Monday, May 10, 2010

Israel Mahu RUSIA Bantu Berdamai dengan SYRIA

BAITULMAQDIS 10 Mei - Presiden Israel kini beralih kepada Rusia dalam usaha untuk mengendurkan ketegangannya dengan Syria.

Pejabat Shimon Peres dalam pengumumannya hari ini mendakwa Presiden Rusia telah bersetuju untuk menyampaikan mesej Israel kepada pemimpin tertinggi Syria, Bashar Assad minggu ini.

Peres dan Medvedev bertemu di Moscow ketika menghadiri upacara tahunan tanda memperingati tamatnya Perang Dunia ke-2.

Kata Peres, Israel mahu berdamai dengan Syria tetapi meminta agar penghantaran senjata kepada Hezbollah di Lebanon dihentikan. Peres telah menuduh Syria membekalkan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pejuang Hezbollah, tetapi tuduhan itu dinafikan oleh Syria. - AP

sumber

0 comments: