Wednesday, June 9, 2010

Aktivis Sayap Kiri Israel Memeluk Islam!

Aktivis sayap kiri Israel, Tali Fahima yang dihukum oleh negaranya sendiri kerana membantu rakyat Palestin, dilaporkan sudah masuk Islam pada hari Isnin (7/6) di sebuah masjid di Umm al-Fahm, di hadapan tiga orang syeikh.

Syekh Yusuf Albaz menegaskan bahawa Fahima memang sudah masuk Islam. Fahima sendiri menolak memberikan komentar, dan tak mahu diwawancara oleh "media Zionis."

Fahima dinyatakan bersalah pada bulan Disember 2005 kerana terus melakukan kontak dengan Palestin dan Israel menganggap hal itu merugikan keamanan mereka, dan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara. Secara khusus Fahima dinyatakan bersalah kerana membantu Briged Al-Aqsa, termasuk pemimpin kelompok itu di Jenin Zakaria Zubaydi. Dia dibebaskan dari penjara pada Januari 2007.

Layanan keamanan Shin Bet mendakwa bahawa Fahima, yang tinggal di Wadi Ara, merancang menjadi "teroris Yahudi pertama" kepada kaumnya sendiri.

Syekh Albaz, anggota senior dari Cabang Utara Gerakan Islam di Israel, menyertai Fahima selama proses masuk Islam. "Saya menyukai mentalitasnya, saya menyukai seseorang yang lebih suka perlawanan daripada menyerah, dan Tali Fahima adalah contoh dari perlawanan," katanya. "Saya tegaskan padanya bahawa dia mesti terus seperti sekarang ini. Saya juga berbicara kepadanya tentang cara-cara Islam dan menjelaskan bahawa agama ini sekarang menghadapi segala kekuatan jahat di dunia."

"Fahima diterima dengan tangan terbuka," kata Sheikh Albaz lagi. "Dari titik ini, ia adalah seorang Muslimah, tidak ada upacara khusus."

Fahima melakukan salat di Umm al-Fahm pada akhir minggu. (sa/ynet)

sumber

0 comments: