Thursday, May 20, 2010

Netanyahu : Jerusalem Milik Yahudi kerana Tak Pernah Disebut dlm Quran!

Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu kembali mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyuntik amarah dunia Islam. Beberapa hari lalu, Netanyahu mengatakan bahawa Jerusalem adalah "Yahudi Betul" dan tidak ada kaitannya dengan Islam.

Dikatakan Netanyahu, yang melandaskan pernyataannya pada kitab suci Taurat, Jerusalem yang popular di dunia Arab dengan sebutan Al-Quds juga sama sekali tidak pernah disebutkan dalam kitab suci Al-Qur'an.

PM yang berasal dari sayap kanan konservatif Israel itu juga menyebutkan bahawa Jerusalem, yang dalam bahasa Ibrani popular dengan sebutan Zion, telah disebutkan sebanyak 850 kali dalam Kitab Perjanjian Lama atau Taurat.

Ditambahkannya, Jerusalem adalah kota Yahudi dan akan menjadi ibu kota Negara Yahudi Israel.

Kota Jerusalem jatuh dari pihak kerajaan Jordan ke tangah Israel pada perang enam enam hari di tahun 1967 silam. Dalam perang tersebut, Israel dikeroyok oleh beberapa negara Arab (Mesir, Syria, Lebanon, dan Jordan) yang dikepalai oleh Mesir. Sayangnya, dalam perang singkat tersebut, pihak Arab mengalami kekalahan.

Akibat kekalahan tersebut, negara-negara Arab itu pun kehilangan beberapa bahagian wilayahnya yang jatuh ke Israel. Mesir kehilangan wilayah Sinai dan Gaza, Jordan kehilangan Jerusalem dan Tebing Barat, Suriah kehilangan Dataran Tinggi Gilan, dan Lebanon kehilangan wilayah Janub (Selatan). (ags/iol)

sumber

0 comments: