Thursday, May 6, 2010

Siapa Faizal Shahzad si Pengebom?

Tak dinafikan lagi, saat ini nama Faisal Shahzad menjadi banyak tajuk utama media massa antarabangsa. Seperti diketahui, Shahzad disebutkan sebagai orang yang disyaki cuba mengeboman New York City's Times Square. Siapakah sebenarnya Shahzad?

Shahzad lahir pada bulan Jun 1979 di kota Pabbi, terletak di barat laut ibukota Pakistan, Islamabad, anak dari seorang pegawai angkatan udara, Baraul Haq. Shahzad menjadi warga negara AS pada 2009, hanya beberapa saat sebelum dia bertolak ke Pakistan. Perjalanannya ke Pakistan ketika itu, menurut para pegawai AS, adalah untuk untuk mengunjungi orangtuanya, dan diperkirakan waktunya selama lima bulan.

Dia menikah dan dikurnia dua orang anak. Anak dan isterinya diyakini tinggal di Pakistan, menurut sebuah sumber kepada pejabat berita Associated Press.

Shahzad lulus dari University of Bridgeport di negara bagian Connecticut dengan gelar sarjana dalam bidang aplikasi komputer dan sistem informasi pada tahun 2000. Kemudian dia kembali mendapatkan master dalam pengurusan perniagaan pada tahun 2005, masih di sekolah yang sama.

Selama tiga tahun kemudian, Shahzad bekerja sebagai analis kewangan junior di Grup Affinion, pemasaran dan konsultasi bisnes, berlokasi di Norwalk, Connecticut. Dia meninggalkan perusahaan itu pada bulan Jun 2009.

Shahzad pernah tinggal di sebuah rumah berlantai dua yang bergaya kolonial dengan wana coklat keabu-abuan. Dia membeli rumah itu seharga $ 273.000.

Frank Delvecchio, broker yang menjual rumah itu kepada Shahzad, mengatakan bahawa Shahzad menyuruhnya untuk membiarkan bank mengambil rumahnya kerana dia berhutang begitu banyak, dan merancang untuk kembali ke Pakistan. Wallohu alam bi shawwab. (sa/aljazeera)

sumber

0 comments: