Friday, June 4, 2010

Barisan Sukarelawan Malaysia dalam misi LifeLine 4 Gaza.


(Sepetang bersama para sukarelawan Malaysia di Solah Petra, Irbid, Jordan)

Alhamdulillah, hari ini terasa cukup bertuah kerana telah ditakdirkan dapat berjumpa dengan barisan sukarelawan dalam misi Lifeline4Gaza, Break the Siege.

Banyak pengalaman yang dikongsikan bersama. Kami yang mendengar secara live ni terasa seakan2 macam kami pun tengah berada di saat mereka berdepan dengan tentera2 regim zionis itu. Kalau nak diceritakan di sini, panjang lebar laa plak.

Nanti pada sesiapa yang berminat nak tahu berita selanjutnya, tunggu rakaman yang telah dibuat =)

Di sini, suka untuk berkongsi bersama kata-kata & pengalaman dari barisan aktivis kita ini:

"Walaupun misi kali ini gagal, tapi kami berjaya membuka mata dunia"

"Ketika sedang merawat mangsa yang cedera, saya meminta bantuan dari tentera Israel. Dia menjawab, " macam mana nak dapatkan bantuan, ni perairan antarabangsa" (nah! Israel sendiri yang mengaku itu adalah perairan antarabangsa)"

"Saya ingatkan itu adalah peluru hidup, amat sakit. rupa2nya itu peluru getah sahaja. Mungkin ajal bukan buat saya lagi"

"Jam 12 malam, saya lihat ada 2 cahaya sedang berkelip-kelip di udara, saya pasti itu adalah helikopter2 Israel. Saya terus hantar email ke bilik berita astro awani mengatakan bahawa kapal kami sedang dikepung"

"Helikopter pertama datang. kami acukan spotlight ke arah helikopter itu. mungkin disangkakan senjata kot, terus beredar dari kapal kami. Datang pula helikopter kedua dan masa inilah askar2 turun dari helikopter"

"Di saat askar Israel turun dari helikopter, para sukarelawan peluk askar tersebut dan cuba untk buang segala senjata yang ada pada badan askar itu. Kami datang bukan untuk berperang"

"Kami ditugaskan untuk jaga kapal di dek 3. Kiranya dek 3 ni boleh dikatakan tempat yang tidak kritikal sangat. Di dek atas di mana para sukarelawan Turki berada, di situlah banyak pertumpahan darah berlaku"

"Ada yang sempat cium para syahid. Maha suci Allah, baunya sungguh wangi dari bau kasturi"

"Jurugambar astro awani dipisahkan dari kami kerana disangkakan kamera yang sedang dipegang itu adalah senjata yang diacukan ke arah tentera Israel. Kamera dengan senjata pun sudah tidak dapat dibezakan dah."

"Ketika bom2 asap dilepaskan atas kapal, subhanallah, ketika itu angin sangat kuat. Asap2 itu cepat je hilang. Kami pun tiada masalah sangat. Saya ni pulak asyik kutip bom2 asap tu dan buang balik memandangkan saya seorang sahaja yang mempunyai topeng muka. Banyak juga bom2 yang saya kutip tapi saya tak rasa letih"

"Serangan pertama dari Israel adalah melalui tepi kapal. Kami cuba menghalang mereka dengan menyembur air dengan menggunakan pili bomba. Ada juga saya lempar botol berisi air ke arah
mereka tapi tak mengenai mereka. Mereka tak jadi naik. Mungkin disangkakan senjata apa yang digunakan. padahal botol je pun"

"Ketika berjemaah Subuh, imam boleh plak baca surah panjang & Qunut lama2.. jemaah dah memang gelisah dah. Helikopter dah nak serang kapal dah tu, boleh lagi baca surah panjang. Kot ye pun, biarlah bertempat."

"Walau di mana kita berada, pastikan kita sentiasa berwudhuk. Bila dah terbatal wudhuk, teruslah memperbaharui wudhuk"

"Isu2 seperti ini kita perlu prihatin. Jangan sampai kita jadi seperti kera sumbang"

"Pernah satu ketika Syeikh dari Gaza didatangkan ke Malaysia & menceritakan situasi di Gaza pada jemaah2 masjid di waktu Subuh. Ada beberapa jemaah menimbulkan persoalan, "memang ada ke keadaan seperti itu?" ni soalan yang diajukan oleh jemaah Subuh. apatah lagi masyarakat yang berada di luar sana."

setakat itu sahaja yang saya nak kongsi. InsyaAllah rakaman pertemuan pada hari ini akan menyusul kemudian.

Ayuh, kita pecahkan tembok Gaza!



Perkongsian dari Tengku Nadhirah

Ciksantun : Alhamdulillah, bersyukur rombongan LL4G dapat meluangkan masa bersama kami, nantikan pula perkongsian dari mereka versi saya, =)..

0 comments: