Wednesday, May 12, 2010

IRAN Zalimi Pelarian AFGHANISTAN

Kasihan benar nasib para pelarian Afghanistan. Di negeri sendirinya mereka dizalimi penguasa tempatan dan asing, ketika melakukan "hijrah" ke sesama negara Arab alias Iran, mereka juga diperlakukan dengan sangat kejam.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Negeri Afghanistan, Faqiri Zaher, saat ini diperkirakan ada 4000 atau 5000 orang Afghanistan yang berada di penjara-penjara Iran.

Perlakuan Iran terhadap pengungsi Afghanistan memang telah menimbulkan keprihatinan banyak orang di negara asal mereka. Beberapa ribu orang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Iran dan ratusan lainnya bahkan dilaporkan dihukum mati.

Iran memang telah didatangi jutaan pelarian selama pendudukan Uni Soviet di Afganistan, dan kemudian perang saudara. Dalam beberapa tahun terakhir, negara itu malah mendeportasi sebahagian warga Afghanistan kembali ke negaranya padahal Iran tahu dengan jelas bahawa Afghanistan sekarang tengah bergolak panas. .

Bukan rahsia lagi bahawa Teheran memang pernah menentang rejim Taliban yang menguasai Afghanistan. (sa/bbc)

sumber

0 comments: