Sunday, May 23, 2010

Kumpulan Anti-Islam DENMARK Desak Tutup Masjid

AALBORG, Denmark 22 Mei - Sebuah kumpulan anti-Islam di negara ini, Stop Islamisation of Denmark (SIAD) yang menuntut agar semua masjid ditutup, memulakan siri demonstrasi pertama di sebuah masjid di bandar Aalborg, utara negara ini, semalam.

Demonstrasi diadakan setelah mereka mendakwa seorang lelaki yang pada awal tahun ini cuba membunuh kartunis, Kurt Westergaard yang melukis karikatur Nabi Muhammad, pernah menjadi ahli lembaga masjid berkenaan.

Selepas demonstrasi, polis mendapati jemaah di dalam masjid mengambil sikap pasif berikutan saranan imamnya yang menggalakkan mereka kekal di dalam premis itu dan mendiamkan diri, kata seorang pegawai polis, Bruno Bix.

Seramai 15 anggota SIAD dikejar orang ramai yang mungkin berfahaman radikal kiri. Polis juga terpaksa mencari cara baru untuk menangani mereka dan terpaksa menghentikan demonstrasi dengan menyuraikan mereka dari tengah bandar Aalborg.

Tidak lama selepas demonstrasi diadakan, pengerusi SIAD, Anders Gravers, diserang tiga lelaki tidak dikenali yang ditahan tidak lama selepas itu.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka 'Inisiatif Diversiti di Aalborg' mengadakan demonstrasi balas yang turut disertai Niels Grymer dan Daniel Nyboe Andersen daripada Parti Sosial-Liberal di bandar itu yang memberi ucapan menyokong kepelbagaian di Aalborg. - AGENSI

sumber

0 comments: