Saturday, January 30, 2010

THAILAND: Tentera maut masjid dibom

PATTANI: Seorang tentera Thailand terbunuh akibat letupan bom di perkarangan masjid d Pattani, semalam.

Dua lagi tentera dilapor cedera dalam pertempuran selepas letupan bom itu.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Pichet Pitisethapan berkata, bom kecil itu meletup ketika ketiga-tiga tentera berkawal semasa rakan lain sembahyang di dalam masjid itu.

“Sekumpulan penyerang kemudian melepaskan tembakan menyebabkan pertempuran selama lima minit.

“Pertempuran itu menyebabkan dua lagi tentera cedera,” katanya.

Lebih 3,900 orang dilapor terkorban sejak krisis keselamatan di wilayah selatan Thailand bermula enam tahun lalu. - Reuters

Sumber

0 comments: