Berbicara pada konferensi politik ultra-konservatif di Iran utara, Mashaei berkata, "Jika rejim Zionis menyerang Iran, kaum Zionis tidak akan memiliki lebih dari satu minggu untuk hidup."
Pejabat berita rasmi Iran, Fars mengutip mengatakan bahawa Iran akan menghancurkan Israel dalam waktu kurang dari 10 hari.
Mashaei, yang juga mantan wakil presiden Iran, menambahkan bahawa sanksi baru yang akan dikenakan pada Iran kerana program nuklearnya hanya akan merugikan negara-negara Barat.
Negarawan Iran ini dianggap sebagai afiliasi dekat presiden Iran dan sebelumnya pernah menyebabkan kontroversi dengan mengatakan bahawa Iran adalah teman bagi orang-orang Israel. Dia kemudian menarik kembali pernyataannya itu dan sekarang mengeluarkan pernyataan yang bertentangan dengan yang sebelumnya dengan mengatakan Israel mesti dihancurkan.
Pada kunjungan ke Arab Saudi, Mashaei mendakwa bahwa penghapusan Israel wajib menjadi tujuan global. Dia pernah mengatakan kepada Presiden Sudan Umar al-Bashir bahawa rejim Zionis korup dan penjahat, tidak hanya merugikan dunia Arab dan Islam, tetapi semua umat manusia.(fq/ynet)
0 comments:
Post a Comment