Monday, January 25, 2010

3 Juta Orang Hadiri Ijtimak Jemaah Tabligh

Sekitar 3 juta umat Islam pada hari Ahad lalu (24/1) mengakhiri "muktamar umat Islam dunia" di tepi sungai Turag kota Tongi, 20 km sebelah utara ibukota Dakha Bangladesh dan acara mukatamar ini merupakan pertemuan umat Islam terbesar kedua di dunia setelah ibadah Haji.

Acara muktamar yang diselenggarakan oleh Jemaah Tabligh ini, memfokuskan pada ceramah-ceramah agama (atau diistilahkan dengan "bayan" oleh Jemaah Tabligh) yang mengajak umat Islam untuk menjalankan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka, melaksanakan solat, bermuhasabah dan mendiskusikan isu-isu yang menitik beratkan pada dimensi spiritual Islam serta mencari jalan keluarnya dengan cara berdakwah menyebarkan nilai-nilai Islam dan mengkampanyekan perdamaian dunia tanpa membicarakan hal-hal yang berbau politik.

Muktamar umat Islam dunia atau lebih dikenal dikalangan Jemaah tabligh dengan istilah "Ijtima' Dunia" dalam bahasa Bangladesh disebut "Bishwa Ijtima", merupakan acara tahunan rutin dari rangkaian program kegiatan dakwah Jemaah Tabligh.

Bishwa Ijtima dilaporkan pertama kali diadakan pada tahun 1966 atas prakarsa seorang ulama India yang juga merupakan konseptor Jemaah Tabligh - Syaikh Maulana Ilyas. Awalnya Syaikh Maulana Ilyas memulai kegiatan Bishwa Ijtima dengan sekelompok kecil masyarakat Muslim yang peduli dengan umat Islam dan berkumpul di sebuah masjid di Tongi dan atas usaha dakwahnya, saat ini Bishwa Ijtima boleh dihadiri oleh jutaan umat Islam yang datang dari seluruh dunia dan dalam beberapa tahun terakhir Ijtima tersebut menjadi pertemuan umat Islam dunia terbesar kedua setelah ibadah Haji.

Selama empat puluh tahun lebih, Tongi telah menjadi lokasi tempat berlangsungnya acara Ijtima, meskipun acara sejenis diselenggarakan juga pada skala yang lebih kecil di negara-negara lain.

Acara pertemuan Jemaah Tabligh seluruh dunia ini dimulai pada hari Kamis lalu (22/1) selama 3 hari berturut-turut dan berakhir pada hari Ahad (24/1), beberapa tokoh penting tampak hadir dalam acara ini termasuk Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan salah seorang pemimpin pembangkang Bangladesh, Khalida Zia.

Program Ijtima berakhir ditandai dengan acara "Akheri Munajat" atau doa terakhir yang dipimpin oleh seorang Ulama Jemaah Tabligh. Untuk Ijtima kali ini, sempat terjadi insiden dengan meninggaltnya 3 orang peserta pada pagi hari pada hari terakhir acara.(fq/iol)

sumber

18 comments:

ummah protector said...

mashaallah....rosaklah nampaknya minda umat islam

CFS said...

kenapa rosak?

KHALID ISMATH said...

kerana TBALIGH adalah satu jemaah yang telah terpesong.

mereka tidak mengakui wujudnya siasah dalam Islam.

mereka menolak jihad bersenjata dan demokrasi.

KHALID ISMATH said...

kerana TBALIGH adalah satu jemaah yang telah terpesong.

mereka tidak mengakui wujudnya siasah dalam Islam.

mereka menolak jihad bersenjata dan demokrasi.

snowcap@kopiah.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
snowcap@kopiah.blogspot.com said...

istighfar syeikh..aakhlak mau dijage..jangan pandang buruk orang..T.G.N.A pon x de cakap cam tuh..jangan exterm sangat..x kemane..

KHALID ISMATH said...

lihat lah gambar di ats, dalam ijtimak boleh pulak dimualiakan org yg x bertudung?

ana bukan ekstreme, ana cuba memperjelas. sila bca buku karangan ulama' kanan Ikhwan Muslimin syeikh mustafa masyhur mengenai pendiriannya terhadap tabligh di Mesir.

then, enta fikirkanlah sendiri.

bukti lg, lihatlah bagaimana tabligh boleh mengiktiraf kepimpinan corrupt najib razak. mengagungkan insan seperti najib, adalah bercanggah dgn ad-deen kita. knp? pegi kaji siasah islam.
universiti madeenah menyediakan program ijazah khas untuk siasah islam.

bukan ana yg x ke mana tetapi enta sbnrnye yg x ke mana.

KHALID ISMATH said...

lihat lah gambar di ats, dalam ijtimak boleh pulak dimualiakan org yg x bertudung?

ana bukan ekstreme, ana cuba memperjelas. sila bca buku karangan ulama' kanan Ikhwan Muslimin syeikh mustafa masyhur mengenai pendiriannya terhadap tabligh di Mesir.

then, enta fikirkanlah sendiri.

bukti lg, lihatlah bagaimana tabligh boleh mengiktiraf kepimpinan corrupt najib razak. mengagungkan insan seperti najib, adalah bercanggah dgn ad-deen kita. knp? pegi kaji siasah islam.
universiti madeenah menyediakan program ijazah khas untuk siasah islam.

bukan ana yg x ke mana tetapi enta sbnrnye yg x ke mana.

caminz_damian21 said...

Istighfar ya khalid,klau anta kate terpesong,org dlu2 lg dah dah ckap mcm 2,tp,ble perkara batil nak lawan yang haq,Allah sendiri yg akan hapuskan yang batil.bukan makhluk macam tuan.Dah banyak dah Allah tunjuk,Tuan jer x sedar.

KHALID ISMATH said...

ana x mau cakap lebih krn ana bukan org berilmu. sbb itu ana suruh antum rujuk buku yg ana maksudkan tu. kalau maksurat antum pernah baca, maka penulis buku ini adalah antara penyusun maksurat tersebut. so, kalau enta x percaya tulisan buku dia, maka jangan baca maksurat. ada faham? lihat komen2 ana diatas. ana ade nyatakan nama buku tersebut. Umat Islam menjadi lembap apabila bercakap tanpa merujuk fakta..mcm enta. ana dah bawakan fakta. maka itu, tlg jwb dengan fakta.

ahmad temizzi said...

khalid, jemaah tabligh banyak buat pengorbanan utk agama. Mereka berani menghidupkan sunnah2 nabi. Gambar yg di atas bukannya nak memuliakan golongan tersebut, tetapi owner web ni yg masukkannya.. anta belajar siasah utk ape utk tunjuk pandai? utk suruh org pilih anta jadi pemimpin? Anda suke2 ckp tabligh telah telah terpesong? Adekah anta seorang yg betul2 bertakwa, kerana percakapan anta ni? semak diri sendiri..

Ram said...

saya ni condong sikit pada PR tapi saya heran sangat dari dulu orang2 PAS ni anti sangat dgn Tablight. Saya terima berpolitik tapi tiada satu pun parti politik di malaysia cara Islam yg sebenarnya. Bukankah Syaitan berkata aku lebih baik dari kamu dan Adam A.S memohon keampuna pada ALLAH dalam itu Syaitan terus menyalahi orang lain. Bukankah parti2 politik yg serupa sifat syaitan.

zulfadli said...
This comment has been removed by the author.
محمد أزري بن توکيمن said...

Assalamualaikum

ana ingin beri sedikit pendapat jemaah tablight ini adalah satu gerakan dakwah dimana mereka ini mewujudkan suasana agama yang semakin hari semakin jauh daripada kita.

seperti yang sahabat kita nyatakan tablight sesat. siapa kita menyatakan mereka sesat dan menolak jihad? sedangkan apa yang mereka lakukan adalah jihad mengikut sunnah mengajak kearah kebaikan memperbaiki iman kita yang rosak akibat dosa2.

Memuliakan orang yang tidak menutup aurat? ini di nama kan ikram muslimin yg di mana membawa maksud kita ikram atau hormati seseorang ini adalah salah satu asbab turunnya hidayah dp Allah SWT. Kita ambil kisah ketika Nabi SAW membantu/ikram mengankat barangan seorang wanita musyrikin yg ingin berpindah dp kota mekah kerana kononnya mendengar berita bahawa ada seorang Nabi yang membawa agama baru yang sesat ketika perjalanan Nabi hanya senyap mendengar kutukan wanita tua tersebut apabila tiba ke destinasi perempuan tua itu menyatakan rasa bangga kerana ada pemuda yg sanggup membantunya dan menanyakan nama pemuda yang membantunya tadi. pemuda itu berkata "sayalah Muhammad yang kamu katakan" wanita tersebut sgt terkejut melalui peristiwa tersebut wanita tua itu mendapat hidayah dan memeluk islam

Tentang pemerintahan pula renungkan hadis ini:

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.


"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim


"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Dan sebenarnya jemaah tablight tidak meyebelahi mana2 pihak dalam politik

-MyM- said...

ana respect la pd khalid Ismath nie,
byk ilmu,amal dh cukup,dh ready prgi bwa amal jmpe Allah..dh boleh ckp amal baek sbgai amal buruk,,hnya sebabkn tabligh mnolak jihad dn demokrasi dh d kata sesat..hebat.

Usaha Nabi di cakap sesat..fikirkan khalid,kmu berada di pihak menyokong atw membangkang usaha nabi..jika kamu berada di zaman nabi,adakah kamu mampu berada di pihak Nabi atw sbgai pembenci nabi..kerana usaha nabi kamu ckp sesat,,kaji usaha tabligh,bru kmu boleh brkata atw komen tntangnya..

tiada seseorang yg boleh mnghina sesiapa kecuali Allah S.W.T..

cari lah ketenangan abadi..mengingati Allah..

ikram..

insyaAllah tuan,sediakn diri,korbankn masa keluar 3 hari,40 hari,4 bulan..

iju said...

khalid ismath jangan jadi bodoh ye...tabligh ni maksudnye menyampaikan seruan supaya golongan kafir seluruh dunia masuk islam nanti kat akhirat org kafir ni akan menyalahkan kite org islam nape kite tak amik peduli n x bagitau mrk semasa di dunia...tabligh bukannya jemaah terpesong tapi ahli sunnah wal jammaah mengikut sunnah nabi 100%..tabligh juga untuk kite semua bukannya kumpulan atau golongan tertentu tetapi untuk kite semua

Duan jeng jeng said...

Alhamdulillah aku bersukur kepada Allah SWT.. dapat hidayat utk mengamalkan Sunah2 Nabi SAW.. Jazakallah khyran kepada pendakwah2 seluruh Alam.. Lailahailallah Muhammad Rasullah..

akula said...

Jemmaah Tablig mmg selalu sesat.
Cth. apabila mereka nak kesesuatu tempat yug telah diputuskan oleh ketua mereka, kadang kala tempat itu belum pernah mereka pergi. Jadi sesat jalan pusing pusing satu daerah. Mereka pula jarang nak pakai GPS. Kesesatan jln mmg selalu berlaku dalam Jemmah tabligh.