Wednesday, June 2, 2010

126 aktivis dihantar ke Amman.

Seramai 126 aktivis yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang ditahan oleh Israel pagi tadi telah dibebaskan dan sedang didalam perjalanan ke Jordan, termasuk 30 orang aktivis Jordan, serta negara-negara selainnya iaitu Bahrain, Kuwait, Maghribi, Oman, Lubnan, Syria, Yaman, Algeria, Pakistan, Malaysia, dan Azerbaijan.

Menteri Pembangunan Amal Jordan, Ahmad Al-Umyan mengatakan itu adalah atas arahan Raja Abdullah Thani (Raja Jordan) dan keselamatan rakyat Jordan, ia memudahkan aktivis armada kebebasan yang kesemuanya terdiri dari 14 buah negara yang lain..

Kerajaan Jordan telah mengarahkan Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv untuk memudahkan perjalanan kesemua aktivis ini ke Amman, serta tetamu-tetamu lain dengan selamat sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Dan mereka adalah 30 dari Jordan, 4 dari Bahrain, 3 dari Pakistan, 15 dari Kuwait, 7 dari Morocco, 3 dari Syria, 28 dari Jazeera, 12 dari Indonesia, 4 dari Yaman, 12 dari Malaysia, 3 dari Algeria, 2 dari Azerbaijan dan 3 lagi dari Lubnan..


Ciksantun : Ini adalah berita yang saya ambil dari surat khabar Jordan, tapi sehingga jam kini, 4.30am waktu tempatan-Jordan dan Palestin (9.30am waktu Malaysia) saya ikuti twitter sahabataqsha, seperti mereka ada lagi di penjara Haifa.. hmm..

1 comments:

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.