Tuesday, May 11, 2010

Penjenayah Peluk Islam di Penjara Bali?

Orang yang bakal menjalani hukuman mati kes Bali Nine, Scott Rush, dikhabarkan sudah dikhatankan di sebuah penjara Bali, Jumaat minggu lalu. Rush juga dikhabarkan mempelajari Islam. Pihak berkuasa di Penjara Kerobokan, penjara di mana Rush ditahan, mengesahkankan hal itu.

Doktor penjara dan pihak berkuasa lainnya sendiri bahkan tidak tahu baahwa sunat itu telah dilakukan. Bahkan mereka berang kerana prosedur tersebut dilakukan oleh pihak yang dirasa tidak kompeten.

Mereka juga mempertanyakan motif Rush melakukan ini dan apakah dia benar-benar masuk Islam. Rush adalah seorang pemeluk Katolik dan orang tuanya adalah pemeluk agama yang taat. Bahkan minggu lalu, Rush dikhabarkan menghadiri layanan gereja Kristian di penjara.

Anang, Ketua Penjara, mengatakan bahawa Rush masih belajar tentang Islam. "Jawapannya rumit,'' ujar Anang kepada Herald Sun, Selasa (11/5). Doktor penjara, Agung Hartawan, yang baru mengetahui sunat pada diri Rush akhir minggu lepas mengatakan bahawa sisi baiknya, sunat itu dilakukan dengan baik.

Dr Hartawan mengatakan dia telah menanyakan kepada Rush apakah benar ia masuk Islam dan dia berkata: "Saya ingin belajar Islam."

"Ini adalah hak saya dan saya hanya ingin tahu tentang Islam, saya ingin belajar tentang Islam." ujar Rush kepada Dr Hartawan.

Rush adalah satu dari tiga anggota Bali Nine yang terlibat dalam kelompok perdagangan heroin. (sa/heraldsun. foto: heraldsun)

sumber

0 comments: