Wednesday, May 26, 2010

Mahmud Abbas di MALAYSIA 3 Hari

PUTRAJAYA 26 Mei – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari yang dijangka bagi meningkatkan keakraban hubungan dua hala dan berbincang perkembangan terbaru negaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahmoud tiba dengan pesawat khas dari Vietnam yang mendarat di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 6.15 petang.

Ini merupakan lawatan rasminya yang kedua ke Malaysia selepas lawatan pertama pada 2007.

Dalam lawatannya, Mahmoud disertai beberapa menteri termasuk Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Mahmoud S.A. Alhabash dan pegawai kanan kerajaan. – Bernama

sumber

0 comments: