Thursday, May 20, 2010

MALAYSIA - 70 Kes Terbaru N1N1

KUALA LUMPUR 20 Mei – Sebanyak 70 kes lagi disahkan positif Influenza A(H1N1) sehingga pukul 5.30 petang semalam berbanding hanya 13 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, catatan terbaru itu melonjakkan jumlah semasa positif H1N1 di negara ini kepada 14,549 kes sejak April tahun lalu.

“Sehingga pukul 8 pagi ini, Kementerian Kesihatan juga telah menerima lima laporan kluster penyakit seakan influenza (ILI) dari tiga negeri iaitu dua di Johor, dua di Pahang dan satu di Pulau Pinang.

“Sebanyak 559 pesakit dengan ILI kini dirawat di dalam wad hospital seluruh negara, 69 daripadanya termasuk dalam kumpulan yang disahkan positif H1N1.

“Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula telah menurun kepada 12 orang berbanding 14 orang pada hari sebelumnya,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

sumber

0 comments: