Seorang yang konon katanya bekas anggota senior kelompok Taliban mengatakan, bahawa pasukan keamanan Pakistan menyembunyikan pemimpin Taliban, Mullah Umar di Karachi.
Mullah Abdul Salam Hanafi mengatakan kepada sebuah laman berita Afghanistan bahawa Mullah Umar sekarang ini berada di kota Karachi Pakistan. Hanafi adalah mantan gabenur Provinsi Urozgan di bawah rejim Taliban.
Perkembangan ini datang sewaktu AS dan sekutunya berniat untuk menghapuskan Mullah Umar dari daftar hitam dalam usaha untuk memberikan persemaian yang cocok untuk menyimpan kontak dengan Taliban.
Pegawai tinggi di Britain telah menyebarkan gagasan untuk melakukan perdamaian dengan Taliban - kelompok yang dianggap seolah-olah salah satu tujuan utama invasi pimpinan Amerika ke Afghanistan pada tahun 2001.
Mullah Umar, pendiri Taliban Afganistan adalah kepala negara de facto pemerintahan daulah Islam Afghanistan dari tahun 1996 sampai 2001.
Dia menghilang dalam invasi AS tahun 2001 ke Afganistan. Pasukan AS sendiri belum berhasil menangkap Mullah Umar, atau pimpinan al-Qaidah Usamah bin Ladin setelah sembilan tahun berlalu.
Hanafi itu juga mendakwa bahawa tentera asing dan Taliban terlibat dalam permainan yang rumit di Afghanistan.
Dia mengatakan pasukan Britain telah melatih pasukan Taliban dan Taliban dibayar setiap bulannya sebesar tiga ratus dolar.
Mantan pegawai Taliban ini mengatakan para anggota Taliban yang didukung oleh Britain hidup bebas di provinsi Helmand dan tidak pernah menjadi sasaran serangan.
Dia menyatakan bahawa pasukan Britain mengatakan kepadanya bahawa mereka berencana untuk tinggal di Afghanistan selama 40 tahun mendatang. (fq/prtv)
0 comments:
Post a Comment