Thursday, May 20, 2010

MESIR - Al-Quran Dikoyak dan Dilempar?

Pelancong warganegara Lithuania telah mengoyak Al-Quran dan membuangnya ke muka seorang resepsionis di sebuah hotel Mesir di kota Hurghada di sepanjang pantai Laut Merah.

Resepsionis hotel yang bernama Abdullah Abdul Aziz, petang Isnin lalu terkejut dan terhenyak ketika salah seorang dari sekelompok pelancong mengeluarkan Al-Quran kecil dari sakunya kemudian memukulkannya ke meja resepsionis dengan kuat.

Tidak terima diperlakukan seperti itu, resepsionis hotel menegur pelancong asal Lithuania tersebut namun apa yang terjadi, pelancong itu malah merobek Al-Quran dan melemparkannya ke muka Abdul Aziz sang resepsionis.

Dalam pengaduannya ke pihak berkuasa, Abdul Aziz menyatakan bahawa pelancong yang bernama Carlos Skolokus tersebut tidak sekadar merobek Al-Quran namun juga mencaci dirinya dengan kata-kata yang tidak baik.

Pihak polis telah melakukan penyelidikan terhadap Carlos, namun pelancong asal Lithuania itu menyangkal insiden perobekan Al-Quran dan menyatakan bahawa ia sama sekali tidak bermaksud untuk merobek dan membuang Al-Quran tetapi ia hanya melempar pasportnya ke resepsionis hotel.

Polisi masih melakukan penyelidikan menyeluruh untuk memastikan kebenaran pengakuan Carlos.(fq/imo)


sumber

0 comments: