Parti pembangkang utama Islam Morocco menyerukan penyanyi gay Elton John untuk dilarang tampil di sebuah festival di kota Rabat akhir bulan ini, kata seorang pemimpin parti pada Jumaat kelmarin (7/5).
"Kami pasti menolak penampilan penyanyi ini kerana tampilnya dia disini berisiko mendorong pertumbuhan homoseksualitas di Morocco," kata pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) dari kelompok parlimen, Mustapha Ramid, kepada AFP.
"Masalahnya bukan dengan penyanyi itu sendiri tetapi citra dia di masyarakat," anggota parti terkemuka lain, Lahcen Daoudi, menambahkan.
"Masyarakat Morocco memiliki persepsi negatif terhadap penyanyi ini dan kami harus mempertimbangan hal itu."
PJD pada hari Khamis lalu mengajukan permohonan kepada parlimen untuk melarang Elton John tampil di festival musik Mawazine yang akan diselenggarakan di ibukota Maroko pada tanggal 21-29 Mei akan datang.
Seniman lain yang akan tampil pada festival muzik tersebut termasuk Julio Iglesias, BB King dan Carlos Santana.
Protes juga menyambut aktiviti Elton John pada bulan lalu di sebuah konsert terbuka di piramid Maya kuno Chichen Itza di Mexico tenggara.
Konsert 90 minit terus berjalan di tengah-tengah piramid yang megah meskipun adanya keluhan para pemimpin adat dan sempat terjadi kecelakaan pada hari sebelumnya akibat runtuhnya panggung yang melukai tiga pekerja.
Pemimpin lokal Maya mengeluhkan konsert itu kurang sopan dan tidak pada tempatnya, dan mengatakan runtuhnya panggung hari sebelumnya, melukai tiga pekerja, disebabkan oleh roh dewa marah kerana izin mereka untuk konsert itu kurang.
Selama tinggal di Mexico John dilindungi oleh polis dan operasi militer dengan ratusan petugas yang juga mendirikan penghalang jalan di pintu masuk ke laman arkeologi.
Pada bulan Februari John mencetuskan kontroversi dalam wawancara majalah AS ketika ia menyatakan bahawa Jesus Kristus adalah seorang Homo.
Sebelumnya syarikat muzik Mesir juga menolak kehadiran Elton John di negeri Firaun itu dalam sebuah konsert peribadi, salah satu alasan penolakan mereka kerana alasan keagamaan.(fq/aby)
0 comments:
Post a Comment