Thursday, December 31, 2009

Mengapa MESIR Melindungi Israel?

Mungkin hal ini yang menyebabkan kenapa Mesir sangat keukeuh secara langsung mahupun tidak langsung membela kepentingan zionis Israel, bahkan rela membunuh secara perlahan-lahan saudara-saudara Muslimnya di Gaza dengan melakukan sekatan perbatasan untuk masuk ke Gaza.

Menurut sumber-sumber ekonomi terungkap bahawa nilai dari perjanjian antara Mesir dan Israel untuk gas alam jumlah nilainya sejauh ini mencapai hingga 10 billion dollar.

Akhbar Israel yang fokus terhadap persoalan ekonomi "Kalklest" menyatakan bahawa perusahaan-perusahaan yang berada di Israel telah mengimport gas alam Mesir dengan nilai kontrak perjanjian total sebesar 10 billion dolar.

Tercatat bahwa perjanjian ekspor import gas alam tersebut terakhir ditandatangani oleh perusahaan gas alam Mesir EMG dengan perusahaan Israel "Mektaim Volkswagen", sehingga perusahaan EMG Mesir menjadi perusahaan satu-satunya yang memasuk gas alam untuk perusahaan Volkswagen Israel yang beroperasi di bidang kimia dan mencapai nilai kesepakatan antara mereka sekitar 50 juta dolar pertahun.

Akhbar Israel ini juga mengungkapkan adanya kontak yang menyeluruh yang dilakukan oleh perusahaan Mesir EMG dengan melakukan kemitraan dengan pengusaha Zionis terkenal Yossi Maiman untuk menandatangani beberapa perjanjian dengan perusahaan-perusahaan energi dalam negeri Israel, termasuk perusahaan swasta yang menghasilkan elektrik yang memerlukan ketersediaan gas alam Mesir.

Dalam kesimpulan laporannya, akhbar "Kalklest" menampilkan daftar perusahaan-perusahaan Israel yang menjadi pengimportgas alam Mesir, d iantaranya adalah sebagai berikut: General Electric Company, Inc Nesher, Dourad, Energi Asdod, Solad Energy Company, Haifa Chemicals, dan terakhir perusahaan Mektaim Volkswagen.(fq/imo)

sumber

Agen2 CIA Terbunuh di AFGHANISTAN

Lapan warga AS menjadi korban serangan bunuh diri di markas militer AS yang terletak di provinsi Khost, tenggara Afghanistan. Dari lapan warga AS yang maut itu, beberapa di antaranya adalah agen CIA.

Pejabat AS di Kabul dan Jubir Kementerian Luar Negeri AS, Ian Kelly hari Rabu (30/12) mengesahkan terjadinya insiden itu. "Kami mengesahkan telah terjadi ledakan di provinsi Khost dan lapan orang Amerika terkorban," kata mereka.

Pihak AS tidak memberikan perincian para korban apakah semuanya warga awam atau tentera AS. Namun sejumlah laporan menyebutkan, diantara korban itu adalah agen-agen CIA.

Washington Post dalam laporannya mengatakan basis militer AS di Afghanistan "Forward Operating Base Chapman" yang digunakan oleh para agen mata-mata AS, menjadi sasaran serangan bom bunuh diri hari Rabu lepas dan sumber-sumber di AS mengesahkan bahawa lapan orang yang terkorban dan luka-luka dalam serangan itu besar kemungkinan adalah para pegawai CIA dan kontraktor AS.

Serangan bom itu merupakan serangan yang menimbulkan korban yang paling besar di kalangan personel intelejen AS dibandingkan serangan-serangan lainnya sejak invasi AS ke Afghanistan. Selama tahun 2009 saja, jumlah pasukan asing yang terkorban di Afghanistan mencapai 506 orang, 310 diantaranya adalah tentera AS.

Serangan bom bunuh diri kem militer AS di provinsi Khost kemarin, bersamaan dengan aksi protes rakyat Afghanistan di beberapa kota atas operasi militer yang dilakukan pasukan antarabangsa di pedalaman provinsi Kunar, dekat perbatasan dengan Pakistan, hari Ahad lalu. Dalam operasi tersebut, pasukan asing itu membunuh 10 warga awam termasuk anak-anak sekolah.

Sekitar 200 mahasiswa di Jalalabad melakukan long march, memprotes serangan pasukan asing itu dan menuntut agar pelakunya diadili. Sementara di kota Kabul, ratusan orang juga mengadakan aksi serupa dan mendesak AS untuk segera menarik pasukannya dari Afghanistan.

"Obama ! Bawa tentera-tenteramu keluar Afghanistan!" teriak para penunjuk perasaan yang menggunakan ikat kepala berwarna biru bertuliskan "Berhentilah Membunuh Kami!"

Pasukan NATO di Afghanistan menafikan telah membunuh warga awam dalam operasi militer yang dilakukan hari Ahad lalu. Seorang pegawai senior NATO mengatakan bahawa yang terlibat dalam operasi militer tersebut bukan pasukan NATO tapi pasukan khusus AS.

Menurut, Jurucakap International Security Assistance Force (Isaf) yang berada dibawah komando NATO, Kolonel Wayne Shanks, operasi militer di Kunar adalah operasi gabungan tentara Afghanistan dan pasukan asing. Ia juga mengatakan bahawa pihaknya sedang menyelidiki insiden di Kuna.

sumber

INDONESIA- Gus Dur Meninggal Dunia


Gus Dur


JAKARTA 30 Dis. – Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, (gambar) 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang ini (waktu Indonesia Barat) ketika dirawat di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, Sholahudin Wahid mengesahkan kematian Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat itu.

“Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang,” kata Gus Sholah kepada pemberita.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan para menteri, kenamaan, ahli keluarga serta rakan-rakan Gus Dur menziarahi jenazah Allahyarham di hospital berkenaan malam ini.

Allahyarham Gus Dur yang merupakan anak sulong daripada enam adik beradik akan dikebumikan di Jombang, Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Kesihatan Gus Dur merosot ketika menziarahi kubur Ibu Nyai Fatah di Pesantren Bahrul Ulum Tambak Beras, Jombang, Jawa Timur pada 24 Disember lalu.

Berikutan itu Gus Dur dikejarkan ke Hospital Swadana Jombang kemudian dipindahkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo pada 25 Disember lalu.

Gigi Gus Dur dicabut berikutan gusinya yang membengkak dan beliau juga terpaksa menjalani rawatan dialisis di hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Akmal Taher berkata, Gus Dur meninggal dunia akibat kegagalan jantung, ginjal dan masalah gula di dalam darah.

Sementara itu Ketua Dewan Perwakilan Pusat Parti Demokrat, Anas Urbaningrum menyifatkan kematian Gus Dur merupakan kehilangan terbesar kepada bangsa Indonesia.

“Kita kehilangan tokoh besar yang kita sendiri tidak tahu bila lahir penggantinya,” kata Anas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada media.

Beliau juga berkata, Gus Dur menjadi pemecah kebekuan dan kejumudan pemikiran. Dalam pada itu Susilo mengarahkan semua acara sambutan tahun baru dibatalkan bagi menghormati kematian Gus Dur. – Utusan

sumber

23 maut letupan di IRAQ

RAMADI 30 Dis. - Sekurang- kurangnya 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera termasuk gabenor wilayah Anbar dalam dua serangan bom di bandar utara Iraq ini, hari ini.

Kedua-dua serangan bom berlaku di pejabat gabenor di tengah ibu kota wilayah Anbar yang turut membunuh dan mencederakan pegawai kanan keselamatan.

Serangan pertama berlaku berhampiran tempat pemeriksaan menuju ke pejabat gabenor pada pukul 9.30 pagi (pukul 2.30 pagi waktu Malaysia).

Setengah jam selepas itu, gabenor wilayah itu, Qassim Mohammed Abid dan pegawai kanan keselamatan wilayah yang berada di dalam bangunan tersebut keluar untuk

"Pengebom berani mati yang memakai pakaian seragam tentera berlari ke arah gabenor. Beberapa orang pegawai keselamatan menahannya dan dia telah meletupkan dirinya," kata kapten polis, Ahmed Mohammed al-Dulaimi kepada AFP.

Serangan tersebut menyebabkan ketua keselamatan gabenor, Kolonel Mahmoud al-Fehdawi terbunuh dan Qassim serta timbalan ketua polis Anbar, Kolonel Abbas Mohammed al-Dulaimi cedera. - AFP

Sumber

Penduduk PALESTIN diizin guna lebuh raya Israel

BAITULMAQDIS 30 Dis. - Mahkamah Tinggi Israel mengarahkan tentera supaya membenarkan rakyat Palestin menggunakan sebahagian daripada lebuh raya utama di Tebing Barat, satu kemenangan terbesar Palestin menentang amalan Yahudi yang menyatakan beberapa jalan hanya untuk mereka.

Jalan 443 yang menyambungkan Baitulmaqdis dengan Tel Aviv telah ditutup pada 2002 kepada penduduk Palestin selepas kumpulan bersenjata menembak kenderaan milik Israel di lebuh raya berkenaan dan membunuh beberapa orang pemandu.

Kira-kira separuh daripada 32 kilometer lebuh raya itu merentasi seluruh Tebing Barat.
Penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan sepanjang laluan tersebut mengemukakan petisyen supaya ia dibuka semula kepada mereka pada 2007, ekoran berkurangnya penentangan terhadap Israel.

Menurut mahkamah, tentera tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan sekatan tetap ke atas rakyat Palestin untuk menggunakan lebuh raya tersebut di Tebing Barat kerana ia akan memberi kesan ke atas rangkaian perubahan laluan tersebut yang hanya akan direka untuk penduduk Yahudi sahaja.

Penutupan jalan juga tidak menguntungkan penduduk tempatan. Menurut hakim, pertimbangan keselamatan tidak boleh diutamakan.

"Ini adalah satu kemenangan besar," kata Melanie Takefman, jurucakap Pertubuhan Hak Asasi di Israel yang menjadi wakil rakyat Palestin dalam mengemukakan petisyen sebelum perbicaraan.

Sekatan itu telah menyukarkan hidup berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin, yang terpaksa menggunakan laluan kotor ke tempat lain di Tebing Barat. Bagaimanapun masalah ini telah dikurangkan tahun lalu dengan pembukaan jalan alternatif.

Datuk Bandar perkampungan Beit Liqya berhampiran lebuh raya, Hassan Mafarjeh berkata, jalan alternatif bukan satu penyelesaiannya.

"Kami menolak prinsip untuk membina lebih banyak jalan raya di tanah kami.
"Perjalanan ke Ramallah mengambil masa sejam dengan laluan yang kotor dan 30 minit menggunakan laluan alternatif. Tetapi dengan menggunakan lebuh raya, ia hanya mengambil masa 15 minit," katanya. - AP

Sumber

Wednesday, December 30, 2009

Pemimpin Salafi Jihadi Lolos dari Penjara HAMAS

Kelompok-kelompok Salafi Jihadi di Jalur Gaza pada hari Khamis lepas (24/12), mengumumkan salah satu dari pemimpin senior mereka telah melarikan diri dari penjara keamanan pemerintah Gaza, yang dijalankan oleh gerakan Islam Hamas.

Abu Hamza Al-Maqdisi salah satu dari pemimpin utama kelompok Salafy Jihadi, dalam sebuah pernyataan Khamis lalu dan United Press International telah menerima salinan pernyataan itu, menyatakan bahawa pemimpin Mahmud Talib alias Abu Mutasim Al-Jerusalem telah berhasil melarikan diri dari penjara keamanan pemerintah Hamas di Gaza, bersama-sama dengan sejumlah saudara-saudaranya dari kelompok Salafy Jihadi yang ditahan oleh Hamas.

Namun Abu Hamzah menolak untuk berbicara tentang status kesihatan Mahmud Talib dan bagaimana dia boleh melarikan diri dari penjara, yang disebut-sebut penjara itu selalu dikelilingi oleh sejumlah besar pasukan keamanan Hamas.

Pasukan keamanan dalam negeri dari pemerintah Hamas telah menahan sekitar tiga puluhan anggota kelompok Salafy Jihadi.

Abu Hamza Al-Maqdisi juga menyerukan kepada pemerintah Hamas di Gaza agar segera membebaskan unsur-unsur dari kelompok-kelompok Salafy Jihadi, kerana akan membahayakan kehidupan mereka sendiri setelah ancaman musuh Israel yang akan memulai perang baru terhadap Gaza.

Perdana Menteri Ismail Haniyah, baru-baru ini mengumumkan niatnya untuk membebaskan tahanan dari kelompok Jundu Ansharullah yang ditangkap selama bentrokan di Masjid Ibnu Taimiyah di wilayah Rafah setelah pemimpin spiritual kelompok itu mengumunkan berdirinya emirat Islam di wilayah tersebut.(fq/Al Quds Al Arabi)

sumber

Pemecah Rahsia Nuklear Israel Ditahan

Rejim Zionis Israel menuding Mordechai Vanunu telah melanggar syarat pembebasan dirinya dari penjara Israel, sehingga Vanunu mesti ditangkap dan dikenakan tahanan rumah.

Jurucakap kepolisian Israel, Micky Rosenfield dalam keterangannya hari Selasa (29/12) mengatakan, Vanunu ditangkap dan dikenakan tahanan rumah dengan tuduhan telah bertemu dengan "sejumlah orang asing" di sebuah hotel di Jerusalem. Tindakan Vanunu merupakan pelanggaran atas syarat pembebasan Vanunu yang dibuat tahun 2004, di mana Vanunu dilarang berkomunikasi dengan orang asing kerana dikhuaatirkan akan membocorkan rahsia negara ilegal Israel.

Vanunu membuat tanda "V" dengan jarinya dan menyebut Israel negara "impoten" saat memasuki ruang sidang di Jerusalem, hari Selasa kemarin. Ia memang sudah beberapa kali dikenakan tuduhan semacam itu oleh rejim Zionis Israel. Menurut kuasa hukumnya, Avidgor Feldman, kliennya itu ditangkap kerana menjalin hubungan dengan seorang gadis asal Norway dan gadis itu sudah diinterogasi polis Israel.

Jurucakap pengadilan mengatakan, Vanunu sudah dibebaskan pada Selasa malam tapi diperintahkan untuk menjadi tahanan rumah sampai hari Khamis esok.

Vanunu adalah orang Israel yang mengungkap rahsia fasiliti nuklear Israel, Dimona pada akhbar terbitan London, Sunday Times pada tahun 1986. Vanunu sendiri ketika itu bekerja sebagai teknisyen di fasiliti nuklear Israel, Dimona. Ia memberikan perincian dan foto-foto tentang kegiatan pengayaan nuklear di Dimona kepada akhbar Inggris itu yang membuat geram Israel.

Vanunu tertangkap di Roma dan diekstradisi ke Israel melalui operasi perisikan Mossad (badan intelejen luar negeri Israel). Di Israel ia menjalani proses persidangan dan divonis 18 tahun penjara. Saat dibebaskan dengan syarat tahun 2004, Israel tetap melarang Vanunu ke luar negeri dan melarang Vanunu melakukan kontak dengan orang asing. (ln/yn/prtv)

sumber

Muslim INDIA Terpaksa Guna Nama Hindu

India menjadi negara ketiga di dunia yang paling besar jumlah populasi Muslimnya, setelah Indonesia dan Pakistan. Jumlah Muslimin di negara majoritis penganut agama Hindu itu sekitar 140 juta orang. Meski jumlahnya signifikan, kaum Muslimin India sejak lama mengalami penindasan dan diskriminasi di sektor sosial dan ekonomi.

India hanya memberikan peluang yang kecil bagi kaum Muslimin yang ingin bekerja misalnya dalam polis, kemiliteran, pemerintahan bahkan untuk menjadi mahasiswa di universiti-universiti negeri. Akibatnya, tingkat pendidikan dan pengangguran di kalangan komuniti Muslim India cukup tinggi dibandingkan kelompok minoriti lainnya seperti kaum Kristian dan Sikhs.

Di India, perniagaan berlian menjadi bisnes yang menguntungkan. Tapi tidak mudah bagi Muslim yang ingin mendapatkan pekerjaan di industri yang dimonopoli oleh majoriti Hindu India. Banyak Muslim yang terpaksa menggunakan nama Hindu agar boleh mendapatkan pekerjaan dalam industri ini.

"Kami sudah melakukannya sejak lama sekali, kami sangat berhati-hati agar nama asli dan alamat kami tidak terbongkar di tempat kerja. Kami akan kehilangan pekerjaan jika mereka tahu bahawa kami Muslim," kata Allarakha, seorang pekerja muslim yang ikut menggunakan nama Hindu.

Keluarga Mehboob Pathan yang Muslim, juga melakukan hal yang sama. Dia, anak lelaki dan anak perempuannya menggunakan nama Hindu agar mendapatkan pekerjaan. "Seperti saya, ayah juga menyembunyikan identiti agamanya hanya untuk mendapatkan pekerjaan," kata anak lelaki Pathan, Mushtaq yang menggunakan nama Hindu "Mukesh".

Tapi keluarga itu mengalami peristiwa pahit kerana menggunakan nama Hindu. Ayah Mushtaq yang menggunakan nama Hindu "Jayenti Bhatti" suatu hari menghilang dan mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa. Tragisnya, ketika ditemukan, ayah Mushtaq sudah mati dibunuh kerana masalah wang dan jenazahnya dibakar kerana dikira penganut agama Hindu.

Kenyataan itu membuat keluarga Mushtaq syok dan menyesali pihak berkuasa yang membakar jenazah ayahnya. "Penyelidikan telah mengindentifikasi bahawa ayah saya seorang Muslim. Kami terlalu miskin untuk melakukan apapun," keluh Mushtaq.

Tapi pihak polis berdalih ketika memutuskan dikremasi, mereka tidak tahu bahawa ayah Mushtaq seorang muslim. "Keluarganya datang terlambat, kami tidak boleh berharap lagi," ujar seorang pegawai polis. (ln/iol)

sumber

Tuesday, December 29, 2009

Mossad Gagal Bunuh Tokoh HAMAS Lebanon

Sumber Zionis Israel mengungkapkan bahawa Badan Perisikan Luar Negara Israel "Mossad" telah gagal dalam usaha pembunuhan terhadap perwakilan Hamas di Lebanon Usamah Hamdan, dengan menanam bahan peledak di keretanya.

Pada laman "central issues" Israel pada hari Ahad yang lalu dilaporkan bahawa Hamdan telah lolos dari usaha percubaan pembunuhan, yang dirancang Mossad, laman tersebut juga menambahkan bahawa agen keamanan Lebanon telah menemukan bahan peledak yang ditempatkan di dalam kereta Hamdan ketika dia hendak masuk ke kereta, Hamdan pun dengan segera memanggil ahli bahan peledak dari Hizbullah dalam usaha untuk membongkar dan mematikan bahan peledak, namun bom itu terus meledak ketika sedang berusaha dimatikan.

Ledakan terjadi pada Sabtu malam lalu di pinggiran selatan kota Beirut, seperti dilaporkan oleh Agence France-Presse mengutip sumber keamanan dan mengatakan bahawa ledakan bom telah mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan beberapa orang cedera', tanpa menentukan sasaran ledakan atau penyebabnya.

Jurucakap Hamas Ayman Taha mengatakan ledakan di pinggiran selatan Beirut, telah mengorbankan dua anggota kelompok Hamas dan melukai tiga orang lainnya, dia menyatakan siasatan sedang dilakukan untuk penyelidikan insiden tersebut.

Sementara itu, Presiden Libanon Michel Suleiman mengutuk pengeboman yang terjadi di pinggiran selatan kota Beirut, dan menyebut peristiwa itu sebagai tindakan sabotaj yang bertujuan untuk "merosak kestabilan."

Dalam pernyataan yang dikeluarkan oleh Kantor Informasi Kepresidenan menyatakan bahawa, "Presiden Lebanon mengecam insiden pemboman tersebut dan menganggapnya sebagai suatu tindakan sabotaj, yang dilakukan oleh musuh negara yang bertujuan untuk mengacaukan situasi."

Presiden Libanon menyatakan juga Libanon akan bertekad menjaga dan mempertahankan kestabilan situasi dari tindakan yang mengancam dan dia juga meminta lembaga yang kompeten untuk mengintensifkan penyelidikan untuk menangkap para perusuh." (fq/imo)

sumber

Sejarah Sambutan Tahun Baru Masehi

Dalam beberapa hari ke depan, tahun 2009 akan segera berganti, dan tahun 2010 akan menjelang. Ini tahun baru Masehi, tentu saja, kerana tahun baru Hijriyah telah terjadi satu minggu yang lalu. Bagi kita orang Islam, ada apa dengan tahun baru Masehi?

Sejarah Tahun Baru Masehi

Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, dia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM. Dalam menyusun kalendar baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir.

Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teori dapat menghindari penyimpangan dalam kalendar baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.

Perayaan Tahun Baru

Saat ini, tahun baru 1 Januari telah dijadikan sebagai salah satu hari suci umat Kristian. Namun kenyataannya, tahun baru sudah lama menjadi tradisi sekular yang menjadikannya sebagai hari libur umum nasional untuk semua warga Dunia.

Pada mulanya perayaan ini dirayakan baik oleh orang Yahudi yang dihitung sejak bulan baru pada akhir September. Selanjutnya menurut kalender Julianus, tahun Romawi dimulai pada tanggal 1 Januari. Paus Gregorius XIII mengubahnya menjadi 1 Januari pada tahun 1582 dan hingga kini seluruh dunia merayakannya pada tanggal tersebut.

Perayaan Tahun Baru Zaman Dulu

Seperti kita ketahu, tradisi perayaan tahun baru di beberapa negara terkait dengan ritual keagamaan atau kepercayaan mereka—yang tentu saja sangat bertentangan dengan Islam. Contohnya di Brazil. Pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, orang-orang Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, mengubur mangga, pepaya dan semangka di pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa Lemanja—Dewa laut yang terkenal dalam legenda negara Brazil.

Seperti halnya di Brazil, orang Romawi kuno pun saling memberikan hadiah potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Belakangan, mereka saling memberikan kacang atau koin lapis emas dengan gambar Janus, dewa pintu dan semua permulaan. Menurut sejarah, bulan Januari diambil dari nama dewa bermuka dua ini (satu muka menghadap ke depan dan yang satu lagi menghadap ke belakang).

Sedangkan menurut kepercayaan orang Jerman, jika mereka makan sisa hidangan pesta perayaan New Year's Eve di tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh. Bagi orang Kristiann yang majoriti menghuni belahan benua Eropah, tahun baru masehi dikaitkan dengan kelahiran Jesus Kristus atau Isa al-Masih, sehingga agama Kristian sering disebut agama Masehi. Masa sebelum Jesus lahir pun disebut tahun Sebelum Masehi (SM) dan sesudah Jesus lahir disebut tahun Masehi.

Pada tanggal 1 Januari orang-orang Amerika mengunjungi sanak-saudara dan teman-teman atau nonton televisi: Parade Bunga Tournament of Roses sebelum lomba futbol Amerika Rose Bowl dilangsungkan di Kalifornia; atau Orange Bowl di Florida; Cotton Bowl di Texas; atau Sugar Bowl di Lousiana. Di Amerika Syarikat, kebanyakan perayaan dilakukan malam sebelum tahun baru, pada tanggal 31 Disember, di mana orang-orang pergi ke pesta atau menonton program televisyen dari Times Square di jantung kota New York, di mana banyak orang berkumpul. Pada saat loceng tengah malam berbunyi, sirene dibunyikan, kembang api diledakkan dan orang-orang meneriakkan "Selamat Tahun Baru" dan menyanyikan Auld Lang Syne.Di negara-negara lain, termasuk Indonesia? Sama saja!

Bagi kita, orang Islam, merayakan tahun baru Masehi, tentu saja akan semakin ikut andil dalam menghapus jejak-jejak sejarah Islam yang hebat. Sementara beberapa minggu yang lalu, kita semua sudah melewati tahun baru Muharram, dengan sepi tanpa gemuruh apapun. (sa/berbagaisumber)

sumber

SAUDI- Misteri Kota Thaif

Mendengar kata Arab Saudi, salah satu hal yang mungkin terbayang dalam kepala kita adalah panas. Maklumlah, bagaimana tidak, dataran Arab memang sudah ditakdirkan seperti itu oleh Allah swt. Tapi jangan hairan, tidak demikian dengan sebuah kota bernama Thaif. Thaif, jika di Indonesia, mungkin seperti Bandung, yang sejuk.

Thaif adalah sebuah daerah yang terletak hanya 80 km dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah. Di Mekah mungkin orang sudah kepanasan kerana suhu 48 darjah celcius. Perbezaan yang tentu saja selalu membuat kening orang berkerut kerana terasa ganjil sekali sebab kedua kota itu berada di Saudi, dan boleh dibilang "bersaudara" kerana jaraknya yang boleh ditempuh dengan waktu hanya 1.5 jam saja mengenakan kenderaan.

Thaif terkenal sebagai pengeluar sayur mayur dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati dengan kesuburan tanah meskipun komposisi bebatuannya lebih banyak. Buah dan sayur yang terdapat di pasar tradisionalnya melimpah dan segar. Segala macam buah berada di kota ini, termasuk buah delimanya yang sangat terkenal.

Untuk memasuki Thaif, diperlukan izin khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin keraa di sana terdapat sekolah tentera dan gudang senjata pemerintahan Arab Saudi.

Kota ini dikelilingi oleh pegunungan yang dingin. Dahulu, sekadar mengingatkan, di kota inilah Nabi Muhammad saw pernah diusir dan dilempar batu. Kini, di daerah ini pula tumbuh subur pohon Zaqqum, pohon yang dipenuhi duri tajam dan besar. Dalam Surah Al Waqiah ayat 52, pohon ini bakal menjadi bahan makanan penghuni neraka. Apa gerangan pohon Zaqqum ini? Samakah dengan pohon Qhorqod Yahud?

Aaz Zaqqum adalah sebuah pohon yang tumbuh di dasar neraka Saqar atau dasar neraka Jahannam. Dan neraka Jahannam telah dinyalakan hingga mendidih seperti kotoran minyak. Para penghuninya sangat rakus dalam memakannya sehingga memenuhi perutnya sebagaimana air panas yang mendidih, air yang memiliki temperatur paling tinggi.

”(Makanan surga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum. Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas. Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke neraka jahim”.(As Shaffat:62 – 68 )

Rasulullah Shallahu’alaihi wa Sallam bersabda,”Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia niscaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?” (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majjah dalam sunannya, kitab Az-Zuhud, bab Shifat An Nar, 8/4325.)

Walaupun pohon zaqqum tidak sama dengan pohon gharqad, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal senang memelihara pohon ini. (sa/berbagaisumber)

sumber

AFGHANISTAN- 10 Maut Serangan Udara

Serangan udara yang dilancarkan pasukan asing membunuh sepuluh warga awam, sebahagian besarnya anak-anak sekolah di Afghanistan timur. Serangan itu terjadi pada Isnin (28/12).

Dari sepuluh orang yang terbunuh, lapan di antaranya siswa sekolah. Gabenor Kunar Fazlullah, Wahedi Sayed memaparkan.

Karzai mengutuk pembunuhan itu. Namun para politisyen di parlimen menggunjingkan janji Karzai yang akan mengusut penyerangan itu. .

Pasukan yang dipimpin NATO di Afghanistan mengatakan mereka akan "menyelidiki" tapi menolak komentar. Seperti kita ketahui, AS-NATO dan pasukan koalisi Barat, yang terdiri lebih dari 110.000, menempati negara Afghanistan selama bertahun-tahun. (sa/wb/agencies)

sumber

IRAN- 15 Maut Rusuhan di Tehran


Gambar merakamkan seorang pegawai polis Iran cedera setelah dibelasah penunjuk perasaan propembangkang diberi perlindungan di Lebuh Enqelab (Revolusi), Teheran, kelmarin. – AP


TEHERAN 28 Dis. – Lebih 15 terbunuh dalam rusuhan yang menggegarkan Teheran dalam tunjuk perasaan antikerajaan, demikian menurut televisyen negara hari ini, ketika sebuah laman web melaporkan penangkapan seorang tokoh pembangkang.

Televisyen negara melaporkan 10 orang yang terbunuh dalam pertempuran ganas semalam di ibu negara Iran ini adalah anggota kumpulan ‘pengganas antirevolusi’, merujuk kepada penyokong pembangkang.

Menurut laporan itu, lima lagi telah dibunuh oleh ‘kumpulan pengganas’ dalam ‘tindakan yang meragukan’, tanpa memberi penjelasan lanjut.

Laman web reformis semalam melaporkan bahawa pasukan keselamatan telah membunuh anak saudara kepada pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi ketika polis mengesahkan bahawa lima terkorban dalam insiden berdarah terburuk antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan sejak beberapa bulan lalu.

Pembangkang berkata, mereka yang maut adalah akibat tembakan selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah Teheran.

Tindakan keras itu diambil selepas pihak berkuasa memberi amaran akan menghentikan cubaan untuk menggunakan upacara sambutan Asyura sebagai alasan mengadakan protes.

Seorang bekas Menteri Luar ketika bermulanya Revolusi Islam pada 1979, Ebrahim Yazdi, ditahan di rumahnya awal hari ini, lapor laman web berita Rahesabz.

Yazdi yang merupakan setiausaha agung Pergerakan Pembebasan Iran yang telah diharamkan, namun diberi kelonggaran, dibawa ke sebuah tempat yang tidak dikenali oleh ejen keselamatan. – AFP

sumber

Monday, December 28, 2009

PALESTIN- Awas Intifada ke-3!

Seminggu yang lalu, Pimpinan Fatah yang juga Presiden Autoriti Palestin, Mahmoud Abbas bersumpah bahawa selama dia menjadi presiden, Intifada ketiga tidak akan pernah terjadi. Tapi akhir minggu lepas, sejumlah pegawai Fatah mengingatkan kemungkinan pecahnya Intifada ketiga. Namun berbeza dengan perlawanan dua intifada sebelumnya yang diarahkan pada Zionis Israel, Intifada ketiga akan diarahkan langsung pada autoriti Palestin.

Para pejabat Fatah mengungkapkan kekhuatiran tersebut menyusul terbunuhnya tiga warga Palestin yang juga anggota Fatah di kota Nablus, Tebing Barat akhir minggu lepas. Dalam proses pemakaman, ribuan pelayat dari kalangan pejuang veteran, pimpinan sayap militer Fatah Brigade Syuhada Al-Aqsa dan warga Gaza menuding Autoriti Palestin telah berkolusi dengan Israel. Mereka menyerukan agar Autoriti Palestin mengakhiri kerjasama keamanan dengan militer Israel.

Saking kerasnya kecaman terhadap Autoriti Palestina, seorang wartawan lokal mengungkapkan situasi itu sebagai "salah satu aksi demonstrasi anti-Autoriti Palestin yang terbesar" yang pernah terjadi di Palestin selama bertahun-tahun belakangan ini.

Setelah pecah perlawanan Intifada kedua, Nablus, kota terbesar Palestin di Tebing Barat dibawah kontrol sekelompok orang-orang Fatah bersenjata yang kerap mensasarkan klan-klan kaya yang tinggal di kota itu. Sehingga membuat banyak keluarga kaya di Nablus yang justeru senang ketika pasukan Israel menyerbu kota itu tahun 2002 dalam Operation Defensive Shield yang menewaskan Ahmed Tabouk, salah seorang pimpinan Brigadir Syuhada Al-Aqsa.

Teman dan kerabat anggota Fatah yang dibunuh tentera Zionis akhir minggu lepas, menyalahkan Autoriti Palestin atas insiden tersebut. Mereka menuding Autoriti Palestin melanggar janjinya sendiri untuk memberikan mereka sejumlah wang dan pekerjaan.

Salah seorang tokoh Fatah yang cukup disegani dan sejak lama mengecam Autoriti Palestin dan pasukan tenterannya adalah Husam Khader. Menurutnya, Autoriti Palestin adalah pemerintahan yang korup baik secara finansial maupun moral kerana telah berkolaborasi dengan pihak Zionis Israel.

Khader dan tokoh Fatah di Ramallah, Kadoura Fares menyatakan yakin, perlawanan intifada dengan sasarannya Autoriti Palestin akan meletus jika Autoriti Palestin pimpinan Abbas tetap melanjutkan persekongkolannya dengan Israel. (ln/JP)

sumber

Teruskan Ideologi Sayyid Qutb- Calon Mursyid Am Ikhwan

Salah seorang yang terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad Jemaah Ikhwanul Muslimin adalah Mohamad Badee, dan menyatakan akan melanjutkan ideologi (cita-cita) Sayyid Qutb, sebagai sebahagian dari proses perbaikan reformasi secara damai. Badee bersama dengan Dr.Abdul Mu'in Abul Fotuoh dan Dr.Mohammad Habib terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad yang baru.

Dr.Mohammed Badee, seorang tokoh senior Ikhwan, yang baru-baru ini terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad, yang akan menentukan pemilihan Mursyid 'Aam yang baru, di mana jawatan Mursyid 'Aam sekarang dipegang oleh Dr. Mahdi Akif (81), yang akan berakhir 13 Januari nanti. Pelbagai kalangan baik eksternal maupun internal jemaah Ikhwan, memperkirakan Mohammed Badee akan terpilih menggantikan Mahdi Akif, yang akan segera berakhir tempoh jawatannya sebagai Mursyid 'Aam. Jika terpilih, Badee akan menjadi Mursyid 'Aam yang ke 8, yang akan memimpin gerakan terbesar di dunia saat ini, yang memilki cabang di lebih dari 70 negara.

Dalam kesempatan pemilihan anggota Maktabul Irsyad yang baru itu, Badee yang mendapatkan suara tertinggi, menegaskan akan mengikuti jejak langkah ideologi (cita-cita) yang telah diwariskan Sayyid Qutb yang selalu dituduh negatif, sebagai tokoh garis keras.

Menurut Badee tokoh yang mendapatkan padangan negatif itu, tak lain tokoh yang sangat ideal, dan faktanya tokoh yang reformis yang mendapatkan respek yang tinggi dari berbagai kalangan termasuk seorang pengarang, terkemuka Eugene Rogan, yang mengarang tentang 'Dunia Arab. Rogan dalam bukunya itu menyebutkan Sayyid Qutb sejatinya adalah seorang pembaharu, yang dengan keyakinannya memperbaiki bangsa Arab dan kaum muslimin di kawasan itu.

Badee sangat popular dan mendapatkan dukungan dari berbagai kalangan termasuk organisasi doktor seluruh Mesir. Tokoh Ikhwanini dinilai memiliki perspektif lain, di mana ia akan menjembatani aspirasi kalangan generasi tua dan muda, yang lebih puritan, dan tidak ingin terlibat dalam carut kehidupan politik di Mesir, yang sangat dikendalikan parti yang berkuasa NDP, dibawah Hosni Mubarak. Badee juga dikenal memiliki hubungan yang hangat dengan tokoh-tokoh Ikhwan lainnya, seperti Dr.Mu'in Abul Fotouh dan Dr.Mohammed Habib, yang dipandang mewakili generasi yang lebih senior di kalangan Ikhwan. Dan, Badee mengharapkan dengan kepemimpinan baru nanti Ikhwan akan terus mampu menghadapi tentangan zaman, dan tetap wujud serta menegakkan cita-citanya di seluruh dunia.

Badee juga menyatakan dalam mengelola jemaah Ikhwan, tidak luput dari kesalahan, dan semua anggota Maktabul Irsyad membuka diri untuk melakukan perbaikan dan kemajuan, "Di atas semua itu, kami hanya manusia", tegasnya. (m/ikhnwb)

sumber

IRAN Bina Kapal Selam Halimunan

Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik

Iran juga sedang membina Hovercraft yang bertempat duduk 6 dinamakan Younes-6 dan akan digunakan untuk penyelamatan dan penyerbuan











sumber

Sambutan Asyura Dipenuhi Darah


Pengikut Syiah berhimpun di kawasan antara makam Hussein dan Abbas sebagai sebahagian daripada sambutan hari Asyura di Karbala, kira-kira 80 kilometer ke barat daya Baghdad, semalam. - REUTERS


KARBALA 27 Dis. - Berjuta-juta penduduk Islam berfahaman Syiah di seluruh dunia menyambut perayaan hari Asyura dengan mengadakan upacara memperingati pembunuhan Imam Hussein, namun ia dicemari dengan serangan bom dan tunjuk perasaan yang meragut nyawa.

Di IRAQ, kira-kira tiga juta penduduk Syiah berkumpul di Karbala mengadakan sambutan serupa, namun dicemari dengan serangan bom di bandar Tuz Khurmatu, wilayah Kirkuk yang meragut lima nyawa dan mencederakan 20 yang lain.

Antara yang terkorban termasuk lima wanita dan seorang anggota polis.

Serangan berlaku sehari selepas tiga anggota puak Syiah terbunuh dalam sambutan Asyura di Baghdad.

Upacara sambutan di Karbala bermula dengan beribu-ribu penduduk berlumuran darah selepas melibas cemeti besi ke arah belakang badan masing-masing bagi memperingati Imam Hussein yang dibunuh pada tahun 680.

Sementara itu di IRAN, tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di Teheran, hari ini apabila sambutan bertukar menjadi demonstrasi.

Seorang mangsa adalah warga emas yang ditembak di kepala dan dibawa keluar dari kawasan itu oleh penyokong pembangkang dengan darah berlumuran di muka, menurut saksi dan laman web pro-pembaharuan, Rah-e-Sabz.

Beribu-ribu penyokong pembangkang berteriak 'kematian kepada diktator' merujuk kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad tanpa mempedulikan amaran tindakan keras ke atas penunjuk perasaan sempena perayaan Asyura bagi memperingati kematian Imam Hussein pada abad ketujuh.

Tentera keselamatan cuba menggagalkan tunjuk perasaan yang diadakan di jalan-jalan utama Teheran menggunakan gas pemedih mata, kayu belantan dan tembakan amaran ke udara, sebelum melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Di PAKISTAN, beribu-ribu polis dan anggota separa tentera dikerahkan di Islamabad dan beberapa bandar utama lain kerana khuatir berlaku perkara tidak diingini ketika sambutan Asyura.

Penganut Syiah merupakan 20 peratus daripada keseluruhan 167 juta penduduk Pakistan dan lebih 4,000 terkorban dalam insiden keganasan di negara ini sejak 1980-an. - AFP

sumber

Komander Taliban di AFGHANISTAN terbunuh

KABUL 27 Dis. - Seorang komander Taliban terbunuh dalam satu insiden tembak menembak di utara Afg

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, tentera kerjasama antarabangsa-Afghanistan memasuki wilayah Wardak, semalam untuk mencari pemberontak yang dipercayai bertanggungjawab merancang serangan dan membeli senjata serta peralatan membuat bom.
Ketika menghampiri wilayah tersebut, seorang komander Taliban yang bersenjata dan memiliki bom serta beratus-ratus senjata melarikan diri ke sebuah masjid berhampiran.

Tentera keselamatan Afghanistan mengepung masjid berkenaan yang terletak di pinggir Pirdad di daerah Nirkh dan memintanya supaya menyerah diri.

Apabila dia menolak, mereka bertindak menyerbu masjid tersebut, katanya.
"Dia melepaskan tembakan ke arah kami dari dalam masjid mengunakan senjata AK-47 dan dia telah dibunuh oleh anggota tentera keselamatan," kata NATO dalam satu kenyataan.
Abdul Haq, komander polis daerah Nirkh berkata, tembak-menembak sebenarnya berlaku di luar kawasan masjid bukan di dalam masjid.

Dalam kejadian berasingan, NATO melaporkan, seorang anggota perkhidmatan Amerika terbunuh dalam satu serangan bom di jalan raya pada Jumaat lalu di selatan Afghanistan. - AP

Sumber

Serangan Israel di Gaza genap setahun

GAZA CITY 27 Dis. - Hari ini genap setahun serangan besar-besaran tentera Israel ke atas Genting Gaza, yang ditadbir Hamas, dengan runtuhan bangunan kesan daripada serangan tersebut masih jelas kelihatan.

Bunyi siren memecah keheningan pada pukul 11.20 pagi (pukul 5.20 petang waktu Malaysia) semasa bom pertama dalam 'Operasi Cast Lead' Israel dilancarkan setahun lalu atas dakwaan untuk menghentikan serangan-serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza.

Beberapa demonstrasi diadakan hari ini dan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh akan berucap di kaca televisyen pada sebelah petang dan Hamas merancang menganjurkan aktiviti selama 22 hari, bersamaan dengan tempoh serangan tersebut setahun lalu.

"Tujuan acara diadakan supaya perang ini dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel kekal mendapat perhatian dunia.

"Ia dianjurkan supaya pemimpin Zionis sedar mereka akan diadili," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Ihab al-Ghussein.

Pada hari Sabtu, 27 Disember 2008, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan serentak ke atas beberapa bangunan Hamas di wilayah Gaza yang dihuni 1.5 juta penduduk Palestin, menyebabkan sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh, serangan yang paling banyak menumpahkan darah dalam masa sehari sepanjang konflik Israel-Palestin.

Perang tamat 22 hari kemudian selepas gencatan senjata kedua-dua belah pihak, dengan 1,400 penduduk Palestin, termasuk lebih 400 kanak-kanak, dan 13 orang Yahudi terbunuh, selain kawasan Gaza menjadi padang jarak padang tekukur.

Di BAITULMAQDIS, Human Rights Watch (HRW) semalam menuduh Israel dan Hamas gagal mengambil tindakan ke atas anggota masing-masing yang terlibat dalam kekejaman di Gaza setahun lalu.

Kumpulan hak asasi yang beribu pejabat di New York itu juga mengkritik sekatan Israel 'menyebabkan berlakunya krisis kemanusiaan besar dan menghalang pembinaan semula kediaman dan sekolah' di Gaza, kawasan Palestin yang ditadbir Hamas itu.
"Kedua-dua, Israel dan Hamas gagal menghukum mereka yang melanggar undang-undang semasa pertempuran itu berlaku.

"Beberapa serangan roket masih berlaku dan sekatan Israel ke atas Gaza menghalang pembangunan semula wilayah Palestin itu. Apa yang semakin bertambah di Gaza adalah kekecewaan dan kehampaan," kata penyelidik kanan HRW, Fred Abrahams dalam satu kenyataan pada ulang tahun pertama perang Gaza. - AFP

Sumber

Sunday, December 27, 2009

Ratu Cantik PALESTIN Dibatalkan

Autoriti Palestin akhirnya memutuskan untuk membatalkan kontes "Miss Palestine" sampai batas waktu yang tidak ditentukan - pertandingan seperti ini untuk pertama kalinya diadakan di wilayah pendudukan - rencana awalnya petandingan tersebut akan berlangsung pada tanggal 26 Disember mendatang namun berbuah kecaman dan kritikan atas akan diselenggarakannya pertandingan itu.

Sebuah sumber Palestin mengatakan bahwa kota Ramallah dan Al Bireh, yang akan menjadi tempat diselenggarakannya acara tersebut , Isnin yang lalu memutuskan untuk membekukan dan menundanya pada tahun 2010.

Direktur dari 'Fashion Trip' yang merupakan pihak penyelenggara - Salwa Yousef - sebelumnya telah mengumumkan dalam sebuah sidang media beberapa waktu di Ramallah Tebing barat bahwa peluncuran kompetisi seperti ini sebagai acara pertama yang pernah ada di Palestin.

Salma Yousef mengatakan bahawa pertandingan yang akan ia selenggarakan telah menerima dukungan moral dari Autoriti Nasional Palestin, dibawah Komisi Arbitrase dan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, di samping mendapat dukungan materi dari beberapa perusahaan lokal.

Kecaman meluas

Pengumuman pertandingan "Miss Palestia" tak pelak mendapat kecaman luas oleh para ulama, maupun dari gerakan Hamas, yang telah mengkonfirmasi bahawa kontes seperti itu bertentangan dengan hukum Islam, dan di luar tradisi rakyat Palestin.

Sejak perusahaan swasta "Fashion Trip" mengumumkan akan diadakannya pertandingan "Miss Palestine", reaksi berupa kutukan, kecaman maupun kritikan tidak berhenti atas akan diselenggarakannya kontes bahkan Asosiasi Ulama Palestin menghendaki pertandingan itu dibatalkan segera, dalam sebuah pernyataannya mereka menyatakan: "Pertandingan untuk Miss Palestina bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan etika, dan hanya mengkempenkan perosakan nilai-nilai moral."

Kementerian urusan wanita pemerintahan Hamas di Gaza menyebut pertandingan yang diselenggarakan di Tepi Barat atas dukungan autoriti Palestina sebagai sebuah 'lelucon'.

Dalam berbagai forum elektronik banyak yang berkomentar dan melancarkan kritikan pedas pada perusahaan penyelenggara pertandingan, mereka bahkan menampilkan foto-foto ibu para syuhada dan tahanan Muslimah Palestin di penjara Israel sambil memberikan komentar bahwa merekalah Miss Palestin Sejati.

Ketua Asosiasi Ulama Palestin, yang juga anggota parlimen dari Gerakan Hamas, Syeikh Hamed Al-Baitawi menyatakan: "kontes untuk Miss Palestin bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan etika."

"Tidak layak orang yang hidup di bawah pendudukan dengan lebih dari 12 ribu tahanan, termasuk orang tua, perempuan dan anak-anak dan telah membuat ratusan ribu syuhada yang terluka serta saat barisan jihad berjuang melawan Israel, malah ada yang mensponsori kegiatan yang termasuk dalam upaya untuk menyebarkan kebejatan moral," tambahnya.(fq/imo)

sumber

MESIR- Lembaga Ibu Jesus Ternyata Palsu

Klip video yang ditampilkan pada acara "Cairo Today" pada saluran Orbit yang menampilkan sebuah penampakan yang konon katanya adalah Bunda Maria di beberapa gereja di Kaherah, semuanya adalah kebohongan alias palsu.

Penampakan "Bunda Maria" itu ternyata hanyalah menggunakan sinar lampu laser berwarna putih pada interval bergelombang yang dikembangkan di atas gereja, disertai dengan pelepasan merpati putih untuk memberikan aura daya tarik kebohongan dari penampakan tersebut. Begitu menurut diskusi yang terjadi di sebuah dialog di acara "Cairo Today" beberapa saat setelah heboh kejadian penampakan "Bunda Maria" di gereja ortodoks Kaherah.

Sejak tersebarnya informasi yang menyatakan telah muncul "bunda Maria" di atas sebuah gereja di Kaherah, telah mengumpulkan ribuan umat Kristian Koptik di lokasi penampakan tersebut sehingga menimbulkan gangguan lalu lintas, polis terpaksa mengerahkan banyak pasukannya untuk menertibkan warga yang berduyun-duyun menuju lokasi gereja tempat terjadinya penampakan dan beberapa gereja koptik lainnya.

Kerumunan rata-rata terpusat di sekitar gereja Koptik di beberapa bilangan Zaitun, Ein Shams (Heliopolis), Ezbet el-Nahl, Marg, Faggala, Masarra, 6 Oktober, Omrania, Imbaba, hingga Qaliubia.

Shenouda III, pimpinan dari gereja ortodoks Mesir mengesahkan kemunculan atau penampakan "perawan Maria" di sebuah gereja di Kaherah. Dalam sebuah khutbahnya Shenouda mengatakan: "Bagaimana saya boleh membuat ribuan orang penonton yang mengatakan bahawa hal itu muncul?", namun pernyataannya tersebut bukan pernyataan rasmi dari gereja Koptik.

Link berikut memperlihatkan sebuah video yang disiarkan di kanal Orbit mengekspos kebohongan ini:

http://www.youtube.com/watch?v=vjKXnHHp8OE&feature=related

(fq/imo)

sumber

Mursyid Baru Ikhwan Akan Diumumkan

Organisasi keIslaman Antarabangsa al-Ikhwan al-Muslimun (Ikhwan) yang berpusat di Mesir merancang mengumumkan pucuk tertinggi pimpinannya (Mursyid 'Am) yang ke-VIII pada Ahad (27/12). Pemilihan Mursyid baru organisasi tersebut disebabakan tempoh jawatan mursyid kini, Muhammad Mahdi Akif, selesai.

Sebagaimana disiarkan akhbar independen Mesir, as-Syuruq (26/12), dipilihnya Mursyid baru organisasi yang juga pembangkang terbesar dan terkuat pemerintahan Mesir rejim Mubarak itu dilakukan setelah penetapan Majlis Pertimbangan (Maktab al-Irsyad) yang baru beberapa hari yang lalu, dan ditengah kemelut krisis internal organisasi itu yang diwakili kalangan tua dan muda.

Sumber internal Ikhwan mengabarkan, beberapa nama telah dikantongi sebagai calon pasti pucuk pimpinan Ikhwan. Nama-nama tersebut terpilih pasca jajak pendapat di antara para anggota Majlis Syura Ikhwan. Pada mulanya, para calon terdiri dari 5 orang, yaitu Dr. Ahmad Badi', Mahmud Izzat, Dr. Rasyad Bayyumi, Muhammad Habib, dan Gum'ah Amin.

Dalam poling pra-penetapan, Nama Muhammad Badi' menempati posisi teratas. Meski demikian, doktor bidang sains itu menyatakan mengundurkan diri dari bursa pencalonan. Badi' beralasan dirinya lebih baik menjadi "pembantu umum" ketimbang menjadi pucuk pimpinan.

Sikap pengunduran diri Badi' juga diikuti oleh Izzat. Dikatakannya, dia lebih memilih menjadi "mursyid bayangan" di dalam jemaah dan bekerja di balik layar.

Pasca pengunduran dua tokoh besar Ikhwan itu, tinggallah dua nama yang kemudian masuk bursa calon, iaitu Rasyad Bayyumi dan Muhammad Habib, naib (wakil) pertama mursyid sekarang. Sassus yang berkembang, Habib juga telah memutuskan untuk "mengepak koper"nya dan kembali ke kampung halamannya di provinsi Asyuth untuk mengajar dan menjadi professor sains di Universiti Asyuth.

Masih menurut sumber internal Ikhwan, bursa calon pun pada akhirnya didominasi oleh Bayyumi, yang dipandang sebagai perwakilan dari sayap konservatif (muhafizhin, atau angkatan tua, iaitu angkatan 65) Ikhwan. Meski demikian, Bayyumi juga dapat diterima dikalangan reformis (islahiyyun, atau angkatan muda).

Sementara itu, salah seorang anggota Ikhwan Mesir yang menetap di Eropah mengatakan, di kalangan anggota Ikhwan di luar Mesir saat ini tengah mencuat kecenderungan untuk memilih Mursyid dari luar Mesir, menimbang neutralitasnya dari kemelut yang terjadi di dalam tubuh Ikhwan di Mesir.

Sikap independensi juga dinyatakan oleh Ikhwan sayap Syria. Shadaruddin al-Bayanuni, Muraqib Am Ikhwan Syria menegaskan jika pihaknya tidak tahu menahu tentang rencana pemilihan Mursyid Ikhwan di Mesir.

"Ikhwan Syria lebih merepresentasikan sebagai organisasi independen yang tidak ada kaitannya dengan apa yang kini terjadi di Mesir," kata al-Bayanuni.

Hal senada juga diungkapkan oleh Abu Jarrah as-Sulthani, Ketua Harakah Mujtama' al-Muslim (Gerakan Masyarakat Muslim) Aljazair. Dikatakannya, apa yang tengah bergejolak di Mesir merupakan urusan internal. "Dan kami tidak ikut campur," katanya.

Tak jauh beza dengan as-Sulthani, Rasyid al-Ghanusyi, anggota Dewan Pertimbangan Ikhwan Internasional, juga mengatakan 'no comment'. "Dalam hal ini, saya lebih memposisikan sebagai mentor Gerakan Kebangkitan Islam (Harakah an-Nahdhah al-Islamiyyah) di negara saya, Tunisia," jelasnya. (ags/srq)

sumber

Israel Bunuh 6 Rakyat PALESTIN

NABLUS 26 Dis. - Askar Israel menembak mati enam rakyat Palestin, termasuk tiga anggota pergerakan Fatah dalam dua insiden berasingan hari ini di Tebing Barat dan Genting Gaza, satu keganasan paling buruk dalam tempoh beberapa bulan.

Jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya telah membunuh tiga rakyat Palestin yang cuba menyusup masuk dari Gaza, wilayah yang diperintah Hamas, sementara sumber perubatan Palestin memaklumkan, tiga pejuang dibunuh dalam satu serbuan di Tebing Barat.

Keganasan itu berlaku sehari sebelum genap setahun serangan besar-besaran tentera Israel di Genting Gaza pada tahun lalu, yang mengorbankan kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 warga Israel.

Ia juga menggambarkan ketegangan yang memuncak ketika rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat (AS), yang disambung semula setelah terhenti selama setahun.

Di Tebing Barat, saksi dan pasukan perubatan Palestin berkata, askar Zionis telah mengepung rumah tiga anggota Briged Syahid al-Aqsa, kumpulan pejuang daripada pergerakan Fatah, pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan membunuh semua mangsa.

Serbuan itu dibuat tentera Israel sebagai membalas dendam ke atas kematian seorang rakyatnya kelmarin setelah ditembak di sebatang jalan di Tebing Barat.

Kumpulan pejuang Palestin tersebut mengaku bertanggungjawab di atas pembunuhan rakyat Israel terbabit.

Sementara itu, sumber Fatah memaklumkan, mereka yang terbunuh di Tebing Barat adalah anggota pergerakan mereka. - Reuters

sumber

Thursday, December 24, 2009

Jeddah banjir lagi

JEDDAH: Hujan dengan ribu petir melanda Jeddah buat kali kedua dalam tempoh empat minggu, semalam.

Sehubungan itu, pihak berkuasa dan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada tragedi berkaitan banjir seperti yang berlaku 25 November lalu.Kebimbangan penduduk bandar raya Arab Saudi itu meningkat apabila beberapa kawasan dinaiki air.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kebanyakan penduduk di timur Lebuhraya Haramain meninggalkan kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, hujan lebat itu berhenti selepas setengah jam, sekali gus membawa kelegaan kepada orang ramai.

Keadaan trafik juga kembali normal selepas itu.Penduduk Jeddah cemas pada awal pagi apabila langit mendung menyelubungi bandar raya itu.Ia mendorong setiap orang, dari Jabatan Pertahanan Awam, sekolah hingga ke universiti untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan wartawan Arab News di daerah Quwaiza dan Jamia, kawasan paling teruk dilanda banjir bulan lalu mendapati keadaan seperti biasa.Ramai penduduk berkata, mereka tidak akan meninggalkan kediaman masing- masing berikutan hujan lebat semalam.

“Kami tidak mempunyai tempat lain untuk dituju,” kata mereka. - Agensi

Sumber

Wednesday, December 23, 2009

Nenek, 50 cucu bersaing

SHARJAH: Seorang wanita berusia 90 tahun akan bersaing dengan 50 cucunya dalam pertandingan menghafal al-Quran anjuran pihak berkuasa wilayah UAE ini. Fatima Mohammad Ali yang buta huruf, menghafal kitab suci itu dengan mendengar bacaannya daripada kaset dan bantuan daripada cucunya. - Agensi

Sumber

Israel setuju tukar 1,000 tawanan PALESTIN

GAZA 22 Dis. - Seorang pengantara Jerman tiba di Genting Gaza hari ini bersama maklum balas Israel berhubung cadangan perjanjian dengan Hamas untuk menjamin pembebasan seorang askar Israel yang ditawan sebagai pertukaran dengan beratus-ratus banduan Palestin.

Pegawai yang mengetahui mengenai rundingan itu berkata, Israel dilihat bersungguh-sungguh menyekat banduan Palestin yang didakwa membunuh daripada kembali ke Tebing Barat yang berhampiran bandar-bandar Israel dan sebagai ganti mereka mungkin akan dihantar ke Genting Gaza atau negara-negara luar.

Pegawai itu berkata, Hamas telah menerima usul bahawa sebahagian banduan yang dibebaskan akan dihantar ke luar negara namun pergerakan itu mahu para banduan memilih destinasi yang mereka inginkan.

Masih belum jelas sama ada Israel telah mengenepikan permintaan Hamas yang mahu 20 pejuang kanannya supaya dibebaskan. Israel menahan mereka kerana mendakwa mereka bertanggungjawab di atas kematian beratus-ratus rakyatnya.

Pengantara Jerman itu tiba di Genting Gaza bagi menyampaikan pendirian Israel kepada Hamas selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menjalankan satu perbincangan bersama-sama menterinya semalam.

Satu perjanjian yang dipersetujui akan membawa pulang askar Israel Gilad Shalit dengan pertukaran 1,000 daripada 11,000 banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Terdahulu, mesyuarat peringkat atasan Israel yang lama dan meletihkan, berakhir awal hari ini tanpa sebarang pengumuman berhubung perkara tersebut apabila beberapa menteri menentang pembebasan rakyat Palestin yang telah melakukan pembunuhan dengan mengatakan, mereka mungkin akan membunuh lagi.

Keputusan menguntungkan yang berat sebelah hanya untuk mendapatkan kembali Schalit, 23, itu boleh merombak polisi Asia Barat dalam cara yang tidak dapat diramal dan kemungkinan dapat meredakan sekatan yang menyeksakan di kawasan pemerintahan Hamas, Genting Gaza.

Di antara pertemuan semalam, Netanyahu telah bertemu ibu bapa Schalit yang telah melancarkan satu perjuangan berprofil tinggi bagi membebaskan anak mereka. Anggota askar itu ditawan dan dibawa ke Gaza oleh kumpulan pejuang yang berkaitan Hamas, yang memasuki Israel melalui terowong bawah tanah dalam satu serbuan berani pada Jun 2006 yang turut mengorbankan dua askar lain. - AP

Sumber

Universiti MESIR rayu keputusan

KAHERAH 22 Dis. - Sebuah universiti terkemuka Kaherah mahu merayu keputusan mahkamah yang membenarkan pelajar wanita memakai niqab atau purdah di kawasan asrama kampus, kata seorang pegawai universiti semalam.

"Universiti Ain Shams akan segera merayu terhadap keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Agung Pentadbiran pada Ahad lalu," kata pegawai itu lagi.

Mahkamah tersebut menyatakan bahawa pemakaian niqab 'adalah satu contoh kebebasan yang tiada satu badan pentadbiran atau pihak lain boleh mengharamkannya'.
Mahkamah yang sama akan memutuskan kes pelajar wanita universiti yang diberitahu tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan sekiranya berkeras mahu memakai niqab pada 27 Disember ini.

Niqab dipakai oleh wanita Islam yang mahu menutup sepenuhnya aurat mereka.
Kebanyakan wanita Islam di Mesir memakai tudung untuk menutup rambut, namun niqab semakin terkenal sebagai fesyen terkini Kaherah.

Perdebatan mengenai niqab hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu selepas Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi mengharamkan niqab di semua kediaman dan universiti berkaitan Al-Azhar kecuali di dalam kelas yang diajar oleh lelaki.

Pada permulaan tahun akademik, Menteri Pendidikan, Yussri al-Gamal menyatakan niqab akan diharamkan dalam semua kelas pembelajaran. - AFP

Sumber

Tuesday, December 22, 2009

ALGERIA- Kristianisasi Melalui Santa Claus

Masyarakat Algeria resah setelah adanya kempen Kristianisasi yang berlangsung di negara tersebut khususnya menjelang hari Natal seperti saat ini.

Pihak berkuasa Algeria mengumumkan bahawa beberapa hari ini telah terjadi kempen Kristianisasi oleh seseorang yang berpakaian seperti "Santa Claus" yang berkeliaran di sekitar kota Tizi Ouzou sebelah timur kota Aljir - dengan membagikan hadiah kepada anak-anak berupa pamflet/buklet mahupun buku-buku yang menyerukan masyarakat untuk masuk Kristian. Dan tidak hanya itu, "Santa Claus" tersebut juga membagi-bagikan coklat yang dicampur dengan alkohol.

Seorang warga kota mengatakan: "Setelah berfoto bersama dengan Santa Claus, saya kemudian di beri hadiah - namun sesampai di rumah ternyata hadiah yang di beri oleh "Santa Claus" tersebut berupa seruan-seruan Kristianisasi, berisi simbol-simbol dan kalimat-kalimat yang mentuhankan Jesus, saya kemudian menghancurkan semua hadiah yang diberikan "Santa Claus" kepada saya," seperti di laporkan surat kabar The Daily Sunrise Algeria Isnin kemarin (21/12).

Menurut akhbar tersebut, salah seorang anak dari warga kota juga menjadi sasaran aksi "Kristianisasi" yang dilakukan oleh "Santa Claus" - yang memberinya sepotong coklat namun ayahnya menemukan bahwa coklat yang diberikan kepada anaknya itu ternyata bercampur dengan alkohol.

Dan anak itu bukan satu-satunya warga yang mendapat "serangan" Kristianisasi, salah seorang wanita mengungkapkan bahawa anak peempuannya telah diberikan kaset-kaset dan brosur yang berisi bahan-bahan misionaris serta sepotong coklat yang dicampur alkohol beberapa saat setelah ia dan anaknya berfoto bersama dengan "Santa Claus."

Kemunculan "Santa Claus" yang berkeliaran di jalanan Tizi Ouzou Algeria sebagai rangkaian menjelang peringatan hari Natal. Masyarakat dipersilahkan untuk berfoto bersama dengan "Santa Claus" dan "Santa Claus" akan memberikan hadiah - yang ternyata hadiahnya berupa seruan-seruan kristenisasi - namun banyak orang tua dengan anak-anaknya tidak menyadari keseriusan yang terjadi di sekitar mereka tersebut.

Kemarahan warga

Tindakan orang tak dikenal ini, yang berpakaian sebagai "Santa Claus" telah melahirkan kemarahan dan kebencian warga Tizi Ouzou, mereka mengatakan mereka akan mengajukan gugatan hukum secara kolektif kepada pihak berwenang untuk mencegah para "misionaris" itu melakukan aksi mereka dengan mengeksploitasi anak-anak yang tidak bersalah untuk mencapai tujuan yang mencurigakan.

Salah seorang imam Tizi Ouzou yang tidak mahu disebutkan namanya sewaktu di wawancarai media mengatakan bahawa misionaris berkeliaran di jalan-jalan kota dengan mengendarai kereta kuda, dan masyarakatnya menyebutnya "Santa Claus", dengan mengeksploitasi kepolosan dan ketidaktahuan dari beberapa warga khususnya anak-anak, banyak orang tua yang mengijinkan anak-anak mereka berfoto disamping "Santa Claus."

Imam berkata dengan nada penuh kesedihan: "Kami tidak menentang agama manapapun, namun hal ini terjadi di sebuah negara Islam, saya dan kita semua harus mengutuk aksi Kristianisasi yang berkedok "Santa Claus" tersebut.

"Bagaimana kita bisa membiarkan perilaku tidak bertanggung jawab seperti itu terjadi di negara kita, sedangkan pada sisi lain "mereka" mencegah pembangunan menara masjid di negara yang majoritis penduduknya Kristian?"

Saya telan memperingatkan Warga di wilayah itu untuk "jangan tertipu dengan hadiah yang diberikan "Santa"Claus", sedikit demi sedikit mereka akan memaksa umat Islam pindah ke agama mereka dengan cara memberikan hadiah setiap hari ke umat Islam bukan hanya pada akhir tahun saja," kata imam.

Ia menggambarkan banyak Muslim di kota ini telah menerima kempen berbahaya Kristianisasi di Algeria oleh "Santa Claus".

Namun orang yang mengenakan pakaian "Santa Claus" menolak tuduhan bahawa dirinya telah melakukan usaha Krirtianisasi dan ia menyatakan bahawa dirinya ke kota tersebut untuk mencari nafkah, seperti dilaporkan akhbar The Daily Sunrise.

Beberapa waktu yang lalu, menteri urusan agama dan wakaf Algeria Dr. Bu Abdullah Ghulamullah menyatakan bahwa aktivitas misionaris di Algeria semakin menurun di tahun 2009 berkat penerapan yang ketat terhadap hukum beribadah bagi umat non-muslim.

Hukum di Algeria menyatakan bahwa siapa saja yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi ataupun misionaris akan dikenakan hukuman satu tahun penjara hingga sepuluh tahun dan akan di usir dari wilayah Algeria secara permanen atau untuk jangka waktu kurang dari sepuluh tahun.

Wilayah suku, yang meliputi daerah Tizi Ouzou dan Bejaia dan bagian-bagian daerah di provinsi Boumerdes dan Bouira, Setif, CA Bordj Bou Arreridj, telah menjadi fokus utama dari kegiatan misionaris, di mana para misionaris menggunakan kemiskinan penduduk wilayah tersebut untuk diajak masuk Kristian.(fq/imo/iol)


sumber

MALAYSIA- Bak Kut Teh Halal?

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.

"Walaupun mereka mungkin akan membuat permohonan, Jakim tidak akan meluluskan makanan bak kut teh halal itu kerana sudah jelas ia tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

Makanan bak kut teh halal itu mengulangi kontroversi yang sama dengan pengenalan 'bir halal' minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada 7 Mei lalu.

Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Lokman berkata, berdasarkan hukum, bak kut teh adalah merujuk pada sup dan daging babi seperti yang diketahui oleh orang ramai.

"Sehubungan itu saya syorkan penggunaan nama makanan terbabit ditukar kepada nama lain sebaik-baiknya, jangan gunakan lagi nama bak kut teh," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman juga tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.

Beliau berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

"Saya bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.

"Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan," katanya.

sumber

Israel Curi Organ Mayat

BAITULMAQDIS 21 Dis. - Israel mengakui pakar patologi forensiknya pada 1990-an mengambil organ daripada mayat termasuk mayat penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu itu timbul berikutan penyiaran wawancara dengan ketua institut forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.

Wawancara itu dijalankan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang menyiarkannya disebabkan kontroversi besar yang tercetus pada musim panas lalu, selepas sebuah akhbar Sweden mendakwa Israel membunuh rakyat Palestin bagi tujuan mengambil organ mereka. Israel menafikan dakwaan itu.

Petikan wawancara tersebut disiarkan oleh stesen televisyen Israel, Channel 2 pada hujung minggu lalu.

"Kami mula mengeluarkan kornea... apa jua yang dilakukan adalah sangat tidak formal. Tiada kebenaran diminta daripada keluarga terlibat," kata Hiss dalam wawancara tersebut.

Menurut laporan Channel 2 itu, pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang daripada mayat askar Israel, rakyat Israel, penduduk Palestin dan pekerja asing, selalunya tanpa izin keluarga mereka.

Sebagai mengulas laporan televisyen itu, tentera Israel mengesahkan amalan tersebut berlaku.

"Kegiatan itu dihentikan sedekad lalu dan tidak lagi berlaku," menurut satu kenyataan tentera Israel.

Hiss dalam wawancara itu menceritakan bagaimana doktor menyembunyikan perbuatan mengeluarkan kornea daripada mayat.

"Kami menutup kelopak mata dengan pelekat, dan tidak akan mengambil kornea daripada mayat jika kami tahu keluarga berkenaan akan membuka kelopak mata," katanya. - AP

sumber

Pemilihan ketua Ikhwan Muslimin MESIR bermula

KAHERAH 21 Dis. - Pergerakan pembangkang utama Mesir, Ikhwan Muslimin, mula mengundi bagi memilih pemimpin baru walaupun wujud pertikaian berhubung proses tersebut, kata seorang anggota kanan pergerakan itu.

"Pengundian telah bermula dan prosesnya sedang berjalan,'' kata pemimpin pergerakan politik itu, Mahdi Akef, yang akan meletak jawatan apabila tempoh penggalnya berakhir bulan depan.

Menurut ahli-ahli pergerakan politik itu, pengundian telah bermula hujung minggu lalu dan timbalan ketua Ikhwan Muslimin, Mohamed Habib berkata, keputusannya sedang dikira.

Akhbar Al Dustur melaporkan, calon utama bagi mengisi jawatan pemimpin pergerakan politik tersebut termasuklah setiausaha agungnya, Mohamed Ezzat dan anggota kanan biro pimpinannya, Mohamed Badi.

Habib yang dinamakan Akef sebagai timbalannya, mahu menangguhkan pengundian kepimpinan itu sehingga pemilihan 115 anggota majlis syura yang dijadual pada Julai depan. Dia menyifatkan pengundian itu dilakukan secara terburu-buru.

Pertikaian dalaman tersebut boleh melemahkan pergerakan itu menjelang pilihan raya Parlimen Mesir pada akhir tahun depan.

"Ini adalah krisis terbesar yang seumpama dengannya sejak tahun 1954,'' kata penganalisis politik Diaa Rashwan kepada Reuters merujuk kepada tindakan keras kerajaan ke atas kumpulan itu pada tahun tersebut.

Penganalisis politik Khalil El Anani pula berkata, pengundian tersebut 'tidak sah berdasarkan peraturan dalaman Ikhwan Muslimin'.

Anani menambah, pindaan perlembagaan pada 2007 melarang aktiviti politik berdasarkan agama yang boleh menyusutkan pelaksanaan pemilihan pergerakan tersebut.

Bagaimanapun, majoriti daripada anggota majlis syura, badan yang bertanggungjawab merancang polisi, telah mengundi untuk mengadakan pengundian tersebut dan akan mengumumkan keputusannya sebelum 13 Januari depan, iaitu pada tarikh akhir Akef meletak jawatan, kata seorang anggota pergerakan yang enggan mendedahkan namanya. - Reuters

Sumber

Monday, December 21, 2009

PALESTIN- Al-Aqsa Sudah Dikelilingi Terowong

Lembaga Wakaf dan Warisan Masjid Al-Aqsha menlaporkan (14/12) bahawa pemerintah pendudukan Israel terus meningkatkan operasi pengeboran bahagian bawah kota yang diduduki oleh Yahudi untuk pembentukan pemukiman.

Dalam keterangannya, Lembaga Wakaf dan Warisan Masjid Al-Aqsha menyatakan,"Sesungguhnya penggalian dan pendirian bangunan serta tindakan pembuatan terowong dimaksudkan untuk mengisolasi Masjid Al-Aqsha dan melingkarinya dengan penggalian terowongan-terowongan"

"Puluhan pekerja melakukan penggalian dari pagi hingga Maghrib di daerah bahagian atas Wadi Hulwah, sebuah kawasan di kota Silwan” jelas Lembaga Wakaf.

Lembaga ini juga menambahkan, hampir semua lini yang ada di sekitar masjid Al-Aqsha sudah dikelilingi oleh dinding-dinding dan lembaran besi panjang, ditutupi dengan beberapa daerah pengeboran plastik, menunjukkan penggalian yang dilakukan atas perintah Yahudi yang berada di kota Silwan.

Lembaga tersebut kembali memperjelas bahawa penggalian tersebut hanya beberapa puluh meter dari Masjid Al-Aqsha, dan semakin hari akan semakin di tingkatkan penggalianya hingga mencapai kedalaman 10 meter, sampai ke kawasan Masjid Al-Aqsha. (sn/alj/jey)

sumber

CAMEROON - 8 Desa Masuk Islam

Seorang da'i asal Cameroon bernama Abdul Karim Abu Yerima yang juga merupakan Direktur pada Pejabat Majlis Internasional Pemuda Muslim di sana menyatakan penduduk lapan desa di negeri itu telah masuk Islam Allah dengan kerelaan hati dan tanpa paksaan.

Sebelumnya masih menurut Abdul Karim, penduduk di desa-desa di sana merupakan penyembah berhala sampai kemudian aktivis gereja yang masif dan marak di desanya, termasuk keluarganya mengikuti agama Kristian, namun dengan usaha yang keras dan tanpa kenal henti dari para da'i muslim - mereka mampu menyadarkan penduduk-penduduk desa dan banyak di antara mereka akhirnya masuk Islam.

Majlis Pemuda Muslim dunia menyatakan: "Tiga desa di Cameroon iaitu desa "Koadi","Tulum", dan "Bezil", satu demi satu penduduk desa tersebut masuk Islam, tidak kurang tiga ribu penduduk desa yang menyatakan keIslamannya.! Subhanallah..

Sekelompok pemuda yang telah masuk Islam di desa-desa tersebut ikut membantu penyebaran agama Islam di antara orang-orang yang berada di desa-desa terdekat hingga 5 desa lainnya akhirnya ikut masuk Islam di tangan anak-anak muda ini dan menjadikan jumlah penduduk yang memeluk Islam sekitar 7 ribu orang.

Pada laman majlis pemuda muslim dunia menyatakan: "Hal ini sesuatu yang sangat bagus, dengan bertaubatnya penduduk kemudian memilih untuk masuk Islam - Alhamdulillah kerana berkat usahaa para pendukung di forum pemuda muslim dunia melalui pejabat cabangan di Cameroon usaha mendakwahkan Islam menjadi berhasil."

Da'i Cameroon Abdul Karim Abu Yerima berkata: "Para dai melakukan usaha dakwah pada dua jalan; pertama: terhadap umat Islam, dengan mengajak mereka untuk belajar tentang agama mereka lebih banyak lagi, dan mematuhi Islam sebagai sistem kehidupan dan yang kedua: dengan non-Muslim - mengajarkan kepada mereka tentang agama Islam dan toleransi dengan harapan mereka akan mendapat hidayah dari Allah untuk kemudian masuk Islam."

Abdul Kamrin menambahkan: "wilayah di mana mereka berada masyarakatnya telah memeluk Islam, sebelumnya banyak penduduk yang menyembah berhala akhirnya masuk Kristian atas usaha para misionaris yang dengan gigih mendakwahkan agama mereka ke setiap rumah penduduk dan ke setiap orang termasuk di wilayah potensial yang berada di luar jangkauan dakwah para da'i muslim."

Ia juga mengatakan bahwa para aktivis majlis pemuda muslim dunia di Cameroon telah masuk ke tiga desa dan mendakwahkan Islam kepada masyarakat dan kepada ketua suku disana sehingga mereka semua masuk Islam."(fq/imo)

sumber

MALAYSIA - 4,000 Hadiri Ceramah Qardhawi

Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.

Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi.

Sewaktu selesai solat berjamaah dan menuju ke kerusi yang disediakan berhampiran dengan mimbar masjid, hadirin yang berada di kiri dan kanan mimbar berpusu-pusu menghampiri beliau dengan lebih dekat menyebabkan pihak keselamatan dan urusetia terpaksa menenangkan keadaan.

Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa.

Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani.

'Hijrah satu kemenangan'


Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid


Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.
sumber

Tentera IRAN berundur

BAGHDAD 20 Dis. – Iraq hari ini mengumumkan askar Iran sudah berundur dari sebuah telaga minyak yang dituntut oleh kedua-dua negara.

Jurucakap kerajaan Iraq, Ali al-Dabbagh berkata, satu pasukan kecil askar Iran yang merampas telaga minyak di kawasan terpencil di sepanjang sempadan kedua-dua negara minggu lepas, kini tidak lagi menguasai telaga minyak tersebut.

Baghdad menganggap telaga itu sebagai sebahagian daripada medan minyak al-Fakkah miliknya.

“Bendera Iran sudah diturunkan, askar Iran berundur 50 meter tetapi mereka belum kembali ke kedudukan asal mereka.

“Kerajaan Iraq telah mengarahkan askar berkenaan berundur ke kedudukan asal mereka,” kata Dabbagh.

Beliau mengumumkan, sebuah jawatankuasa bersama Iraq-Iran akan mula mengkaji garis sempadan di kawasan tersebut.

Di Teheran, media rasmi Iran hari ini melaporkan, Menteri-Menteri Luar Iran dan Iraq telah membincangkan ‘salah faham’ antara pengawal sempadan kedua-dua negara.

Dalam perbualan telefon malam tadi, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki dan rakan sejawatannya dari Iraq, Hoshiyar Zebari menggariskan pentingnya para pegawai bermesyuarat dengan ‘tujuan untuk menguatkuasakan perjanjian sempadan dua hala’, lapor stesen penyiaran kerajaan Iran, IRIB.

Kelmarin, harga minyak dunia meningkat selepas media melaporkan askar Iran merampas telaga minyak di medan yang terletak ke tenggara Baghdad itu.

Al-Fakkah ialah medan minyak yang agak kecil dan buat masa ini hanya mengeluarkan kira-kira 10,000 tong sehari. – Reuters

Sumber

Hamas bantu peguam asing dakwa warga Israel

GAZA: Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Hamas membekalkan maklumat kepada sekumpulan peguam Eropah yang menyiasat kekejaman Israel dalam Perang Gaza awal tahun ini.

“Kami menyediakan dokumen, laporan dan bukti jenayah kepada semua badan antarabangsa yang membantu warga Palestin untuk mengheret orang awam dan pemimpin tentera Israel ke muka pengadilan dan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka, termasuk Tzipi Livni,” kata Pengarah jawatankuasa terbabit, Diya al-Madhun.

Menurutnya, badan antarabangsa yang menerima laporan itu termasuk sekumpulan peguam bebas di Britain.Livni yang menjadi Menteri Luar rejim Israel ketika perang berkenaan membatalkan lawatan ke London minggu lalu selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan oleh sebuah mahkamah Britain.

Ia mencetuskan pertelagahan politik antara Israel dengan negara itu.

Diya bagaimanapun berkata, peguam asing di Britain itu bertindak secara bebas dan tidak diupah oleh Hamas.Kira-kira 1,400 warga Palestin dan 13 penduduk Israel terbunuh dalam perang berkenaan yang bermula pada 27 Disember 2008. - AFP

Sumber

PALESTIN: Lagi tembakan bantah tembok bawah tanah di Gaza

GAZA: Penduduk Palestin dipercayai melepaskan tembakan dari Semenanjung Gaza semalam ketika pekerja Mesir membina tembok bawah tanah di kawasan sempadan.

Tembok itu bertujuan mengekang kegiatan penyeludupan barangan dan senjata menerusi terowong bawah tanah ke wilayah Palestin ini.

Tidak ada kecederaan dilapor berlaku. Bagaimanapun, perkembangan itu mendorong Mesir meningkatkan keselamatan di kawasan sempadan.

Kejadian semalam adalah serangan keempat di sempadan berkenaan sejak pekerja mula membina tembok besi itu beberapa minggu lalu.

Pembinaan itu akan mengetatkan lagi sekatan yang dikenakan terhadap Gaza yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel selepas kumpulan Hamas menguasai wilayah berkenaan pada 2007.

Mesir mengerahkan hampir keseluruhan 750 anggota pengawal sempadan dan berpuluh-puluh kereta perisai ke kawasan sempadan.

Menteri Dalam Negeri Gaza, Fathi Hamad berkata, Hamas berusaha mengawal serangan seumpama itu.Mesir enggan mengesahkan secara rasmi pembinaan tembok berkenaan. - AP

Sumber

Thursday, December 17, 2009

Pemberontak YEMEN tuduh AS turut serang

SANAA 16 Dis. - Pemberontak Syiah Yemen menuduh tentera Amerika Syarikat (AS) turut menyertai serangan yang membunuh 120 orang di Yemen, semalam.

"Tentera udara AS melakukan jenayah keganasan dan menunjukkan wajah sebenar negara itu," kata seorang pemberontak di utara Yemen yang selalu melaporkan berhubung serangan udara tentera Yemen dan Arab Saudi dalam laman webnya.

Pemberontak tersebut menyiarkan rakaman video dalam Internet yang menunjukkan orang ramai membersihkan kawasan runtuhan yang menimbus mayat mangsa.

Pada Ahad lalu, pemberontak itu memberitahu, sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Arab Saudi di Razeh.

Sekutu AS, Arab Saudi khuatir dengan peningkatan ketidakstabilan di negara jirannya itu yang mungkin akan menjadi ancaman besar kepadanya jika negara itu dikuasai oleh al-Qaeda.
Di Geneva, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, agensi mereka telah meminta AS$177 juta (RM607 juta) untuk membantu rakyat yang terjejas akibat perang di Yemen.

"Kami meminta akses sepenuhnya dan tanpa sekatan ke kawasan ini serta menghentikan serangan ke atas konvoi kemanusiaan," kata Elisabeth Byrs, Koordinator Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) yang beribu pejabat di AS, menuduh tentera Yemen dengan meluas menyalahgunakan kuasa dan membunuh 11 penunjuk perasaan yang menuntut wilayah pemerintahan berasingan di selatan negara itu.

"Rakyat di selatan negara ini sepatutnya mempunyai hak untuk berkumpul secara aman bagi menyuarakan pendirian mereka," kata Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW divisyen Asia Barat. - REUTERS

Sumber

Abbas jangka PALESTIN-ISRAEL boleh berdamai dalam masa 6 bulan

RAMALLAH 16 Dis. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) menjangka perjanjian damai dengan Israel boleh dicapai dalam masa enam bulan jika rejim Zionis itu membekukan pembinaan kawasan penempatan Yahudi dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, beliau mencadangkan pembekuan selama enam bulan itu kepada Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu perbualan telefon baru-baru ini.

"Saya mengutarakan cadangan kepada beliau (Barak) tiga minggu lalu supaya Israel membekukan semua aktiviti pembinaan di kawasan penempatan termasuk di Baitulmaqdis Timur," kata Abbas kepada akhbar Israel, Haaretz.

Katanya, dalam tempoh itu kedua-dua pihak boleh kembali ke meja rundingan, malah menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian status akhir.

"Sehingga kini saya belum menerima jawapan terhadap cadangan itu," ujarnya.
Israel telah menolak tuntutan Palestin dan Amerika Syarikat (AS) agar ia menghentikan aktiviti pembinaan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, iaitu dua kawasan yang hendak dijadikan oleh Palestin sebagai sebahagian daripada negara mereka.

Pembekuan aktiviti pembinaan diwajibkan di bawah pelan damai tajaan AS.
Israel sebaliknya membekukan kegiatan pembinaan di beberapa bahagian Tebing Barat tetapi tidak di Baitulmaqdis Timur.

Abbas berkata, beliau tidak akan menyambung semula rundingan damai tanpa pembekuan menyeluruh.

Kebuntuan dalam menyambung semula rundingan damai berlaku ketika kedudukan politik Abbas di wilayah Palestin semakin terhakis.

Penggal perkhidmatan beliau sebagai Presiden berakhir pada bulan depan, lima tahun selepas beliau dipilih, dan konfrontasi dengan pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza semakin meningkat. - AP

Sumber

Penghapus etnik Melayu Champa ke mahkamah jenayah perang

PHNOM PENH 16 Dis. - Mahkamah jenayah perang Kemboja yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat kali pertama memfailkan tuduhan penghapusan kaum terhadap dua bekas pemimpin rejim Khmer Rouge.

Bekas pemimpin nombor dua rejim komunis itu, Nuon Chea dan bekas Menteri Luarnya, Ieng Sary didakwa berhubung tindakan Khmer Rouge membunuh rakyat Vietnam dan etnik Melayu Champa pada 1970-an, kata jurucakap tribunal tersebut, Lars Olsen hari ini.

"Minggu ini, Nuon Chea dan Ieng Sary dibawa menghadap hakim siasatan dan diberitahu mereka didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan kaum terhadap penduduk Islam Melayu Champa dan rakyat Vietnam," kata Olsen.

Mahkamah tersebut bulan lepas mengumumkan siasatannya mengenai pencerobohan gerila Khmer Rouge ke Vietnam serta pembunuhan masyarakat Melayu Champa oleh rejim yang berkuasa pada 1975-1979 itu.

Hujah akhir juga didengar bulan lepas, dalam perbicaraan pertama tribunal melibatkan ketua penjara Khmer Rouge, Kaing Guek Eav yang lebih dikenali sebagai Duch, yang didakwa atas tuduhan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, penyeksaan dan pembunuhan.
Nuon Chea dan Ieng Sary masing-masing sudah pun didakwa atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Mereka ditahan di mahkamah itu sementara menantikan perbicaraan dalam kes kedua, bersama isteri Ieng Sary, bekas Menteri Hal-Ehwal Masyarakat, Ieng Thirith dan bekas Presiden, Khieu Samphan.

Khmer Rouge pimpinan Pol Pot yang meninggal dunia pada 1998 mengosongkan bandar-bandar di Kemboja dalam usaha untuk mewujudkan sebuah utopia komunis dan dalam proses itu menyebabkan dua juta orang maut akibat kebuluran, dipaksa bekerja terlalu teruk, penyeksaan dan pembunuhan.

Kini terdapat hampir 240,000 penduduk Melayu Champa di Kemboja, kebanyakannya di wilayah tengah, membentuk 1.6 peratus daripada penduduk di negara yang majoritinya beragama Buddha. - AFP

Sumber