah Hina."

Dalam muktamar tersebut Syekh Shalah mengisyaratkan adanya keputusan militer Israel yang melarang para aktivis, para pemimpin, dan lembaga-lembaga Al-Quds di Palestin untuk masuk ke Al-Aqsa selama berbulan-bulan, merupakan langkah untuk mengosongkan Al-Aqsa dari hamba Allah dan para pejuang.

Syekh Shalah mengatakan, "Dulu ada pelarangan berkunjung ke kota Al-Quds dan Al-Aqsa dengan militer di Tebing Barat dan Al-Quds, hingga tahun 2000. Namun saat ini, penjajah berupaya untuk memperdalam jurang pemisah antara warga Al-Quds dengan tempat suci mereka. Penjajah menginginkan tidak ada seorang pun warga Palestin memiliki hubungan apapun dengan Al-Aqsa."

Beliau menambahkan, "Ini mengingatkan umat Islam akan adanya strategi busuk dan bahaya yang dilakukan Zionis-Isarel, untuk menguasai Al-Aqsa secara bersenjata."

Penciptaan Kondisi Baru untuk Yahudisasi Al-Aqsa dan Al-Quds

Di pihak lain, Ketua Komite Tinggi Lembaga Al-Aqsha Abdullah Zaidan mengungkapkan bahawa memisahkan warga Palestin dari Al-Aqsa merupakan kondisi baru sebagai proses Yahudisasi. Ia mengatakan, "Tingkah Israel selama ini adalah usha untuk menciptakan kondisi baru, sehingga dengan kondisi itu mereka sukses melakukan Yahudisasi."

Sementara Syekh Raed Shalah mengatakan kepada penjajah Israel, "Pilihlah bahasa dan cara kalian untuk melakukan Yahudisasi, baik dengan teror maupun ancaman. Tetap saja kalian adalah penjajah. Dan keberadaan kalian di Al-Quds tidak konstitusional. Kalian hidup secara haram dan tidak lama lagi kalian akan jatuh. Melarang kami masuki kota Al-Quds dan kesucian kami tidak bererti kami memberikannya untuk kalian, dan kami tidak akan memberikan apa-apa untuk kalian."

Foto Ritual Talmud di Dalam Al-Aqsa

Dalam Muktamar Lembaga Al-Aqsha untuk Waqaf dan Literatur ini juga ditampilkan foto pertama kalinya Yahudi mengadakan ritual keagamaan Talmud di dalam Masjid Al-Aqsha. Foto yang tidak sesuai bagi palancong asing. Selain itu ada juga pernyataan Yahudi bergambar, menyeru untuk membahagi Masjid Al-Aqsha untuk membangun Haikal.

Dalam filem dokumentari ini juga ditampilkan para pelancong Kristian yang masuk Al-Aqsa dan meyakini adanya Haikal di tempat Al-Aqsa.

Syekh Raed Shalah mengatakan, "Akan diterbitkan silsilah filem dokumentari yang mengungkapkan luka Al-Quds dan para penduduknya." Syekh Raed mengatakan ini agar TV Arab dan negara-negara Islam bersedia untuk menyiarkannya dalam salah satu programnya, sehingga diharapkan menjadi salah satu sebab bangkitnya umat Islam. Al-Quds meminta tolong, tapi seolah ia tidak memiliki umat Islam, baik pemerintah mahupun rakyat. (Sn/im)

sumber

Agen Sulit Israel di Bandaraya Seluruh Dunia

Pemerintah Afrika Selatan membatalkan keizinan operasi penerbangan Israel, El Al di negara itu kerana dicurigai memfasilitasi kegiatan perisikani rahsia Israel, Shin Bet. Para agen Shin Bet dipercayai menyusup ke bandar Johannesburg untuk mengumpulkan informasi tentang warga Afrika Selatan, terutama para wisatawan dari kalangan warga kulit hitam dan Muslim.

Keputusan pemerintah Afrika Selatan melarang operasional El Al di negaranya diambil setelah sebuah stesen televisyen lokal menayangkan acara investigasi yang antara lain mengutip pengakuan mantan pengawal di El Al, Jonathan Garb. Garb mengatakan bahawa penerbangan El Al sudah bertahun-tahun menjadi ujung tombak operasi para agen Shin Bet.

"Inilah operasi perisikan yang melangkahi undang-undang negara Afrika Selatan. Kami boleh melakukan apa saja yang kami mahu dan autoriti negara bersangkutan tidak tahu apa yang kami lakukan," kata Garb pada reporter acara televisyen itu yang terpaksa menyamar untuk menggali maklumat.

Investigasi untuk keperluan acara televisyen tersebut dilakukan pada bulan Ogos. Kamera yang dipasang tersembunyi berhasil merakam insiden di bahagian pemberangkatan, yang membuktikan bahawa agen-agen intelejen Israel memang telah menyusup ke Johannesburg dan melakukan tindakan rasial.

Dalam rakaman tersebut, seorang petugas penerbangan El Al mengaku sebagai "pegawai keamanan bandaraya" meminta reporter yang sebenarnya sedang menyamar untuk menyerahkan pasport atau kad identitinya, dengan alasan tindakan itu sesuai dengan aturan yang diberlakukan bandaraya. Si reporter protes, kerana dia bukan calon penumpang dan hanya menunggu temannya di bandaraya. Lalu, pengurus kemanan El Al yang diketahui bernama Golan Rice datang dan menginterogasi si reporter yang protes tadi. Rice mengatakan bahawa reporter itu berada di kawasan terlarang dan mesti meninggalkan tempat itu.

Mengomentari rakaman tersebut Gard mengatakan,"Kami dilatih untuk mengantisipasi ancaman mendesak, iaitu lelaki Muslim. Kami diajarkan untuk berfikir bahawa lelaki Muslim boleh jadi adalah orang yang mungkin ingin melakukan bom bunuh diri. Yang lebih gila lagi, kami mencurigai orang berdasarkan ras, etnik bahkan agamanya ... tapi itulah yang kami lakukan."

Garb juga mengatakan, agen-agen Shin Bet secara rutin menangkap penumpang Muslim dan warga kulit hitam. Pernyataan yang menuai kecaman publik Afrika Selatan yang pernah merasakan politik apartheid selama berpuluh-puluh tahun.

Larangan operasi El Al oleh pemerintah Afrika Selatan, menyebabkan ketegangan hubungan bilateral antara Israel-Afrika Selatan. Kementerian Luar Negeri Israel sampai mengirimkan satu pasukannya ke Afrika Selatan, setelah Johannesburg mengancam akan mendeportasi semua staff keamanan El Al.

Pihak Afrika Selatan bersikap tegas kerana Israel dianggap telah melanggar aturan undang-undnag di Afrika Selatan yang hanya memberikan autoriti epada polis, tentera atau personel yang ditunjuk oleh kementerian transportasi untuk melakukan pemeriksaan penumpang. Apalagi ada informasi bahawa El Al menyelundupkan senjata atas sepengetahuan pejabat kedutaaan besar Israel di Afrika Selatan. Senjata-senjata itu untuk keperluan para agen intelejen Israel yang ditugaskan di Afrika Selatan.

Mantan pengawal El Al, Jonathan Garb buka mulut soal infiltrasi agen-agen rahsia Israel di bandara Johannesburg setelah dia dipecat kerana memotori aksi protes menuntut pembayaran gaji yang memadai dan jaminan kesehatan bagi para staff El Al.

Garb mengaku direkrut oleh Shin Bet pada usia 19 tahun dan dilatih di sebuah kem rahsia di Israel. Ia ditugaskan sebagai "aparat keamanan" Israel yang dilengkapi dengan senjata sejak awal tahun 1990-an dan kerap melakukan tugas penyamaran.

Selama puluhan tahun bekerja untuk Israel, Garb mengaku telah memata-matai hampir 40,000 orang, salah satunya Virginia Tilley, pakar Timur Tengah yang juga memimpin lembaga riset Human Sciences Research Council di Afrika Selatan. Lembaga riset itu, baru-baru ini merilis laporan yang isinya menyatakan bahwa Israel telah menerapkan kebijakan kolonialisme dan apartheid terhadap rakyat Palestin.

Fakta bahawa Israel menyusupkan agen-agen intelejennya ke bandaraya-bandaraya internasional di berbagai negara, diperkuat oleh hasil penyelidikan sejumlah organisasi HAM internasional. Laporan mereka menyebutkan setidaknya ada empat bandaraya internasional yang diketahui menjadi tempat operasi mata-mata agen-agen rahasia Israel, iaitu bandaraya New York, Paris, Wina dan Geneva. (ln/isc/counterpunch)

sumber

Ramai Syiah Wuquf di Karbala!

Sumber-sumber berita rasmi Iraq menyatakan bahawa ribuan warga Syi'ah dari Iran dan negara-negara Teluk melaksanakan wuquf di Karbala, sebagai pengganti wuquf di Arafah, Selasa (23/11).

Najah Al-Balaghi, Ketua Pentadbiran Bandar Nejef, menyampaikan, "Ribuan pengikut Syi'ah datang dari negara-negara Teluk dan Iran untuk berpartisipasi dalam kunjungan Arafah di makam Imam Husain di Karbala, Selatan Baghdad." Dia menambahkan, " Dalam minggu ini jumlah mereka mencapai 6,235 dari Teluk dan sekitar 7,000 orang dari Iran."

Al-Balaghi juga menegaskan bahawa jumlah pengunjung ini akan bertambah, menunggu pesawat yang boleh membawa mereka ke Nejef. Dalam sehari rata-rata ada penerbangan berasal dari Dubai, Bahrain, Lebanon dan Syria setelah sebelumnya hanya ada dua kali penerbangan dalam seminggu. Penerbangan ke Teheran dan Masyhad (lokasi syahidnya Husain) dari satu sampai empat kali penerbangan dalam seminggu.

Tokoh Referensi Syi'ah, Huda Ahmed, Wakil dari Mursyid Ali Khamenei, dari kota Masyhad menyerukan untuk menjadikan Masyhad itu sebagai kiblat kaum muslimin, menggantikan kota Mekah. Dia juga mengajak untuk meninggalkan rukun Islam kelima iaitu haji ke Baitullah.

Perwakilan Khamenei ini menyatakan bahwa "Makam Imam Ridha berada di Masyhad, maka ia pun menjadi tempat yang tepat bagi seluruh umat Islam. Sementara tempat-tempat lain, telah menjadi tawanan orang-orang yang sombong." Ia menambahkan, "Tanah Hijaz telah menjadi tawanan kelompok Wahabi," .

Huda menunjukkan bahawa Masyhad ini setiap tahun dikunjungi oleh 800 ribu pengunjung dari luar negeri dan dan 20 juta pengunjung dari dalam negeri Iran sepanjang tahun.. Ia mendakwa bahwa Masyhad adalah ibukota spiritual dan keagamaan, bahkan sebelum adanya makam Imam Ridha, imam Syi'ah yang kedelapan, di dalamnya.

Iran Ingin Menguasai Tempat-tempat Suci di Arab Saudi

Ahli Strategi Mesir dan mantan panglima perang, Hussam Sweilem mengungkapkan bahawa, Iran ingin menguasai tempat-tempat suci di Arab Saudi. Dia menyatakan, bahawa usaha "tashdir tsaurah" (ekspor revolusi) Iran memiliki departemen tersendiri di Kementerian Luar Negeri Iran yang bekerja secara sistematik. Mereka telah masuk ke Eritrea yang miskin, dan sedang menuju ke gerbangLaut Merah yang mengontrol terusan Suez. Dari sini Iran dapat mengancam Yaman dan Arab Saudi dan meneruskan persenjataannya ke Sudan dan Mesir. Oleh kerana itu ia membuat sebuah pangkalan militer dan kilang minyak di Eritrea."

Husam menambahkan, "Kami tahu apa yang mesti dilakukan Houthi di Yaman dekat perbatasan Saudi-Yaman untuk melayani Iran dan mewujudkan tujuannya dalam mengendalikan tempat-tempat suci di Arab Saudi."

Seorang Peneliti Arab Saudi yang berada di Britain, Aid Bin Saad Al-Dusari, sebelumnya telah membongkar adanya usaha untuk mengotori Ka'bah dengan darah para jemaah haji untuk memunculkan "Imam Mahdi" versi Syi'ah.

Al-Dusari juga menjelaskan, serangan Syi'ah ini adalah sebagian dari persiapan untuk revolusi Mahdi dan pembebasan Mekah dan Madinah dari "orang musyrik," menurut mereka. (Sn/im)

sumber

Siapa Yahudi No 1 Amerika?

Siapa Yahudi paling terkemuka di Amerika sekarang ini? Tidak akan sulit menebak empat dari orang Yahudi yang diundang untuk makan malam bersama Presiden AS, Barack Obama, dijadualkan tadi malam.

Paling jelas di antaranya ialah Ari Emanuel, saudara Rahm Emanuel ketua staf Obama. Sedangkan tiga lainnya, untuk semua orang Yahudi Hollywood, Steven Spielberg mungkin adalah yang paling terkenal; Jeffrey Katzenberg dan David Geffen, yang mempunyai perkiraan kekayaan sekitar $ 4.6 billion, menurut Wikipedia, yang telah digunakan untuk menjadi salah satu dermawan terbesar Hollywood.

Makan malam itu rencananya untuk menghormati Dr Manmohan Singh, Perdana Menteri India dan Ms Gursharan Kaur. Yahudi lainnya yang diundang adalah adalah Direktur Sony Pictures Michael Lynton dan istrinya, Jamie. Gayle King akan hadir, bersama dengan Jeff Immelt, sutradara M. Night Shyamalan, Alfre Woodard dan Blair E. Underwood.

Nikki Finke yang pertama kali melaporkan berita ini, menyebutkan beberapa analisis di balik daftar tamu tersebut: makan malam pertama ini adalah ucapan terima kasih terutama kepada para pendukung penting politik Obama.

Spielberg adalah pendukung Hillary Clinton selama bulan-bulan pertama kempen, namun kemudian diam-diam memberikan dukungan kepada Obama setelah menjadi pemenang.

Geffen adalah pendukung Obama sejak awal. Katzenberg adalah pengumpul dana setia. Dia dan Geffen dianggap sebagai pemberi dana terbesar Obama dari Hollywood selama kampanye. Lynton adalah pendukung lawas Obama terutama kerana pengaruh isterinya, keluarga Jamie yang memiliki koneksi politik kepada obama. Ibunya, Joanne Alter, adalah wanita pertama yang terpilih sebagai pejabat Demokrat pertama di Cook County. Jadi tidak heran jika kemudian Lynton menjadi tumpuan pertama dalam acara penggalangan dana awal ketika Obama masih menjadi senat di tahun 2004. (sa/hollywoodjews)

sumber

MALAYSIA- NSTP Bayar Anwar Ibrahim RM 100,000

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002.

Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 2 Mac 2002.

Artikel tersebut yang bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' mendakwa ketua pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan Barat. Artikel itu berdasarkan kepada satu laporan yang disiarkan dalam majalah New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall berkata NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.

Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar.

Anwar telah memfailkan saman RM100 juta terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad berhubung penyiaran artikel tersebut. Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.

Artikel NSTP itu berdasarkan kepada satu lagi artikel - 'The Bush Administration's dubious envoy to Taiwan' - yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic.

sumber

Tuesday, November 24, 2009

INDIA: Tragedi Masjid Babri, BJP didakwa dalang

NEW DELHI 23 Nov. - Sesi persidangan Parlimen India terpaksa ditangguhkan dua kali hari ini ketika membincangkan tentang pendedahan siasatan kerajaan mengenai peristiwa merobohkan Masjid Babri pada 1992 yang didedahkan oleh akhbar yang menyalahkan pemimpin politik atasan.

Laporan Suruhanjaya Liberhan itu dikatakan telah melibatkan pemimpin kanan nasionalis Hindu dari Parti Bhartiya Janata (BJP) termasuk Atal Behari Vajpayee, LK Advani dan Murli Manohar Joshi.

Laporan itu juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh pada Jun lalu, selepas satu siasatan yang berpanjangan hampir 17 tahun. Ia dirancang untuk dipertimbangkan Parlimen semasa sesi persidangan musim sejuk ini.

Butiran penemuan suruhanjaya itu disiarkan oleh akhbar Indian Express hari ini dan beberapa saluran berita turut memaparkan petikan akhbar tersebut pada waktu tengah hari.

Laporan tersebut mencetuskan kekecohan di Parlimen, yang menyaksikan sesi persidangan ditangguh dua kali selepas ahli BJP menuduh kerajaan membocorkan laporan berkenaan.

Pemimpin-pemimpin BJP berkata, parti pemerintah, Parti Kongres bermain 'taktik kotor' dan mengatakan parti itu membocorkan laporan tersebut dengan tujuan mendapatkan kelebihan dalam pilihan-pilihan raya negeri akan datang di bahagian timur Jharkhand.

"Saya tergamam. Saya terkejut melihat laporan itu dibocorkan. Saya mahu tahu siapa yang telah membocorkannya. Saya juga menyifatkan kerja-kerja merobohkan masjid itu sebagai hari yang paling sedih dalam hidup saya,'' kata Advani di Parlimen.

Sesi Parlimen turut menyaksikan kekecohan dengan ahli-ahli BJP menuntut pertimbangan segera untuk satu laporan penuh.

"Ini adalah satu kebocoran maklumat dan bagi saya ia dilakukan dengan motif politik. Jalan terbaik ialah kerajaan harus mengemukakan laporan penuh di Parlimen dan menjelaskan tindakan apakah yang akan diambil berdasarkan laporan itu,'' kata Joshi.

Suruhanjaya Liberhan ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa tersebut yang mendorong penganut fanatik Hindu merobohkan masjid yang menjadi pertikaian di utara bandar Ayodhya pada 6 Disember 1992.

Tindakan merobohkan masjid berkenaan telah membawa kepada rusuhan berleluasa serta pertempuran ganas antara masyarakat Hindu dan Islam yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa. - Agensi

Sumber

Lebih 2.5 juta umat Islam kini di Mekah



JEMAAH haji berkumpul di atas Jabal Nur sebelum memulakan ibadah haji di Mekah, semalam. Kota Mekah kelihatan bergemerlapan dengan cahaya lampu neon tatkala ia menerima kunjungan lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia sekarang. - AFP


JEDDAH 23 Nov. - Berdepan dengan wabak selesema babi dan ketegangan antara Arab Saudi selaku tuan rumah dengan jemaah fahaman Syiah dari Iran, lebih 2.5 juta umat Islam berkumpul di bandar suci Mekah dan Madinah minggu ini untuk menunaikan haji.

Di bawah pemantauan kira-kira 20,000 kakitangan perubatan dan lebih 100,000 anggota keselamatan, acara haji yang merupakan ziarah tahunan terbesar di dunia ini akan bermula Rabu ini.

Empat kematian pertama di kalangan jemaah haji akibat jangkitan virus H1N1 yang diumumkan Sabtu lalu, menjadi peringatan kepada jemaah haji yang mengabaikan pemakaian topeng mulut dan langkah pencegahan lain.

Bagaimanapun angka tersebut jauh lebih rendah daripada yang dibimbangkan pihak berkuasa.

Umat Islam dari seluruh pelosok dunia membanjiri Arab Saudi melalui kapal terbang, bas dan kapal laut sejak Oktober lalu, untuk menunaikan haji yang biasanya dilakukan sekali seumur hidup.

Antara perkara lain yang menimbulkan kerisauan adalah seandainya berlaku insiden rempuhan yang meragut nyawa seperti yang terjadi pada tahun 2006, menyebabkan 364 jemaah terkorban.

Laluan pejalan kaki setinggi lima tingkat juga telah siap dibina bagi ibadah melontar jamrah di Mina, direka untuk mengelakkan kejadian panik yang pernah berlaku.

Jambatan sepanjang 950 meter dengan 80 meter lebar itu memakan belanja AS$1.2 bilion (RM4.1 bilion).

Selesema babi menjadi kebimbangan utama sejak ia menjadi wabak global awal tahun ini.

Sabtu lalu, hanya 20 jemaah didapati menghidap H1N1 dengan 12 daripada dirawat hingga sembuh, empat meninggal dunia dan empat lagi masih berada di hospital.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Khaled Marghlani berkata, empat mangsa itu yang terdiri dari tiga warga emas dan seorang remaja Nigeria, mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan paru-paru hingga kanser sekali gus menjadikan mereka mudah dijangkiti.

Selepas persidangan dengan pakar kesihatan antarabangsa pada Mei lalu, Arab Saudi memutuskan untuk tidak mengharamkan jemaah dari kumpulan berisiko seperti warga tua, kanak-kanak dan mereka yang sakit daripada menunaikan haji. - AFP

Sumber

PALESTIN- Orang Buta Pun Dizalimi Israel



Israel memang tidak pandang bulu jika menghadapi warga Palestin yang Muslim. Tak peduli bagaimana pun kondisinya, hentam terus!

Komite Informasi Hamas Spada Isnin (23/11) mengungkapkan Obadah Bilal, seorang warga Palestin yang buta berusia 30 tahun, diperlakukan secara biadab oleh tentera Israel.

Minggu lalu, istri Bilal diculik. Kemudian, Bilal pun ditangkap dengan alasan yang tak jelas. Kemudian Bilal dipenjara di Negev dan dipindahkan ke Petah Tikva, bersama isterinya.

Di penjara ini pada interogator Israel menganiaya secara fizikal dan menyerang Bilal meskipun fakta bahawa Bilal tidak dapat melihat.

Dalam insiden lain, pasukan pendudukan Israel (IOF) menghalangi seorang ibu Palestin untuk menemui anaknya. Anaknya adalah Hamza Qa'kour, seorang pemimpin Jihad Islam di Jenin,

Sebelumnya, pasukan Israel menyerbu desa di Azzun Qalqiliya pada jam dini hari Sinin dan menculik seorang pemuda Palestin. Saat ini penculikan terhadap warga Palestin terjadi hampir tiap hari. (sa/pic)

sumber

Piala Dunia 2010- Tiada Negara Arab

Kelayakan Piala Dunia 2010 sudah usai minggu lalu. Ada dua cerita yang masih terus bergaung sampai sekarang: pertama, handsball Thierry Henry yang menyingkirkan Ireland Utara, dan kedua, tak ada satupun negara Arab yang lolos ke Afrika Selatan dalam perhelatan sepakbola yang dianggap paling abesar tersebut.

Dalam beberapa kali Piala Dunia belakangan ini, negara-negara Arab biasanya “mengirimkan” perwakilannya. Misalnya saja Iran dan Arab Saudi. Bukan sekadar berpartisipasi, tapi para pemain bola asal negeri Arab ini memang kemudian dijadikan kebanggaan oleh negaranya, lebih-lebih lagi Saudi. Misalnya saja, setiap pemain yang berhasil menyarangkan bola ke gawang lawan di putaran final Piala Dunia, akan diganjar dengan bonus mewah.

Dalam beberapa tahun terakhir ini, orang-orang Arab memang semakin menunjukkan minat yang menggila terhadap sbola sepak. Kita tentu tahu bahawa kelab Liga Inggeris, Manchester City dan Portsmouth dimiliki dua orang Arab yang sangat kaya. Keduanya—terutama City—telah membelanjakan trilyunan dollar untuk membangun kelab sepak bola yang kuat, yang jika dikonversikan, dana itu boleh dipakai untuk perjuangan dan pembangunan kembali Palestin yang sedang dijajah Israel.

Bukan hanya itu,kelab-kelab bola sepak Arab pun rajin mendatangkan pemain Eropah dan Latin yang top namun sudah uzur, alias habis zaman kemuncaknya di dalam sepakbola. Gabriel Batistuta, mantan pemain AS Roma dan Fiorentina asal Argentina, pernah bermain di Arab dengan bayaran sebulannya sama dengan gajinya di Eropah selama satu tahun! Ini sungguh keterlaluan, ya. Batistuta hanya satu. Masih banyak yang lainnya lagi.

Ertinya, betapa orang-orang Arab pada praktiknya menganggap dewa bagi sepakbola dan para pemainnya. Pertandingan-pertandingan sepakbola di stadium selalu dipenuhi dengan penonton dan siaran langsung sepakbola di televisyen pun mampu memarkir mereka di depan televisi dengan fanatisme yang berlebih—terutama bola sepak Brazil.

Tak ada negara Arab di Piala Dunia 2010, mungkin sebagai sebuah teguran. Bahawa hidup itu lebih dari sekadar bola sepak; ada kereta, muzium, keluarga, teman, masyarakat sosial, dan yang terpenting Islam itu sendiri. (sa/darlhyat)

sumber

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA

Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf

sumber

Subhanallah, Makhluk Aneh yang Cantik


SEJENIS obor-obor yang diberi nama, Enypniastes ditemui di utara Teluk Mexico pada kedalaman 2,750 meter di dasar laut. - AP


NEW ORLEANS 23 Nov. - Hidupan dasar laut adalah sangat pelik dan tidak dapat dibayangkan: timun laut lut cahaya yang mempunyai sesungut, sotong primitif yang mengepakkan sirip berbentuk telinga dan cacing tiub yang memakan saki-baki minyak.

Satu laporan yang disiarkan semalam menyatakan kejayaan merekodkan 17,650 spesies hidup di dasar laut di bawah 600 meter, aras di mana tiada cahaya matahari. Penemuan itu adalah maklumat terkini dalam bancian hidupan marin kali terakhir 10 tahun lalu.

"Sebahagian daripada laut dalam yang sebelum ini dianggap sama sebenarnya adalah agak kompleks," kata seorang pakar laut di Universiti Negeri Lousinia, Robert S. Carney yang mengetuai penyelidikan tersebut.

Beribu-ribu spesies marin wujud pada aras kedalaman tanpa cahaya dengan memakan bahan mereput yang mendap ke bawah seperti tulang ikan paus. Minyak dan metana juga adalah sumber tenaga bagi hidupan dasar laut.

Pasukan penyelidik itu menemui 5,600 spesies baru yang kini menyertai 230,000 hidupan laut yang telah disenaraikan. Mereka berharap dapat menambah beberapa ribu spesies baru lagi menjelang Oktober 2010 apabila bancian tamat.

Menurut mereka, sebanyak 5,772 spesies ditemui hidup dalam dasar laut yang sangat dalam iaitu hampir 3,000 meter.

"Laut dalam dianggap sebagai padang pasir sehinggalah tidak lama sebelum ini sebanyak 20,000 bentuk kehidupan ditemui di dalam zon yang dianggap gersang.

"Laut dalam adalah alam persekitaran yang paling kurang dijelajahi di dunia," kata Jesse Ausubel yang bekerja dengan penaja bancian tersebut, Yayasan Alfred P. Sloan.

Lebih 40 spesies baru batu karang ditemui di kawasan gunung bawah laut yang dihiasi bintang laut dan taman anemone. Hampir 500 spesies baru dari hidupan sel tunggal hinggalah sotong besar direkodkan.

Perkara lain yang penting adalah 170 spesies baru yang mendapat tenaga dari bahan kimia yang terhasil daripada dasar laut. Antaranya adalah 'ketam yeti' yang mempunyai filamen halus pada bahagian kaki.

Di tengah Lautan Atlantik, penyelidik menemui 40 spesies baru dalam 1,000 spesies keseluruhan, demikian menurut pakar laut dari Universiti Bergen di Norway, Odd Aksel Bergstad yang dihubungi melalui panggilan telefon ke Pulau Azores.

Lebih 2,000 saintis dari 80 negara bekerjasama untuk mengisi katalog spesies hidupan laut dalam misi yang memakan belanja besar bagi peralatan kamera bawah laut, sonar dan kenderaan kawalan jauh yang mencapai kos AS$50,000 (RM169,000) sehari. - AP

sumber

1 Juta Jemaah Haji Tanpa Permit


JAMIL Khir Baharom bertanya khabar jemaah haji ketika meninjau maktab penginapan dan Pusat Operasi Tabung Haji di Hotel Janadriyah, Mekah, semalam.


MEKAH 23 Nov. – Kerajaan Arab Saudi akan berusaha mengatasi masalah lebih sejuta penduduk tempatan yang mengerjakan ibadat haji secara haram setiap tahun tanpa permit.

Kehadiran lebih sejuta rakyat tempatan yang melakukan ibadat itu tanpa permit meningkatkan lagi jumlah jemaah yang berada di tanah suci pada musim haji ini yang dianggarkan lebih tiga juta orang.

‘‘Perbuatan mengerjakan haji secara haram setiap tahun menjadi beban kepada pihak pentadbir kota Mekah. Kehadiran mereka juga menimbulkan masalah kepada jemaah haji yang datang jauh dari luar negara,” kata Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faizal seperti dipetik oleh akhbar Arab News hari ini.

Katanya, pihaknya akan berusaha mengatasi masalah itu termasuk dengan mengadakan kempen supaya penduduk tempatan mengambil permit terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat tersebut.

Selain kempen, jelas beliau, pihaknya akan memperkenalkan kaedah baru bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan yang belum pernah atau pertama kali mengerjakan haji.

Berdasarkan peraturan, penduduk tempatan yang pernah mengerjakan haji perlu menunggu lima tahun sebelum dibenarkan lagi melakukan ibadat itu bagi mengelak kesesakan di sekitar Masjidil Haram.

Putera Khaled memberitahu, penduduk yang melakukan ibadat haji secara haram biasanya menyelinap masuk melalui kumpulan-kumpulan jemaah dari luar negara bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

‘‘Kerajaan telah membelanjakan berbilion riyal untuk menyediakan pelbagai kemudahan baru di tanah suci Mekah dan Madinah bagi keselesaan jemaah seluruh dunia.

‘‘Kami tidak mahu perbuatan penduduk yang mengerjakan haji tanpa permit ini mencetuskan keadaan tidak menyenangkan kepada jemaah luar,” ujarnya.

Pada perkembangan sama, seorang pegawai kanan Pejabat Gabenor Mekah, Abdul Aziz Abdullah Al-Khudheiri berkata, pihak berkuasa berjaya menyekat sebahagian besar daripada jemaah luar negara dari melanggar visa dengan tinggal lebih lama di tanah suci.

Dalam tempoh empat tahun lalu, katanya, jumlah jemaah yang melanggar visa haji telah berjaya dikurangkan sebanyak 80 peratus iaitu dari 480,000 kepada 40,000 orang.

Menurut beliau, antara langkah dilakukan untuk menghalang gejala itu adalah menyebarkan mesej kepada pihak yang bersekongkol dengan jemaah haji yang melanggar visa bahawa perbuatan mereka turut mencemarkan ibadat haji, selain mengancam mengenakan hukuman berat.

‘‘Hukuman berat adalah jalan terakhir yang akan kami lakukan,” tegasnya. – UTUSAN

sumber

Monday, November 23, 2009

MALAYSIA - Syeikh Abu Bakar Meninggal Dunia

ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

sumber

PALESTIN- Shalit Dibebaskan pada Aidil Adha?

Perajurit Israel Gilad Shalit yang selama hampir 3 tahun ini ditawan pejuang Hamas khabarnya akan dibebaskan pada Hari Raya Aidil Adha, Jumaat (27/11). Pembebasan itu sebagai sebahagian kesepakatan "pertukaran pembebasan tawanan" antara Palestin dan Israel melalui perantaraan Mesir.

Ketua organisasi Friends of the Palestinian Detainee Society, Munir Mansur mengungkapkan, kesepakatan itu tercapai setelah Mesir berhasil menyelesaikan sejumlah persoalan yang selama ini menjadi ganjalan bagi pembebasan Shalit dan pembebasan para tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel.

Dalam kesepakatan itu, Israel setuju untuk membebaskan 22 warga Arab atas dasar "kemanusiaan" yang berada di penjara-penjara Israel di Dataran Tinggi Golan dan Jerusalem. Khusus untuk para tahanan Palestin di Jerusalem dan tahanan dari kalangan warga Arab Israel, kata Mansur, akan dibebaskan secara bertahap dengan jaminan Mesir dan Jerman, yang belakangan ikut memediasi usaha pembebasan Gilad Shalit.

Informasi seputar kepastian pembebasan Shalit mencuat setelah pertemuan antara Presiden Mesir Husni Mubarak dan Presiden Israel, Shimon Peres, Minggu (22/11) di Kaherah. Dalam pertemuan tersebut, Mubarak menyatakan bahawa dia secara pribadi yang akan menjamin keselamatan Shalit selama berada di Mesir sampai Israel memenuhi kesepakatan yang pertukaran tahanan Palestin yang telah disetujui.

Sementara, Kepala Staff Angkatan Bersenjata Israel, Gabi Ashkenazi menegaskan bahawa Israel tetap berkomitmen untuk membebaskan Shalit, yang ditawan para pejuang Hamas sejak tahun 2006.

Bulan September lalu, Israel kembali melakukan negosiasi pembebasan Shalit dengan Palestin. Israel berjanji akan membebaskan lebih dari 7.000 warga Palestin yang berada di penjara-penjara Israel sebagai kompensasi pembebasan perajuritnya itu. Tapi Israel menolak syarat yang diajukan Hamas untuk membebaskan orang-orang yang terdapat dalam daftar yang dibuat Hamas. Israel menyatakan hanya akan membebaskan tahanan yang dianggap tidak membahayakan keamanan dalam negerinya.

Meski berita pembebasan Shalit pada Aidll Adha nanti santer terdengar, ayah Shalit, Noam Shalit mengaku belum menerima pemberitahuan rasmi dari pemerintahnya. Noam sendiri menyatakan masih meragukan kebenaran berita itu. Tapi hari ini, Noam dikhabarkan akan bertemu dengan Hagai Hadas, juru runding yang ditunjuk oleh pejabat perdana menteri Israel untuk membebaskan Shalit. (ln/hrz/imemc)

sumber

Wikipedia Tempat Propaganda Israel

Kelompok propaganda Zionis, CAMERA merekrut sejumlah sukarelawan yang akan ditugaskan untuk mengubah atau memutarbalikkan informasi-informasi di internet yang dianggap merugikan kepentingan Israel. Dan salah satu sasaran dari kelompok itu adalah laman Wikipedia, sebuah ensiklopedia online yang memberi kebebasan bagi siapa saja untuk memasukkan data atau input maklumat ke laman tersebut.

"Idea dari Wikipedia adalah, semakin banyak sukarelawan yang berkolaborasi memasukkan data dan informasi ke laman itu maka informasinya makin tepat, selalu up-to-date dan inklusif dibandingkan ensiklopedia yang dibuat dalam bentuk buku," demikian pernyataan CAMERA.

CAMERA menyebut kelompoknya sebagai sebuah komite di Amerika yang menjadi akurasi laporan-laporan tentang Timur Tengah. Basis kelompok ini berada di Amerika Utara dan sudah memiliki pasukan yang beranggotakan puluhan Yahudi yang dibayar untuk melakukan propaganda Israel. Mereka biasanya mengubah isi atau data berbagai informasi biasanya yang terkait dengan tindakan apartheid rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin, tentang Zionisme dan ideologi-ideologi Israel yang diidentikan dengan ideologi Nazi, teror-teror dan kekejaman yang dilakukan Israel di Palestin dan isu-isu yang terkait dengan konflik Israel-Palestina.

Dan baru-baru ini, CAMERA menyebarkan surat edaran yang isinya mengajak siapa saja yang berpotensi untuk menjadi juru propaganda Zionis untuk membantu Israel menginput data dan informasi yang pro-Israel. Dalam surat edaran tersebut tertulis,"CAMERA mencari 10 sukarelawan untuk membantu kami menjaga entri yang terkait dengan Israel di Wikipedia agar tidak 'tercemar' oleh mereka yang anti-Israel dan akan mengedit entri-entri itu. Mereka yang b menjadi sukarelawan mesti mengetahui ilmu komputer."

Disebutkan dalam surat edaran itu, bagi mereka yang berminat menjadi sukarelawan boleh telefon atau kirim email ke CAMERA dan nanti akan dilatih bagaimana caranya menjadi editor sukarelawan untuk mempropagandakan Israel di Wikipedia.

Selama ini CAMERA aktif melakukan propaganda untuk membiaskan informasi-informasi tentang kejahatan perang dan kejahatan kemanusiaan yang dilakukan terhadap warga awam Palestin, terutama di Jalur Gaza. Dalam propagandanya, CAMERA mendakwa mengutip pernyataan dari jubir militer Israel dan berusaha mengemukakan argumen bahawa Israel tidak dengan sengaja melakukan pembantaian terhadap warga tak berdosa Palestin dan tindakan itu dilakukan justeru untuk meminimalkan korban awam. Sebuah argumen yang menyesatkan bagi mereka yang tidak begitu memahami konflik Israel-Palestin.

Orang-orang yang terlibat dalam CAMERA bukan orang sembarangan. Banyak diantaranya para mantan agen intelejen dalam negeri Israel, Shin Beth. Belakangan ini, CAMERA sibuk membuat propaganda untuk melawan laporan Richard Goldstone tentang jenayah perang Israel di Gaza dengan menyebut laporan itu "tidak akurat." (ln/IW)

sumber

Amaran MESIR pada Israel

KAHERAH 22 Nov. - Presiden Mesir, Hosni Mubarak memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Israel bahawa negara itu akan menyebabkan semua masyarakat Islam menjadi marah jika mereka tidak menyelesaikan pertikaian status Baitulmaqdis.

Mubarak menegaskan kepada Presiden Israel, Shimon Peres bahawa masa depan Baitulmaqdis, iaitu wilayah yang dituntut oleh Yahudi dan Palestin sebagai ibu negara mereka ialah isu berkaitan seluruh rakyat Islam.

"Saya menyuarakan kebimbangan kepada Peres tentang rundingan damai yang tidak menunjukkan kemajuan sejak perjumpaan terakhir Julai lalu dan Mesir sedang menunggu maklum balas Israel seperti menghentikan pembinaan bangunan di Baitulmaqdis," katanya.

Palestin telah menolak untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel jika mereka tidak menghentikan sepenuhnya projek penempatan semula, sesuatu yang tidak dipersetujui oleh rejim Zionis itu.

Mubarak berkata, masa telah berlalu untuk membincangkan penyelesaian sementara atau mengenai sempadan dan bertegas hanya keamanan saksama dan berkekalan yang perlu dicapai.

Mesir adalah negara Arab pertama memeterai perjanjian damai dengan Israel. Sementara hubungan kedua-dua negara tidak pernah pernah tegang, Kaherah merupakan pengantara utama antara Israel dengan rakyat Palestin, terutama kumpulan pejuang Hamas. - AP

Sumber

4 jemaah haji korban H1N1

MAKKAH: Empat bakal haji asing dilapor meninggal dunia akibat selesema babi.

Agensi berita Arab Saudi, SPA, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu sebagai berkata, mangsa terdiri daripada seorang wanita Maghribi, seorang lelaki Sudan, seorang lelaki India dan seorang gadis Nigeria.

Menurut kementerian berkenaan, keempat-empat mangsa itu tidak mengikuti prosedur yang disyorkan, khususnya mengambil vaksin menangani H1N1.

Lelaki Sudan itu yang meninggal dunia di Madinah menunjukkan tanda dijangkiti selesema itu empat hari selepas tiba di Arab Saudi.

Dia tidak mendapatkan rawatan di pusat kesihatan yang disediakan pihak berkuasa Saudi selepas dijangkiti selesema itu.

Mangsa dari Nigeria pula dijangkiti virus berkenaan dua hari selepas paru-parunya gagal berfungsi dan kadar gula dalam darah yang tinggi.

“Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diberikan rawatan yang diperlukan tetapi meninggal dunia pada hari sama kerana keadaannya yang semakin teruk,” kata kenyataan kementerian itu.

Sementara itu, jemaah warga India yang meninggal dunia di Makkah turut menghidap sakit jantung selain dijangkiti selesema babi sementara wanita Maghribi berkenaan menghidap barah hati sebelum dijangkiti virus H1N1. - Agensi

Sumber