Pengepungan Israel di Jalur Gaza tidak berhasil menumbangkan pemerintahan Hamas dan mengembalikan pemerintahan Mahmud Abbas dengan gerakan Fatahnya, kata seorang penulis Israel pada hari Isnin lalu (18/5).
Menulis dalam sebuah suplemen ekonomi pada akhbar harian berbahasa Ibrani Yediot Ahronot, Danny Rubinstein mengatakan bahawa sangat jelas bahwa militer tidak dapat menjatuhkan Hamas dengan menggunakan kekuatan.
Dia mengatakan bahawa akan sulit bagi Abbas untuk kembali ke Jalur Gaza dengan membonceng "pada tank Israel", sembari menambahkan bahawa Israel terpaksa melakukan pengepungan terhadap Gaza sebagai satu-satunya cara untuk mengakhiri pemerintahan Hamas.
Rubinstein mengatakan bahawa Israel dan Barat berusaha memperbaiki keadaan di Tebing Barat sehingga warga Palestin di Gaza akan mengerti bahawa pemerintahan di bawah kekuasaan Abbas akan membawa mereka kepada kesejahteraan ekonomi dan karenanya Israel berusaha mengompori rakyat Palestin untuk melakukan pemberontakan terhadap Hamas dan menggulingkan pemerintahannya dengan paksa.
Penulis Israel ini juga mengakui bahawa tidak ada keruntuhan ekonomi yang signifikan yang terjadi di Gaza dan pengepungan wilayah itu itu masih jauh dari pencapaian sasaran yang diinginkan oleh Israel.(fq/pic)
0 comments:
Post a Comment