Friday, May 14, 2010

Israel: KOREA UTARA Bekalkan Senjata Pada HAMAS

Menteri Luar Israel semalam mendakwa bahawa pesawat Korea Utara yang ditahan di Bangkok kerana membawa senjata pada Disember lalu, sedang dalam penerbangan ke Timur Tengah.

Senjata yang dibawa pesawat itu didakwa bakal dibekalkan kepada kumpulan militan Hamas dan Hezbollah.

Avigdor Liberman, yang mengadakan lawatan ke Jepun semalam, berkata Korea Utara, Syria dan Iran kini didapati bekerjasama dan membentuk 'paksi kejahatan' yang baru.

Ketiga-tiga negara itu membawa ancaman paling besar kepada keselamatan dunia kerana mereka sedang membangunkan dan membekalkan senjata pemusnah raya, kata Liberman.

'Hanya dua atau mungkin tiga bulan lalu baru kami dapat mengesan kerjasama ini, apabila pesawat Korea Utara mendarat di Bangkok dengan bilangan besar pelbagai jenis senjata, dengan niat untuk menyeludup senjata-senjata ini kepada Hamas dan Hezbollah,' kata Liberman.

Pada 12 Disember lalu, pihak berkuasa Thailand telah merampas 35 tan senjata, termasuk bahan letupan, grenad dan peluru berpandu daripada pesawat kargo yang dikatakan memulakan penerbangannya dari ibu kota Korea Utara, Pyongyang.

Empat kakitangan pesawat itu yang berasal dari Belarus telah ditahan dan didakwa.

Sebelum ini, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, ditukil sebagai berkata bahawa pihaknya tidak mengetahui ke mana senjata-senjata itu akan dibawa tetapi terdapat laporan ia mungkin ke Pakistan.

Namun, pihaknya tahu bahawa pesawat itu dijadualkan membuat satu lagi pendaratan untuk mengisi minyak di Sri Lanka.

sumber

0 comments: