| |
|
|
Gaza – Infopalestina: Pasukan Israel meningkatkan serangannya ke Jalur Gaza. Pagi ini Israel melakukan lima serangan ke sejumlah bengkel besi di timur Gaza dan Bandar udara internasional Gaza yang sudah tidak beroperasi. Sumber tempatan menyebutkan kepada Infopalestina bahawa pesawat tempur Israel pagi ini Sabtu (29/5) menyerang sebuah bengkel yang terletak antara masjid Al-Faruq dan Abu Bakar Ash-Shiddiq di kampung Zaitun sebelah timur Gaza sehingga bengkel itu hancur secara utuh dan sejumlah di sebelahnya mengalami kerosakan. Sumber menyebutkan bahawa pesawat tempur Israel menyerang dengan 9 roket dalam empat kali serangan ke bandar udara internasional Gaza wilayah selatan. Disamping itu Israel menyerang bangunan-bangunan yang sudah hancur akibat serangan Israel sejak tahun 2002. (bn-bsyr) |
sumber
0 comments:
Post a Comment