Saturday, May 22, 2010

Israel Tangkap Sebuah Keluarga di Jenin



Pasukan Israel dengan lebih 10 kenderaan militer, pagi Jumaat (21/5) menyerang baldah Kafr Ra’i selatan Jenin dan menangkap satu keluarga setelah menggeledah dan merosakkan rumah mereka.

Saksi mata menyatakan, pasukan Israel mengepung rumah warga Majid Shalil Dallah (55) dan menggeledah serta merosakkan isi rumah tersebut dengan menggunakan anjing polis.

Pasukan Israel juga menggeledah sejumlah rumah di sekitar rumah Dallah dan menaiki lotengnya. Rumah-rumah yang digeledah adalah rumah Nabel Dlayyab, Hafidl Mulhim dan saudaranya, Abdul Afw Mulhim dan Jalal Mulhim dan Hafild Said Jawabirah.

Sumber tempatan menambahkan, pasukan Israel menangkap Dallah dan empat anak-anaknya Nail (25), Ismael (17), Shalih (35), Muhammad (30).

Pasukan Israel juga memperingatkan kepada tiga anaknya yang lain Khalil, Ahmad, Mahmud dengan surat peringatan dari intelijen Israel di kem militer Salim. (bn-bsyr)

sumber

0 comments: